Thursday, May 21, 2009

Sesak nafas...

Cobaan apakah ini? Dear God.. Please... please help me... =.=

Wednesday, May 20, 2009

Satu tiang jatuh! Gedebushhhh! =p

This morning was my third day of driving lessons. Everything was fine until I hit one of the "tiang" Hahaha! Gedebush jatuh! Pakcik Mat screamed to me! "Satu tiang 5 Hengget!!!" I just laughed out loud! Tak mencederakan kenderaan pun! Lagi pun tak sengaja! Ngeee! Sorry Cik Ti! (TIang) Haha! Pakcik said, I can deal with Parking, Bukit & 3 Penjuru already. I just need a couple more lessons on the road then I'll be alright. ^_^ *Kembang2* Hahahaha! Ok Pssttt!!! Someone hit 2 tiangssss(plural! Hahahahaha) & she picked up those tiang back! I got photos to prove!!! =p

Ching!!! Si PUTERA LILIN *CANDLE PRINCE* tu ialah Pakcik Mat! Haha! He should sing "You can stand under my umberella ella ella eh eh eh under my umberella" Hahahaha!

That's Anna! Pakcik Called her Kendir! Me? Kendur! Oh! Ain was the one who started all of these nicknames thinggy! Damn u, Ain! I hate that name! Cendawan is way better! Haha! =p

Actually Pakcik Called Anna Kendur juga but then lepas Anna melatah, "Oh mak kau kendir!" Since then, Pakcik started to tease her! Haha! Ara tak tahu kenapa Ain guna ayat kendur bila org mula jd gila2 sikit! Haiskkk! Ganti masuk air pe? Whateverlah! But seriously, I hate that name! *#@$%*#!!! Hahaha! Ei? Apasal text dia warna lain? Tak bagi aku meng-carrot ke? Ahaha! =p Ok, Ini kali terakhir Ara cerita psl kisah memandu, i'm afraid u guys will get bored bila Ara asyik cerita psl kisah memandu! But I'll tell U guys whether Ara lulus or gagal ujian JPJ nanti! Hahahaha Menanah telinga kalau fail! LOL! Padahal lambat lagi ujiannya! Maybe after 29 May. Perghhhh serammmm! Hihi! =.= Oh, my english language is not that good so paham2lah! Hahaha! Tu yang rojak buah tu! Kah3! =p Oh, gadis separuh muka yg memakai tudung pink itu my friend, Farina. She's cool and sometimes agak menakutkan juga! Ada ke patut, masa turun bukit tu dia nyaris langgar pokok!!! I was like "Farina!!! Ara still nak hidup!!" Hahaha! Anyway, thanks to her for capturing gmbr2 di atas! ^_^


Malam tadi kebosanan and semua org macam dah lapar especially Farah Wahida! Who is she? Lalalala! Hahahahaha! =p So I decided to goreng burger ayam, hotdogs and buat sos black pepper! Masa tgh masak sos black pepper tu, Ara tumbuk lada hitam! Papa ckp "Habislah semua org sakit perut malam ni" Agak banyakla lada hitam yg Ara tumbuk. Maybe 20 kot? or more? Haha! Lepas tu campur la macam2. My own recipe taw! Haha! Campur soya sauce, salt, sugar, bawang putih & bawang merah ditumbuk bersama lada hitam, barbecue sauce, sos tiram wahh macam2! Haha! And bila dah mendidih, masukkan sedikit tepung jagung yg dah dibancuh dgn air. Jadilah Sos Lada Hitam Farah Wahida! Hahaha! Then goreng burger campur dgn seasoning sikit. Siap je. Hidangkan bersama sos lada hitam. Cari Papa and suruh dia rasa! Terus dia cakap "Ohhh Pandai ye awak suruh Papa rasa dulu" Saya senyum je! Haha! Then menunggu dgn penuh tanda tanya. Sebaik selepas Papa menelan makanan tersebut, terus tanya tanpa menunggu. "So how?" He answered "Eh sedap!!!" Terus saya kembang kuncup! Hahahaha! Disebabkan sedap, Ara terus ke dapur dgn niat menyediakan makanan tersebut utk Mama, Kak Rina & Anna pula. Siap goreng burger utk mereka. Barulah saya masak utk saya! Dan inilah saya punya! Jeng Jeng Jeng!!! Haha! ^_^

Hp dah byk kali jatuh sampai gambar pun dh mcm tuttt! Hahaha!

Yang atas tu, Ara letak sos cili sbb rasa mcm nak makan dgn sos cili! Hihihi! && makan dgn sos cili lg sedap kot! Hahaha! =p Hurm, sabtu ni perlu mendaftar diri di UNISEL! Bila mula belajar? Saya pun tak tahu! Nanti saya update kisahnya! Oklah, chiow guys! =) Assalamualaikum...

With Love, Ara.
*Ceyh2, mcm tulis surat cinta pulak! LOL =p *

Tuesday, May 19, 2009

Cemburu sangat-sangat! =.=

Gambar Miley & her BF di bawah ini diambil dari blog Eira! Dush2! Cemburunyaaaaaa! Hahahaha! He's so so so charming! Wakaka! Tetapi bukan jealous sbb apa, jealous sbb dia suap Miley! Wakakaka! Betapa bertuahnya Miley dpt BF mcm Justin Gaston!!! Bukan hanya good looking tapi sikapnya melayan his GF sgt sgt sgt mnjd idaman setiap wanita! Haha! Inilah ciri2 lelaki idaman saya. Kalau good looking tu hanyalah bonus, yang penting cara dia melayan saya! Cewahhh! Hahaha! *Dreaming* LOL Tapi bukanlah setiap masa ingin dilayani begini! Hahaha! Macam melampau la pulak! Pasti ada masa-masa yg sesuai dilayan begini! =)

DAMN SWEET!!! =.=

Cik Demi Lovato! Suka dagu dia! && this pic is lovely! =)

Lee Hom!! Happy Belated Birthday! ^_* Suapla Ara sikit! LOL

Hadi sayang! Kak Ara miss kamu!!! ^_^
Hadi dah montellah skrg! Hahaha! Seksi seksa sgt body dia! Hahahaha! Titsss sampai menggeleber! Hahaha! Ayat tak menahan! Dush2! =) I Love You Hadi! Wee! Chiow!

