Mula-mula sekali aku nak cakap, maaf sbb blog kat bawah ni cacat sikit! Hahahah! Malas la pulak nak betulkan! Nak upload gmbr lembab sgt. Ok, Rabu lepas aku keluar dengan saudara2 aku kat Mid Valley. Memang sumpah penat! Kami berkumpul di Mid Valley. Aku & Anna menunggu Tasia & Fatin di sana. Kemudian apabila mereka tiba. Perut kami dah lapar jadi aku dan Anna makan McD Lunch! Amat menjimatkan. Lepas siap makan, tiba2 Fatin ajak pergi BB. Kami pun akur sahaja. Pergi KL Sentral kemudian jalan kaki ke Monorail. Menda itu sangat menakutkan! Macam nak terbalik je bila dia senget! Huhu! =p Apabila tiba di BB, kami bertemu dengan anak sedara kami, Najah & Raihan. Babah dorang belanja kita org makan. Mmg segan! Disbbkan itu, Aku kongsi makan Nasi ayam dgn Anna. Begitu juga Tasia & Hakima. Aku nak makan Duck Rice tp Nana tak mkn pula. Mungkin lain kali sahaja. Kemudian kami mula merayap di BB & Sg.Wang. Aku beli Blue Dress kat BB. Ia murah & Comel. =) Tak lama kemudian Mama menelefon aku. Dia memberitahu bahawa Papa akan menjemput kami di Mid kerana Tasia nak tidur rumah kami. Kalau tak kami boleh pulang naik train. Ye la, kena ambil baju Tasia di Bangsar dahulu. Lebih mudah kalau mempunyai kenderaan sendiri. Jadi kami mengambil keputusan ingin menonton wayang di Mid sahaja. Punyalah penat berjalan, kena beratur utk membeli tiket lagi. Bila tiba giliran aku, kita org tak tahu nak tgk cerita apa sbb kebanyakan tiket dah habis dijual. Jadi aku membeli 5 tiket utk menonton Race To Witch Mountain. Setelah aku selesai membeli, tiba2 Tasia memberitahu aku bahawa Fatin menyuruh aku membeli 2 lagi tiket utk dia dan adiknya! Hati aku dah sedikit berapi! Bukan sbb apa, kaki aku dah tak mampu untuk berdiri lama! Lgpun masa di BB, bila aku tanya dia adakah dia mahu aku belikan tiket. Dia kata tak payah, nak tgk dengan kawan. Lalu kerana memikirkan saudara, aku beratur lagi sekali! Anna & Tasia Hilang dari pandangan aku. Kemudian mereka tiba dgn membawa Milo Ice! Mekasiyh sayang2ku! Hilang penat aku skejap. Bila tiba giliran aku, aku ingin membeli dua lg tiket utk cerita RTWM! Malangnya tiket dah habis. Hanya Tuhan saja yg tau perasaan aku saat itu. Lalu aku meminta agar Abg itu menukarkan tiket kami kepada cerita lain. Akhirnya Abg tu beri kami tiket baru dengan cerita Marley & Me! Kami dapat seat paling depan sekali. Dapat 7 seats skaligus menyebabkan kami tidak terpisah tmpt duduk! Cerita itu agak lucu di awalnya, aku asyik terkekek2 gelak, tak sangka di akhir cerita aku menitiskan air mata bersama Tasia, Najah & Kima kerana Anjing Naughty itu mati... hurmmm... Kemudian Papa menjemput kami pulang. Singgah Di Bangsar ambil baju Tasia, lepak seketika disana dan pulang dengan selamat.
Anna (My Twin) , Ara (Me) , A'an (Niece) , Atin (Cousin).
Rambut saya dah pendek! Hihi! =p Kali ini bukan rambut palsu! Takkan aku shopping pakai wig an! Ahahaha! =.= Chiow! =)

No comments:
Post a Comment