Tuesday, December 30, 2008
Selamat Tahun Baru!
Electric!
Pesanan penaja : Jadi anda harus sentiasa berhati-hati semasa berada berhampiran dengan Farah Wahida. Sekian terima kasih! =)
Bingung!
Oh pagi tadi aku lewat pergi kerja! Haha! Sumpah sedap buat peta kat bantal! Wahaha! =p
Menyesal jugak kerja awal-awal sangat. Mana taknya, habis SPM terus start kerja. Tak rasa kenikmatan setelah tamat persekolahan. What to do? Kata cari pengalaman dan duit!!! Haha! At least masa aku tak terbuang begitu sahaja an an an! Haaa! Oh ye! Esok aku kena bangun seawal yang mungkin kerana esok aku & Anna kena pergi Public Bank untuk membuka account. Lecehnyooo! Tapi kalau tak buka tak dapat gaji jadi terpaksalah merajinkan diri... Atoihhh!
Hari ni Aman cuti, aku rehat sorang-sorang. Aku habiskan waktu rehat aku dengan berkaraoke di karaoke jamban. Aku nyanyi 4 lagu tapi tetap tidak mendapat kepuasan! Aku nak tanya sikit, kenapa ek kalau aku berlagak slumber, darah dikepala aku rasa macam nak meletop dan kepala terasa berat sangat lepas tu kembar aku kata muka aku merah macam udang kena bakar! Hahaha! Lantak ah! Siapa kisah kan?! Wakaka! Hari ni aku tak nampak pulak manusia itu. Esok mesti dia cuti! Hmm! Cukuplah dengan cerita aku yang pelik2 ni. Aku tahu korang mesti tak paham! Hahaha! =p
Monday, December 29, 2008
Azam!
- Sambung belajar dengan harapan aku akan memperoleh masa depan yang lebih cerah! InsyaAllah..
- Ambil lesen memandu. Aku suka bawa kereta walaupun sebelum ini aku hanya ada pengalaman membawa bumper car & go-cart sahaja! Hahaha! Tapi aku memang suka memandu! Aku pernah mencuba utk park kereta Papa di depan rumahku. Tapi baru tekan minyak sikit dan tak silap aku baru beberapa sentimeter tayar kereta tu bergerak, Papa yang berada disebelah sudah bersuara. Dia kata " Dah la tu Ara, Papa rasa nak terkencing duk sebelah ni" Hahaha! Aku gelak je la! Lepas tu aku tak jadi la meneruskan niatku utk meng-park-kan kereta tu! Haha! Dan Papa suka beli kereta lama. Kereta lama yang Papa beli gearnya dekat steering so seatnya bersambung di tengah. Masa Ara kecik, Ara suka duk tengah2 di antara Mama & Papa lepas tu pegang steering sambil membelok ke kiri dan ke kanan semasa kereta sedang bergerak. Haha. Ara ingat lagi Papa kata " Eii kecoh betul budak ni!" Hahahahahaha! =p Sekarang pun Papa ada sebijik kereta lama! Volvo apa tah! Nanti Ara snap and boh kat blog ni ea! Dulu Papa ada Mercedes Benz (Fin - Tail) yang lama tu pastu dia pergi jual. Seat depan dia pun bersambung macam Volvo tu jugak.. Bezanya dia besar, Volvo techik jer! Aduiii kereta tu sangat best kalau jalan jauh... Selesa dan luas... Sayangnyaaaa...
- Memulakan perniagaan pakaian. Aku dengan Nana dah rancang nak jual pakaian dan yang sewaktu dengannya. Pakaian tersebut akan diimport dari luar negara dengan bantuan kakakku yang merupakan pramugari sepenuh masa. Dia dah belikan kami beberapa dress dari luar negara mengikut kemahuanku. Bila ada masa nanti, saya akan tangkap gambar dengan dress tersebut sebagai contoh untuk dipamerkan disini! Mungkin kami akan memulakan perniagaan kami setelah kami menamatkan pekerjaan kami selepas bulan 3!
- Menjadi seseorang yang lebih matang dan berdikari. Tahun depan umurku akan mencecah 18. Jadi aku harus mencuba mengubah sifat kebudak-budakkanku (mcm mana nak eja kebudak-budakkan? Baru sekejap habis sekolah, dah lupa semuanya! Haha) agar sesuai dengan umurku.
- Menurunkan berat badan. Ara tak tahu berapa weight Ara sekarang tetapi Nana(kembarku) kata Ara dah gemuk jadi ia membuatkan Ara lebih semangat nak kurus. Ara mengidam utk memiliki bentuk badan seperti Aishwaryarai *sumpah aku tak tau mcm mana nak eja nama dia*! Hahaha! Mimpi je lah ko Ara! Ketinggian dia je dah mustahil untuk dimiliki. Hahaha! Tumbesaranku sudah terbantut. Namun kekembanganku masih mengembang seperti biasa! Huhu! Hurm, Senang cakap, Ara nak bentuk badan yang tak gemuk tak kurus tapi ada shape sudah memadaila! Haa! Go Go Caiyok!!!
- Melupakan segala yang telah terjadi pada tahun 2008. Tahun baru, kehidupan yang baru. Ara harap semua kesalahan Ara dimaafkan dan semuanya 0 - 0 di antara sesiapa sahaja yang mengenali Ara.
- Memakai gigi besi chingggg! Haha. Ara nak pakai braces demi menyelenggarakan gigi-gigiku yang berterabur! Wahaha! Tapi... Ara takut kalau dia nak cabut gigi rahangku... Hukhuk... Cakap psl gigi, sebelum ni gigi Ara tak pernah kena tampal, tiba-tiba hari tu ada pemeriksaan gigi kat sekolah. Kakak tu kata gigi Ara berlobang. Tapi Ara tak pernah rasa sakit pun sebelum tu. Pastu dia kata dia nak tampal. Dalam sejarah, itulah kali pertama gigi aku ditampal. Sebatang je, sblh kiri atas jiran gigi rahang. Mula-mula dia trim gigi Ara. Cheese cake betul! Dia lagi membesarkan lobang tu. Ara sangat tak suka bila dia trim gigi Ara, dah la ngilu, kejap-kejap terasa sakit. Pastu dia pun tampal then tah apa dia buat pastu dia bagi Ara sekeping kertas yg mcm getah and suruh Ara kunyah kat gigi yg ditampal tu. Ara buat je la. Lepas buat tu, Ara terus rasa tak selesa. Dua tiga hari lepas tu masih tak selesa, bila makan rasa sakit dan ngilu. Ara pun pergi jumpa akak tu balik & bgtau dia. Ara pun tak tau apa dia buat dgn gigi Ara masa tu , mungkin dia tukar tampalan yang baru tapi yg geramnya dia trim lagi gigi Ara... Sabo je lah! Walaubagaimanapun, Syukur Alhamdulillah, sekarang gigiku sihat walafiat. =D
- Cuba utk membahagiakan semua yang ada disamping Ara. Ara tak nak kecewakan sesiapa lagi. Sebagai contoh, dulu Ara sibuk dengan SPM sampai Ara pinggirkan Bobo. Belum sempat menjalani SPM, dia dah pergi untuk selamanya. Ara tak nak pisang berbuah 2 kali, jadi Ara tak mahu mengulanginya lagi. *Alamak, mataku sudah berkaca. Aku sgt merindui Bobo =.=* Ara juga tak nak susahkan Mama & Papa lagi. Nak jadi anak yang baik. Amin. Hehe. Kepada kawan-kawan pula, Ara akan cuba sedaya-upaya utk sentiasa ada bila diperlukan. Sharing is caring! Hihi. Just call my name and i'll.... be there... Cewahhh! Huhu! I love you all!!!
- Dan yang terakhir sekali jeng jeng jeng
Cari pacar!
Hahaha! Joking2! Ara nak capai azam-azam Ara dulu baru Ara pikirkan pasal teman lelaki. Untuk mencari seseorang yang menyayangi dan menerima Ara apa adanya adalah sukar, jadi lebih baik Ara stabilkan diri sendiri dulu. Rasanya ini sahajalah azam-azam baru ku. Doakan agar Ara dapat mencapainya. Amin. Terima kasih. Caiyokkkkkkk!!! Ngeee!
Leceh!
Aku dah siap membalas comment! Aku nak post sesuatu sebelum aku out. Takut nanti aku tak sempat nak on9 sebelum Tahun Baru menjelma!
Senyum Sorang Diri!
Sunday, December 28, 2008
Hidup?
Pengalaman bekerja?
Ya ampun, setiap hari pasti ada sahaja peristiwa yang membuatkan aku berkata-kata kepada diriku "Inilah Kehidupan"...
Minggu lepas aku dengan Nana dah tak ada cuti. Tuhan sahaja yang tahu betapa penatnya kami. Semalam Papa balik kampung dengan Mama... Kita orang dijemput oleh ayah Amanina dan membawa kami pulang dengan menghantar kami bertiga ke rumah aku. Pada petang tersebut, waktu lunch.. Aku rehat dengan Amanina.. Kita orang pergi karaoke jamban!!! Haha! Gaji belum keluar.. karaoke jamban pun jamban la! Wahaha! Kita orang duet lagu Bicara Manis Menghiris Kalbu dengan Tapi Bukan Aku! Sumpah suara aku macam katak mati anak! Wahaha! Dah la lagu Siti tu tinggi lepas tu aku pulak selsema dan sakit tekak tapi nak nyanyi jugak.. Haha.. Nasib baik suara Aman bertenaga dan mampu mencapai nada-nada tinggi tersebut!! Jadi aku hanya mendiamkan diri apabila sampai ditempat-tempat yang denjeruh (Dangerous)!!! Hahaha! Pagi tadi, Kak Rina yang hantar kami pergi kerja.. Thanks Akak! Papa pula sampai rumah pukul 8 malam... Dorang bertolak dari kampung lepas kenduri selesai... Lauk-lauk yang dibawa pulang sodapp amekk!! Haha! Ada buah Durian Belanda lagi! Nyummm2!
Pengalaman bekerja hari ni pula, pagi-pagi lagi perut aku dah buat hal.. Aku singgah di Giant nak beli air yoghurt. Masa nak bayar tiba-tiba aku rasa tak tahan nak terberak! Hahaha! Siap je pembayaran, aku terus bergegas ke toilet ditemani Nana! NIKMAT!!! Itu sahaja yang mampu aku katakan setelah membuang segalanya! Hahahaha! Minggu depan ni pula, Aku dan Nana tiada cuti lagi... Waktu kerja dari 10.30 - 9.30 seperti biasa! Uhwaaa! New Year aku kena kerja! Nasib gaji double pada hari tersebut!
