Sunday, June 15, 2008

BMMBLHMOGHMPGMSTGOT xD

AMARAN, kisah ini bosan untuk dibaca! Haha xD Tidak perlu baca jika anda tidak mahu menguap! lol.

Apa punya title la tu?! Ekeke. Tiada apa-apa yang menarik tentang hari ini, sama seperti hari-hari biasa, cuma hari ini Ara ikut Mama Papa pergi jual barang-barang yang boleh dikitar semula. Saya menonton rancangan Gene Simmons Family Jewels Marathon. Si Gene tu dulu penyanyi rock daripada kumpulan KISS yang gila tahap cipan conteng2 muka haha tapi sekarang dia mempunyai keluarga yang harmoni dan best? Huhu. Seronok je tgk anak dia si Sophie tu photoshoot kat Paris! Ekeke! Gambar-gambarnya indah walaupun simple! Umur dia masa tu 14 tahun tapi rupa dia sangatlah matang dan cantik. Huhu. Isteri dia agak sporting kot? Haha. Kenapa saya berkata begitu? Kerana suaminya sering dikerumuni oleh peminat perempuan yang gila hokk (hot) tapi isteri dia relax je?! LOL. Oh dahulu kala, isteri dia seorang model. Shannon kot nama dia~ Haha. Lupa pulok! xD And mengikut kata Papa, Gene tidak pernah bercerai dengan isterinya dari dulu sampailah sekarang. Mengikut kata Papalah. Saya tidak tahu apa-apa namun baguslah kalau begitu! Huhu. Tak kisahlah... Then kita orang pergi makan sate, balik rumah tengok movie yang telah memberi saya sedikit motivasi tentang kehidupan. Kemudian Ara mandi dan online. Sekarang saya dah menguap dan katil sudah memanggil~ Haha Nite2! =)

p/s: Oh Ara nak tukar lagu tapi tak tahu lagu apa yang sesuai dengan rasa yang Ara rasa saat ini. Huhu. Tadi dah cari tapi masih belum ditemui. Nanti-nantilah ek. Ngee. Papai. ^_^
To Ridz & Abang Hael, Semoga segalanya berjalan dengan lancar. Amin... =)

No comments: