Hahhh kan betul apa yang aku rasakan semalam! Gigi aku masih belum dipasang pagar besinya lagi! Kenapa? Sebab Doktor pakarnya dah balik! WTD? (Bukan what to do ye tp what the DUCK! Hahaha. Kenangan ooo kenangan, aku merindui semua kenangan itu.. ^_^ ) Dia kata, hari rabu... pagi sahaja! Adoi! Esok nak pergi lagi ke klinik pergigian tapi tak tahulah apa kesudahannya. Rasanya macam gigi aku akan terus diancam bahaya kerana belum dipasang pagar sebagai pelindungnya! Jgn kena rompak sudah! Hahaha! Ye la kata belum pasang pagar! Wakaka! =p Tak kisahlah! Sabar itu separuh drpd Imannnn! Huuu.. =)
Bila muka aku dan Anna dah macam tempoyak basi kerana masih belum tercapai hasrat utk memakai gigi besi, Papa pun bawa kita orang pergi makan. Dalam pukul 4 ptg! Papa bawa kami ke The Store diBandar Klang! Ya ampun, aku memang tak suka pergi situ, bila berada di situ, aku terasa seperti aku berada di Jakarta! Haha! Pandang kiri Indon, pandang kanan Indon! Adoiyaiiiii! Paling tak boleh blah bila sorang mamat indon ni tengah syiokkk dating dgn gf dia sampai dia jalan pun tak pandang depan lepas tu gedebush dia langgar aku. Nasib dia kata sorry. Kalau tak, merasa dia penampar cina jinjang aku! Hahaha! Gurau je! Aku taklah sekijam itu! Paling tak pun aku menyumpah seranah dlm hati je! Haha! =p
Papa bawa kami ke McD. Aku dan Anna meng-order dan memakan McChicken seperti biasa! Lain kali aku nak order filet-o-fish la! Yummm2! =) Aku kan tak boleh makan telur dan ayam! Ia racun wajah aku! Jerawat pun dah menziarahi muka ku ini! Huuu! Lepas tu kita orang jadi kutu rayap sekejap! Papa tak nak pulang dulu kerana cuaca diluar sgt panas. Kereta Volvo tu bermasalah sikit. Bila pasang air-cond lama2 nanti temperature dia naik! Jadi mencegah adalah lebih baik daripada mengubati! Aku ajak Anna masuk kedai music untuk menanyakan ttg yuran jika ingin belajar main guitar atau piano. Yurannya agak berpatutan lah kot berbanding kedai music yang lagi satu aku pernah tanya sebelum ini... Abang tu agak baik tapi bila aku dan Anna tanya nama dia, dia tak beritahu! Pelik2! Tapi dia kata, kalau nak cikgu yang gila2 dan sekepala dengan kami, pilih class hari isnin! Aku sudah menyatakan hasrat hati pada Papa tapi Mama menyampuk kata, tunggu result keluar dulu! Tapi apa bezanya belajar music sblm atau slps keluar result? Aiyoyo amaaaa! =.= Dan aku masih belum pasti mahu belajar piano atau guitar! Masalahnya dua2 pun aku suka! Mungkin aku akan mempelajari keduanya. Namun yang mana dahulu pilihan kalbu? Aku pun tak tahu... =? Biarlah masa menentukan segalanya... Cewahh! Ayat poyo dah keluar! Hahaha! =p
Aku teringat Mama buat lawak tak boleh blah hari tu! Dia nak lagu dari hp aku. Dengan meminta bantuan Anna kerana aku sedang menyibukkan diri membuat kerja yang aku pun dah lupa kerja apa yg aku buat pd masa itu! Hahaha! =p Mama berkata dengan yakin! "Cepatlah masukkan lagu tu dalam hp Mama. Mama dah on dah blueTEETH ni!" Aku yang konon sedang sibuk waktu itu tergelak2 didapur! Hahaha! Memang tak boleh blah! Mungkin kerana dia ada masalah dengan gigi dia jadi ia meracuni fikiran dia sehingga tersalah cakap begitu! Haha! Mama.. Mama... Comelkan Mamaku! Hihi! =)
