Tadi perut saya tiba-tiba menyanyikan lagu twinkle-twinkle little star Huhu. xD Rasa macam nak makan sesuatu tapi tak tahu apakah kemahuan tummyku. Kebetulan saya ternampak KELIBAT Spaghetti tetapi bahan-bahan untuk membuatnya tiada. Jadi saya memikirkan resepi yang lain untuknya. Dengan itu saya telah memasak spaghetti dengan cara masakan tradisional orang melayu! Hahaha! xD Bahan-bahannya sangat ringkas.
Step 1
Bawang merah, bawang putih, cili padi & cili merah, garam secukup rasa ditumbuk sehingga lumat.
*Fyi, Saya tak suka blend bahan-bahan ini. Cara manual lebih melazatkan makanan! Hehe. Masaklah dengan perasaan kasih sayang. Jangan masak semasa anda tengah marah! Amat bahaya sekali! Hahaha! Kang kot terlebih cili padi ke garam ke? Tak pasal-pasal mata si pemakan tersembul. Haha! =.= Tapi emosi tidak akan menjejaskan masakan sayalah. Ia bergantung kepada empunya body! Haha! xD Ingatlah pesanan saya, bila kita melakukan sesuatu, jangan terlalu mengikutkan perasaan jika tidak mahu merana dikemudian hari...*
Step 2
Rebus spaghetti sampai ia mencapai tahap keanjalan yang lembut. =) Pastikan ia betul-betul masak! Kang sakit perut la pulok!!! Huhu xD
Step 3
Hiris Bawang besar & cili merah.
Step 4
Goreng ubi kentang setelah dipotong. Size potongan badan ubi kentang terserah mengikut kemahuan anda. xD
Step 5
Masukkan sedikit minyak kelapa, minyak bijan & ghee ke dalam kuali lalu dipanaskan. Kemudian masukkan semua bahan yang telah lumat ditumbuk. Masukkan sedikit pepper dan ajinamoto. Apabila aromanya meresap di celah-celah bulu lubang hidung anda ahaha masukkan ubi kentang yang telah siap digoreng. (Anda juga boleh memasukkan button mushroom. Ia pasti akan menambahkan kelazatan spaghetti tradisional orang melayu anda. *memandai je aku reka nama. Haha* Saya kekurangan bahan, jadi saya hanya menggunakan ubi kentang sahaja). Kacau hingga sebati. Setelah sebati dan aromanya sudah sejati haha, masukkan spaghetti yang telah siap direbus dan kacau sehingga sebati. Berapa banyak sebati daaa? xD Haha. Kemudian masukkan bawang dan cili merah yang telah dihiris. Masukkan sedikit oregano. Kacau sehingga rata ye tuan2 & puan2! xD Akhirnya saya tidak menggunakan ayat sebati!!! Haha.
Dan terhasillah Spaghetti Tradisional Orang Melayu ciptaan Farah Wahida! ^_^
DON'T judge the TASTE by the LOOK! Hahahaha! xD
Saya akan mencampurkan sayur brokoli sebagai penambah rasa sekaligus mencantikkan rupanya sekiranya sayur itu ada. Saya memang kekurangan bahan!!! Haha! Tetapi jika saya ingin menggunakan sayur brokoli, saya akan merebusnya terlebih dahulu kemudian setelah sayur itu lembut, tapiskan ia dan gaulkan sahaja sayur brokoli bersama Spaghetti yang telah siap dimasak. Tahap kelembutan brokoli juga terserah mengikut kemahuan anda. But jangan rebus lama sangat! Nanti tidak FRESH. Sekian Terima Kasih. =)

No comments:
Post a Comment