Oh, bila aku lalu disebelah kedai yang menjual pakaian seragam sekolah, aku semakin merindui zaman persekolahan aku dan ingin kembali bersekolah tapi....
Cukuplah cerita pasal kerja aku ni. Ia senang tapi membosankan! Aku pun tak paham! Hahaha! Aku nak cerita pasal benda lain pula...
Thursday, December 25, 2008
Insecure!
Jejak Kasih!
Penat!
Amanina & Cik Siti Wan Kembang! Hahaha!
Sebelah kanan itu akulah!
Masa ni kita orang lepak kat padang belakang rumah aku! Tak silap aku sebelum Trial SPM! Aku memang suka baring-baring atas rumput ni! Hahahaha! Lepas tu bergaru macam monyet! Sumpah gatal! Wahaha! =p Tapi PERCAYALAH! AKU MEMANG SUKA BARING ATAS RUMPUT! Haha! Ini buktinya! Jeng3! Haha!

Gambar ni gambar lama. Tak silap aku, awal tahun ni punya gambar kut? Gambar ini di tangkap oleh Mama aku yang sporting! Hehe! Dan di edit oleh kawan lama aku yg dikenali sebagai SR di sini dimana dia handal dalam bidang meng-edit! Ngee! Lama kehhhh??? =p Haha!
CIK SITI WAN KEMBANG EPISODE 2 !!!
Ditangkap oleh Sabrina anak sedaraku!
Sempat pun aku tutup muka! Hahaha! =p
Gambar ni CANDID!!! Haha! Taman permainan ni dekat dengan rumah cousin aku yang baru kahwin tu. Anak-anak sedara aku ajak aku teman dorang! Haisk! Aku ni memang pantang kalau dengar padang atau taman permainan! Hahaha! Aku suka tempat yang nyaman dan segar! Jadi aku pun teman la dorang! Jap lagi Dorang paksa aku main gelunsur berterowong ni! Aku cakap tak nak! *Pssstt!! Dalam hati! Ya Allah, Seronoknya!!! Dah lama aku tak main menda alah ni!* Hahaha! Aku pun apa lagi, menebalkan muka tahap batang kayu balak laa join bebudak tu! Orang lain yang bertandang di situ tengok aku semacam je! Haha! Mesti dorang cakap aku orang tua tak sedar diri main permainan budak kecik! Hahaha! Lantaklah.. Kata tempat awam kan! Haa! Lagi satu, aku suka main BUAI!!!
Aku & Sabrina!
Gambar aku ni, acah-acah je macam kurus! Haha! Hakikatnya, aku memang dah kembang! Wahaha! Kedua-dua gambar ni masa bulan 9 kalau tak silap la! Aku suka lepak dengan Sabrina. Walaupun dia baru darjah 5 tapi dia sangat matang bila berbual! Perangai dia macam Miley Cyrus! Haha! Suara dia sedap! Aku suka dengar dia menyanyi! Satu benda yang aku tak boleh lupa pasal dia ialah dia sangat menggilai JOE JONAS! Sampai nama pada rantai dia pun Joe jugak! Itu baru rantai, belum lagi lagu dan gmbr dalam hp,pc dan juga gmbr2 pada dinding kamar tidurnya! Ya Ampun! Kembang bulu ketiak Joe kalau dia tau! Hahahaha! Tak kisahlah! Janji dia bahagia! Hihi! Sabrina!!! Maksu Lappp You!!! Mwah2! Hehe! =)
Aku nak cakap apa lagi ek? Oh aku nak siapkan kerja aku! Gosok baju, mandi, basuh baju dan macam-macam lagi! Aku chiaw dulu ek! =) *Bila aku larat nak on, aku akan singgah sini lagi!* Daaa!
Saturday, December 20, 2008
Semangat!
Thursday, December 18, 2008
I'm Back!!! =p
Sunday, July 6, 2008
Haisk!
Flavour Twist (Blueberry)
Lepas tu, Ya ampun... Kali ni Mama pula yang meluluhkan hati saya dengan kata-katanya. Andai saja dia tahu apa yang telah berlaku... Aiskkk saya pun tak boleh bayangkan apa riaksi dia... Aduiii! =.=
Ermm, tentang Kem ke Ulu Yam tu... Ara tak boleh pergi cause pendaftaran dah penuh. Dorang telah mengurangkan jumlah orang kepada 44 orang termasuk 3 orang cikgu pengiring. Tidak apalah. Lagipun saya harus focus pada SPM sekarang ni...
Hurm... I'm not feeling well... Ara out dulu ek... Assalamualaikum...Saturday, July 5, 2008
4 Bulan lagi...
Kerana SPM adalah titik permulaan bagi menghadapi masa hadapanku...
Mungkin selepas ini, Ara akan jarang meng-online-kan diri sehingga 4 bulan itu berakhir...
Dan bila ia berakhir, saya boleh ENJOY!!!
Tapi utk seketika sahajalah! Haha! xD
Setelah mendapat keputusan barulah saya akan memikirkan langkah-langkah seterusnya...
Majulah BANGSA untuk NEGARA! ^_^
Dia sudah berjaya!

Tak silap Ara, hari tu Ara tgk disebalik tabir cerita ni, Maya (Lisa) mencintai Dani (Awal) tetapi terpaksa berkahwin dengan Farid Kamil... Nak tahu kisah yang lebih tepat dan lengkap, silalah tonton "I'm not single" dipawagam berdekatan anda! Haha! Wahhh, tlg promote! LOL!
Sekian terima kasih...
Saya mahu BERJAYA di dalam hidup juga!!!
Entah... - Part 2
=.=
Thursday, July 3, 2008
Entah...
Semua ini membuntukan fikiranku, hanya satu yang Ara tahu. Ara ingin melupakan perasaan itu. Perasaan yang telah membunuh segenap kebahagiaanku...
Teringin sekali aku berbual dengannya, memuji gambar-gambarnya, bergurau dengannya, bertanyakan khabarnya. Begitu banyak yang ingin Ara tanyakan padanya dan juga cerita yang ingin dikongsi bersama namun kata-kata terakhir darinya telah menghidupkan sempadan antara aku dan dia lalu langkahku terpaksa dimatikan...
Akankah sempadan itu berakhir? Aku tidak mempunyai jawapan itu...
Aku hanya mampu berserah pada takdir hidupku... =.=
Malam esok Ustaz Akhil Hayy *betul ke ejaan nama dia ni? huhu xD* akan berceramah di Surau Taman Cempaka Sari, Klang. Kalau dari rumah Ara, jalan kaki adalah dalam 15 minit... Naik kereta cepatlah sikit sampainya. Ekeke. xD Ceramah itu sempena Israk & Mikraj. Ara rasa nak pergi tapi bak kata Amanina surau itu pasti akan dipenuhi oleh penduduk Taman Cempaka Sari, jadi saya membatalkan hasrat saya. Tidak apalah, nanti sekolah pun pasti akan buat ceramah tentang Israk & Mikraj juga. Cakap tentang Israk & Mikraj, esok ialah 1 REJAB. Saya mahu berpuasa! =) Bak kata Ustazah Marina, bukan takat dpt pahala, puasa dapat membantu mencergaskan otak anda. Ia amat bagus untuk pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan UPSR, PMR & SPM. Jadi kepada rakan-rakan yang akan menduduki peperiksaan, marilah berpuasa bersama-sama saya! ^_^ Nak berjaya, usaha harus dilebihkan daripada pelbagai aspek! =)
Masih ada banyak lagi yang ingin Ara kongsikan dengan anda, tapi kepala Ara sakitlah. Denyut-denyut u know?! Puncanya? Tadi terkena hujan... Tentang sesuatu yang 'best' yang ingin Ara kongsikan itu... Bahannya Ara belum dapat. Empunya bahan kata, dia nak siapkan dulu bahan tersebut. Huuu! Sabar yachhh! Oh kelas mengaji bersama Ustazah dah bermula selasa lepas. Bestnyaaaa! Ara sangat menghargai keikhlasan Ustazah membantu kami. I want to buy something for her Babylah. Yang bakal dilahirkan tidak lama lagi... Yeay, kami dapat adik baru lagi... Ekeke! I love Babies!!! Huhu! ^_* Owh, I missed Bobo badly... =.= Seseorang telah menunjukkan gambar Bobo kepadaku until saya terkenang segala kisah tentangnya dulu lalu tanpa disedari air mata ku bergenang. =.= I know, nowadays Cik Ara terlalu emosi! Ekeke! xD Hurm oklah, Ara out dulu ek! Esok kena bangun sahur lepas tu kena pergi sekolah awal daripada biasa, kerana ada bacaan yasin... Assalamualaikum... =)
p/s: Title sangat tidak tidakkk erm tidakkk... apa aku nk cakap?! Hahaha xD
Wednesday, July 2, 2008
=)
Namun aku tidak pernah membenci dia...
=.=
Diriku dihujani pelbagai persoalan namun aku masih tidak dapat menemukan jawapan untuk persoalan-persoalan itu. Semoga Allah membantu aku mendapatkan jawapan yang aku cari selama ini... Amin... =)
Farah = Kegirangan
Wahida = Yang Tunggal
Farah Wahida = Kegirangan Yang Tunggal
Maksud nama ku ini menyeramkanlahhh! Huhu! xD
Dimanakah bahagia yang boleh membuat aku tersenyum kembali?
Lalalala!
I'm outta here!
Nak ikut Mama gi mamam sate! Huhu.
Papaiiiiiii!
=)
2/7/2008
Erm ohhh, Ara ada sesuatu yang "best" untuk dikongsi bersama tapi bahan itu tiada dgnku buat masa ini... Nanti Ara dapat, Ara karang ia dan post di sini okayh! Ayat-ayat itu buat saya sakit perut! Haha. xD
And pagi tadi tak ada kelas yoga... =.= Tiba-tiba perhimpunan diadakan semula dan ia mengambil masa sampai waktu PJK tamat! Grrrr!!! Bila orang semangat pakai baju PJ mesti tak ada PJnya Hiskkk! o.O Nasib badan betul!!!
