Thursday, July 3, 2008

Entah...

Petang semalam Ara keluar ikut Mama, dan Arghhhh pada malamnya pula, Ara tak tahu kenapa Ara hEMOSIhhhh sangat! 0.o Papa tak marah Ara, dia tidak menjentik apatah lagi memukul... but I did nothing wrong, memanglah tak ada sebab untuk dia memarahi saya! Huhu. Tapi air mataku mencurah-curah membasahi bumi... Barangkali kerana keadaan yang Papa cipta malam itu yang membuatkan Ara rasa sedih sangat-sangat... Tambahan lagi, masalah Ara bukan hanya satu... Ara teringin sekali berkongsi kisah ini dengan seseorang yang sentiasa mendengar keluhan hati ku dulu tapi kini... =.=

Semua ini membuntukan fikiranku, hanya satu yang Ara tahu. Ara ingin melupakan perasaan itu. Perasaan yang telah membunuh segenap kebahagiaanku...

Teringin sekali aku berbual dengannya, memuji gambar-gambarnya, bergurau dengannya, bertanyakan khabarnya. Begitu banyak yang ingin Ara tanyakan padanya dan juga cerita yang ingin dikongsi bersama namun kata-kata terakhir darinya telah menghidupkan sempadan antara aku dan dia lalu langkahku terpaksa dimatikan...
Akankah sempadan itu berakhir? Aku tidak mempunyai jawapan itu...
Aku hanya mampu berserah pada takdir hidupku... =.=

Malam esok Ustaz Akhil Hayy *betul ke ejaan nama dia ni? huhu xD* akan berceramah di Surau Taman Cempaka Sari, Klang. Kalau dari rumah Ara, jalan kaki adalah dalam 15 minit... Naik kereta cepatlah sikit sampainya. Ekeke. xD Ceramah itu sempena Israk & Mikraj. Ara rasa nak pergi tapi bak kata Amanina surau itu pasti akan dipenuhi oleh penduduk Taman Cempaka Sari, jadi saya membatalkan hasrat saya. Tidak apalah, nanti sekolah pun pasti akan buat ceramah tentang Israk & Mikraj juga. Cakap tentang Israk & Mikraj, esok ialah 1 REJAB. Saya mahu berpuasa! =) Bak kata Ustazah Marina, bukan takat dpt pahala, puasa dapat membantu mencergaskan otak anda. Ia amat bagus untuk pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan UPSR, PMR & SPM. Jadi kepada rakan-rakan yang akan menduduki peperiksaan, marilah berpuasa bersama-sama saya! ^_^ Nak berjaya, usaha harus dilebihkan daripada pelbagai aspek! =)

Masih ada banyak lagi yang ingin Ara kongsikan dengan anda, tapi kepala Ara sakitlah. Denyut-denyut u know?! Puncanya? Tadi terkena hujan... Tentang sesuatu yang 'best' yang ingin Ara kongsikan itu... Bahannya Ara belum dapat. Empunya bahan kata, dia nak siapkan dulu bahan tersebut. Huuu! Sabar yachhh! Oh kelas mengaji bersama Ustazah dah bermula selasa lepas. Bestnyaaaa! Ara sangat menghargai keikhlasan Ustazah membantu kami. I want to buy something for her Babylah. Yang bakal dilahirkan tidak lama lagi... Yeay, kami dapat adik baru lagi... Ekeke! I love Babies!!! Huhu! ^_* Owh, I missed Bobo badly... =.= Seseorang telah menunjukkan gambar Bobo kepadaku until saya terkenang segala kisah tentangnya dulu lalu tanpa disedari air mata ku bergenang. =.= I know, nowadays Cik Ara terlalu emosi! Ekeke! xD Hurm oklah, Ara out dulu ek! Esok kena bangun sahur lepas tu kena pergi sekolah awal daripada biasa, kerana ada bacaan yasin... Assalamualaikum... =)

p/s: Title sangat tidak tidakkk erm tidakkk... apa aku nk cakap?! Hahaha xD

No comments: