Tuesday, June 17, 2008

Donut!

Makanan kegemaran ku di sekolah ialah donut! Hehe. Petang semalam Ara pergi sekolah, lepas tu masuk kantin tanya kakak tu "Kakak, donut siap pukul berapakah?" Ekeke. Dia cakap 2.30. Wah, Ara pun tunggulah sampai donut tu siap sebab pagi tak dapat makan. Haha. Ara ada snap beberapa gambar masa proses membuat donut tersebut. Cuma proses ia dibancuh dan diuli je tak sempat nak snap sebab saya terlepas proses itu. Huhu.



Selepas ia siap di uli. Biarkan ia kembang dahulu baru goreng.

Lubang ditgh tu, kakak tu guna jari je. Ibu jari dgn jari hantu. Tapi ada STYLELAHHH! Ekekeke. Dia guna minyak biasa sahaja.


Proses menggula. Makan tengah panas memang lazat! Yummyyyy! ^_^



Ara temu ramah kakak tu tentang bahan-bahan yang dia gunakan. Jom Ara share dengan korang. Sangat mudah untuk dibuat. Antara bahannya ialah tepung gandum, yeast, garam, susu manis, dan air. Untuk menyedapkan dia, terpulang kepada anda sama ada mahu salut donut itu dengan gula atau cokelat atau apa-apa sahajalah yang boleh menyedapkan ia. =)

No comments: