Monday, June 30, 2008

=)

Keikhlasan hatiku...
Bukanlah untuk dibalas...
Cukuplah sekadar...
Jadi kenangan waktu berjauhan...

p/s: Lirik ini sendiri banyak meninggalkan kenangan gula-gula padaku... =.=

Langkah Ketiga!

Cuba untuk mem-busy-kan diri dengan melakukan sesuatu aktiviti yang Ara suka seperti bergambar! Huhu. xD Ara tak boleh bersendirian, jika tidak segalanya akan menerpa ke kotak pemikiran ku. Walaupun kadang-kadang dekat kawasan yang bising macam pasar malam pun Ara boleh termenung menjauh! Huhu. Nak tengok my latest pichozzz? Silaaaaaa-sila! Ekeke! Tapi TAK CANTIK PUN!!! Huhu. Dah tak reti tangkap gambar dah... Teringin untuk mencuba sesuatu yang lain daripada kebiasaannya tetapi kalau tangkap sendiri agak susahlah. Lagi pun tak akan dapat full body punya! Haha. Kalau la tangan ni boleh memanjang! Hahaha! Cacat la pulok!!! Ehh mukannnn2! ABNORMAL! Ekeke! xD




TAK CLEAR ahh gambar-gambar nihhh! o.O



Berapa banyak langkah lagi yang perlu di ambil untuk Ara kembali ceria? Saya pun tidak tahulah. Tiba-tiba lagu Siti menerjah fikiranku... " Di dalam rindu ku menangis, di dalam kalbu ku terasa, teringatku dikala derita yang memisahkan kita...aaa...aaaa... " Huu. Sedihhh wooo lagu tu haiskk... Lagu ni pulok, Ara suka nyanyi tapi lirik dia memang sangat tidak ada kena mengena denganku. Siapalah nak suka kat Farah Wahida yang serba kekurangan ni? Ekeke.. =.= "Oh buronan cinta, Terjepit di antara, Dua pacar berbeda, Pada waktu yang sama, Yang kiri belum tutur, Kanan juga begitu, Lebih baik ku lari, Cari pacar yang baru, Aduh.. aku buronan cinta.. Aduh.. aduh.." Aduhhh!? Aduhh!? Tahap Ke-Aduh-an hakuh ko tatawu! Haha! xD Waaaa Nantokkknyaaaaaaa =.= Nak cleep dlulah! Hikhik! Papaiiii! =)

Sunday, June 29, 2008

Langkah Kedua!

Harus mencuba sedaya-upaya mengubah diri dalam segala aspek untuk menjadi seseorang yang lebih baik. Akan ku jadikan setiap kesilapan yang lalu sebagai pengajaran untuk menempuh kehidupan! Caiyok!!! Woottt2! ^_^ Dan perasaan itu? Akan ku buang jauh dari hidupku membiarkan ia di bawa arus gelombang angin kus2~ Haha! Merepek je aku neyhh! Eyh tapi seriouslah, huuu. Harus melupakannya kerana ia telah menghapuskan persahabatan yang paling bermakna dalam hidupku dan Ara tak mahu ia berulang lagi... Perit pedih pahit payau u know?! Huhu! xD Dannnnn Ara kena merajinkan diri membaca buku!!! Comics and Novels can be my besties but textbooks? Hell no! Haha. Araaaaaa, pupuklahhh ukhuwah antara dirimu dengan cik textbook! Ahaha. Ok2, I will try my best demi masa depanku! Caiyokkkk!!! Weehee!

Saturday, June 28, 2008

Langkah Pertama!

Cubaan untuk menceriakan kehidupanku. So langkah pertama, I tried my best to ceriakan my blog! The colours yang digunakan ialah my peberet kalerzzz wukayh! Ekeke! I hope, it can ceriakan anda jua! =) Ye lah, My cerita harian dah la boring, kang dari suram terus jadi muram lalu otak pun mundar mandir, silap hari bulan kahwin dengan anak Pak Pandir. Keluar cucu cicit Pandir Pandir~ Haha! xD Argh Ara dah mula merepek. Huhu. Kini Ara memilih untuk memendam segala rasa yang Ara rasa dan berkongsi segalanya dengan Allah sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan Allah Maha Adil... ^_^ Dugaan Allah tidak sia-sia, Pasti ada hikmah di sebaliknya. Amin... =) Hari ni Ara duduk rumah je! Boring meyhhhh! Pastu Ara siapkan segala kerja sekolah dan gedebush otak saya stuck bila buat Mathematics! Haha! It kills me softly! xD Wargh! I really need some rest! Huhu. Papai guys!

3K

Kesabaran, Ketabahan & Kekuatan.
I really really need them to be my friend!
Ekeke!
=)

Comfortably Numb???

Not really! <--- Jawapan peberet akuh!
Huhu!
xD

Actually, comfortably numb ni lagu Pink Floyd. Papa yang layan lagu tu! Fyi, Papa minat Pink Floyd, Bob Marley, Kenny Wayne Shepherd, Bob Dylan, Bad Company, Whitesnake, Lynyrd Skynyrd, Broery Marantika, oh tapi yang paling dia minat Jackson Browne, ni kalau yang zaman-zaman dialah, actually ada lagi tapi gwe lupak deyh. Kalau yang sekarang dia suka, John Mayer, James Blunt, David Archuleta, Jason Castro *saya pun suka John Mayer, David Archuleta & Jason Castro! Ekeke (nyibuk jer! Haha)* lagi siapa ek? lupa la pulok! Haha. Kalau perempuan, Christina Aguilera, Mariah Carey, *dua wanita ini, dia kagum dgn suara mereka*, Avril Lavigne? xD Fyi, Papa suka cara Avril menyebut perkataan bila menyanyi lol. Saya pun suka Avril! Haaaa Malaysia, Papa suka Siti Nurhaliza! Haha! Seppp2! Papa suka suara Farhan & Idayu AF tu. Lagi erm? cukuplah tu Haha.
Kalau Mama pulak dia suka Cliff Richard, Jamal Abdillah, P.Ramlee, Saloma, Elvis dan Siti Nurhaliza.
Ara suka siapa? Lerr tak tau2 lg ke? Ahaha. Tadtadabaaaa! Saya sukaaaaaa Saiful Ridzuan & Hael Husaini. ^_^ Korang kalau dgr dorang nyanyi live sure meremang fur2 korang! Haha. I mean bulu roma! xD Mereka berbakat dalam pelbagai bidang dan itulah anugerah Tuhan kepada mereka. They are so LUCKY! ^_^ Dalam satu masa mereka boleh jadi Model, Photographer, Singer, dan macam-macam lagilah. Andai saja Ara mempunyai bakat seperti mereka *batting eyelashes! Haha* Kepada Ridz & Hael, Ara doakan you guys berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi. Amin... Sekian terima kasih. =)

To: Saiful Ridzuan =)

Ridz! Jaga diri bebaik taw... I akan sentiasa mendoakan kebahagiaan, kejayaan dan keselamatan you walau dimana jua you berada... Amin =)

Matahariku - Agnes Monica

Tertutup Sudah Pintu, Pintu Hatiku
Yang Pernah Dibuka Waktu Hanya Untukmu
Kini Kau Pergi Dari Hidupku
Kuharus Relakanmu Walau Aku Tak Mau

Berjuta Warna Pelangi Di Dalam Hati
Sejenak Luluh Bergeming Menjauh Pergi
Tak Ada Lagi Cahaya Suci
Semua Nada Beranjak Aku Terdiam Sepi

Dengarlah Matahariku, Suara Tangisanku
Kubersedih Karna Panah Cinta Menusuk Jantungku
Ucapkan Matahariku Puisi Tentang Hidupku
Tentangku Yang Tak Mampu Menaklukkan Waktu

p/s: I like this song! Ekeke. ^_^

Thursday, June 26, 2008

Keindahannya mampu menenangkan aku...



Location? Ehem! Exactly berada berhadapan eh no, sblh kanan class Ara but oh if you berdiri di kaki lima anda akan berhadapan dengannya lah! Argh, I know! Just like Kamala's Twinny! Ahaha! xD Haiyah ia mmg cantik woh! =P This pokok sentiasa menenangkan jiwa-jiwa yang menatapnya. Tak percaya? come2 to S.M.K.T.K.U. =)
I know i know! I haven't update my blog buat beberapa hari. Alah baru berapa hari, no one cares pun lah. Haha. My blog is like the most boring blog in the world! LOL. xD
Myspace? I wanted to delete it but unfortunately i forgot my old email punya password so i tataw what to do lalu mengambil keputusan untuk men-delete semua gmbr and kosongkan friend list but aiskk agak peliklah... Why they guna gmbr Bobo as dis. pic myspace tu? I think, i want to change that dis. pic to erm... Mrs. Goliiiilaaaaa? What do u think? Cute huh? Haha. Tunggu dan lihat but hai hem so leji ah tu cheing ik! Ahaha. (i am so lazy to change it). Busy u know? Ahaha! Busy la sgt! Gagaga! Biarkanlah ia tidak berpenghuni. Sorry to those who kena delete... Don't worry, Ara is still around the selekoh! Haha ^_^ Just call my name and i'll be there~ Cough2* Hahahaha! Don't you realize something? I'm getting poyo-er day by day! Wakaka. Actually, I don't want to be poyo but ter lah terrrrrr terpoyo! Haha XD
What else? Oh today Iman balik Gombak because nanti dia nak bercukur. Tadi before dia balik, Mama dukung dia then bila Umi dia nak ambil dia tak mahu. Bila Mama dah kasi Iman pada Kak Su then dalam kereta Iman pandang Mama tanpa kelip dgn muka 10 sen dia tu. Huhu. And bila Ara tengok raut wajah Mama pun dah lain. Dia hampir menangis juga... Aiskkk... Sedih saya melihatnya... And me? saya memberikan flying kiss buat Iman. Hihi. =)
KECUNGCU? Saya tahu apa yang anda fikirkan! *Wth is that?* Haha! It is ESCARGOT. Haaa, Kak Su lah yang ajar kami bahasa Indon dia tu. Huhu. Dulu Ara tengok dalam cerita senario hidang escargot kejadah tu macam eeee-yurkkkk haha! Lepas tu bila saat Ara disuap Kak Rina si kecungcu nihh haha terkaku kejaplahhh lol. Nak telan pun susah. Gravy dia agak creamy... Rasa dia? Bak kata Papa! Rasa siput babi! Ahahaha! Macam aku pernah makan siput babi je sblm ni? LOL! xD Dah ah masa tu escargot dia kurang satu. LOL. Habis katanya. Kang Ara jadi pengimport tetap escargot kang Ahahaha. Rumah saya dah la banyak escargot sejati! Wakaka! xD Ok2, Ara dah kebuntuan idea! Huhu. Chiow! =)

Saturday, June 21, 2008

=.=

Betul kata dia! Yang aku berani sangat kenapa???????????

Ya Allah. Ya Rabbhi. Ya Karimmmmmmm....

Malunyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.........


Maaaaaaa, nak menyorok dalam Batu Belah Batu Bertangkup selama 3 hari 2 malam 6 jam 19 minit 17 saat boleh? Haha! xD Malunyaaaaaaa =.=

Friday, June 20, 2008

Jumaat =)

Tentang ganjaran! Hehe! Terima kasih Cikgu Ekonomi! Ara akan berusaha dengan lebih gigih untuk mendapat A1!!! Haha! Caiyokkk!!!! xD Pembakar semangat sungguh! Hari ni Abang datang bawa tunang dia yang bernama Kak Lin!!! Huhu. Aiskkk She's so nice. Hehe. Sebelum Abang sampai, Mama dengan Kak Rina keluar pergi beli barang dapur... Pastu tunggu lama mereka masih belum pulang, Ara minta diri pada Abang ngan Kak Lin nak tidur kejap... Tiba-tiba Abang minta tolong buatkan air.. Lepas siap.. Ara pun naiklah atas... Lagi 3 anak tangga nak sampai atas, Ara terdengar jeritan seseorang! "Ara! Ara..." Abang memanggil daku! "Yerr, Abang..? Kenapakah?" "Ara masak cekodok boleh tak? Dah lama Abang tak makan cekodok yang Ara buat. Kalau tunggu Mama balik, mesti kita dah kenyang karang!" Kak Lin menyampuk "Isk, banyak songeh betul dia ni" Pastu Abang gelak! Abang memulakan mukadimah membodek dia "Ara buat cekodok tak keras sangat, tak lembut sangat, sedap~" Pastu Abang senyum2 UNTA! Haha! Fyi, Abang gwe tu, kalau nak sesuatu, mulalah dia keluarkan mukadimah membodek dia, semua yang Ara dgn Nana buat dan2 je jd sedap! Haha! Ara pun ckplah "Tak pelah kak, lagipun dah lama Abang tak datang sini, sekali sekala pe salahnya..." Ara pun bancuhlah cikodok tu, ramuan yang digunakan hanyalah tepung gandum, bawang besar, masukkan sedikit butter, garam secukup rasa, air pastu Abang nak letak udang kering. Bohhhh je lah! Haha. Saya asingkan saya punya sedikit bekohh Ara tak boleh makan udang kering! Huhu. Allergictozzzz! Ekeke! xD Tiap kali Ara buat cikodok pasti Ara teringat kat kawan gwe yang suka makan cikodok bawang tuh! Ahaha! xD Lepas makan, Ara pun naiklah atas. Tidur2 hayam, setelah sejam lebih kemudian, pintu bilikku diketuk! "Kakkk Araaaa, Kak Nana, Ibukkk panggil turun... makan.." Ara pelik gak kenapa Kak Su panggil Ara "Kak"??? Haha! Tak kisahlahhh! Ara panggil dia Kak Su dia panggil Ara, Kak Ara~ WTD? Ahaha. Biorkan je lah. Lepas siap makan, Ara bawa Baby Iman jalan2 kat luar... Memang kebiasaannya, waktu petang dia akan dibawa bersiar2. Badan dia semakin Mantap yer! Haha! And tulang dia semakin keras! Pastu dia suka melonjak! Huhu. Tapi Iman memang comel bila dia gelak! Huhu. Agak-agak dah puas Iman melihat keindahan alam, Ara pun bawa dia masuk... Mama ambil dia and gurau senda dgn dia skali. Ara buat kerja Ara pulak.. sekarang tengah menaip ni. Huhu. Ohh esok kena pergi sekolah Convent. Toink2! Sekolah siapaaa lah tu? Haha! Ada pertandingan untuk pelajar-pelajar Puteri Islam! Lawan Marhaban, Melukis poster, Dikir Barat, Sulaman, and banyak lagilah. Ara tak join apa2, saja menyibuk nak pergi! Haha! Thanks to Amanina! Sebab dia, gwe boleh pergi and support kawan2 gwe! Haha! Tapi nanti Ara ada tugas sikit Amanina kata, tolong Ustazah buat apatah... Aishhh small matter! Huhu! Janji leyh pergi. Kalau tidak, Ara kena pergi hari diskusi! Wawawa. Malas!!! Nak ambik sendiri hari isninlah. Tak payah susahkan Mama! Ekeke! 0.o Ehhh, dah maghriblahh! Ara chiowww dulu! Kupaiii! =)

Ganjaran?

Wush! I'm tired! Nak rehat jap, malam nanti Ara update kayh! Chiow! =)

Wednesday, June 18, 2008

BBB!


BBB = Budak Baru Belajar xD


Tadi Ara belajar bagaimana hendak menukar colour rumput daripada Saiful Ridzuan kerana dia pernah meng-edit gambar saya pada suatu ketika dahulu dan colour rumput itu memang cantiklah. Huhu. Nak tengok? Jup, Ara uplokkk *upload*! Tittt tittt tittttt Zzzzzzzz...


Tadtadaabaaaaaaaaa!!!


Lokasi : Padang dibelakang rumah.





Ini adalah hasil terawal apabila Ara menggunakan brush tool. Hahaha xD Tiba-tiba Ara teringat Ridz kata, opacity jangan high sangat. Ara pun carilah celah beda mana opacity tu, pastu nampaklah kelibat ia~ Haha. Lalu menukarnya kepada 10% sahaja daripada 100%. Huhu. Kemudian dari colour hitam Ara tukar warna hijau. Mari kita lihat perbezaannya.

Before


- Najah - A'an - Ara -

After


Ini ialah hasil gabungan antara brush tool dengan curves. Tapi rumputku kurang menawanlah warnanya. Haha. Ara perlu belajar dengan lebih gigih lagi. Ekeke. Cacacacacaiiyokkkk! Huhu.

p/s: Thanks Ridz. Jadi mentor PS I boleh? haha! xD

Tuesday, June 17, 2008

Donut!

Makanan kegemaran ku di sekolah ialah donut! Hehe. Petang semalam Ara pergi sekolah, lepas tu masuk kantin tanya kakak tu "Kakak, donut siap pukul berapakah?" Ekeke. Dia cakap 2.30. Wah, Ara pun tunggulah sampai donut tu siap sebab pagi tak dapat makan. Haha. Ara ada snap beberapa gambar masa proses membuat donut tersebut. Cuma proses ia dibancuh dan diuli je tak sempat nak snap sebab saya terlepas proses itu. Huhu.



Selepas ia siap di uli. Biarkan ia kembang dahulu baru goreng.

Lubang ditgh tu, kakak tu guna jari je. Ibu jari dgn jari hantu. Tapi ada STYLELAHHH! Ekekeke. Dia guna minyak biasa sahaja.


Proses menggula. Makan tengah panas memang lazat! Yummyyyy! ^_^



Ara temu ramah kakak tu tentang bahan-bahan yang dia gunakan. Jom Ara share dengan korang. Sangat mudah untuk dibuat. Antara bahannya ialah tepung gandum, yeast, garam, susu manis, dan air. Untuk menyedapkan dia, terpulang kepada anda sama ada mahu salut donut itu dengan gula atau cokelat atau apa-apa sahajalah yang boleh menyedapkan ia. =)

17/06/2008

Edited By Saiful Ridzuan. Thank You. =)
Hari ini Ara tahu kedudukan Ara dalam kelas untuk peperiksaan pertengahan tahun. Ara dapat nombor 2. Alhamdulillah. =) Ara dapat 3A. Yang lain belum dapat dikenal pasti cuma lagi satu yang pasti, Maths ku gagal. Haisk! Caiyokkkk Ara!!! Nombor 1 seperti biasalah, Pakcik Amirul tu. Hehe. Daripada tahun lepas Ara cuba nak kalahkan dia tapi sampai sekarang tak berjaya. Huhu. Sejak Pertengahan tahun Form 4 sampai sekarang masih berada ditempat kedua namun Ara bersyukur kerana jika dibandingkan dengan beberapa kawan Ara, dorang tak akan dapat sijil untuk pertengahan tahun sebab gagal BM. Kawan-kawanku, ayuhlah berusaha bersamaku. ^_^ Erm, makin lama Ara makin takut sekolah kat sekolahku itu. Tadi ada pergaduhan berlaku. MasyaAllah, berlaku di hadapan mataku dan Amanina! Dalam dewan. Fuhh Gila seram. Guna kerusi semua! Adoi. Sampai darah-darah. Nak pindah sekolah pun macam tak bermakna je? Huhu. Tinggal lagi beberapa bulan je nak SPM. Ya Allah, lindungilah kami semua yang tidak ada kena mengena dengan mereka. Semoga kejadian itu tidak berulang lagi. Amin. Hari sabtu ni ada Hari Diskusi kot? Hehe. Apalah agaknya yang bakal cikgu katakan tentang Farah Wahida?! Huuu! Ciguuuuuuu.... I'm a good girl! Ekeke. xD Dan dan je. Huhu. Esok kena kutip Peka Sains daripada kawan2 and hantar kat cikgu, tanda kedatangan pelajar, jumpa guru kelas bagi kedatangan, jumpa Ustazah, Ohhh mana pulak pergi buku kawalan? Ya Ampun! Sejak Puan Sanam bersara, buku tu macam dah tak penting je? Tapi Ara harus cari buku itu sebelum mana-mana cikgu tanya. Aiyooo kari masala... Lagi apa ek? Ermm tu je kot? Sekian terima kasih. =)

=)

Nothing interesting to share today... So, Ara tidur dulu ek?! Nite2... ^_^

p/s: Esok Ara post gambar yang telah diedit oleh SR. Hehe. Thanks again Bestie! =) Btw, lagu Siti yang kat blog Ara ni, Ara suka dengar dia berceloteh diakhirnya nanti. Huhu, Comel! Ngee Wokeyyy, Chaw Chin Chiow! xD

Monday, June 16, 2008

Best!

Hello dear readers, *ceyh, mcm ramai je yg baca blog aku?! haha xD* Hari ini agak bestlah. Huhu. Anak-anak fruitku datang rumah and Ara habiskan masa dengan mereka dipadang belakang rumahku untuk Photoshoot!!! Ahahaha! Macam-macam peristiwa yang berlaku! Huu... Paling dasyat! Lengan tangan A'an kena jilat dengan hanjing cantik tapi bak kata A'an "sayangnya... dia bodoh" Haha. Adoiii, tak pasal-pasal kena samak. Mula-mula dia tengah main dengan tuan dia, lari-lari, tangkap botol la apalah, tiba-tiba dia berlari ke arah Najah, pastu die pusing terus pergi kat A'an, fuhh Ara tak boleh bayangkan perasaan A'an. Saya dimana semasa kejadian itu? 0.O Syukur alhamdulillah, saya selamat kerana saya berada di atas pokok! Wahaha. Masa tu tengah tangkap gambar la pun. Rugi tak dapat tangkap gambar masa hanjing tu tgh menggila kat A'an, Hp ku pada Najah, dia pulak dah terkaku kat bawah. Aiskkk. Dramatis sungguh... Photographer kita orang pulak gedepekkk tergolek jatuh daripada dahan pokok sebab kedudukan dia tidak stabil. Dahan ke batang? Ranting sangat mustahil! Ahaha. Syukur dia selamat dan tidak cedera. Saya pun terjatuh daripada pokok jugak tadi! Haha. Akibat kedudukan yang tidak stabil juga. Mari lihat gambar kami yang belum ber-edit. Ara show 2 pictures je la eh. Haha. Yang lain tu Ara post lepas edit, Insya-Allah... Anak fruit yang bernama Habil yang sudi meng-edit gambar kami. Ekeke. Habil ialah abang kepada mereka berdua. Dia masih belajar dalam bidang arkitek. Tua pada saya tapi kena panggil saya MAKSU! Haha. Tapi dia tak panggil Ara, maksu pun Haha. Semua anak fruit Ara yang tua pd Ara tak panggil Ara maksu, panggil nama sahaja. Tidak apalah, janji mereka memang saudara-mara yang cool! ^_^

A'an (14 y.o) & Najah (15 y.o).

Wifey Tarzan (BitterSWEET 17)! Ahahaha xD Dush2!

Wife Tarzan seksa wooo, baju dia tutup titzzz dan tutzzz je! Haha. Tak kisahlah, janji dia bahagia. Tiba-tiba Ara rasa mengantuk! Haha. Esok sekolah... Wargh!!! Aku pengen bobo (tidur). Hurm, bobo? Aku kangen banget ama Bobo... =.=

I Love You Too!!! *_^




Thanks dear. Ia sangat sangat sweet! Ekeke. && Ara sangat menghargainya~ Huhu. Tulisan u tak buruklah!!! Gila comel macam empunya tulisan! Hihi. xD Thanks again bestie! Muahxxx! =)

Sunday, June 15, 2008

BMMBLHMOGHMPGMSTGOT xD

AMARAN, kisah ini bosan untuk dibaca! Haha xD Tidak perlu baca jika anda tidak mahu menguap! lol.

Apa punya title la tu?! Ekeke. Tiada apa-apa yang menarik tentang hari ini, sama seperti hari-hari biasa, cuma hari ini Ara ikut Mama Papa pergi jual barang-barang yang boleh dikitar semula. Saya menonton rancangan Gene Simmons Family Jewels Marathon. Si Gene tu dulu penyanyi rock daripada kumpulan KISS yang gila tahap cipan conteng2 muka haha tapi sekarang dia mempunyai keluarga yang harmoni dan best? Huhu. Seronok je tgk anak dia si Sophie tu photoshoot kat Paris! Ekeke! Gambar-gambarnya indah walaupun simple! Umur dia masa tu 14 tahun tapi rupa dia sangatlah matang dan cantik. Huhu. Isteri dia agak sporting kot? Haha. Kenapa saya berkata begitu? Kerana suaminya sering dikerumuni oleh peminat perempuan yang gila hokk (hot) tapi isteri dia relax je?! LOL. Oh dahulu kala, isteri dia seorang model. Shannon kot nama dia~ Haha. Lupa pulok! xD And mengikut kata Papa, Gene tidak pernah bercerai dengan isterinya dari dulu sampailah sekarang. Mengikut kata Papalah. Saya tidak tahu apa-apa namun baguslah kalau begitu! Huhu. Tak kisahlah... Then kita orang pergi makan sate, balik rumah tengok movie yang telah memberi saya sedikit motivasi tentang kehidupan. Kemudian Ara mandi dan online. Sekarang saya dah menguap dan katil sudah memanggil~ Haha Nite2! =)

p/s: Oh Ara nak tukar lagu tapi tak tahu lagu apa yang sesuai dengan rasa yang Ara rasa saat ini. Huhu. Tadi dah cari tapi masih belum ditemui. Nanti-nantilah ek. Ngee. Papai. ^_^
To Ridz & Abang Hael, Semoga segalanya berjalan dengan lancar. Amin... =)

Friday, June 13, 2008

Semalam, Hari ini dan Esok...

Semalam ada hari kerjaya kat sekolah, adalah kakak2 abang2 pakcik2 makcik2 bertandang di kantin sekolah kami buat pameran untuk beberapa College & University yang ada di Malaysia ni. Ara tertarik dengan The One Academy & Reliance College. The One Academy menawarkan course seperti Multimedia design, Digital Animation (With game development), Illustration (with comics), Interior Design & Advertising Design. Mari kita lihat hasil karya pelajar mereka.


Multimedia Design

(Interactive design) -Leong Ka Hing, Miretti Liyunzira, Low Mei Fong





Digital Animation
(Concept Art) - Lee Chin Horng


Illustration (with comics)

(Digital Painting) - Pan Jia Ling

Interior Design

(Residental Design) - Nesia

Art & Design

Tan Tsuey Fong

Advertising Design

(Advertising Campaign) - Belle Teoh Hooi Sim

Hasil karya mereka memang menarik. Masa kat sekolah tu, artwork pelajar-pelajar mereka buat Ara terpegun. Huhu. Cantik dan sangat unik. Semua course Ara suka kecuali advertising design. Huhu. Sukalah juga tapi dalam 36% macam tu je lah. Ekeke. Kalau ada sesiapa yang nak tengok karya pelajar mereka yang lain bolehlah melayari laman web ini. http://www.toa.edu.my/ Wah, tolong promote! Ahaha. Sekarang kita lihat kepada apa yang ada di Reliance College. Ia menyediakan double diploma untuk Hotel Management & Travel Management.

Hotel Management

  • Hotel Management
  • Food Production
  • Food Nutrition, Safety, Hygiene
  • Food & Beverage Service
  • Front Office Procedure
  • House Keeping Management
  • Front Office Management

Travel Management

  • Tourism
  • Airline Ticketing
  • Travel Agency Management
  • Travel Information System
  • Tourism Destination Planning & Development
  • Tour Planning & Management

Hmm, Hotel Management agak menarik kot sebab Ara suka part belajar memasak tu huhu tetapi travel tu macam errr? Entahlah. Haha. Mengikut naluri hati saya, cewah! Haha. Ara lebih meminati sesuatu yang berkenaan dengan ART. Yang berkenaan dengan design men-design tu kan tetapi untuk memilih course yang sebenarnya, itulah masalah saya. Haha. Semua best. Aiskkk yang mana satu, idaman kalbu... haha. xD Tunggu keputusan SPM dululah baru pikir pasal ni! Huhu. Sekarang Ara hanya mampu berangan je yer! Ahaha. Namun hati gwe semakin berdegup kencang pabila SPM semakin hampir.

Hari ini pula saya telah melakukan banyak kerja di sekolah. Ketua Kelas tak datang pulok jadi sebagai Penolong Ketua Kelas, Ara terpaksa handle kerja dia walaupun kerja saya sendiri sudah bertimbun. Aiyaaaa. Fenat woo naik turun tangga cari 9 cikgu yang mengajar kelas kami untuk mendptkan markah ujian setara 1, 2 dan pertengahan tahun. Syukurlah beberapa cikgu sudah pun memasukkan markah kami ke dalam computer, kalau tidak lagi bertimbun kerja saya nak menyalin markah2 untuk 37 orang pelajar setiap subject. Fuh2! Free2 je akuh bersenam hari ni. Haha. Tawaf satu sekolah terus. Dan kerana mencari cikgu, saya ter-skip kelas ekonomi. Nasib baik tak belajar kerana cikgu hanya memberi mereka jawapan untuk soalan paper Ekonomi. Tapi Ara suka dengan tugas ini kerana sedikit sebanyak ia mengajar Ara menjadi pemimpin. Ewahhh! Ahaha. Dan sekarang ni, sekarang!!! Ara tengah menaip ni, tetiba terasa lapar la pulak. Hahaha. Oh paper BI belum dapat. Haisk. Setakat ni semua subjek lulus tatapi maths gagal. Haha. I will do better next time! Caiyok!!!! Huhu. Tapi maths mmg cannot go ahhh, so cannot do anything. Ahahaha. Kalau markah maths gwe cukup makan pun gwe dah bersyukur. Ekeke. Janji lulus. Amin. Tidak mengapalah Ara, usaha tangga kejayaan! Fuhhhh2!

Esok saya harus ke sekolah. Ada perjumpaan untuk Puteri Islam. Bilalah saya boleh berehat ni? Huhu. Kokurikulum pun ada markah jadi kalau tak nak gagal, saya harus pergi juga. Nasib badan... Cepatlah habis sekolah. Boleh merdeka kejup... Huhu. Kejup je.. Kang kena sambung belajar balik insya-Allah kalau panjang umur. Inilah lumrah hidup kalau nak berjaya di masa hadapan. Wahai Farah Wahida, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Amin.

Sekian, terima kasih. =)

Thursday, June 12, 2008

Selamat Hari Jadi Saiful Ridzuan!

Sudah dua hari, hari jadi SR berlalu, Ara lambat update! Huhu. Sorry... Terbusy sikitlah dan agak kepenatan. Pada hari tersebut, kami telah ke KLCC, Ampang Point, Studio LJ, balik semula ke KLCC dan lokasi terakhir ialah di KL Sentral. Aktiviti yang telah kami lakukan ialah makan makan dan makan! Haha! Yummy~ *Saya rindukan waffle ice cream bersalut kuah strawberry haha! Kuah? LOL* Selain itu, kami jalan-jalan, tangkap gambar, dan karaoke. Aiskkk, tak puasnya bernyanyi walaupun suara ku sudah hampir nak bisu wakaka. Tu pun baru 3 ke 4 lagu. Haha. Belum 10 lagi~ Haaa! Suara Ridz & Hael sangat AMAZING. Meremang bulu roma serta cucu cicit bulu roma gwe mendgr nyanyian mereka~ Haha. Sangat sedap... Ara suka Ridz nyanyi lagu Suatu Masa, Hael pula lagu Awan Yang Terpilu! Ahahahaha. Apa yang telah terjadi? Biarlah menjadi rahsia kami! Haha. xD Tapi semua lagu yang dorang nyanyi semua pun sedaplah! Hehe. Lagi-lagi bila mereka berduet~ Hati yang guncah guncana boleh jadi tenang~ Ekeke! *Gundah Gulana* =)


SR & FW

.Saiful Ridzuan ~ Farah Wahida ~ Hael Husaini.

Lokasi : KLCC



Saya telah mendapat hadiah daripada titttttttt, sila lihat tulisan pada kotak di bawah.