Bukan mengeluh tapi semput!

Hey guys!!! Ok2 kena cerita cepat2! Mama ajak keluar pulak! Haiskk! On Mama's birthday, Papa bawa kitaorg pergi dinner and yeah! Dia yang belanja kitaorg makan western food. Ngee! Seperti biasa, Mama ordered Black Pepper Grilled Chicken. Saya pula memesan Chicken Maryland atau lebih dikenali sbg Chicken Chop! Haha! Yummm2! && Coleslaw sbg makanan tambahan! Berkenaan dgn title entri ni. Selesai makan, Ara mcm sesak nafas. Sebabnya ialah kenyang sgt! Hahahaha! Tapi Mama marah! Dia kata, apa ni lepas makan mengeluh? Tak baik tau tak?! So I answered back "Bukan mengeluh la Ma, Semput! Kenyang sgt! Huhu" LOL. IDK but everytime kitaorg makan kat situ. Mesti kenyang gila. Duk suap2 Papa agar makanan itu cepat habis but still semput. Haishhh! Tapi mmg yummy yummm! Ara order air suam je cause esoknya ada pemeriksaan doktor! Kang lebih gula pulak dlm air kenchh ku! Hahaha! =p

Makanan saya! Lazatkan? Haha! Actually sauce dia sweet & sour but Ara minta ia ditukarkan kpd black pepper! ^_* Besarkan?!! Mana tak aku semput! LOL

Suka order coleslaw supaya boleh meratahnya sementara menunggu makanan siap! =)

Semuanya ok sahaja. Mama pun makan sampai tak habis! Haha! Papa juga yg menghabiskannya. Thanks Papa for everything! =) Semuanya indah... cuma Iman je, agak naughty malam itu, merayap sini sana! Haha! I'm a bit happy cause my problem is over i guess. ^_^ Thank you Allah...

Sunday, May 17, 2009

Tahniah Hafiz!!!

Wahhhh tak sia-sia Ara meminati Hafiz! Hahaha! Semoga dia berjaya dlm bidang yg diceburi! I hope, lagu2 baru Hafiz nanti sedap2 belaka! Amin... ^_^

Happy Birthday Mama

Today Birthday Mama yg ke-61!!! Happy Birthday Mama. I Love You So So So Much! Nak tambah so tu lagi boleh tak? Hahahaha! Semoga Allah merahmati Mama. Hadiah Mama Ara dah bg awal2 lagi. Apa hadiahnya? Biarlah rahsia! Apa yg penting? Kerjasama!!! Eh2 silap! Ikhlas... Hihi! Nanti Ara belanja makan la pulak! Western Food nak? Mama kan suka black pepper grilled chicken! Haaaa! Pstttt! At first Ara tak tahu today birthday Mama. Bukan lupa tarikh tapi sbb tak sedar hari ni dah masuk 17/05/2009! Haha! Sorry for that! Anyway, semoga kami dpt membahagiakan Mama & dpt membalas jasa Mama sebaiknya. Ara syg Mama sgt2 mcm pasir dipantai, mcm buih dilautan, rasa itu terlalu besar sehingga tidak terhitung! hah ayat aku, ambik kau! Hahaha! Keluar terus perumpamaan & hiperbola ke metafora tak tahulah Ara! Wakakaka! Cepat beno lupa apa yg telah dipelajari disekolah! Huu... I LOVE YOU MAMA <3

Saturday, May 16, 2009

Asam Boi!

Siapa suka asam angkat tgn??? Hahaha! Ara suka gila asam. Haha. Tapi sekarang, Ara suka asam boi yg ni. Rasa dia secukup rasa! Masam manis! Yummyyyy!

Yg kiri & kanan tu peberet saya! Huhu!

Siapa kwn saya yg suka asam? Kalau jumpa, Ara kasi rasa! Lalalala! Hahaha! Tips menghilangkan rasa buah limau yg masam. Makanla dgn asam nescaya rasa limau tu jd yummy! Topic yg pelik utk hari ini... Hahaha! Sekian terima kasih. =p

Yeay2! Bukit dah lepas!