Amanina ajak pergi Kem kat Ulu Yam. Tapi Pergi balik je. Seramai 88 orang sahaja yang boleh pergi. Ia dibuat oleh Ahli Bomba sekolah kami tapi Mama macam tak kasi pergi je? Dan dia suruh tanya Papa dulu... Ini kan tahun terakhir saya bersekolah. Haiskkk. Bukankah aktiviti begini dapat membantu saya melupakan masalah yang saya hadapi. Ia dapat dijadikan langkah-langkah yang positif untuk dilaksanakan! An an an? Huuuu... Semoga Papa bagi pergi... Amin.
Leavin'
Teacherrrrrrrr....
Berilah kami peluang untuk bersedia dahulu! Haisk. Kasihanilah sayaaaaaa! =.=
Donk keraiiiii (cry) honeyyyy, bi seteronggggg, donk sekkkk sekkkk (sad) *penterjemahan "jangan sedih-sedih" hahaha!* xD I know u can do it!!! Caiyokkk!!! (Sesi bagi semangat pada diri sendiri)
Jadual
Selasa (15.7.08) - Bahasa Melayu, Science, Agama Islam & Mathematics.
Rabu (16.7.08) - Bahasa Inggeris, Perdagangan, Tasawwur Islam & Sejarah.
Khamis (17.7.08) - Ekonomi Asas.
Satu hari sampai 4 subjects! Aiyooo amaaaaaa achiiii helpppp me.... Syukurlah ini tahun terakhir... =.=
Langkah Ke-4 !
Tadi perut saya tiba-tiba menyanyikan lagu twinkle-twinkle little star Huhu. xD Rasa macam nak makan sesuatu tapi tak tahu apakah kemahuan tummyku. Kebetulan saya ternampak KELIBAT Spaghetti tetapi bahan-bahan untuk membuatnya tiada. Jadi saya memikirkan resepi yang lain untuknya. Dengan itu saya telah memasak spaghetti dengan cara masakan tradisional orang melayu! Hahaha! xD Bahan-bahannya sangat ringkas.
DON'T judge the TASTE by the LOOK! Hahahaha! xD
Saya akan mencampurkan sayur brokoli sebagai penambah rasa sekaligus mencantikkan rupanya sekiranya sayur itu ada. Saya memang kekurangan bahan!!! Haha! Tetapi jika saya ingin menggunakan sayur brokoli, saya akan merebusnya terlebih dahulu kemudian setelah sayur itu lembut, tapiskan ia dan gaulkan sahaja sayur brokoli bersama Spaghetti yang telah siap dimasak. Tahap kelembutan brokoli juga terserah mengikut kemahuan anda. But jangan rebus lama sangat! Nanti tidak FRESH. Sekian Terima Kasih. =)
Hilang Dari Pandangan...
Bilakah kau akan kembali? Next Year? =.=
Astaghfirullah al-azim... Next year next year ni sensitip! Huhu! xD Next year saya dah tak sekolah lagi... Huwarghhh! Tapi awak masih cantik walau sudah tidak berbunga lagi! Don't worry, saya akan menemani awak pula! =)
Esok kelas saya ada YOGA! Wooot2! Haha! Lepas ni, setiap hari rabu waktu PJK ada kelas Yoga kot? Harap-haraplah! Hihi! Konon nak bentukkan badan yang macam buluh betong ni! Ahaha. Pinggang tah mana lesap! Lol! Bak kata Mama "Tulahhh! Makan tidur lagi!" xD Tidak apalah Maaaa! Sekarang anakmu akan memupukkan semangat "USAHA TANGGA KEJAYAAN" ^_^
Melawan ARUS Kesepian...
Nanti kita kan tahu,
Betapa bijaknya hidup,
Sepahit apapun ini,
Pelajaran yang berarti...
Suasana sepi kini menambahkan hening, Di dalam hatiku, Mengadil silapmu biar di jiwamu aku tlah tiada, Di waktu begini diusik kenangan silam, Yang bertandang, Lalu ku biarkan, Ia menabahkan hati ini... Lalilalilaaaa lupa liliiikkk laaa pulokkk ekeke! xD Why aaaa most of lagu Siti menikam kalbu ku? Aiyayaiii Haha! =.=
Monday, June 30, 2008
=)
Langkah Ketiga!



Berapa banyak langkah lagi yang perlu di ambil untuk Ara kembali ceria? Saya pun tidak tahulah. Tiba-tiba lagu Siti menerjah fikiranku... " Di dalam rindu ku menangis, di dalam kalbu ku terasa, teringatku dikala derita yang memisahkan kita...aaa...aaaa... " Huu. Sedihhh wooo lagu tu haiskk... Lagu ni pulok, Ara suka nyanyi tapi lirik dia memang sangat tidak ada kena mengena denganku. Siapalah nak suka kat Farah Wahida yang serba kekurangan ni? Ekeke.. =.= "Oh buronan cinta, Terjepit di antara, Dua pacar berbeda, Pada waktu yang sama, Yang kiri belum tutur, Kanan juga begitu, Lebih baik ku lari, Cari pacar yang baru, Aduh.. aku buronan cinta.. Aduh.. aduh.." Aduhhh!? Aduhh!? Tahap Ke-Aduh-an hakuh ko tatawu! Haha! xD Waaaa Nantokkknyaaaaaaa =.= Nak cleep dlulah! Hikhik! Papaiiii! =)
Sunday, June 29, 2008
Langkah Kedua!
