Wednesday, March 25, 2009

Pertama & Mungkin Yang Terakhir?

Julai 2008, setelah 11 tahun aku bersekolah, akhirnya diusia 17 tahun aku mengikuti perkhemahan disekolah ku. Bertemakan Kem Integrasi untuk adik2ku di SMKTKU. Aku dan geng aku hanya dilantik sbg AJK utk mengawasi adik2 kami. Kami berkhemah di Bukit Lagong, Selayang. Tak la jauh sangat pun. Tapi pada awalnya, Papa & Mama mcm tak bagi, setelah penat merayu. Akhirnya, mereka benarkan juga. Muka Papa mmg sadis gila mlm sblm hari perkhemahan tu. Bukannya pergi sebulan, 3 hari 2 mlm je! Huhu! Bila kita org sibuk berkemas. Dia pun memulakan mukadimahnya!

Papa: Nak pergi mana kemas2 baju ni?
Ara: Esokkan kita org pergi camping? (Padahal dah bgtau byk kali.. Dia pekakkan telinga rupanya. Tapi Mama dah benarkan bila aku kata kami di bawah jagaan Ustazah. Mama siap ambil num. Ustazah lg! Haha!)
Papa: *Buat muka risau + sadis* Jaga diri elok2 taw!
Ara: Ok! *sambil senyum*

Pagi2 lagi Papa dah hantar ke sekolah. Sampai di sekolah, mula mendaftar nama. Tiba2 cikgu kata, tmpt duduk tak cukup dlm bas. Saya, Anna & Aman tak boleh ikut! Dengan tiba2 kami merudum! Punya la bersemangat! Kami pun merayu kat cikgu nak ikut! Lalu cikgu meminta pemandu bas membenarkan kami naik kerana kami rela duduk di atas lantai bas! (sampai mcm tu skali!) Hahaha! Akhirnya pemandu bas benarkan! Bila aku melompat masuk bas! Aku mendapati tiada siapa yg duduk atas lantai sbb tmpt duduk mencukupi. Alhamdulillah... Kenapa tiba2 cukup? Sebab ada murid yg naik kereta cikgu! Kami bertolak pukul 10.30pg dan tiba di sana tengah hari! Tempat itu sangatla berupa hutan simpan! Sampai di lereng bukit tu, pandang kiri nmpk orang asli, pandang kanan pun nmpk original human (org asli) Hahaha! Rasa seram pulak! Bila tiba di lokasi, aku berasa segar sekali lalu aku menguntum senyuman!
Nampak tak pondok sederhana besar tu? Itu adalah tempat budak2 berkumpul. Kemudian kami sbg AJK diminta mengenalkan diri kami. Buat pertama kali kami diberi kuasa untuk memarahi mereka sekiranya mereka degil. Hihihi! ^_^ Apabila hari sudah petang, kami diminta untuk memasang khemah dan menyimpan brg di dlm khemah masing2. Setelah siap mengemas, kami menunaikan solat asar kemudian berkumpul di kantin utk minum petang.

Aku sempat melihat di sekeliling kawasan tersebut. Memang indah. Paling best bila aku dapat menangkap gambar ermm gmbr apa pulak nama binatang tu? Mengkarung kot? Ia keturunan cicak la jugak! Tapi aku takdela geli kat haiwan tu mcm aku geli kat cicak! Oleh kerana itu aku dpt pergi dekat dgnnya. *Tp dlm hati gentar la jugak, takut dia mlompat kat aku! Hahahah* Kemudian kami menyiapkan diri utk solat maghrib, bacaan yasin & solat isyak. Mlm pertama, aku & Amanina diarahkan supaya mengawasi mereka sehingga pukul 3 pg kemudian diganti dgn murid lain. Terasa diri ku seperti GUARD seketika! Ahaha! Tapi seronok! Tgk bulan... Tiba2... ada budak menangis... aku dah berdebar siket! Ahhhh tak habis2 nak histeria... Tanggapan aku salah rupanya.. Budak tu mmg penakut tp dia sakit perut rupanya. Lalu Amanina menghubungi Naqib (Ketua Pengawas) dgn walkie-talkie kerana khemah boys & girls agak jauh utk meminta minyak angin & panadol. Kebetulan Naqib adalah pacar budak itu! Haha! & dia mula risau. So caring! Haisk! Huhu. Bila tiba pukul 3, aku & Aman pun melompat masuk khemah kami. Anna dah sedap tidur! Siot betul! Haha! Bila baring, aku tak dpt tidur. Pusing kiri, pusing kanan.. Tiba2 Choki2 berbunyi, haha. Kami beri nama baru pd walkie talkie.. Afiq berada di talian...

Afiq: Helo, siapa ada kat sana? Over!
Aku capai choki2 di atas kepala.
Ara: Helo Afiq, Ara ni. Over!
Afiq: Belum tidur ke?. Over!
Ara: Tak boleh tidur. Over!
Afiq: Tidur je! Over!
Ara: Ok. (Cuba kira ada berapa over! Mmg OVER! Hahaha!)

(Rasa seram menyelubingi diri, semua org dlm khemah aku dh berdengkur. Lama-kelamaan, aku juga tertidur. Baru sedap dibuai mimpi, tiba2 trdgr jeritan org menyuruh bangun) Amanina rupanya yang mengejut semua org mcm ingin membunuh! Hahaha! Dia mmg tegas dlm menjalankan tugas! Almaklumlah Pengerusi Bomba! Hihi. Kita org pun bangun dan mandi kerana ingin menunaikan solat subuh. Setelah itu kami bergegas ke pondok utk mendengar arahan jurulatih En. Azwan! Perghhh! Dgn muka bengisnya, dia mmg tegas & garang! Hari ini, murid2 akan menjalani beberapa aktiviti, mencari harta karun, membuat layang2, mencari gula2 dlm tepung, rock climbing, flying fox & mcm2 lg.
1st image : Epul & Zaim. Afiq sedang exercise dgn caranya sndiri. Haha! Gadis itu Amanina! Gmbr lain, pelajar sedang sibuk menjalani aktiviti yg diadakan untuk mereka.

Gambar di bawah ini adalah adik Amanina, Dania & di bawahnya seorang India! Mereka gagal melakukan rock climbing menyebabkan mereka didenda! Dania didenda mencium pokok sehingga 50 kali. Muahhh 1. Muahhh 2 sehingga 50! Sumpah comel. India itu pula didenda lari 100 kali mengelilingi tembok tersebut sambil menyebut. Aku tak boleh! Aku dgr India tu sebut mcm ni. Ta bole ta bole ta bole ta bole ta bole... Mmg kelakar. Cikgu pun tergelak. Gmbr di bawahnya pula adalah cbrn meniup belon sehingga pecah! Hahaha! Comelkan cikgu2 aku tu! Ahaha! Siap tutup telinga! Mana taknya! Belon yang budak tu tiup dah besar gedabak, tapi masih belum malatop! ^_^ Petang itu pula, kami meredah hutan! Fuhhh, dengan lumpur, sungai dan sebagainya. Sampai khemah, kaki aku sakit! Hahaha! Padah dah lama tak exercise! Hihihi! =p Tapi seronok!

Sampai khemah dah senja. Mandi2, solat. Habis solat isyak, ada ceramah agama dan kemudian kami masuk tidur. Mlm kedua kami tidak mempunyai tugas. Kami melabuhkan punggung di dlm khemah. Apabila terasa panas, aku & Aman mengambil keputusan utk tidur disurau. Surau itu berbumbung tp tidak berdinding! Haha! Nak kata seram tak jugak sbb ada beberapa pelajar tidur disitu. Bila sedar pd pagi hari, dh terlewat sikit nak solat subuh! Bergegas kami menunaikan solat! Ajk lelaki langsung tak nmpk muka akibat keletihan berjaga mlm mengawasi persekitaran.
Ini pula gmbr pelajar melaksanakan rentas halangan. Gmbr kedua, gadis yg sedang merangkak. Sumpah comel adik tu! Haha! Mula2 dia berdiri. Mcm baby mula nak bertaktih! Ahaha! Yg jurulatih kat sblh hujung duk gegarkan papan. Terjerit2 adik ni. Last2 dia merangkak! Huhu! Pastu merangkak pun slow mcm kura2! Kura2 lg laju woh! Haha! Yg jurulatih tu bg semangat kat adik ni dgn berkata "Kau bygkan ada KFC SET COMBO kat hujung ni! CHEEZY WEDGES! Bla3!" Aku dah tergelak2 dgr! Tak menahan betul cara dia bg semangat! Huhu! Yang paling aku geram bila Amanina semangat nak jalani rentas halangan ini juga! Tak psl2 jurulatih tu paksa aku & Anna join sekali! Bila aku smpai kat tmpt ketiga dlm gmbr seperti di atas. Kami kena berkawad dlm tu lepas tu bg melepaskan diri dr kayu tu, kita org kena menyelam dlm air. Mak aiii! Makk u mesti x sanggup nak bau air tu! Hahaha! Busuk gila! Bau bangkai! Hahaha! Aku kata kat jurulatih tu. "Abang! Lepas saya menyelam ni, mesti jerawat saya baik lepas kena air kotor ni an?!" Abg tu kata! "Tau takpe! Cepat menyelam!" Haiskk! Then, time nak melepaskan diri dr tembok tu mmg susah! Mula2 Anna dh lepas! Dia kan ringan! Senanglah! Time nak naikkan Amanina! Mak Datuk Nenek! Nak tercabut lutut I! Hahaha! Tp lepas juga! Apa yg penting?! Kerjasama! Haha! Kami bukan Wonder Pets! Kami sahabat baik! Hihi! =)