Hadiahnya agak sukar untuk dibuka, salotape-nya sangat banyak! Haha. xD Namun saya berjaya membukanya dengan cermat dan selamat tanpa sebarang kekoyakan. Dan isinya ialahhh changgggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggg!!!




Chack! Hehe! =)


Thank you guys. I like it. Simple tp sgt sweet. Ekeke. =) Dan ini sekeping gambar daripada saya ketika memakainya. Hehe..


Oklahhh kawan2, Ara pun tidak tahulah mahu kata apa! Hehe. Mama ajak keluar ni, next time ara sambung ek. Kupaiiii guys! ^_^

Sunday, June 8, 2008

Caiyokkk!!!

Ia bagaikan cabaran terbesar yang pernah bertandang dalam hidup Farah Wahida dan Ara harus menghadapinya buat kali pertama dan yang terakhir. Ara tahu Ara boleh!!! Kali ini Ara akan tetapkan pendirian Ara agar ia tidak lagi goyah. Walaupun sukar, akan ku paksa juga diriku sebelum segalanya terlambat. Caiyokkk Ara demi masa depanmu. Ia mungkin sukar tetapi ingatlah bahawasanya usaha tangga kejayaan!!! Semoga hati ku tabah dan kuat menghadapinya. Amin... Ara akan pegang kata-kata nasihat daripada kawan-kawan agar Ara tidak mudah putus asa dan boleh menghadapinya dengan tenang... =)

p/s: Bukan hidup namanya jika tiada dugaan dan cabaran...

Saturday, June 7, 2008

Suatu hari di Shah Alam...

Hari ini, kami dijemput ke Birthday Party Zahira Aisyah yang ke-6. Dia satu-satunya anak perempuan Zainal Abidin Hassan (Coach Bola Sepak Negeri Pahang) dan Zalina. Zalina ialah cousin Ara sebelah Mama. Zalina merupakan anak kepada kakak Mama yang bernama Naimah (Mak De). Sila lihat gambar-gambar di bawah. Terdapat beberapa gambar yang kabur mabur. Harap maaf! Huhu.


Dari kiri, Zaiza(Jeja), Abang Zainal, Kak Lina, Zaifiq(Afiq), Zairi(Yeyi) & Zahira Aisyah(Baby).
*Ada lagi sorang anak fruit saya yg bernama Zaihim. Dia pergi ke Summer Splash!!! Kenapa ramai yang pergi sana huh? Best sgt ke? lol Kawan sekolah saya telah mengajak saya pergi ke sana tetapi saya tidak mahu kerana saya tahu ramai budak myspace di sana. Huhu. And fyi, saya lebih sukakan tempat yang tenang & indah berbanding tempat yang penuh sesak dan bising.*

Semasa lagu Happy Birthday dinyanyikan.


Yang sedang memukul "benda" bergantung tu ialah Arisya my cute cousin! Sumpah dia comel lagi cantik! Haha.

Masa ni budak-budak sedang melalui proses nak pecahkan benda bergantung tu! Ara lupa nama benda tu! Wakaka. Tak penting untuk diingati pun. Haha. Dalam tu ada harta karun bagi budak-budak! Harta karun itu ialah changggggggggggggggggggg



gula-gula~ Ahaha.



Inilah yang terjadi setelah "benda" bergantung itu jatuh dan pecah. Mereka menerkam lokasi kejadian seakan-akan gula-gula itu boleh menjadikan mereka jutawan! Hahaha. xD

Girl yang cute ni nama dia Leilani. Mak dan ayahnya berdarah kacukan. Atuk dia abang Mama. Wahid namanya. Telah berkahwin dengan orang Cina. Maknya pula berdarah melayu + orang putih. Jadi darah Leilani Melayu + Cina + Orang Putih. Lani memang comel dan dia akan dapat adik. Mak dia mengandung 6 bulan. Alhamdulillah. Kenapa dengan mata Sabrina? Seram gwe! Haha. Macam Dracula otw nak baham Lani! Haha. Sabrina anak fruit saya. Dia best. Gila sporting, she can sing, suara dia mmg sedap dan dia seorang yang photogenic sebenarnya.


Shakira & Sabrina. =) *gambar di atas & di bawah ini.*


Kak Wan (Gf Yeyi), Tasia(Anak fruitku yg sebaya dgnku) and adik comel tu tak silap Ara nama dia Nani. Dia kawan Baby.

Abang Boy (Ayah Leilani), Kak Melissa (Mak Leilani), Sabrina, Mak Ija(Adik Mama).


Baby Aira!

Saya suka dia. *Baby mana yang aku tak suka? Haha* Nama pun ala-ala kampung dgn Ara~ Aira..Ara..Ara..Aira.. Haha. Rambut dia sangat lebat!!! Huhu. Jealous saya! Tak bley lupa pada ayat Tasia sewaktu mendukung baby Aira. "Ni rambut ke belukar?" Haha. Cam siot an? Iskk!!! Tasia!!! Gwe tau hang sebenonyer cemburu dengan kelebatan rambutnya. Haha. xD


Ini pula hadiah yang Ara & Nana terima sewaktu join budak-budak tu main game. Ara punya warna merah! Haha.

Ok tamatlah kisah di Shah Alam. Sekarang mari kita lihat gambar Azhar Sulaiman (Aichik Har a.k.a adik Mama) & Anak Kembar dia. Anak-anak dia semuanya comel-comel belaka. Cuma anak pertama dia yang bernama Kasih itu sukar untuk bergambar.


Aichik Har & Leona.
(Gambar tak clear! Huhu)
Gambar ini di snap oleh Mak Ti. Leona & Rees rapat dengan Mak Ti. Saya ada pamerkan gambar Mak Ti sewaktu rambutnya digunting oleh Mama semasa di Kuantan.

Rees & Leona.

Si Kembar yang sangat comel.


Leona!

*Masa ni dia ada persembahan untuk sekolah dia.*

Ini baru sebilangan daripada ahli keluarga saya. Keluarga saya sangat besar. Mama ada 14 adik-beradik, Papa ada 10 adik-beradik. Itu baru jumlah makcik dan pakcik saya. Belum ditambah dengan anak-anak mereka yang merupakan cousin saya dan anak-anak kepada cousin saya yang sudah berkahwin juga dan makcik dan pakcik Papa Mama pula, nenek atuk cucu cicit wahhh memang ramai. Huhu. Sehingga bertemu di lain hari. xD





Shah Alam?