Bangun awal pagi sbg persediaan utk pergi belajar memandu. Siap mandi, Anna minta tlg goreng telur mata buffalo (eh2 comel pula nama ni) Haha! Fyi, dia takut dgn minyak. Kalau minyak mula merecit dia pun dah pecut lari ke ruang tamu dlm sekelip mata! LOL! Don' be mad Anna. It's the truth! Hihihi! =p Ruang tamu tu perumpamaan je. Cuma nak membayangkn dia lari jauh sedikit dari dapur. Siap goreng telur utk Anna. Tiba2 perut ku memulas. Oh no nak melabur! Ahahaha! Waktu tinggal lagi 10 minit utk Pakcik Mat tiba. Setelah selesai, sambung goreng telur mata buffalo utk diriku! Tiba2... Pon2! Aku dgr org hon. Alamak! Pakcik Mat dah sampai & aku tak sempat makan!!! Terus simpan telur tu bawah tudung saji. Minta Anna suapkan sikit telur & nasi. Alas perut la konon! Huhu! Thanks Anna. Bergegas keluar & terus dibawa ke tapak belajar memandu. Sampai sana, tunggu turn masing2. Bila tiba masanya. Pakcik terus suruh aku naik bukit tu. Itulah saat yg ditunggu2 oleh ku. And yeayyyyyyy! Saya berjaya melepasi cabaran itu! Alhamdulillah. 2-3 kali try naik bukit, then Pakcik ajar cara nak parking kereta. Haihhh mula2 asyik kena bebel dgn Pakcik tu! Ara nak keluar dari tempat parking tu, tapi takut terlanggar tiang & sambil memandang Pakcik Mat yg berada dibelakang kereta utk mendgr arahan dia. So bila kereta bergerak, Ara tak pandang depan! Jup lagi Pakcik menjerit! "Pandang depan sayang, bukan pandang tiang!!!" Ara dh tergelak2 dgr dia panggil sayang! Hahaha! Ara dah la lencun mandi peluh. Sumpah panas killer! Sempat pula dia buat lawak. Jup lagi dia ungkit psl si Ain punya kata2 yg agak luncah! Ahahahah! He said "Bak kata Ain, Sampai Tuttttt pun basah!" Hahahaha! Astaghfirullah Al Azim! LOL Then bila tiba masa Pakcik ajar Anna pulak. Dia naik fed up. Anna memandu dgn penuh blur, sampai Pakcik ckp "Ko nak tgk Pakcik tukar colour hijau?" Hahaha! End up Ara yg ajar Anna. Berbakat juga Ara sbg cikgu memandu! Hahahaha! Ara dgn payung duduk kat bahu jalan sambil mengarah Anna mcm mana nak parking kereta. Pakcik ckp, Ara dh mcm cendawan dah duduk tepi jalan. Yang penting, Ara berjaya mengajar Anna. Hah! Nak tahu siapa yg menolak kereta? Jeng3! Ahahaha! Orang itu adalah Anna!!! Hahahaha! Ara naik dgn kakak cina sementara tunggu turn Ara utk belajar memandu pula. Anna pula naik dgn seorang Abg cina. Tiba2 minyak kereta tu habis. Terpaksa la dorang menolak ke tepi kereta tersebut! Hihihih! *Jahatnya aku gelakkan diorang*Haisk!

Masa ni Ara dalam kereta. Snap guna Hp. Tu yg tak clear. Dah la zoom lagi! Haih!

Pukul 11 lebih, Pakcik suruh aku memandu on the road buat kali ke-2! This time dia biarkan Ara control kereta sendiri. Masuk gear sendiri! At first Ara masih menunggu arahan dia utk masuk gear. Kereta pun dah mula merengek! Merengek??? Haha! Paham2 sendirilah bahasa Ara ni. Tiba2 dia bersuara "Kereta ni ada berapa gear?" Aku jwblah. "Ada satu Pakcik! Tapi ada 5 kelajuan!" Dia jwb "Ha tau pun! Masuklah gear 2!" Ara pun ckp la. "Ohhh, saya tunggu arahan Pakcik td" Then dia ckp "Jgn bergantung pd Pakcik, awak bawa je". Ara pun bawa je la. Sampai gear 4 Ara guna semalam! LOL! But then dia ckp jgn laju sgt! Hahaha! Dia kata, dia boleh beri 70% bagi tahap pemanduan Ara. Alhamdulillah. Ara kena tanamkan lebih keyakinan && kena lebih peka pada keadaan semasa memandu. Kisah Anna pula, Pakcik kata, enjin mati masa mereka on the road more than 3 times! Haha! Pelik aku! Masa 1st time hari tu tak ada pula enjin mati. Ha ni mesti sbb Ara tiada dlm kereta utk memberi semangat pd Anna! Ececeyh! Hahaha! =.= Then balik rumah. Tiba2 Kak Rina suruh siap sbb nak pergi KLIA. Dia ada kerja sikit. Lepas tu singgah Klang Parade sbb Ara teringin nak mkn asam laksa. Pheuww! Food Court KP punya asam laksa sedapppp! Yummm2! Tp smlm punya tak sesedap selalu. Terlebih udang kering kot. Then pergi karaoke jamban dgn Anna. Nyanyi 4 lagu. My Happy Ending, Better In Time, Matahariku && omg lupa lagi satu lagu! Hoh tuanya otak aku! Hahaha! Otak je tua! =p Lepas tu lalu tmpt game, teringin naik main lumba kereta tu. Main satu game dgn Anna. Drive mcm gila! LOL! Titttt!!! "The time is up!" Haha! Terus chiow! Saja nak hilangkan stress. Shopping kejap. Beli satu baju kat SUB. Singgah McD. Isi perut kami. Dan pulang... Sampai rumah, Iman buat gempak pula. Kak Rina bg dia duit syiling sbb dia suka masukkan duit dlm tabung. Ara & Kak Rina tgh sibuk nak pakaikan dia baju. Tetiba Kak Rina terjerit bila 1 duit syiling hilang. & that kiddo buat mcm tercekik! Ara & Kak Rina dah semakin gelabah! Kak Rina tepuk2 belakang Iman, korek mulut dia. Tiba2 Iman gelak! Kitaorg masih risau & geram juga bila kena gelak dgn Iman. Tapi pelik gak, kalau dia tertelan mesti dia dah nangis. But but kenapa dia buat riaksi mcm dia tercekik? Ara pun sibuk cari duit syiling tu kot2 terselit mana2! Tiba2 Ara nampak syiling tu bawah bantal. Terus Ara dgr Iman gelak terkekek2! Hisk!!! Tak padan dgn umur! Baru 1 tahun lebih, dah pandai buat mcm tu. =.= Tak pe Iman tak pe... Nasib Maksu syg Iman! Haha!

Papa melayan kerenah Iman.

Pelik Ara mcm mana background boleh blur sedangkan snap guna hp je! Papa mmg suka pakai spect mcm tu! He loves Ray Ban! Mcm mata belalang dh aku tgk! Tapi sesuai dgn bentuk muka dia sebenarnya. Tak kisahla. Aiyayai! Dh panjang sgt ni. Cukuplah sampai di sini... Tataaaa! =)

Big big family!

Keluarga Ara sgt sgt sgt ramai jumlahnya. Siapa yg jadi suami Ara & Anna nanti mesti mengambil masa yg lama utk menghafal nama setiap ahli keluarga! Hahaha! *Berangan tentang situasi bila dah bersuami! Wakakaka!* I'm talking bout this cause Ara terbaca comment Abg2 saudara Ara kat Facebook. My FB penuh dgn sanak saudara sahaja! Hahaha! Kawan-kawan pun adalah jugak! =p Ok, sambung balik. Salah seorang drpd ahli keluarga Ara baru sahaja menyempurnakan majlis perkahwinan dia. Mungkin sbb tu dorang bercakap tentang perkahwinan kot? Ini dialog mereka:

Abg A**** : Puas le kita buat keje kenduri kawin...
Abg R***** : let me re-count...anak i ada 2, anak awak ada 3, anak kak lina ada 5, anak ilin ada 6, anak kak linda ada 4, anak uncle ucop ada 2, anak pak andak ada 2, anak pak anjang ada 4, anak pokde ada 4....many many more weddings lah. itu tak masuk belah saya lagi...mapuh weh!!!

Baru perasan kenyataan ini setelah membaca cmmnt mereka! Banyak killerrrr! Ahaha! Saya & Anna anak kpd Uncle Ucop! I don't have any idea why mereka panggil Papa, Ucop! Nama manja kot? Nasib baik bukan USOP SONTORIAN! Ahahaha! Actually ada lagi nama2 sanak saudara yg perlu dikahwinkan 1 hari nanti! Tak perlulah Ara sebut! Byk sgt kot! LOL! Tapi nama2 yg disebut tu kebanyakannya dah besar panjang so tak lama lagi lah tu! Hahaha! Kalau saya? Lalala...Bf pun tak ada, nak kahwin apanya? Hahahaha! Yg penting, Ara nak belajar dulu. InsyaAllah panjang umur, nak kerja & kumpul duit barulah fikir ke arah itu. =) Cewah2! Ahaha! =.= Oh mapuh tu mampoih kot? Ahahaha!


"Oh no! NO!!! Not me! Saya tak nak kahwin dulu!"

Hahahaha! Lakonan semata-mata! Ini ialah gambar lama saya. Masa ni saya kurus tapi saya selalu ckp saya gemuk. Sekarang dh bertambah gemuk dari dulu yg kononnya gemuk. So, now dah jadi gendut pulak! Hahahaha! Up sikit! Wakakaka! Susahlah nak kurus! Tapi Ara tak akan berputus asa! Hihi! && I miss my long hair. Lambat betul nak tunggu rambut panjang. Agaknya, masa birthday Ara & Anna nanti dah panjang mana ek? Hmmm! ^_*

Gambar lama juga! Rindunyaaaaaaa rambut dulu! =.=

Ramai yang cakap, gambar ni Ara pakai contact lens termasuk kakak saudara saya! Honestly, Ara tak pakai contact lens pun. Itu mungkin hasil daripada lighting yg digunakan. Kanta mata saya berwarna hitam pekat legam sama mcm rambut saya! Haha! Ara tak pernah pakai contact lens & tak tahu pun cara memakainya. Eh tipu2! Cara memakainya tahu sbb pernah tgk org pakai tapi takut nak cuba! Hahaha! Rambut juga tidak pernah diwarnakan. Bulu kening juga tidak pernah di trim! Menjaga & menghargai pemberian Allah! Eceyhhh! Hihi! =.=

Gambar yg dgn Anna lepas tgk konsert Mentor tu yg paling baru. Acah je macam kurus! Percayalah cakap sayaaaaaaaa! =.= *Buat muka merayu* Hihihi =p

Nak update bout kisah belajar memandu but i'm too tired yaw utk menaip. Sleepy lagi! Mana taknya? Dah pukul 5.00 a.m. Hahaha! =p Psssttt! Sumpah kelakarrr masa belajar memandu! Ada org tolak kereta sbb minyak habis! Wakakaka! Shhhh *sambil letak jari telunjuk dibibir* kita sambung nanti... Chiowww guys! Assalamualaikum... ^_*