Pada mlm hari, kami dikehendaki melakukan Night Trekking! Anna dh tarik diri sbb lutut dia cedera bila dia melakukan lompat tarzan direntas halangan! Hahaha! Mmg kesian tp x dpt den nk tlg! Huhu! Aku ckp pd Aman, aku nak jalan dgn dia sbb ini pertama kali aku masuk hutan mlm2! Dah la password yg harus digunakan ialah HANTU + BUNGKUS! Mcm siot je! Kalau aku sesat, aku kena jerit Hantu sebanyak 3 kali! Dan jika kawan aku menemui aku, dia akan menyahut Bungkus sbyk 3 kali! Kemudian baru aku boleh pergi kpdnya jika tidak aku harus menunggu sehingga bantuan sampai! Haiskk! Apa yg memeranjatkan lagi adalah apabila aku diletakkan dibahagian hadapan sekali! Ya Allah, tak pernah aku bygkan keadaan itu akan terjd.
Kami memulakan perjalanan pd pukul 12 tgh mlm. Lampu suluh hanya diberikan kpd AJK sahaja. Setiap selang 5 org baru mempunyai lampu suluh. Kesian aku tgk budak2 tu! Mereka beratur panjang dibelakang aku. Cikgu perempuan semua tak ikut. Mereka kepenatan dan meminta tlg aku & Aman menjaga adik2 kami. Jurulatih Azwan tggi orangnya. Satu langkah aku bersamaan 2 langkah kakinya. Dah la jln laju. Pastu aku pun ikut la dia cepat2. Sampai satu masa, budak blkg aku dah jauh tertinggal. Aku ckp kat Jurulatih tu, "Encik! Dorang dah tertinggal! *Buat muka risau*" Pastu dia membalas "La, apasal awak tak ckp td?! Lembab betul drg ni" (Dlm hati aku, 5 org berkongsi 1 lampu suluh, jln gelap, kiri kanan hutan lepas tu asyik mendaki, mana tak lambat) Sementara menunggu budak2 tu sampai, tiba2 aku terdengar lirik lagu yang merintih *Bila cinta didusta, hati mula gelisah...* Jurulatih yg garang tu psg lagu jiwang! Aku terkejut dan pelik! *Garang&Tegas tp dgr lagu jiwang berkarat? Aku tertawa dlm hati. Haha* Sepanjang perjalanan aku diiringi lagu2 jiwang! Budak2 blkg aku semua jealous! Hahaha! (Adakalanya, mereka turut bernyanyi) Bukannya best pun! Tak kena langsung dengan suasana! Aku tengah kecut perut psg laju jiwang! Bak kata Adlin " Tak BLEND tau!" Hahaha! Tak lama lepas tu, leka mendaki bukit, aku merasakan sunyi diblkg aku! Argh, budak tertinggal lagi! Lalu Jurulatih tersebut berhenti disebuah pondok usang! Seram siot!!! Lepas tu dia suruh aku berdiri jauh sedikit dr pondok tersebut. (Aku sebenarnya dah kecut! Ada bunyi ular orok2 kat depan tu) Tapi dia tetap memaksa! Aku pun memberanikan diri! Setelah lama aku perhatikan! Bunyi tu tak berubah! Ular olok2 rupanya! Ia hanya rakaman yg berulang! Siot betul! Patutlah Jurulatih tu gelakkan aku. Pastu naik turun cerun. Sampai la kat satu tmpt yang mempunyai btg pokok menghadang jln. Blkg aku ada beberapa org budak, ada ramai lg yg belum tiba jd kami terpaksa tggu. Jurulatih tu duduk atas batang pokok tu! (Maaf sbb x tgkp gmbr lokasi dlm hutan tu, bukan apa, aku risau gak, lain yg aku nk tgkp kang lain pulak yg pose dlm gmbr tu! Haha) Kerana sikap peramah aku, aku ingin berbual dengan jurulatih tu. Kebetulan, mlm sblm tu, masa lepak kat kantin dgn kwn2 aku, aku nmpk jurulatih ni main guitar & dia memakai jersey ARSENAL. Aku penyokong The Gunners & The Reds! =) Aku sebenarnya takut nak tegur dia disebabkan ketegasan dan kegarangan dia! Ahaha! Dia tak pernah senyum! Haisk! Dengan tanda lahir yg besar atas hidung dia membuatkan rupanya lebih garang seperti askar yang sudah bersedia nak berperang! Aku menguatkan semangat lalu bertanya. "Encik, smlm saya nampak Encik pakai jersey Arsenal, Encik penyokong Arsenal ke?" *Budak2 blkg aku dh psg telinga!* Dia tersenyum buat pertama kali "Boleh tak kalau tak panggil Encik, saya tak selesa" Aku kaget sedikit! Budak blkg aku menyampuk "Takkan nak pggl abang kot?" Jurulatih lalu bersuara, "Abang tu muda sangat!" Lalu aku bertanya, "Habis tu nak panggil apa? Pakcik?" Dia bls "Tu tua sgt, Abang kira oklah" Kita org pun tergelak. Pastu dia memandang aku "Kalau pakai baju Arsenal kena menyokong Arsenal ke? Saya penyokong Chelsea. Kenapa? Awak suka Arsenal ke?" Ara pun menjawab "Ayah saya peminat setia Arsenal, saya pun joinlah sekaki, Lgpun saya suka Fabregas, dia midfielder yg bagus!" Tiba2 dia tanya "Kalau suka Arsenal, apa nama manager dia? apa gelaran utk Arsenal?" Aku pun jawablah. "Nama manager dia Arsene Wenger, alamak! Lupalah pulak gelaran dorang.. Hmm apa ek?! Dia pun berkata "Gunners lah" Lantas aku menyambung "Ha`ah Gunners! Ya ampun, terlupa plak!" Jurulatih tu pun bingkas bangun! "Dah! Jom mulakan perjalanan" Kita org tak cukup tggi nak naik atas btg pokok tu jd kami lalu bawah dia! Haha! Tak lama selepas itu, kami tiba disebuah sungai! Jurulatih memberi arahan kpd aku utk tggu! Aku melihat dia melintasi air tersebut dengan berpijak pd batu2. Setelah seketika, dia pun tiba diseberang! Berdiri di atas batu besar! "Dah! Jalan cepat!" Aku pun ikutlah jln yg dia ikut. Tiba2 dia kata! Eh eh! Jgn pijak batu, jalan kat air tu! *Dlm hati aku! Siot betul! Basah kasut aku! Aku AJK bukan peserta! Cikgu bawa aku utk jaga budak2 bukan jd mcm mereka! Haduiii!* Dalam keengganan, aku terpaksa! Kaki aku dapat merasakan kesejukan air sungai itu. Lalu aku bergegas utk sampai diseberang sungai.
Hancur kasut Timberland pemberian Papaku setelah berulangkali menyelam dlm air! Haha! Nasib Papa tak marah! =.= Aku bawa 1 selipar & 1 kasut. Aku tak sangka yg aku akan melakukan aktiviti yg boleh menjahanamkan kasut aku! Huhu. =p (Aku ingat, kerja aku jaga budak2 je, bila berada di sana dh mcm peserta dah! Ngee)
Setelah 2 jam lebih berada di dlm hutan, akhirnya kami tiba dikem kami. Aku bersyukur kerana tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku! Alhamdulillah! Ia mmg pengalaman yg mengasyikkan. Pengalaman itu juga telah meningkatkan tahap keberanian aku terhadap alam nyata ini. Kami membersihkan diri sebelum tidur. Pada keesokan pagi, pertandingan memasak tanpa api telah diadakan (Aku tlg makan je! Hahaha).
Pasukan unit beruniform bersama masakan mereka.
Yg pandang kamera tu Cikgu Roslan. Yang tengah menyuap pakai tudung putih tu, Cikgu Roza! Dia sangat comel! =) Yg serba hitam sipi2 je muka dia dpn kamera ni ialah kawan baik saya, Amanina! =)
Setelah siap menjamu selera, kami mula mengemas barang sbg persiapan utk pulang ke Klang. Aku gembira dengan pengalaman ini kerana byk yg telah aku pelajari semasa berada di sana. =)
Ia juga berjaya menenang & menabahkan aku setelah aku mengharungi ujian kehidupan...

Mekasiyh kpd yg sudi membaca. Entry kali ini mmg pnjg berjela-jela. Harap anda terhidur! Terhidur? Ahaha! Aku pun dh salah type! Agaknya betul kot! Anda Terhibur + Tertidur = TerHidur! Ahahaha! =p

Bersama Keluargaku! =)

