Di Stesen KTM Klang, Mama membeli 3 keping tiket ke Bangi. Tak silap saya berharga RM17.70. Bila masuk train, Ara tengok kat peta perjalanan KTM tu ada UKM pastu baru BANGI, lalu terciptalah perbualan antara Ara dengan Mama.
Ara : Ma, semalam Ridz kata berhenti dekat UKM Bangi, tapi kenapa kat situ tulis UKM dulu pastu baru sampai Bangi? *ke-blur-an melanda* xD
Mama : Entah? Manalah Mama tahu... Cuba Mama tanya Hael ye?
Ara : Tanyalah...
Akhirnya Mama mendpt maklumat yang membantu persoalan kami. Terima kasih tummy tree! Ahahaha. Eh mukan2! Terima kasih Abang Hael! Bantuan anda amat kami hargai. Hehe. ^_^ Rupanya berhenti kat UKM je, semangat beli tiket sampai ke Bangi~ Wahaha. Tak kisahlah. Nama pun FIRST TIME! Apa dia murid2??? Mari ikut Cikgu Ara... "Belajarrrr daripada kesilaaaa kesilaaaapannnn..." Pandai anak makkkk!!! =) Ahaha gilakkk dr cikgu tetibe jadi mak. lol. Oh patah balik cerita kita semasa kami menunggu train itu. Ada sorang makhluk Tuhan ni, Ara tengok lambut dia panjang ala2 lambut pelempuan, u know pelempuan??? Yesss... pelempuannn~ haha (pelempang nak???!!! Ahaha) tapi badan dia tidak la pulok macam pelempuan tapi tengok balik lambut dia panjang dan be-lebonding lagi~ (ber-rebonding) Hahaha. Nak tengok muka tak nampak la pulok. Tak lama lepas tu keluar suara jantan dia~ Terkejut saya!!! Hahaha. Tak caya? Tengok gambar ni. Saya telah menjadi Mamarazzi tak bertauliah! xD Jeng jeng jenggggggg haha... Changgggggggggggggggggg....
Chackkkkk!!! Ekeke! xD
Rambut saya pun tidak begitu! Hahaha! Mari murid2, sekali lagi ikut Cikgu Ara...
"Gunaaaaaaaa jariii punnn bolehhhhhhh" Ahahaha. xD
Cukuplah dengan kisah cina ni. Haha. Setelah sejam lebih dalam train, akhirnya kami pun tiba di UKM. Kami menantikan kedatangan Wan Teh dan Wan De untuk menjemput kami. 10 minit kemudian mereka pun tiba dan membawa kami ke rumah mereka. Kat seksyen 3, ia rumah Wan Teh. Rumah Wan De pula kat Bukit Mertajam.
Sampai sana, sesi berkenalan dengan ahli keluarganya. Wan De ada anak kembar yang seiras wajahnya tetapi mereka sudah dewasa dan sudah mempunyai anak pun. Baby Anisah comel... Ngee! Ekeke! Ara pantang nampak Baby. Huhu. Mama berbual dengan mereka. Paling best masa berjumpa dengan Onyang. Ingatan dia dah kurenggg sikitlahh. Tapi dia sangat baik dan kelakar. I like her... Kulit dia sangatlah putih! Hehe. Masa kita orang borak dengan dia, sekejap dia ingat, sekejap dia lupa. Paling tak tahan bila dia kata dulu Nana selalu datang rumah dia and mengintai kat tingkap! Hahahahaha! Masa tu Mama pun kecik lagi macam mana Nana dah ada di zaman itu? Wakakaka. Lepas tu kalau puji dia, mesti dia shy2 miow~ So cute! Ekeke. Oh Masa Mama kenalkan kita orang kat Onyangkan, Mama katalah, "Inilah anak kembar Yah yang tak seiras tu... Farah dengan Nana" Wan De pun menyampuk. "Lainkan rupa dorang..." Jup lagi Onyang berkata-kata "Tak adalah lain, sama je... tapiiiiiiiiii" Mama nyampuk "Haaa ada jugak tapi tu" Haha. Pastu Onyang sambung.. "tapiiiiii satu putih satu hitam" Wakakaka. =.= Fyi, yang putih itu Nana, yang hitam itu saya! Ahaha! xD Pastu biasaa la kan, kalau orang tua yang sudah sampai satu tahap dorang menjadi seakan baby semula mesti dorang dipakaikan pampers an. Mama nampak pampers tu pastu Mama cakap. "Tu mesti pampers Onyang!" Pastu Onyang nyampuk "ha`ah! Banyak... Tak habis2!" Terkekek kita orang gelak. Jap lagi Wan De panggil Mama keluar... Mama dengan Nana pun salamla Onyang dan keluar dari bilik. Tiba time Ara salam dia... Tetiba dia tanya Ara lagi, "Wan awak siapa?". Padahal dah panjang lebar Mama jelaskan. Haha. Ara pun duduklah balik, tak jadi nak keluar. Ara cakaplah, "Wan Ara dah meninggal" *Ara jwb lain sebab Ara tak tahu dia panggil Wan Ara apa, kang lain pulok ceritanya. huhu =.