Saturday, June 28, 2008
Langkah Pertama!
Comfortably Numb???
Huhu!
xD
Actually, comfortably numb ni lagu Pink Floyd. Papa yang layan lagu tu! Fyi, Papa minat Pink Floyd, Bob Marley, Kenny Wayne Shepherd, Bob Dylan, Bad Company, Whitesnake, Lynyrd Skynyrd, Broery Marantika, oh tapi yang paling dia minat Jackson Browne, ni kalau yang zaman-zaman dialah, actually ada lagi tapi gwe lupak deyh. Kalau yang sekarang dia suka, John Mayer, James Blunt, David Archuleta, Jason Castro *saya pun suka John Mayer, David Archuleta & Jason Castro! Ekeke (nyibuk jer! Haha)* lagi siapa ek? lupa la pulok! Haha. Kalau perempuan, Christina Aguilera, Mariah Carey, *dua wanita ini, dia kagum dgn suara mereka*, Avril Lavigne? xD Fyi, Papa suka cara Avril menyebut perkataan bila menyanyi lol. Saya pun suka Avril! Haaaa Malaysia, Papa suka Siti Nurhaliza! Haha! Seppp2! Papa suka suara Farhan & Idayu AF tu. Lagi erm? cukuplah tu Haha.
Kalau Mama pulak dia suka Cliff Richard, Jamal Abdillah, P.Ramlee, Saloma, Elvis dan Siti Nurhaliza.
Ara suka siapa? Lerr tak tau2 lg ke? Ahaha. Tadtadabaaaa! Saya sukaaaaaa Saiful Ridzuan & Hael Husaini. ^_^ Korang kalau dgr dorang nyanyi live sure meremang fur2 korang! Haha. I mean bulu roma! xD Mereka berbakat dalam pelbagai bidang dan itulah anugerah Tuhan kepada mereka. They are so LUCKY! ^_^ Dalam satu masa mereka boleh jadi Model, Photographer, Singer, dan macam-macam lagilah. Andai saja Ara mempunyai bakat seperti mereka *batting eyelashes! Haha* Kepada Ridz & Hael, Ara doakan you guys berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi. Amin... Sekian terima kasih. =)
To: Saiful Ridzuan =)
Matahariku - Agnes Monica
Yang Pernah Dibuka Waktu Hanya Untukmu
Kini Kau Pergi Dari Hidupku
Kuharus Relakanmu Walau Aku Tak Mau
Berjuta Warna Pelangi Di Dalam Hati
Sejenak Luluh Bergeming Menjauh Pergi
Tak Ada Lagi Cahaya Suci
Semua Nada Beranjak Aku Terdiam Sepi
Dengarlah Matahariku, Suara Tangisanku
Kubersedih Karna Panah Cinta Menusuk Jantungku
Ucapkan Matahariku Puisi Tentang Hidupku
Tentangku Yang Tak Mampu Menaklukkan Waktu
p/s: I like this song! Ekeke. ^_^
Thursday, June 26, 2008
Keindahannya mampu menenangkan aku...
Saturday, June 21, 2008
=.=
Friday, June 20, 2008
Jumaat =)
Wednesday, June 18, 2008
BBB!
Lokasi : Padang dibelakang rumah.
Ini adalah hasil terawal apabila Ara menggunakan brush tool. Hahaha xD Tiba-tiba Ara teringat Ridz kata, opacity jangan high sangat. Ara pun carilah celah beda mana opacity tu, pastu nampaklah kelibat ia~ Haha. Lalu menukarnya kepada 10% sahaja daripada 100%. Huhu. Kemudian dari colour hitam Ara tukar warna hijau. Mari kita lihat perbezaannya.
Before
- Najah - A'an - Ara -
After
Ini ialah hasil gabungan antara brush tool dengan curves. Tapi rumputku kurang menawanlah warnanya. Haha. Ara perlu belajar dengan lebih gigih lagi. Ekeke. Cacacacacaiiyokkkk! Huhu.
p/s: Thanks Ridz. Jadi mentor PS I boleh? haha! xD
Tuesday, June 17, 2008
Donut!
Proses menggula. Makan tengah panas memang lazat! Yummyyyy! ^_^
Ara temu ramah kakak tu tentang bahan-bahan yang dia gunakan. Jom Ara share dengan korang. Sangat mudah untuk dibuat. Antara bahannya ialah tepung gandum, yeast, garam, susu manis, dan air. Untuk menyedapkan dia, terpulang kepada anda sama ada mahu salut donut itu dengan gula atau cokelat atau apa-apa sahajalah yang boleh menyedapkan ia. =)
17/06/2008
=)
p/s: Esok Ara post gambar yang telah diedit oleh SR. Hehe. Thanks again Bestie! =) Btw, lagu Siti yang kat blog Ara ni, Ara suka dengar dia berceloteh diakhirnya nanti. Huhu, Comel! Ngee Wokeyyy, Chaw Chin Chiow! xD
Monday, June 16, 2008
Best!
Wifey Tarzan (BitterSWEET 17)! Ahahaha xD Dush2!
Wife Tarzan seksa wooo, baju dia tutup titzzz dan tutzzz je! Haha. Tak kisahlah, janji dia bahagia. Tiba-tiba Ara rasa mengantuk! Haha. Esok sekolah... Wargh!!! Aku pengen bobo (tidur). Hurm, bobo? Aku kangen banget ama Bobo... =.=
I Love You Too!!! *_^
Sunday, June 15, 2008
BMMBLHMOGHMPGMSTGOT xD
Apa punya title la tu?! Ekeke. Tiada apa-apa yang menarik tentang hari ini, sama seperti hari-hari biasa, cuma hari ini Ara ikut Mama Papa pergi jual barang-barang yang boleh dikitar semula. Saya menonton rancangan Gene Simmons Family Jewels Marathon. Si Gene tu dulu penyanyi rock daripada kumpulan KISS yang gila tahap cipan conteng2 muka haha tapi sekarang dia mempunyai keluarga yang harmoni dan best? Huhu. Seronok je tgk anak dia si Sophie tu photoshoot kat Paris! Ekeke! Gambar-gambarnya indah walaupun simple! Umur dia masa tu 14 tahun tapi rupa dia sangatlah matang dan cantik. Huhu. Isteri dia agak sporting kot? Haha. Kenapa saya berkata begitu? Kerana suaminya sering dikerumuni oleh peminat perempuan yang gila hokk (hot) tapi isteri dia relax je?! LOL. Oh dahulu kala, isteri dia seorang model. Shannon kot nama dia~ Haha. Lupa pulok! xD And mengikut kata Papa, Gene tidak pernah bercerai dengan isterinya dari dulu sampailah sekarang. Mengikut kata Papalah. Saya tidak tahu apa-apa namun baguslah kalau begitu! Huhu. Tak kisahlah... Then kita orang pergi makan sate, balik rumah tengok movie yang telah memberi saya sedikit motivasi tentang kehidupan. Kemudian Ara mandi dan online. Sekarang saya dah menguap dan katil sudah memanggil~ Haha Nite2! =)
p/s: Oh Ara nak tukar lagu tapi tak tahu lagu apa yang sesuai dengan rasa yang Ara rasa saat ini. Huhu. Tadi dah cari tapi masih belum ditemui. Nanti-nantilah ek. Ngee. Papai. ^_^
To Ridz & Abang Hael, Semoga segalanya berjalan dengan lancar. Amin... =)
Friday, June 13, 2008
Semalam, Hari ini dan Esok...
Multimedia Design

Illustration (with comics)
(Digital Painting) - Pan Jia Ling

Interior Design
(Residental Design) - Nesia

Art & Design
Tan Tsuey Fong

Advertising Design
(Advertising Campaign) - Belle Teoh Hooi Sim

Hasil karya mereka memang menarik. Masa kat sekolah tu, artwork pelajar-pelajar mereka buat Ara terpegun. Huhu. Cantik dan sangat unik. Semua course Ara suka kecuali advertising design. Huhu. Sukalah juga tapi dalam 36% macam tu je lah. Ekeke. Kalau ada sesiapa yang nak tengok karya pelajar mereka yang lain bolehlah melayari laman web ini. http://www.toa.edu.my/ Wah, tolong promote! Ahaha. Sekarang kita lihat kepada apa yang ada di Reliance College. Ia menyediakan double diploma untuk Hotel Management & Travel Management.
Hotel Management
- Hotel Management
- Food Production
- Food Nutrition, Safety, Hygiene
- Food & Beverage Service
- Front Office Procedure
- House Keeping Management
- Front Office Management
Travel Management
- Tourism
- Airline Ticketing
- Travel Agency Management
- Travel Information System
- Tourism Destination Planning & Development
- Tour Planning & Management
Hmm, Hotel Management agak menarik kot sebab Ara suka part belajar memasak tu huhu tetapi travel tu macam errr? Entahlah. Haha. Mengikut naluri hati saya, cewah! Haha. Ara lebih meminati sesuatu yang berkenaan dengan ART. Yang berkenaan dengan design men-design tu kan tetapi untuk memilih course yang sebenarnya, itulah masalah saya. Haha. Semua best. Aiskkk yang mana satu, idaman kalbu... haha. xD Tunggu keputusan SPM dululah baru pikir pasal ni! Huhu. Sekarang Ara hanya mampu berangan je yer! Ahaha. Namun hati gwe semakin berdegup kencang pabila SPM semakin hampir.
Hari ini pula saya telah melakukan banyak kerja di sekolah. Ketua Kelas tak datang pulok jadi sebagai Penolong Ketua Kelas, Ara terpaksa handle kerja dia walaupun kerja saya sendiri sudah bertimbun. Aiyaaaa. Fenat woo naik turun tangga cari 9 cikgu yang mengajar kelas kami untuk mendptkan markah ujian setara 1, 2 dan pertengahan tahun. Syukurlah beberapa cikgu sudah pun memasukkan markah kami ke dalam computer, kalau tidak lagi bertimbun kerja saya nak menyalin markah2 untuk 37 orang pelajar setiap subject. Fuh2! Free2 je akuh bersenam hari ni. Haha. Tawaf satu sekolah terus. Dan kerana mencari cikgu, saya ter-skip kelas ekonomi. Nasib baik tak belajar kerana cikgu hanya memberi mereka jawapan untuk soalan paper Ekonomi. Tapi Ara suka dengan tugas ini kerana sedikit sebanyak ia mengajar Ara menjadi pemimpin. Ewahhh! Ahaha. Dan sekarang ni, sekarang!!! Ara tengah menaip ni, tetiba terasa lapar la pulak. Hahaha. Oh paper BI belum dapat. Haisk. Setakat ni semua subjek lulus tatapi maths gagal. Haha. I will do better next time! Caiyok!!!! Huhu. Tapi maths mmg cannot go ahhh, so cannot do anything. Ahahaha. Kalau markah maths gwe cukup makan pun gwe dah bersyukur. Ekeke. Janji lulus. Amin. Tidak mengapalah Ara, usaha tangga kejayaan! Fuhhhh2!