Mula-mula sekali aku nak cakap, maaf sbb blog kat bawah ni cacat sikit! Hahahah! Malas la pulak nak betulkan! Nak upload gmbr lembab sgt. Ok, Rabu lepas aku keluar dengan saudara2 aku kat Mid Valley. Memang sumpah penat! Kami berkumpul di Mid Valley. Aku & Anna menunggu Tasia & Fatin di sana. Kemudian apabila mereka tiba. Perut kami dah lapar jadi aku dan Anna makan McD Lunch! Amat menjimatkan. Lepas siap makan, tiba2 Fatin ajak pergi BB. Kami pun akur sahaja. Pergi KL Sentral kemudian jalan kaki ke Monorail. Menda itu sangat menakutkan! Macam nak terbalik je bila dia senget! Huhu! =p Apabila tiba di BB, kami bertemu dengan anak sedara kami, Najah & Raihan. Babah dorang belanja kita org makan. Mmg segan! Disbbkan itu, Aku kongsi makan Nasi ayam dgn Anna. Begitu juga Tasia & Hakima. Aku nak makan Duck Rice tp Nana tak mkn pula. Mungkin lain kali sahaja. Kemudian kami mula merayap di BB & Sg.Wang. Aku beli Blue Dress kat BB. Ia murah & Comel. =) Tak lama kemudian Mama menelefon aku. Dia memberitahu bahawa Papa akan menjemput kami di Mid kerana Tasia nak tidur rumah kami. Kalau tak kami boleh pulang naik train. Ye la, kena ambil baju Tasia di Bangsar dahulu. Lebih mudah kalau mempunyai kenderaan sendiri. Jadi kami mengambil keputusan ingin menonton wayang di Mid sahaja. Punyalah penat berjalan, kena beratur utk membeli tiket lagi. Bila tiba giliran aku, kita org tak tahu nak tgk cerita apa sbb kebanyakan tiket dah habis dijual. Jadi aku membeli 5 tiket utk menonton Race To Witch Mountain. Setelah aku selesai membeli, tiba2 Tasia memberitahu aku bahawa Fatin menyuruh aku membeli 2 lagi tiket utk dia dan adiknya! Hati aku dah sedikit berapi! Bukan sbb apa, kaki aku dah tak mampu untuk berdiri lama! Lgpun masa di BB, bila aku tanya dia adakah dia mahu aku belikan tiket. Dia kata tak payah, nak tgk dengan kawan. Lalu kerana memikirkan saudara, aku beratur lagi sekali! Anna & Tasia Hilang dari pandangan aku. Kemudian mereka tiba dgn membawa Milo Ice! Mekasiyh sayang2ku! Hilang penat aku skejap. Bila tiba giliran aku, aku ingin membeli dua lg tiket utk cerita RTWM! Malangnya tiket dah habis. Hanya Tuhan saja yg tau perasaan aku saat itu. Lalu aku meminta agar Abg itu menukarkan tiket kami kepada cerita lain. Akhirnya Abg tu beri kami tiket baru dengan cerita Marley & Me! Kami dapat seat paling depan sekali. Dapat 7 seats skaligus menyebabkan kami tidak terpisah tmpt duduk! Cerita itu agak lucu di awalnya, aku asyik terkekek2 gelak, tak sangka di akhir cerita aku menitiskan air mata bersama Tasia, Najah & Kima kerana Anjing Naughty itu mati... hurmmm... Kemudian Papa menjemput kami pulang. Singgah Di Bangsar ambil baju Tasia, lepak seketika disana dan pulang dengan selamat.

Anna (My Twin) , Ara (Me) , A'an (Niece) , Atin (Cousin).

Rambut saya dah pendek! Hihi! =p Kali ini bukan rambut palsu! Takkan aku shopping pakai wig an! Ahahaha! =.= Chiow! =)

Campur - Campur Cerita!

Ketenangan ini yang aku cari di Kampung. Suasana tenang, cuaca bersih, udara nyaman, semuanya indah. Paling indah, MAKANAN! =p

Tepi sawah padi ni ada laluan pintas untuk ke Bahau. Bahau ni mcm bandar sikitlah. Kalau nak mkn Cheezy Wedges, KFC ada kat situ! =)

Gambar kedua ini pula merupakan lokasi yang hampir dengan kedai kopi makcik aku! Kuih-muih dia sedap & sangat laku. Ara suka kuih sepang circuit Cik Dah! Haha! Oh, Ara
mungkin akan sambung belajar
di Sepang dengan Anna.
Kita orang ambil course Art & Design
kerana kami sangat berminat dgnnya.
Mmg jauh dari Klang!
Terpaksa tggl di Hostel.
Akan jauh dari Mama Papa utk pertama kalinya.. =(
Tapi tidak mengapa, mungkin sudah tiba masanya kami belajar untuk hidup berdikari agar kami bersikap lebih matang dlm melaksanakan sesuatu.

Ini pula kereta lama Papa yg sedang
menunggu masa untuk di cat.
Mereka sudah mengecatnya dengan
warna asas. Yang merah tu, simen!
Kami terlalu berhati-hati dlm memilih
warna barunya kerana takut ia akan
menjejaskan rupanya. Semoga dengan
warna yg telah dipilih akan memberi
wajah baru pada kereta ini.







Ini pula di McDonald semasa dalam perjalanan pulang ke Klang dari kampung. Aku membawa Iman Danish bermain di sini sementara menunggu Mama, Nana & Papa makan. Aku dah makan awal2. Huhu. Sumpah lenguh tangan mengihut kehendak si kecik ni! Tapi penat aku hilang bila dia tergelak keseronokan! Huhu! =)

Gambar di bawah ini pula sewaktu kami berada di taman tasik titiwangsa. Ada pameran kereta-kereta lama di sana. Kami bertemu dengan Pakcik & Keluarga Paksu Di sana.
Lepak-lepak sekejap, makan2, ambil angin,
cuaca mmg panas gila. Aku dah mandi peluh
disana. Nasib ada air sedap! Hahaha!
Teh O Ais Limau! Perghhh! Mantap sungguh
rasanya! Huhu.

Kalau aku dapat VW Beetle ni pun jadilah! Nak GTI, mmg mimpi je lah! Hahaha! Mini Cooper S pun sama! Walaupun beetle ni lama, tapi dia comel. Kalau repair baik2, pasti akan cantik juga! Janji boleh bergerak sudah! Hahaha! Tak sabar nak ambil lesen! Gigi besi? Aku tak tahulah bila berkesempatan untuk menunaikan azam2 aku ni... =.=

Kalau dapat yg macam warna kuning ni pun jadilah! Hahahaha! =p

Friday, March 20, 2009

4 Hari Di Kampung!

Selama aku kat kampung, hati aku memang tenang. Tapi dalam perjalanan dengan pemandangan dan suasana yg indah, aku mula teringatkan macam-macam... Semua yang ada dalam fikiran aku waktu itu adalah sesuatu yang aku rindukan... Bila kat kampung, aku suka ikut Papa pergi pasar kat Batu Kikir. Nampak makanan, semua nak! Mana tak gemuk?! Hahaha! =p Lepas balik dari pasar, aku tolong Mama masak! Aku pun sembelih la sotong! Sembelih ke? Wakaka! Dan aku menjumpai sesuatu di dalam perutnya! Jeng3!

ANAK IKAN!

Blum hadam pun lagi! Haha! Sotong berak ke hah? *Ngeng dah*


Kemudian aku potong dia kecil2 dan gaulkan dengan kunyit dan garam! Kemudian aku goreng! Pergh! Mmg lazat! Sekarang aku dah tahu kenapa masakan Wan yummy! Dia ajar aku masak makanan kegemaran aku iaitu Telur Itik Masak Lemak Cili Padi! Aku rasa, apa yang buat makanan dia sedap ialah dia menggunakan kelapa parut bukan kelapa kotak yg beli kat kedai tu! Haha!

Akulah yang memarut ia! Haha!


Seronok woh! Geli tapak tangan! Lepas tu kena perah! Masa perah tu, lama2 tapak tangan kanan aku sumpah gatal. Masa tu aku teringat, Org tua kata, kalau tapak tangan kanan gatal nak dapat duit! Hahaha! Orang2 tua ni kadang2 pelik sikit kan! Hihi! Tapi tak lama lepas tu, Abang sedara aku msg dengan mengatakan dia akan tunaikan janji dia untuk memberikan RM50 untuk 1A! Lebar terus senyuman aku! Haha! Aku tak tahulah ia ada kena mengena ke tak! Hmm, Wan punya resipi memang sedap! Terima kasih Wan kerana mengajar Ara. Lepas ni Ara tak akan guna kelapa kotak lagi! Huhu! Kalau petang pula, aku suka hirup udara segar! Sekali aku nampak dalam tempayan plastik tu ada sesuatu yang aneh. Aku tak pasti apakah ia! Ini rupanya!

Papa kata ni TELUR KATAK! Haha! Betul ke?

Pada hari Ahad, Pakcik aku pergi Sungai Loi untuk mengubati penyakit isterinya. Papa suruh dia checkkan untuk aku sekali! Penyakit apa? Biarlah rahsia. Dia kata, penyakit aku baru nak jadi. So dia pun bagi la aku makan ubat yang dia bawa tu. Nak tahu apa ubat dia? Telur itik rebus! Aku kena makan! Dah la kena rendam dengan garam kasar semalaman! Sumpah masin! Padan muka aku! Suka sangat makan telur itik! Hahahaha! =p

Ubat cara kampung pelik2kan! Tapi ada kejadian aneh yang berlaku. Malam sebelum aku memakannya. Pakcik aku letak air dalam mangkuk dan campurkan dengan garam kasar yang orang tu bagi. Paras air setengah je dalam mangkuk tu! Kemudian, ia perlu ber-embun semalaman! Kebetulan, malam tu hujan lebat. Pakcik aku tanya orang tu, macam mana nak embunkan sebab hujan lebat. Orang tu kata, hujan lagi bagus! Pakcik aku pun meredah hujan dengan memakai payung lalu meletakkan mangkuk tersebut atas kereta Papa! Subuh esoknya baru aku boleh makan! Pukul 6.00pg, alarm hpku berbunyi! Aku pun bangun lalu mengajak Papa menemani aku untuk mengambil telur tersebut. Bila kami keluar rumah, hari masih hujan.. Lalu Papa memayungkan aku. Aku pun ambillah ia. Masa tu aku dah terkejut, tapi aku diam sahaja! Air dalam mangkuk itu masih setengah walaupun hujan semalaman! Kereta Papa hanya berbumbungkan langit! Ia memang aneh. Dalam perjalanan pulang ke Klang baru aku ceritakan pada Papa. Rupanya Papa pun perasan kejadian tu tapi dia pun diam je! Walaupun aku rasa macam nak muntah makan telur tu tapi aku habiskan juga ketiga-tiganya sebab aku nak penyakit aku sembuh... Semoga penyakit aku telah sembuh.. Amin... Aku akhiri cerita aku dengan gambar Hadi, anak pakcik aku! Ini juga untuk tatapan Qis di atas permintaannya! =)


I Love You Hadi! =)

Hadi demam sekarang, kalau sabtu ni dia dah ok, pakcik nak bawa dia datang rumah aku! Yeay2! Boleh aku gomol dia! Hahaha! Ha? Gomol tu apa? Ala2 cuddle la! Ngee! Ara chiow dlu! Nak bersiram! Daaa guys! =)

SPM!

Dah lama Ara tak meng-update blog ini... Huhu! Sebenarnya saya gemuruh menunggu result SPM saya! Huu.. Tapi sekarang dah ok. Resultnya pun boleh blah la! Haha! Kalau nak tahu tanya saya! =) Ini pula result kawan saya. Dia bangsa India! Dia memang hebat! Ambil Tasawwur Islam pun boleh score A1! Huu! Masa trial pun dia dah dapat 12A!



Hebatkan?!!! Andai saja aku mempunya otak sepertinya! *Berangan*

Aku dah dapat 2 tawaran daripada Universiti & 2 tawaran daripada kolej. Papa macam tak bagi kita orang pergi jauh dari klang je! Kalau boleh dia nak kita orang masuk UITM Shah Alam... Tapi kat situ tak ada course yang aku nak! Adoiii! Entahlah, bila aku dah buat keputusan, aku akan nyatakan di sini...

Thursday, March 5, 2009

Aku dah agak dah!!!

Hahhh kan betul apa yang aku rasakan semalam! Gigi aku masih belum dipasang pagar besinya lagi! Kenapa? Sebab Doktor pakarnya dah balik! WTD? (Bukan what to do ye tp what the DUCK! Hahaha. Kenangan ooo kenangan, aku merindui semua kenangan itu.. ^_^ ) Dia kata, hari rabu... pagi sahaja! Adoi! Esok nak pergi lagi ke klinik pergigian tapi tak tahulah apa kesudahannya. Rasanya macam gigi aku akan terus diancam bahaya kerana belum dipasang pagar sebagai pelindungnya! Jgn kena rompak sudah! Hahaha! Ye la kata belum pasang pagar! Wakaka! =p Tak kisahlah! Sabar itu separuh drpd Imannnn! Huuu.. =)

Bila muka aku dan Anna dah macam tempoyak basi kerana masih belum tercapai hasrat utk memakai gigi besi, Papa pun bawa kita orang pergi makan. Dalam pukul 4 ptg! Papa bawa kami ke The Store diBandar Klang! Ya ampun, aku memang tak suka pergi situ, bila berada di situ, aku terasa seperti aku berada di Jakarta! Haha! Pandang kiri Indon, pandang kanan Indon! Adoiyaiiiii! Paling tak boleh blah bila sorang mamat indon ni tengah syiokkk dating dgn gf dia sampai dia jalan pun tak pandang depan lepas tu gedebush dia langgar aku. Nasib dia kata sorry. Kalau tak, merasa dia penampar cina jinjang aku! Hahaha! Gurau je! Aku taklah sekijam itu! Paling tak pun aku menyumpah seranah dlm hati je! Haha! =p

Papa bawa kami ke McD. Aku dan Anna meng-order dan memakan McChicken seperti biasa! Lain kali aku nak order filet-o-fish la! Yummm2! =) Aku kan tak boleh makan telur dan ayam! Ia racun wajah aku! Jerawat pun dah menziarahi muka ku ini! Huuu! Lepas tu kita orang jadi kutu rayap sekejap! Papa tak nak pulang dulu kerana cuaca diluar sgt panas. Kereta Volvo tu bermasalah sikit. Bila pasang air-cond lama2 nanti temperature dia naik! Jadi mencegah adalah lebih baik daripada mengubati! Aku ajak Anna masuk kedai music untuk menanyakan ttg yuran jika ingin belajar main guitar atau piano. Yurannya agak berpatutan lah kot berbanding kedai music yang lagi satu aku pernah tanya sebelum ini... Abang tu agak baik tapi bila aku dan Anna tanya nama dia, dia tak beritahu! Pelik2! Tapi dia kata, kalau nak cikgu yang gila2 dan sekepala dengan kami, pilih class hari isnin! Aku sudah menyatakan hasrat hati pada Papa tapi Mama menyampuk kata, tunggu result keluar dulu! Tapi apa bezanya belajar music sblm atau slps keluar result? Aiyoyo amaaaa! =.= Dan aku masih belum pasti mahu belajar piano atau guitar! Masalahnya dua2 pun aku suka! Mungkin aku akan mempelajari keduanya. Namun yang mana dahulu pilihan kalbu? Aku pun tak tahu... =? Biarlah masa menentukan segalanya... Cewahh! Ayat poyo dah keluar! Hahaha! =p

Aku teringat Mama buat lawak tak boleh blah hari tu! Dia nak lagu dari hp aku. Dengan meminta bantuan Anna kerana aku sedang menyibukkan diri membuat kerja yang aku pun dah lupa kerja apa yg aku buat pd masa itu! Hahaha! =p Mama berkata dengan yakin! "Cepatlah masukkan lagu tu dalam hp Mama. Mama dah on dah blueTEETH ni!" Aku yang konon sedang sibuk waktu itu tergelak2 didapur! Hahaha! Memang tak boleh blah! Mungkin kerana dia ada masalah dengan gigi dia jadi ia meracuni fikiran dia sehingga tersalah cakap begitu! Haha! Mama.. Mama... Comelkan Mamaku! Hihi! =)

Pakcikku yang baru mendapat cahaya mata pula begitu gembira sekali. Dia selalu msg aku dan Anna ttg anaknya. Yang kita org tak tahan, dia yg blakon jadi anak dia and send msg kat kita org. Pd suatu hari, dia menghantar sms pd Anna. "Nite K.Nana, Nite K.Ara, Hadi dh nak titon ni..." Lalu aku menyuruh Anna membalas dengan menyampaikan ucapan good nite berserta ciumanku buat Hadi" Aku pun tak tahu apa yg Anna bls. Kemudian Pakcikku me-reply, "Muahh kat HIDUNG K.Nana, Muahhh kat MATA K.Ara!" Hahahaha! Banyak2 tmpt, mata yg dia muahhkannya? Haha! Tp comelkan?! Haaa Betulkan? Pakcik aku begitu gumbira sehingga dia berlakon jadi anaknya! Ahaha! Tadi dia msg aku dengan berkata " Hadi Jr bikin panas lg! Dia terkentut, dia sendiri yg terkejut..." Haha! Comel sungguh anak kecil itu! Buat aku tak sabar nak balik kampung. Yeah, aku mungkin akan pulang hujung minggu ini bersama keluargaku... Aku juga sudah merindui Wan aku dan juga saudara-maraku dikampung. =.=

Mungkin sudah terlalu panjang aku bercerita, aku khuatir ini akan menjadi seperti keratan akhbar! Hahaha! Khuatir? Sumpah ayat mcm nak kena cekik! Hahaha! Skema kan?! Kikiki! =p Sekarang sudah pukul 2.46 pg dan mata aku sudah kekaburan. Mungkin sudah tiba masanya untuk aku bermimpi yang indah2! Huhu! Sebelum itu, aku ingin berkongsi cerita ttg INTAN! Aku nak tukar roh indon sebentar! Ya ampun, kok sinting banget yach mertuanya Intan?! Iyea iyealahhh.. Mamanya Rado yg aku ngomongin! Nggak ngerti banget situasinya Intan. Terus terusan marahin Intan. Maksain Rado kahwin kontrak lagi! Kashian banget ama Intan. Aku sampai nangis saat Shelly ninggallin Intan ama Rado. Yach aku juga kagak tau siyh kenapa aku bisa emosi kayak gitu! Huuu! Aku harap, endingnya bisa bikin aku tersenyum... Fuhhh! Sekian terima kasih! Gimana? Bagus gak bahasa indon aku? Amit2... cabang bait! Hahahaha!

Aku tak tahulah kenapa, tapi semenjak dua menjak ni aku asyik tersenyum dan tertawa bila Johan dan Zizan membuat lawak mereka! Tapi aku suka Johan! Hahaha! Tengok telatah dia pun dah buat aku tersenyum! Agak2 dia ada blog ke hah? Ke myspace ke apa ke?! Hahaha! Mesti best kalau jadi kawan dia! Wakakaka! Takdelah aku kesunyian! Wahaha! Sunyi ke? LOL! Aku suka membaca, dan aku yakin, kalau dia ada blog, pasti blog dia best utk dibaca! Heee! =p

Fuhyooohhhh! Aku chiow dululah sebelum aku tertidur diPC! Huhu! Daaaa! =)

Wednesday, March 4, 2009

Bosan!

Ara pun tak tahu apa yang Ara nak cerita hari ni. Kisahnya, Ara memang kebosanan. Dalam kepala otak Ara ni, Ara nak pakai braces dan Ara juga nak ambil lesen memandu tapi persoalannya bila??? Duhhh! Mama kata esok nak pergi klinik gigi dan Ara harap, esok Ara dapat tunaikan azam Ara untuk memakai braces! Haha. Erm semalam Ara keluar dengan family, pergi lunch... Lepas tu Papa bawa pergi tengok kereta dia. Dia nak cat. Kereta tu dah kemek sini sana sebab accident beberapa kali. Dia langgar orang dan orang langgar dia! Eh bukan langgar orang! Langgar kereta orang! Haha! =p Jup! Ni rupa kereta tu lepas kena ketuk dengan tujuan nak meratakan bodynya semula.