Today we will be going to Subang Alam, Shah Alam. Pergi Birthday Party Cucu KESAYANGAN Papa. Nama dia, Zahira Aisyah. Warghhh, saya pun sudah sekian lama tidak bertemu dengan anak-anak fruit saya yang ramai itu! Huhu. Kupaiiii guys! =)

Friday, June 6, 2008

Klang - Bangi.

Hari ini saya bangun awal kerana Mama meminta kami menemani dia ke Bangi untuk berjumpa dengan cousin dia setelah 40 tahun tidak bersua bak kata mereka. Sepatutnya smlm/hari ini ialah pertemuan ku dengan Eira, Mya, & Paksu (Fizah juga tp dia tak dpt dtg ke sini) tetapi terpaksa dibatalkan sebab Mama tak dapat hantar kami. *Papa tak akan benarkan kami kemana-mana jika tidak dihantar oleh Mama atau sesiapa yang dipercayainya*. Akhirnya, kami pula yang terpaksa menemani dia. Ekeke. Kami pergi ke sana dengan menaiki KTM dari Klang. Pelbagai peristiwa yang berlaku semasa perjalanan pergi dan pulang. Mari ikuti pengembaraan Farah Wahida. Haha. xD




Di Stesen KTM Klang, Mama membeli 3 keping tiket ke Bangi. Tak silap saya berharga RM17.70. Bila masuk train, Ara tengok kat peta perjalanan KTM tu ada UKM pastu baru BANGI, lalu terciptalah perbualan antara Ara dengan Mama.

Ara : Ma, semalam Ridz kata berhenti dekat UKM Bangi, tapi kenapa kat situ tulis UKM dulu pastu baru sampai Bangi? *ke-blur-an melanda* xD

Mama : Entah? Manalah Mama tahu... Cuba Mama tanya Hael ye?

Ara : Tanyalah...

Akhirnya Mama mendpt maklumat yang membantu persoalan kami. Terima kasih tummy tree! Ahahaha. Eh mukan2! Terima kasih Abang Hael! Bantuan anda amat kami hargai. Hehe. ^_^ Rupanya berhenti kat UKM je, semangat beli tiket sampai ke Bangi~ Wahaha. Tak kisahlah. Nama pun FIRST TIME! Apa dia murid2??? Mari ikut Cikgu Ara... "Belajarrrr daripada kesilaaaa kesilaaaapannnn..." Pandai anak makkkk!!! =) Ahaha gilakkk dr cikgu tetibe jadi mak. lol. Oh patah balik cerita kita semasa kami menunggu train itu. Ada sorang makhluk Tuhan ni, Ara tengok lambut dia panjang ala2 lambut pelempuan, u know pelempuan??? Yesss... pelempuannn~ haha (pelempang nak???!!! Ahaha) tapi badan dia tidak la pulok macam pelempuan tapi tengok balik lambut dia panjang dan be-lebonding lagi~ (ber-rebonding) Hahaha. Nak tengok muka tak nampak la pulok. Tak lama lepas tu keluar suara jantan dia~ Terkejut saya!!! Hahaha. Tak caya? Tengok gambar ni. Saya telah menjadi Mamarazzi tak bertauliah! xD Jeng jeng jenggggggg haha... Changgggggggggggggggggg....






Chackkkkk!!! Ekeke! xD




Rambut saya pun tidak begitu! Hahaha! Mari murid2, sekali lagi ikut Cikgu Ara...
"Gunaaaaaaaa jariii punnn bolehhhhhhh" Ahahaha. xD
Cukuplah dengan kisah cina ni. Haha. Setelah sejam lebih dalam train, akhirnya kami pun tiba di UKM. Kami menantikan kedatangan Wan Teh dan Wan De untuk menjemput kami. 10 minit kemudian mereka pun tiba dan membawa kami ke rumah mereka. Kat seksyen 3, ia rumah Wan Teh. Rumah Wan De pula kat Bukit Mertajam.




Sampai sana, sesi berkenalan dengan ahli keluarganya. Wan De ada anak kembar yang seiras wajahnya tetapi mereka sudah dewasa dan sudah mempunyai anak pun. Baby Anisah comel... Ngee! Ekeke! Ara pantang nampak Baby. Huhu. Mama berbual dengan mereka. Paling best masa berjumpa dengan Onyang. Ingatan dia dah kurenggg sikitlahh. Tapi dia sangat baik dan kelakar. I like her... Kulit dia sangatlah putih! Hehe. Masa kita orang borak dengan dia, sekejap dia ingat, sekejap dia lupa. Paling tak tahan bila dia kata dulu Nana selalu datang rumah dia and mengintai kat tingkap! Hahahahaha! Masa tu Mama pun kecik lagi macam mana Nana dah ada di zaman itu? Wakakaka. Lepas tu kalau puji dia, mesti dia shy2 miow~ So cute! Ekeke. Oh Masa Mama kenalkan kita orang kat Onyangkan, Mama katalah, "Inilah anak kembar Yah yang tak seiras tu... Farah dengan Nana" Wan De pun menyampuk. "Lainkan rupa dorang..." Jup lagi Onyang berkata-kata "Tak adalah lain, sama je... tapiiiiiiiiii" Mama nyampuk "Haaa ada jugak tapi tu" Haha. Pastu Onyang sambung.. "tapiiiiii satu putih satu hitam" Wakakaka. =.= Fyi, yang putih itu Nana, yang hitam itu saya! Ahaha! xD Pastu biasaa la kan, kalau orang tua yang sudah sampai satu tahap dorang menjadi seakan baby semula mesti dorang dipakaikan pampers an. Mama nampak pampers tu pastu Mama cakap. "Tu mesti pampers Onyang!" Pastu Onyang nyampuk "ha`ah! Banyak... Tak habis2!" Terkekek kita orang gelak. Jap lagi Wan De panggil Mama keluar... Mama dengan Nana pun salamla Onyang dan keluar dari bilik. Tiba time Ara salam dia... Tetiba dia tanya Ara lagi, "Wan awak siapa?". Padahal dah panjang lebar Mama jelaskan. Haha. Ara pun duduklah balik, tak jadi nak keluar. Ara cakaplah, "Wan Ara dah meninggal" *Ara jwb lain sebab Ara tak tahu dia panggil Wan Ara apa, kang lain pulok ceritanya. huhu =.= * Pastu dia kata "Wan meninggal, Atuk meninggal, adik beradik meninggal..." dan dia terus bercerita kisah silam dia... Ara pun dengarlah luahan hati dia... Tetiba changggg!!! Keluar kat tv3 video clip Mariah Carey yang bertajuk Touch My Body. Terus Onyang berhenti bercakap kejup... sambil menatap kaca televisyen dia berkata, "Tengok tu!!! Tak taw malu!" Terkekek Ara gelak. Pastu dia kasi Ara nasihat. "Hokme dah besar2 ni jaga diri, Jangan tinggal solat, Ingat Allah selalu..." lalu Ara menjawab... "InsyaAllah Nyang..." Pastu cerita Marina start, dia sambung tengok tv... Ara pun minta diri kata nak pergi luar... dia kata "Haaa pergilah..." Keluar2 je, pappp kena sergah dengan dorangg "Dah habis meeting?" Haha sabo je lahhh. Sekurang-kurangnya, daripada meeting yang mereka kata itu, Ara telah mendpt nasihat yang sgt membimbing daripada Onyang. Terima kasih Onyang... Hehe. *macamlah Onyang baca blog ni! Haha*