Esok saya harus ke sekolah. Ada perjumpaan untuk Puteri Islam. Bilalah saya boleh berehat ni? Huhu. Kokurikulum pun ada markah jadi kalau tak nak gagal, saya harus pergi juga. Nasib badan... Cepatlah habis sekolah. Boleh merdeka kejup... Huhu. Kejup je.. Kang kena sambung belajar balik insya-Allah kalau panjang umur. Inilah lumrah hidup kalau nak berjaya di masa hadapan. Wahai Farah Wahida, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Amin.
Sekian, terima kasih. =)
Thursday, June 12, 2008
Selamat Hari Jadi Saiful Ridzuan!
SR & FWHadiahnya agak sukar untuk dibuka, salotape-nya sangat banyak! Haha. xD Namun saya berjaya membukanya dengan cermat dan selamat tanpa sebarang kekoyakan. Dan isinya ialahhh changgggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggg!!!
Chack! Hehe! =)
Thank you guys. I like it. Simple tp sgt sweet. Ekeke. =) Dan ini sekeping gambar daripada saya ketika memakainya. Hehe..
Oklahhh kawan2, Ara pun tidak tahulah mahu kata apa! Hehe. Mama ajak keluar ni, next time ara sambung ek. Kupaiiii guys! ^_^
Sunday, June 8, 2008
Caiyokkk!!!
p/s: Bukan hidup namanya jika tiada dugaan dan cabaran...
Saturday, June 7, 2008
Suatu hari di Shah Alam...
Semasa lagu Happy Birthday dinyanyikan.
Yang sedang memukul "benda" bergantung tu ialah Arisya my cute cousin! Sumpah dia comel lagi cantik! Haha.
Masa ni budak-budak sedang melalui proses nak pecahkan benda bergantung tu! Ara lupa nama benda tu! Wakaka. Tak penting untuk diingati pun. Haha. Dalam tu ada harta karun bagi budak-budak! Harta karun itu ialah changggggggggggggggggggg
gula-gula~ Ahaha.
Girl yang cute ni nama dia Leilani. Mak dan ayahnya berdarah kacukan. Atuk dia abang Mama. Wahid namanya. Telah berkahwin dengan orang Cina. Maknya pula berdarah melayu + orang putih. Jadi darah Leilani Melayu + Cina + Orang Putih. Lani memang comel dan dia akan dapat adik. Mak dia mengandung 6 bulan. Alhamdulillah. Kenapa dengan mata Sabrina? Seram gwe! Haha. Macam Dracula otw nak baham Lani! Haha. Sabrina anak fruit saya. Dia best. Gila sporting, she can sing, suara dia mmg sedap dan dia seorang yang photogenic sebenarnya.
Shakira & Sabrina. =) *gambar di atas & di bawah ini.*
Abang Boy (Ayah Leilani), Kak Melissa (Mak Leilani), Sabrina, Mak Ija(Adik Mama).
Saya suka dia. *Baby mana yang aku tak suka? Haha* Nama pun ala-ala kampung dgn Ara~ Aira..Ara..Ara..Aira.. Haha. Rambut dia sangat lebat!!! Huhu. Jealous saya! Tak bley lupa pada ayat Tasia sewaktu mendukung baby Aira. "Ni rambut ke belukar?" Haha. Cam siot an? Iskk!!! Tasia!!! Gwe tau hang sebenonyer cemburu dengan kelebatan rambutnya. Haha. xD
Ini pula hadiah yang Ara & Nana terima sewaktu join budak-budak tu main game. Ara punya warna merah! Haha.
Ok tamatlah kisah di Shah Alam. Sekarang mari kita lihat gambar Azhar Sulaiman (Aichik Har a.k.a adik Mama) & Anak Kembar dia. Anak-anak dia semuanya comel-comel belaka. Cuma anak pertama dia yang bernama Kasih itu sukar untuk bergambar.
Si Kembar yang sangat comel.
Leona!
*Masa ni dia ada persembahan untuk sekolah dia.*
Ini baru sebilangan daripada ahli keluarga saya. Keluarga saya sangat besar. Mama ada 14 adik-beradik, Papa ada 10 adik-beradik. Itu baru jumlah makcik dan pakcik saya. Belum ditambah dengan anak-anak mereka yang merupakan cousin saya dan anak-anak kepada cousin saya yang sudah berkahwin juga dan makcik dan pakcik Papa Mama pula, nenek atuk cucu cicit wahhh memang ramai. Huhu. Sehingga bertemu di lain hari. xD





.jpg)