Wednesday, May 13, 2009

Pakcik2! Enjin mati!!! *muka cemas*

Title itu adalah sempena kisah Ara & Anna belajar memandu buat pertama kalinya. LOL! Okayh, kami dijemput oleh Pakcik Mat pukul 8.05 a.m. Sampai sana, kami diajar oleh Mr. Tee. Dia adalah boss utk tempat belajar memandu tersebut. Mula-mula dia ajar benda-benda asas. Siap mengajar, dia suruh Anna duduk di tmpt memandu. She was like "Haa?? Aku ke?" Hahaha. Mula-mula pusing-pusing dalam tmpt tu je. Sekali dia suruh Anna keluar ke jalan utama. Haha! Aku pulak yg jadi nervous. Dalam hati aku "Biar betul dia ni? Kitaorg tak pernah memandu kereta pun???? Haha" Buat pertama kali di atas jalan, aku rasa kira oklah cara Anna memandu masa tu. Mr. Tee mmg banyak membantu. Sampai tmpt belajar memandu balik. Mr. Tee suruh aku pulak duduk tempat Anna. Hati terus menjerit "OMG2! It's my turn!!!" Haha! Then buat benda yg sama mcm Anna. Memandu atas jalan utama. Nervous sikitlah tapi apa yg penting, enjin tak mati semasa berhenti di traffic light or semasa di atas jalan. Bagus kan Ara & Anna, first time memandu kereta tapi enjin tak mati semasa berada di atas jalan utama? Syukur deyh! Kalau tak, mesti menggelabah! Hahaha. Kemudian, kami di ajar oleh Pakcik Mat untuk mendaki & menuruni bukit dan 3 penjuru. Aku rasa, aku tak ada masalah dgn 3 penjuru. Sampai Pakcik Mat pun dah berani keluar kereta utk aku lakukan seorang diri supaya aku ada keyakinan dan bergantung pada diri sendiri. Tapi bila berkenaan dgn bukit, arghhhh aku ada masalah haha. Mendaki ok, time nak turun.. Masa tu la enjin mati! Uhwaaaa. Aku tak tahu la. Bila aku dah berhentikan kereta betul-betul atas line kuning tu. Aku tekan clutch then tekan brek.Pastu tarik brek tangan. Time ni la aku tak reti! Haha! Aku ikut arahan Pakcik Mat tapi tiap kali aku buat mesti enjin mati atau kereta tu terlompat sikit! Hahaha! Dia suruh Lepaskan clutch sikit, then tekan minyak. Lepaskan lagi sikit clutch, tekan minyak & turunkan brek tgn. Masa ni la enjin mati! Haha! Geram bila tak boleh buat. Haiyaaa! Kisah Anna pulak. Dia suka brek mengejut sampai aku naik takut! Hahaha! Masa dia mendaki bukit. Dah sampai kat line kuning, dgn riaksi gelabah yg comel berkata, "Pakcik2! Punat mana yg nak kena tekan???" Pakcik menjawab "Punat2! Tarik brek tgnlah!!!" Aku dah terkekek2 kat blkg. Haha. Tak sabar nak hadiri latihan lagi. Jumaat ni ada kelas lagi. Yeayyy2! Bukit misteri!!! Wait for me!!! Hahaha! Semoga aku berjaya turun bukit dgn smoothnya. Hihi! ^_^ Oh2, aku masih risau dgn masalah yg aku hadapi. Hmmm...

Sehingga bertemu di lain hari... =)

Tuesday, May 12, 2009

Resah & Risau

Harap2 minggu dpn, masalah aku selesai. Amin...

Evo Best!!!

Ahad lepas pergi tgk Mentor dgn family ku. Thanks to Mama & Papa sbb sama2 beri sokongan buat EVO! Love you guys! Hihi! Masa tu Sani masih batuk. Semoga Sani cepat sembuh. Amin... Sebelum pulang, jumpa dia sekejap. Sedih je bila kami nak brgmbr tiba2 hp aku wat hal. Uhwaaaa.. Terus tak sempat nak snap sbb mereka harus pergi kemana tah. Yg Anna boleh plak tidak mengeluarkan hp dia. Menyesal juga tak pinjam camera Kak Rina! Walaubagaimanapun, Sani mmg best! ^_* Go Evo Go!!! Weee!

Si Kembar! ^_^

*Selepas konsert Mentor*

Kepada pembaca yg baru *Kalau ada...lah, haha! =p* Kami kembar tak seiras. Anna lahir 53 minit selepas saya keluar melihat dunia! Hihi! Kalau tak percaya? Tak dapek den nak nolong! LOL. Janji Allah s.w.t tahu kebenarannya. ^_^ Entry akan dtg, insyaAllah Ara akan berkongsi dgn anda tentang kisah kami. Sekian terima kasih! =)

Saturday, May 9, 2009

Go Hafiz Go!!!

Esok konsert so kena post mlm ni juga! Haha! Hafiz akan menyanyikan lagu I Believe I Can Fly mlm esok. Hahhh... Tak sabarnya! Semoga nyanyian Hafiz akan membuat bulu roma Ara meremang! Hahaha! Joking!!! Caiyokkk Hafizzzz!!! *Ceyhh mcm dia baca je blog aku! Wakaka!* =p Suka juga bila Akim akan menyanyikan lagu I'm yours. Sedap~ Tapi saya tetap suka Hafiz! =)

Araaaaaaaaaaaaaaaaa! Pergi buat susu cepat!!! *Hahaha! Sesi berckp dgn diri sndiri* =p

Kakakkk! Jgn lupa bawa SUSHI balik!

Okayhhh... Erm, today pergi Unisel hantar slip byrn deposit kemasukan and lepas tu balik rumah. Tgk TV dan dilanda kebosanan. Kakakku pergi Narita today. Seminggu kat sana. Dah pesan suruh dia bawa balik Sushi dari sana.. Japan punya SUSHI sodappp! Tapi seram juga dgn Virus Influenza tu.. Haisk.. Semoga Allah melindungi Kakakku dari penyakit itu. Amin... Walaupun tadi sibuk tgk tv tapi tak tgk pun berita. Tak tahu penyakit tu dah merebak ke negara mana je. Adoi. Alhamdulillah masalah aku dah selesai. Eh2, banyak pulak nyamuk gatal nak gigit org malam ni. I don't have any interesting story to share with u guys. So so ermmm ahahhh.. Ara dah plan sesuatu utk rambutku! Haha! Nak biarkan ia panjang sampai pinggang. Tak mo nipiskan cause rambut ku tebal mcm ekor kuda! Hahahaha! Bila dh panjang & lebat, nak gi rebonding. *Berangan* Hahaha! Semoga menjd kenyataan. Hihi. Tapi tak tahu kenapa rambut dpn lagi cepat panjang dari rambut blkg. Ceytt! Penat tggu! Haiskk oklahh, Ara dah menguap berkali-kali ni. Haha! Perut terasa lapar pulak. *Konon tgh diet ni, tak mkn mlm dah! Haha* But saya nak & perlu minum susu.. Yummm2! ^_*