= * Pastu dia kata "Wan meninggal, Atuk meninggal, adik beradik meninggal..." dan dia terus bercerita kisah silam dia... Ara pun dengarlah luahan hati dia... Tetiba changggg!!! Keluar kat tv3 video clip Mariah Carey yang bertajuk Touch My Body. Terus Onyang berhenti bercakap kejup... sambil menatap kaca televisyen dia berkata, "Tengok tu!!! Tak taw malu!" Terkekek Ara gelak. Pastu dia kasi Ara nasihat. "Hokme dah besar2 ni jaga diri, Jangan tinggal solat, Ingat Allah selalu..." lalu Ara menjawab... "InsyaAllah Nyang..." Pastu cerita Marina start, dia sambung tengok tv... Ara pun minta diri kata nak pergi luar... dia kata "Haaa pergilah..." Keluar2 je, pappp kena sergah dengan dorangg "Dah habis meeting?" Haha sabo je lahhh. Sekurang-kurangnya, daripada meeting yang mereka kata itu, Ara telah mendpt nasihat yang sgt membimbing daripada Onyang. Terima kasih Onyang... Hehe. *macamlah Onyang baca blog ni! Haha*
Ohhh ni ada beberapa gambar halaman rumah Wan Teh yang telah memikat hati saya. Huhu. Kalau Ara ada taman yg luas macam tu, Ara akan buat swimming pool! Hahaha! Kolam ikan pula boleh dibina disudut2 tertentu! Haha. Lihatlah gambar di bawah.
Cantik kan? Hehe. Pukul 6 lebih kami pun bertolak pulang. Ni part yang menarik! Haha. Masa dalam lrt, gila sesak padat mampat hangit dan melemaskan! Haha. Kita orang berdiri kat tiang yang tengah2 tu. Lepas tu adalah group India ni masuk... Drg berada berhampiran dengan kami. Sorang Aunty berbangsa India tu pegang kat besi yang tengah2 tu gak.. Tetiba Ara dgr orang gelak2, Ara pun tengoklah. Nana ckp, "eh bukan tangan awak ke Ara?" Rupanya Nana pergi buat geli2 kat tangan Aunty India tu. Dia kata dia ingat tu tangan Ara. Hahaha. Ngok ngek betul!!! Tangan Aunty tu montel u know? x kan x leyh bezakan kot? Wakakaka! gilakk betul! colour pun lain weyhhh! Haha. Siot nyer kembar!!! Haha. Jup lagi Ara gelakkan je la si Nana. Pastu Nana dah malu gilerrr. Jup lagi Mama cakap sorry kat Aunty tu and jelaskan bahawa Nana tersalah tangan... Aunty tu kata, tapaaa tapaaaa~ Yang Ara masih tergelak. Nana pun! Dia gelak + dilanda malu! Hahaha siannnn... Then bila dah tukar train kat KL Sentral. Dalam tu sekali lagi Ara menjadi Mamarazzi tak bertauliah. Sangat tidak bertauliah! Ahaha. Ada drama romantik killer! Ahaha. Kisahnya macam ni, dalam train ni agak sesak juga, pastu Ara ternampak kejadian seorang lelaki ni asyik merenung seorang girl yang agak cute! Then kejup2 dia senyum2 kambing. Ara ingat mereka saling tidak mengenali... *tu ahh nyibuk lagi! Haha! Tapi live drama itu sgt sweet! Ahaha kerana itulah saya tonton! tonton la sangat! Wakaka xD* Pastu Ara pun ceritalah kat Nana, Nana pun join jadi Mamarazzi tak bertauliah... Haha. Laki tu berdiri, perempuan tu duduk, jarak mereka tak sampai sedepa. Setelah mengkaji keadaan, rupanya dorang tengah sms each other. Then bila drg dpt msg dr pasangannya, tu ah yang tersenyum-senyum kambing tuh! Haha. Bila girl tu pandang laki tuh, nanti laki tu kenyit mata! Ahaha. Sweet gilak! Lalu terpamerlah senyuman diwajah comel gadis itu. Satu train pun nak msg~ Ahaha. Sungguh ku tidak paham kegilaan orang bercinta. Ahaha. Tapi memang sweetlah drama itu~ Ekekeke. =)
Setelah penat berdiri, akhirnya saya mendapat tempat duduk, tmpt itu ialah disebelah girl yg baru sahaja melakonkan drama lomentik itu! Ahahaha! Duduk satu kerusi share dgn nana. LOL. Bila dia keluar, saya duduk di kerusinyalah. Tak lama lepas tu sampailah Klang... Papa jemput, pergi makan dan terus pulang...Wahhh, sekian terima kasih kerana sudi membaca. Hehe. =)

1 comment:
your best post yet. sumpah i tergelak part onyang n nana. haha xD
Post a Comment