Ohhh ni ada beberapa gambar halaman rumah Wan Teh yang telah memikat hati saya. Huhu. Kalau Ara ada taman yg luas macam tu, Ara akan buat swimming pool! Hahaha! Kolam ikan pula boleh dibina disudut2 tertentu! Haha. Lihatlah gambar di bawah.



Cantik kan? Hehe. Pukul 6 lebih kami pun bertolak pulang. Ni part yang menarik! Haha. Masa dalam lrt, gila sesak padat mampat hangit dan melemaskan! Haha. Kita orang berdiri kat tiang yang tengah2 tu. Lepas tu adalah group India ni masuk... Drg berada berhampiran dengan kami. Sorang Aunty berbangsa India tu pegang kat besi yang tengah2 tu gak.. Tetiba Ara dgr orang gelak2, Ara pun tengoklah. Nana ckp, "eh bukan tangan awak ke Ara?" Rupanya Nana pergi buat geli2 kat tangan Aunty India tu. Dia kata dia ingat tu tangan Ara. Hahaha. Ngok ngek betul!!! Tangan Aunty tu montel u know? x kan x leyh bezakan kot? Wakakaka! gilakk betul! colour pun lain weyhhh! Haha. Siot nyer kembar!!! Haha. Jup lagi Ara gelakkan je la si Nana. Pastu Nana dah malu gilerrr. Jup lagi Mama cakap sorry kat Aunty tu and jelaskan bahawa Nana tersalah tangan... Aunty tu kata, tapaaa tapaaaa~ Yang Ara masih tergelak. Nana pun! Dia gelak + dilanda malu! Hahaha siannnn... Then bila dah tukar train kat KL Sentral. Dalam tu sekali lagi Ara menjadi Mamarazzi tak bertauliah. Sangat tidak bertauliah! Ahaha. Ada drama romantik killer! Ahaha. Kisahnya macam ni, dalam train ni agak sesak juga, pastu Ara ternampak kejadian seorang lelaki ni asyik merenung seorang girl yang agak cute! Then kejup2 dia senyum2 kambing. Ara ingat mereka saling tidak mengenali... *tu ahh nyibuk lagi! Haha! Tapi live drama itu sgt sweet! Ahaha kerana itulah saya tonton! tonton la sangat! Wakaka xD* Pastu Ara pun ceritalah kat Nana, Nana pun join jadi Mamarazzi tak bertauliah... Haha. Laki tu berdiri, perempuan tu duduk, jarak mereka tak sampai sedepa. Setelah mengkaji keadaan, rupanya dorang tengah sms each other. Then bila drg dpt msg dr pasangannya, tu ah yang tersenyum-senyum kambing tuh! Haha. Bila girl tu pandang laki tuh, nanti laki tu kenyit mata! Ahaha. Sweet gilak! Lalu terpamerlah senyuman diwajah comel gadis itu. Satu train pun nak msg~ Ahaha. Sungguh ku tidak paham kegilaan orang bercinta. Ahaha. Tapi memang sweetlah drama itu~ Ekekeke. =)

Setelah penat berdiri, akhirnya saya mendapat tempat duduk, tmpt itu ialah disebelah girl yg baru sahaja melakonkan drama lomentik itu! Ahahaha! Duduk satu kerusi share dgn nana. LOL. Bila dia keluar, saya duduk di kerusinyalah. Tak lama lepas tu sampailah Klang... Papa jemput, pergi makan dan terus pulang...Wahhh, sekian terima kasih kerana sudi membaca. Hehe. =)

Thursday, June 5, 2008

Saya tidak tahulah nak bohhh title apa. xD

Mula-mula ingin saya menyatakan luahan hati saya. I MISS Baby Elly so much... Huwaaaaaa... =(


Gambar ni Ara snap pada malam sebelum Baby Elly pulang. Sudah lena dalam dakapan Mama...

Stesen Minyak yang terlalu sesak.

Inilah yang terjadi bila minyak nak naik harga! Papa tak isi malam tu, kita orang lalu sahaja. Dia kata, dia dah isi minyak pd petang hari. (sorry, gambar sangat tidak berquality dalam segala aspek). Walau bagaimanapun, Kesian kepada orang yang kurang berkemampuan... Haiskkk...

Cekodok Bawang. =)

Ini pula saya goreng petang tadi akibat kelaparan dan juga di atas permintaan Mama. Ara suruh Nana teka, siapa yang buat cikodok ini, dgn yakinnya dia bilang, "Mama!!!" Lalu saya pun tersenyum. Haha. Pastu dia tanya balik "Ara ke yang buat?" Pastu Mama yang jawabkan. Wargh rasa Cikodok buatan saya sama seperti Mama punya? Syukurinnnn! Haha. Saya mewarisi ilmu memasak Mama. Hikhik. Tapi Mama punya tema memasak cincai2 je katanya. Haha. Namun sentiasa lazat. Masakan ibu la katakan. Hehe. Mama, turunkan ilmu memasak cincai2mu kepadaku... Please..... *batting eyelashes* Ekeke. xD



Ini pula teddy bear yang saya ceritakan tempoh hari. Ditemui oleh saya kerana empunya teddy tercicirkan ia di sofa rumah saya. (Tercicirkan ia? Ayat sangat tak releven! Haha). Abang Ipar Ara nampak teddy ni, dia kata "Teddy bear siapa tu?! Campak dalam sungai, ikan semua timbul!!!" Hahahaha. Serious cannot go. Namun ia mungkin akan terjadi kerana saya rasa teddy ini sudah berbulan tidak dimandikan! Haha. Ia dijadikan bantal busuk barangkali? Tidak apalah, saya tahu ia amat berharga buat empunya teddy. Hehe. =) Sekian.