p/s: Fyi, tulang pinggang Ara lari dari landasan dia. So Ara tak boleh duduk dpn pc lama2 dah. Kena minum susu byk2 biar tulang Ara kuat. ( Nasib baik susu fav. Ara! ^_* ) And kena pakai bengkung utk betulkan tulang tu balik. Masalahnya, bila pakai bengkung tu la terasa sakit sikit... Ketat ya amat sampai aku nak makan pun semput! Hahaha! *Mcm lepas bersalin pulak kena pakai bengkung2 ni. Huhu* Oklahhh.. Daaa guys! Assalamualaikum... =)

Friday, May 8, 2009

Rindu nak bergambar tapi...

Dah lama Ara tak pamerkan gmbr terbaru Ara! Hahaha! Tp ada ke org nak tgk? LOL. I don't know, rasa mcm malas gila nak snap gmbr sendiri! Haha! Maybe selepas kehilangan Cik Nikon. Heh, entahlah. Mungkin juga sbb rambut pendek ni buat Ara lagi mls nak snap gmbr. Tunggu panjanglah. Hahaha! Tadi buat appointment utk pemeriksaan doktor. Then pergi Bank Islam utk bayar deposit kemasukan ke Unisel. Ara & Anna akan menyambung pelajaran kami di Unisel dengan mengambil course Seni Reka Grafik Digital pada 23 Mei nanti. Doakan agar kami berjaya dlm bidang yg akan kami ceburi ini. Weehee! Erm, next week baru dpt lesen L so lepas tu dah boleh belajar bawa kereta! Yeayyy! Hihi. Tak sabar nak dpt lesen... Ngee.. Oklah, i need rest since my kepala pusing dgn masalah yg melanda. Anda semua take care ok?! Chiow!!!

Thursday, May 7, 2009

Busy Busy Busy

Busy kerana membuat segala persediaan utk memampatkan diri dalam University! Haha! Busy juga dgn masalah yg sedang melanda Ara & Anna. Kami pening... Ya Allah, bantulah kami... Amin...

Murah2! =p

Beg tangan & Bulu Mata Palsu

http://ratna-attitude.blogspot.com

For Contact Lens

http://ratnarockerina.blogspot.com

Beli jgn tak beli! =)

Wednesday, May 6, 2009

Vote For EVO!!!

Evo - Mentor 3
Credit : TV3
Mentor : Jaclyn Victor
Protege : Evo



Credit : Photogua

Nama : Halhusani bin Razmi (Sani)
Umur : 20
Tarikh Lahir : 10 Disember 1988

Credit : Photogua

Nama : Khairul Najmuddin bin Abu Samah (Hyrul)
Umur : 17
Tarikh Lahir : 5 Disember 1991
Tinggi Pekerjaan : Pelajar

Credit : Photogua


How to vote?

sms MENTOREVO ke 33399, RM 0.50 per vote.

sms MENTOR5EVO ke 33399, RM 2.50 per vote.

sms MENTOR10EVO ke 33399,RM 5.00 per vote.

Contoh : MENTOR EVO KE 33399

Wanna know more about Evo? Click on these links below.

http://evomentor3.blogspot.com/

http://www.tv3.com.my/mentor

Jadual Mentor (10/05/2009).

05.30 pm : Mentor SS3 - Journal Mentor

09.00 pm : Mentor SS3

-Sumber : http://www.tv3.com.my/Schedules.aspx?view=today&dd=10&mm=5&yy=2009-


p/s: Ara pernah dgr Sani menyanyikan pelbagai lagu sblm dia menyertai mentor. Suara dia mmg sedap! ^_^ Tontonilah Mentor & jgn lupa vote utk Evo! =) Semoga EVO dapat memberikan persembahan yg mantap utk minggu ini. Amin.

Cik Epal Tag Saya! =p

1. Kalau anda jadi orang terkaya di dunia?
-Penuhi segala kehendak diri & keluarga utk berjaya & bahagia di dunia & akhirat.

2. Kalau anda jadi orang terseksi di dunia?
-Tak ada kalau2! Mati hidup semula pun aku tak nak! Haha! Dush2! Tak boleh bla punya soalan

3. Kalau anda perlu terjun tingkat ke-100 untuk membuktikan cinta anda?
-Buat apa terjun kalau di akhirnya masuk kubur? Haha. Byk lagi cara lain yg lebih sempurna! =p

4. Kalau orang kata blog anda teruk nak mampus!
-Try utk perbaiki la pe lagi!

5. Kalau keluarga anda yang menentukan teman hidup anda?
-Terima dgn redha! tp tp sy gembira & brsyukur sbb keluarga ku bukan sperti itu.

6. Kalau tiada lagi hari esok?
-Kalau kita boleh tahu bila hari terakhir kita bernafas didunia. Mesti sampai saat akhir kita menunaikan segala suruhannya. Tapi disbbkan kita tak tahu bila harinya sbb tu kita tak insaf2! Inilah ujian terbesar buat kita. Ya Allah, berilah aku hidayah & rahmat-Mu. Amin...