Mercedes Benz Wagon
(Ara tak tahulah apa modelnya, yang pasti dia bukan Tyra Banks! Hahaha! Aku dah merepek dah! LOL) =p


Papa memang suka kereta lama! Dia memang tidak akan pernah beli kereta baru! Itu Ara pasti! Haha! Tak percaya tengoklah kereta Papa yang lagi satu ni, lagilah lama modelnya! Haha!

Volvo. =)
Kita orang belum tentukan nak cat warna apa kereta mercedes tu. Tengah tunggu cousinku datang rumah and tolong kita orang colour kereta tu dengan beberapa colour, guna photoshop la kot! Haha! Papa yang minta bantuan Zairi. Tak tahulah bila dia free and dapat penuhi permintaan Papa tu. Ara nak minta tlg Papa ajarkan Ara cara-cara nak memandu kereta tapi masalahnya kereta mercedes tu Auto. Dah la beso gedabak! Silap-silap Ara runtuhkan rumah jiran kang! Hahaha! Nak belajar dengan Volvo ni, gear dia kat sterringlah pulok! Haisk! Ada je masalah. Nampak gayanya, Ara kena belajar kat tempat belajar memandu jelah... Tapi tak tahulah bila hajatku akan kesampaian...

Sambung psl cerita Ara nak pakai braces. Walaupun Ara tak sabar nak pakai braces tetapi Ara sangat takut dan berdebar jika doktor gigi tu nak cabut gigi Ara! Huwarghhhh! Amat menggerunkan! Haha! Tapi kalau terpaksa nak buat mcm mana kan? Redha je lah! Huhu.

Siapa tengok cerita INTAN kat ch105? Ya ampun, walaupun itu hanya cerita tapi Ara kesian sangat dengan dia. Kenapa nasib dia malang sgt? Jahat betul director cerita tu! Huu! Nasib baik Rado tu sangatlah memahami dan penyayang. Apa aku bisa ketemu ama cowok kayak Rado? Cowok yang setia banget... Huhu... And tadi Rena dilamar Romi... Fuhhh sweetnyaaaaa... Dia lamar guna Rabbit! Hikhik! And letak cincin kat rantai leher rabbit tu lepas tu dia melamar dengan penuhhhhhh penuhhh weyh apa ayat yg sesuai? Hahahaha! Yang pasti, keadaan itu buat Ara tersenyum! Huhu! =p Apalah kesudahan cerita tu? Ara harap kesudahan cerita tu tidak membuat Ara sebagai penonton kecewa dengan endingnya! Huhu! Cukup2lah Intan menderita! Ya ampun, Ara!!! Ia hanyalah sebuah cerita!! Huuu! Maafin gwe! Ter-emosi! Haha! Jangan bila Intan mengandung and melahirkan anak but then dia meninggal sudahhhh... Mmg menyiat hati! Huu! =.=

Ara dah tak tahu nak cerita apa lagi dengan korang. Jadi sebelum Ara merepek dengan lebih lanjut, baik Ara out dulu. Lagipun sekarang dah pukul 5.30pg dan Ara masih belum tidur?! Ohhh sangat tidak baik untuk kesihatan! Haha! Ni lah dia Farah Wahida, bila malas on, berkurun blog tak ber-update, bila on9, pagi buta pun masih menaip lagi! Hahaha! =p Nanti Ara nak cerita pengalaman Ara pergi camping masa zaman persekolahan dulu dengan korang. Tapi kena tunggu bila mood tu datang! Huhu! Ara chiow dulu ek! Mata gwe udah kayak ditindih gajah! Haha! Morning guys! Chiow! =)

Sunday, March 1, 2009

Sunway Pyramid!

Dimulakan dengan Bismillah, Disudahi dengan Alhamdulillah... Opsss ternyanyi pulak. OMG! Dah pukul 4.30pg... Ok2 aku dah mengantuk jadi aku nak selesaikan cerita aku ni secepat mungkin! Minggu lepas juga, sebelum aku demam la, Aku pergi Sunway Pyramid dengan Anna, Amanina & Teha. Kita orang pergi naik bus. Pagi-pagi lagi Papa dah hantar kita org kat Klang Sentral. Kita org breakfast dulu. Makan Char Kuew Tiow sampai kita org terlepas bus. Hahaha. Then ada Abang tu kata, kat Terminal B ada bus pergi Sunway. Bila sampai kat Terminal B, Teha dah melompat bila dia nampak bus sebab masa tu dah nak masuk pukul 11 dan kami masih di Klang. Kononnya hari sebelum tu, kita org rancang... pukul 9 dah bertolak dah... Hahaha! Cakap je lebih. LOL. Pastu Pakcik tu panggil kita org bila dia dah bukak pintu bus. Kebetulan ada pula 4 tempat duduk yang saling mengadap. Aku pun terus ambil tempat tu. Ni gmbr masa aku dalam bus. Duduk tepi tingkap yang tiada langsir. Dah nak masuk tengah hari, cuaca mmg sedap! Haha! Kalau hari-hari aku berada di tempat mcm tu, mesti hitam macam bontot kuali! Hahaha! =p


Captured by Anna! =)

Aku memang dah GENDUT! Hahaha! =p Gendut pun tak macam aku! Wakaka! =.=

Bila sampai sana, aku ajak Aman teman aku pergi bank dulu. Nak cucuk duit! Purse aku kering! Ahaha! Ckp psl cucuk ni yang tak menahan ni. Masa dalam bus tu, aku dah bgtau dah yang aku nak cucuk duit. Sekali Teha kata. "Eeeeiii, jangan la guna cucuk! Skema sangat la. Kita guna JOLOK! Haaa! Baru best! Kan maksud dia sama je" Hahaha! Osah gilo kawan aku tu! =p Pastu kita org masuk Sunway dan kita orang bergambar kat dua ekor patung tu dulu sebab Teha cabar kita org. Apa dia ingat aku ni Shy2 miow ke nak bergmbr kat tmpt mcm tu! Hahaha! =p


Terasa diriku benar2 seperti LANUN! Haha! (Dengan mata tertutup sblh) =p Aku terpaksa memendekkan diri aku kerana patung itu sangatlah ketot! Huhu... Fyi, gmbr ini telah dicrop atas permintaan kembar aku yg pelik! Grrr!

