ANAK IKAN!
Blum hadam pun lagi! Haha! Sotong berak ke hah? *Ngeng dah*
Kemudian aku potong dia kecil2 dan gaulkan dengan kunyit dan garam! Kemudian aku goreng! Pergh! Mmg lazat! Sekarang aku dah tahu kenapa masakan Wan yummy! Dia ajar aku masak makanan kegemaran aku iaitu Telur Itik Masak Lemak Cili Padi! Aku rasa, apa yang buat makanan dia sedap ialah dia menggunakan kelapa parut bukan kelapa kotak yg beli kat kedai tu! Haha!
Akulah yang memarut ia! Haha!
Seronok woh! Geli tapak tangan! Lepas tu kena perah! Masa perah tu, lama2 tapak tangan kanan aku sumpah gatal. Masa tu aku teringat, Org tua kata, kalau tapak tangan kanan gatal nak dapat duit! Hahaha! Orang2 tua ni kadang2 pelik sikit kan! Hihi! Tapi tak lama lepas tu, Abang sedara aku msg dengan mengatakan dia akan tunaikan janji dia untuk memberikan RM50 untuk 1A! Lebar terus senyuman aku! Haha! Aku tak tahulah ia ada kena mengena ke tak! Hmm, Wan punya resipi memang sedap! Terima kasih Wan kerana mengajar Ara. Lepas ni Ara tak akan guna kelapa kotak lagi! Huhu! Kalau petang pula, aku suka hirup udara segar! Sekali aku nampak dalam tempayan plastik tu ada sesuatu yang aneh. Aku tak pasti apakah ia! Ini rupanya!
Papa kata ni TELUR KATAK! Haha! Betul ke?
Pada hari Ahad, Pakcik aku pergi Sungai Loi untuk mengubati penyakit isterinya. Papa suruh dia checkkan untuk aku sekali! Penyakit apa? Biarlah rahsia. Dia kata, penyakit aku baru nak jadi. So dia pun bagi la aku makan ubat yang dia bawa tu. Nak tahu apa ubat dia? Telur itik rebus! Aku kena makan! Dah la kena rendam dengan garam kasar semalaman! Sumpah masin! Padan muka aku! Suka sangat makan telur itik! Hahahaha! =p
I Love You Hadi! =)
Hadi demam sekarang, kalau sabtu ni dia dah ok, pakcik nak bawa dia datang rumah aku! Yeay2! Boleh aku gomol dia! Hahaha! Ha? Gomol tu apa? Ala2 cuddle la! Ngee! Ara chiow dlu! Nak bersiram! Daaa guys! =)

3 comments:
wahh,hadi comel :D
hahahah jakun gila jumpa anak ikan dlm sotong.ni mesti kes x penah masak ni.ahahaha
anyway ni atuk tau
almostiylia.blogspot.com
:)
Post a Comment