7. Kalau orang yang anda benci berada di depan anda?
Saya tak tahu nak jwb apa sbb saya tak benci sesiapa pun...

8. Kalau anda berpeluang masuk Fear Factor dan makan benda2 pelik?
-Tak nak masuk pun! Haha

9. Kalau ibubapa anda tiada pada pagi esoknya?
-Tiada mcm mana? Sementara or selamanya? Isk soalan ni! Buat Ara geram je! Pockkk kang!!! =p

10. Kalau anda berjumpa dengan orang artis/selebriti yang paling anda minati?
-Ambil gambar bersama & autograph please! haha *LAME*

11. Kalau diberi lesen untuk membunuh, siapa yang akan anda bunuh?
-NEXT!!!

12. Kalau orang kata anda kacak/cantik?
-Saya kembang! Hahahaha! =p

13. Kalau anda ada penyakit AIDS pada usia yang muda?
-Astaghfirullah Al-Azim... NEXT!!!

15. Kalau anda terpaksa mengorbankan cinta anda untuk orang lain?
-Kalau org itu lebih berhak mendpt cinta itu, Ara akan berkorban.. Lepas tu siang mlm dgr lagu Ketulusan Hati by Marshanda! Hihi! =) Lagu tu sedih kalau dihayati betul2. Meremang je bulu roma Ara bila terlalu fokus pd liriknya.

16. Kalau anda memenangi anugerah? Dan anugerah apa yang anda inginkan?
-Anugerah Tahfiz Al-Quran! Indahnya kalau Ara boleh menghafal Al-Quran... =.=

17. Kalau anda berpeluang mengahwini bangsa asing? Bangsa asing mana yang anda inginkan?
-Korean or omputih! Haha! Tapi susah taw nak pikul taanggungjawab... Baik kahwin dgn org yg beragama Islam! Hihi! At least, sama agama semestinya dah memahami cara hidup umat Islam.

18. Kalau anda terpaksa berpisah dengan orang tersayang?
-Kalau utk kebaikan apa salahnya.

19. Kalau ramai yang tidak puas hati dengan anda kerana mereka cemburu dengan anda?
-Pelik kalau ada manusia yg cemburu dgn Ara. Ara bukannya ada apa2 pun! Haha! Tp kalau ada pun, Ara akan jumpa dgn dia and selesaikan mslh tu!

20. Mengenai orang yang tag kamu ni.
-Dia cantik! Walaupun Ara bukan bestfriend dia, tapi dia baik. Dan Cik Epal! Tlg jgn tag saya dgn soalan2 yg mcm ini lagi! Haha! Biarlah ia menjd yg pertama & yg terakhir! =p Btw, mana pergi soalan no. 14???

Tuesday, May 5, 2009

Kuantan - Negeri 9

Pd mlm khamis, kami sekeluarga bertolak ke Kuantan kerana Cousin Ara akan melangsungkan akad nikahnya pd hari jumaat (1/5/2009). Selepas solat Jumaat, kami terus bertolak beramai2 ke Masjid yg berdekatan dgn rumah pengantin perempuan.

Rombongan Cik Kiah ke Masjid! Haha! Ada 13 kereta kot?

Alhamdulillah pernikahannya sah dgn sekali lafaz! Saat yg tak boleh bla apabila handphone cousin ku yg merupakan Mak kpd 4 org anak berbunyi! Lagu rock pulak tu! Dia punya kecoh suruh anak dia off hp! ! Peringatan: Perlahankan nada dering sblm masuk ke dlm Masjid atau yg sewaktu dgnnya. =p Jgn pelik apabila kebanyakan cousin Ara jauh lebih tua dr Ara & Anna. Adalah kisah keluarga yg unik terjd! Hehe! =p Kami yg lahir lmbt ke dunia! Abg Kakak Ara untungla sbb umur mereka tak jauh beza ngan cousin2 kami. Hakikatnya Ara & Anna sebaya atau tua sedikit atau muda sdikit dari anak2 cousin kami! Haha! Keluarga Ara mmg ramai. Mama ada 13 adik beradik. Papa ada 10 adik beradik! Ara mmg salute org dulu2! Kalau org sibuk nak anak yg boleh dijadikan team bola sepak. Sblh Mama mmg terlebih dari cukup! Siap boleh sediakan pemain ganti lagi! Hahahaha! Dasyattttt...

Keluarga sebelah Mama melepak di Teluk Cempedak, Kuantan. Ada ramai lg yg tak dpt dtg sebenarnya. =)

Setelah tamat majlis perkahwinan. Mak Ija (Makcikku) mengajak kami semua ke Teluk Cempedak utk menghabiskan masa bersama. Walaupun tak semua yg dpt dtg tapi kami seronok dpt berkumpul seperti itu. Habis meja kerusi kedai tu kitaorg conquer! Haha! Dlm pukul 1 pagi, kami pun bersurai! *Ayat skema! Hahaha* Pd keesokan pagi, kami sekali lagi membuat rombongan Cik Kiah ke Rompin Pahang utk pernikahan Abg saya. Maaf, gambar dlm camera kakak Ara. Dia dah tidur skrg. Tak tahu mana dia letak cam. Tak perlulah gmbrnya! Hihi! =p Setelah majlis selesai, dr Rompin kami bertolak ke Negeri 9, iaitu kampung Papa utk berehat. Pd hari ahad, Ara skeluarga pergi ke Rembang Hot utk menziarahi cousin ku yg sarat mengandung. Kat sana, pertama kali aku melihat Ayam Hutan yg telah dikacukkan atau Ayam Hutan Mixed Blood dgn ayam biasa utk melahirkan Ayam Hutan yg lebih besar. Saiz Ayam Hutan Original ala-ala saiz Ayam Serama ye murid2! Ahahaha!

Telinga Ayam Hutan berwarna putih ye murid2! Itulah bezanya dgn Ayam Biasa! =) Ayam ini di gelar Ayam Pemikat utk memikat Ayam Hutan yg ingin diburu.