Kemudian kami merayap dan merayap. Dorang dah membeli-belah dahulu. Aku pula masih tidak membeli apa2 pd awalnya kerana tiada apa yg menarik perhatianku. Masa tu aku nak cari baju dengan purse. Purse aku dah nazak sangat... Tapi satu pun tak berkenan... Pastu Teha nak main Ice Skating... Aku pun setuju je lah sebab tak pernah main gak... Teringin gila masa tu... Masa kita org pergi tu hari isnin.. Jadi bayarannya hanyalah RM13 + Sarung Tgn RM8. Dengan hati yang berdebar-debar, kita orang pun masuklah dalam tempat skate tu. Ya ampun, sebelum tu kita org gelakkkan orang. Bila kita org kat dalam tu, aku yakin org pula gelakkan kita org. Nana dah macam labah2. Melekat je kat dinding sebab takut jatuh. Aku, Aman & Teha pada awalnya melekat gak kat dinding. Lama2 kita org memberanikan diri bergerak ke tengah... Ada la dalam 5-6 kali aku jatuh. Kat situ ada la Abg India ni ronda2 dlm tu. Masa aku tengah belajar nak menstabilkan diri tu, aku tergolek atas ice tu. Pastu Abg tu datang nak tlg aku.. Aku kata la, "Isk Abg, sejuklah bontot saya!!!" Pastu Abg tu kata, "Adik ni peliklah, org selalu jatuh cakap sakit, ni adik ckp sejuk pulak" Aku sengih je la! Ye arhhh, dah bontot aku terdudok atas ice tu ha! Memang la sejuk! Bukannya aku pakai lampin ke apa sbg pelindung montot aku! Haha! =p Teha pulak, lagi la banyak kali dia jatuh. Aku dengan Aman pernah tergolek atas ice tu sbb dia, dia jatuh siap tarik kita org sekali. Habis tiga2 tergolek! Sgt memalukan! Ni gmbr Teha Jatuh... Sempat pose lagi! Haha! =)

Maaflah gmbr tak jelas, aku nak berdiri pun payah! Haha! =p

Fatihah & Amanina. =)

Aman & Ara
Ni muka2 konon tak penat setelah beberapa kali tergolek! Hahahaha! =p

Masa ni kaki aku memang dah sakit tahap unta mendaki bukit! =p Dalam kasut tu keras nak mammmm***!!!

Bila perot masing2 dah lapar. Kita orang pun blah dari situ & cari tempat menjamu selera. Kita orang makan kat SR! Secret Recipe la! =p

Aku makan Lasagna (Beef) & Fresh Milk.

Memang Bad Combination! Haha! Lasagna & Susu! Hahaha! Aku pun tak tahu kenapa tapi aku memang suka susu! LOL! =p && aku suka Lasagna kat situ! Sodappp! So aku order la kedua2nya! Hahaha! Cuba tgk gmbr blkg aku tu, pun gmbr Lasagna! Pandai aku pilih tempat duduk! Strategik! Wakakaka! =p Ingat nak beli Marble Cheese Cake. Fav. cake aku kat SR tapi perot aku dah nak malatop kekenyangan! Haha!

Ni muka dah kenyang! Haha! =p


Setelah selesai memboncetkan pewot, kita org pun blah dari situ and sambung shopping! Akhirnya aku membeli 3 helai baju. Yang lain toksah cakaplah... Memang kena rasuk roh menghabiskan duit! Haha! Tak lama lepas tu Papa & Mama sampai and kita orang balik dengan dorang. Jimat tambang dan tenaga. Lagipun hari dah malam! Haha! =) Aku rasa, aku demam sebab jatuh banyak kali kat tempat ice skating tu kot! Hahaha! Tapi aku dah reti sikit2! Lain kali aku nak pergi lagi! Siapa pandai main ice skating?! Ajar Ara jopppp!!! =) Ohhh sebelum balik aku nampak gmbr ni! Tertarik dengannya lalu aku pun menangkap gmbrnya!


Lomentik Org Utan tu!

Mesti dia kata kat girl tu " U jump, I jump!" Hahahaha! =p


Wushh! dah pukul 5.23 pagi! Ara nak titooonnn dululahhh! Chiowww! Sehingga ketemu lagi di lain hari! Daaaa! =)

Pavilion...

Assalamualaikum... Hey guys! Sorrylah lama tak ber-update. Ara baru baik demam... Ni masih batuk lagi.. Seminggu Ara demam. Dah la malas nak online. Bila demam terus tak larat nak bangun. Minggu lepas Ara pergi Pavilion dengan family. Tiada apa yang best untuk dikongsi bersama. Ara terserempak dengan Kak Lisa Surihani. Aduyaiii! Sumpah dia mmg cun! Tapi kurus sangat! Kurus macam Nana! Tapi tetap cun! Lepas tu terserempak dengan Kak Farhan AF kebrapetah. Ara dah lupa. Haha. Ara ada tgkp gmbr dgn dorang tp untuk koleksi sendiri je la! Haha! =p Kak Farhan tu baik woh! Bila aku kata nak tgkp gmbr dgn dia, dia kata, "Alaaa akak tak make up tak pe ke?" Haha.. Aku kata "Tak pe kak, akak dah cantik dahh" Weyhh bukan bodek taw! Jujur! Kalau hati baik, semua pun kelihatan cantik! Ngee! Pastu kulit dia FLAWLESS! Pheww! Cemburu den! Haha! Kak Lisa toksah cakap la! Dia pun tak pakai make up masa tu! Natural Beauty sungguh! Dia lagi kesian, kita orang kacau dia tengah makan. Huhu. Cukuplah cerita pasal kat Pavilion, aku nak cerita masa aku kat sunway plak. Chiow! Sblm aku ke topic yang seterusnya, ni gambo aku dengan kembar aku kat dalam toilet Pavilion! Lighting dia memang best! Ahaha! =p

Aku pun tak tahu kenapa muka aku merah macam kena bakar! Haha =p

Padamu Ku Bersujud...

Ku menatap dalam kelam
Tiada yang bisa kulihat
Selain hanya namaMu, Ya Allah


Esok ataukah nanti
Ampuni semua salahku
Lindungi aku dari segala fitnah


Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
HambaMu yang selalu bertaubat


Ampuniku Ya Allah
Yang sering melupakanMu
Saat Kau limpahkan karuniaMu
Dalam sunyi aku bersujud
PadaMu...