Pakcikku yang baru mendapat cahaya mata pula begitu gembira sekali. Dia selalu msg aku dan Anna ttg anaknya. Yang kita org tak tahan, dia yg blakon jadi anak dia and send msg kat kita org. Pd suatu hari, dia menghantar sms pd Anna. "Nite K.Nana, Nite K.Ara, Hadi dh nak titon ni..." Lalu aku menyuruh Anna membalas dengan menyampaikan ucapan good nite berserta ciumanku buat Hadi" Aku pun tak tahu apa yg Anna bls. Kemudian Pakcikku me-reply, "Muahh kat HIDUNG K.Nana, Muahhh kat MATA K.Ara!" Hahahaha! Banyak2 tmpt, mata yg dia muahhkannya? Haha! Tp comelkan?! Haaa Betulkan? Pakcik aku begitu gumbira sehingga dia berlakon jadi anaknya! Ahaha! Tadi dia msg aku dengan berkata " Hadi Jr bikin panas lg! Dia terkentut, dia sendiri yg terkejut..." Haha! Comel sungguh anak kecil itu! Buat aku tak sabar nak balik kampung. Yeah, aku mungkin akan pulang hujung minggu ini bersama keluargaku... Aku juga sudah merindui Wan aku dan juga saudara-maraku dikampung. =.=
Mungkin sudah terlalu panjang aku bercerita, aku khuatir ini akan menjadi seperti keratan akhbar! Hahaha! Khuatir? Sumpah ayat mcm nak kena cekik! Hahaha! Skema kan?! Kikiki! =p Sekarang sudah pukul 2.46 pg dan mata aku sudah kekaburan. Mungkin sudah tiba masanya untuk aku bermimpi yang indah2! Huhu! Sebelum itu, aku ingin berkongsi cerita ttg INTAN! Aku nak tukar roh indon sebentar! Ya ampun, kok sinting banget yach mertuanya Intan?! Iyea iyealahhh.. Mamanya Rado yg aku ngomongin! Nggak ngerti banget situasinya Intan. Terus terusan marahin Intan. Maksain Rado kahwin kontrak lagi! Kashian banget ama Intan. Aku sampai nangis saat Shelly ninggallin Intan ama Rado. Yach aku juga kagak tau siyh kenapa aku bisa emosi kayak gitu! Huuu! Aku harap, endingnya bisa bikin aku tersenyum... Fuhhh! Sekian terima kasih! Gimana? Bagus gak bahasa indon aku? Amit2... cabang bait! Hahahaha!
Aku tak tahulah kenapa, tapi semenjak dua menjak ni aku asyik tersenyum dan tertawa bila Johan dan Zizan membuat lawak mereka! Tapi aku suka Johan! Hahaha! Tengok telatah dia pun dah buat aku tersenyum! Agak2 dia ada blog ke hah? Ke myspace ke apa ke?! Hahaha! Mesti best kalau jadi kawan dia! Wakakaka! Takdelah aku kesunyian! Wahaha! Sunyi ke? LOL! Aku suka membaca, dan aku yakin, kalau dia ada blog, pasti blog dia best utk dibaca! Heee! =p
Fuhyooohhhh! Aku chiow dululah sebelum aku tertidur diPC! Huhu! Daaaa! =)
Roblox Cheat Engine Download 2021
4 years ago

3 comments:
haha panjang nyaaa.u mmg sama cam i la ara.suka menulis.skli da type mmg tak ingat dunia.ni mst suka tulis esei.ekeke thumbs up!
hadi comel ke?babe u blik kmpung nnti jgn lupaa tau amik gmbr banyak2..gmbr hadi jr tu skli :P
letak gmbr kt blog. :D
fullammek! pnjang gila babas! hoho... xDD
mekaseyh mya sbb sudi bertenggek di blog saya! haha! alrite qis! i klau menulis mmg gila kejap! wakaka! =p
Post a Comment