Abg Ngah kata, hanya org yg berilmu shj boleh memburu ayam hutan & rusa. Ilmu agama yg mendalam. Dia pernah mengikuti org memburu rusa. Pasukan itu ditemani oleh org asli yg mengetahui habitat rusa tersebut. Apabila mereka ternampak rusa. Org asli segera menjauhkan diri. Mengapa? Kerana adakalanya rusa itu bukan rusa. Tipsnya, kalau rusa itu lari, itu bermakna rusa itu benar2 seekor rusa tp kalau rusa itu tidak berganjak apabila ia akan ditembak. Mmg sahla bukan rusa. Tp dia kata, org asli tak takut harimau, kalau mereka terdgr suara harimau, pasti mereka mencarinya. Sbb apa? Sbb drg ingin mendptkan duit yg byk. Harimau tu mati pun tak apa asalkan anggota bdnnya lengkap. Papa pun pernah cerita kat Ara. Kisah seorg lelaki yg memburu rusa bersama anaknya. Bila dia nampak seekor rusa, dia terus menembaknya. Tiba2 terdgr suara hantu mengilai dan tergelak. Apabila lelaki itu menghampiri rusa yg ditembaknya, apa yg dia dapati ialah dia tertembak anaknya sendiri. Pada pendapat Ara, zaman sekarang ni, macam2 makanan dijual dipasaran. Semuanya sedap2. Mengapa masih ada manusia yg memburu binatang? Nak dpt duit? Mcm tak ada kerja lain kan?!!! Hmm... Syukurlah sekarang suami cousinku, Abg Ngah itu tidak memburu binatang lagi malah dia menternak binatang seperti kambing, itik, angsa, lembu, ayam & ayam serama dikediamannya utk mencari rezeki. =) Dia ada mcm2 jenis kambing. Ini salah seekor darinya.

Kambing ni nama dia GILO! Slang Negeri 9. Tak ada nama lain ke Kak Wa? Haha! Tp kambing ni mmg jinak gilo! Ahaha! Masa kitaorg tgh sibuk dgr Papa & Abg Ngah bercerita, tetibe Ara rasa ada benda menyandar kat peha Ara. Masa tu SUMPAH ara terkejut beruk! Beruk pun tak terkejut mcm Ara! Hahaha! Terjerit dan terlompat! Wakaka! Ye lah! Ingat anjing ke apa! Dh la rupa dia ala2 vavi hutan sikit! Haha! Bulu dia lain drpd lain. Lepas tu dia perasan dia kuda agaknya. Suka berdiri mcm kuda! Haha! Kak Wa kata, dia manja sbb dari kecil dia minum susu botol. Bau kambing mmg hebat! Haha! Melekat kat tgn bila Ara usap kepala dia! Nak buat mcm mana? Kata PENCINTA HAIWAN! Hihi. Tapiiiii Ara PENGGELI CICAK!!!! Haha! Oh & KATAK! Tapi Iguana & Ular tak ye kengkawan. Boleh pegang tp takut kena gigit & patuk je lah. Cuma cicak & katak, mmg menggelikan. Mungkin sbb bdn dia lembik kot? Tak kisahlah. Sambung cerita, kami semua pulang ke Klang setelah EVO Mentor 3 menamatkan persembahan mereka. Vote for EVO! Wooottt2! Caiyokkk EVO! ^_^

Sampai di Klang, sewaktu Ara sedang asyik membasuh pinggan, tiba2 Ara dikejutkan dgn tangisan Anna. Ara ingat Kucing kitaorg mati, rupanya kura2 Anna mati. Kesian dia. Aku pun tak tahu puncanya. Bila Ara tgk Lala terkulai begini, Ara turut menitiskan air mata. Walaupun Ara tak rapat dgn Lala tp dia dah hidup bersama kami bertahun2. Kepada Lala, kakak syg Lala juga! Lala tlg smpaikan slm pd BOBO, BABY, PRETTY, MICO, CICAK, GREY, OLIVER, FELIX, MICKEY & yg seangkatan dgnnya yeah. Terima Kasih. Kakak harap, korang semua bahagia di alam sana. I love you all & miss u guys so much! =( Di atas adalah nama2 kucing yg membesar dgn Ara tapi telah meninggalkan Ara utk selamanya dlm tempoh yg tertentu dgn sbb2 tertentu. Ada yg mati sbb dah tua, sbb sakit, dilanggar kereta, & ada yg hilang 8-9 thn dulu... Arghhh sedihnyaaaa... Hakikatnya, setiap yg hidup pasti akan mati. Setiap pertemuan pasti diakhiri dgn perpisahan. Ter-emo pulak. Haiskkk! =.= Semangat Ara, Semangat!!!

Cendawan Butang Masak Black Pepper! =p

Ara suka masak! Tp bila penghuni rumah lapar je la! Kang tak lapar siapa pulak nak makan? Haha! Selalunya Ara masak bila Mama tgh busy jaga Iman. Hari tu Ara rasa mcm nak makan button mushroom tapi tak tahu nak masak apa. Sekali nampak sos black pepper. Dpt la idea nak masak mushroom tu dgn black pepper! Tumis apa yg patut & masak la ikut cara Ara yg tersendiri! Haha! Inilah hasilnya! Tadtadaaabaaaaaaa! Haha! =)


p/s: *Anna yg habiskan mushroom ni! Haha* Ini kali pertama aku masak lauk ini! Haha! Rasa dia 5/10 kot! Hahahaha! Kalau org boleh makan tu kira lulus la! *opsss terluluskan diri sndiri pulok! Hahaha* =p Gurau jerk! ^_^