Monday, December 29, 2008

Azam!

Aku ada beberapa azam didalam minda yang ingin dicapai pada tahun hadapan insyaAllah kalau tiada halangan.. Amin...


  • Sambung belajar dengan harapan aku akan memperoleh masa depan yang lebih cerah! InsyaAllah..
  • Ambil lesen memandu. Aku suka bawa kereta walaupun sebelum ini aku hanya ada pengalaman membawa bumper car & go-cart sahaja! Hahaha! Tapi aku memang suka memandu! Aku pernah mencuba utk park kereta Papa di depan rumahku. Tapi baru tekan minyak sikit dan tak silap aku baru beberapa sentimeter tayar kereta tu bergerak, Papa yang berada disebelah sudah bersuara. Dia kata " Dah la tu Ara, Papa rasa nak terkencing duk sebelah ni" Hahaha! Aku gelak je la! Lepas tu aku tak jadi la meneruskan niatku utk meng-park-kan kereta tu! Haha! Dan Papa suka beli kereta lama. Kereta lama yang Papa beli gearnya dekat steering so seatnya bersambung di tengah. Masa Ara kecik, Ara suka duk tengah2 di antara Mama & Papa lepas tu pegang steering sambil membelok ke kiri dan ke kanan semasa kereta sedang bergerak. Haha. Ara ingat lagi Papa kata " Eii kecoh betul budak ni!" Hahahahahaha! =p Sekarang pun Papa ada sebijik kereta lama! Volvo apa tah! Nanti Ara snap and boh kat blog ni ea! Dulu Papa ada Mercedes Benz (Fin - Tail) yang lama tu pastu dia pergi jual. Seat depan dia pun bersambung macam Volvo tu jugak.. Bezanya dia besar, Volvo techik jer! Aduiii kereta tu sangat best kalau jalan jauh... Selesa dan luas... Sayangnyaaaa...
  • Memulakan perniagaan pakaian. Aku dengan Nana dah rancang nak jual pakaian dan yang sewaktu dengannya. Pakaian tersebut akan diimport dari luar negara dengan bantuan kakakku yang merupakan pramugari sepenuh masa. Dia dah belikan kami beberapa dress dari luar negara mengikut kemahuanku. Bila ada masa nanti, saya akan tangkap gambar dengan dress tersebut sebagai contoh untuk dipamerkan disini! Mungkin kami akan memulakan perniagaan kami setelah kami menamatkan pekerjaan kami selepas bulan 3!
  • Menjadi seseorang yang lebih matang dan berdikari. Tahun depan umurku akan mencecah 18. Jadi aku harus mencuba mengubah sifat kebudak-budakkanku (mcm mana nak eja kebudak-budakkan? Baru sekejap habis sekolah, dah lupa semuanya! Haha) agar sesuai dengan umurku.
  • Menurunkan berat badan. Ara tak tahu berapa weight Ara sekarang tetapi Nana(kembarku) kata Ara dah gemuk jadi ia membuatkan Ara lebih semangat nak kurus. Ara mengidam utk memiliki bentuk badan seperti Aishwaryarai *sumpah aku tak tau mcm mana nak eja nama dia*! Hahaha! Mimpi je lah ko Ara! Ketinggian dia je dah mustahil untuk dimiliki. Hahaha! Tumbesaranku sudah terbantut. Namun kekembanganku masih mengembang seperti biasa! Huhu! Hurm, Senang cakap, Ara nak bentuk badan yang tak gemuk tak kurus tapi ada shape sudah memadaila! Haa! Go Go Caiyok!!!
  • Melupakan segala yang telah terjadi pada tahun 2008. Tahun baru, kehidupan yang baru. Ara harap semua kesalahan Ara dimaafkan dan semuanya 0 - 0 di antara sesiapa sahaja yang mengenali Ara.
  • Memakai gigi besi chingggg! Haha. Ara nak pakai braces demi menyelenggarakan gigi-gigiku yang berterabur! Wahaha! Tapi... Ara takut kalau dia nak cabut gigi rahangku... Hukhuk... Cakap psl gigi, sebelum ni gigi Ara tak pernah kena tampal, tiba-tiba hari tu ada pemeriksaan gigi kat sekolah. Kakak tu kata gigi Ara berlobang. Tapi Ara tak pernah rasa sakit pun sebelum tu. Pastu dia kata dia nak tampal. Dalam sejarah, itulah kali pertama gigi aku ditampal. Sebatang je, sblh kiri atas jiran gigi rahang. Mula-mula dia trim gigi Ara. Cheese cake betul! Dia lagi membesarkan lobang tu. Ara sangat tak suka bila dia trim gigi Ara, dah la ngilu, kejap-kejap terasa sakit. Pastu dia pun tampal then tah apa dia buat pastu dia bagi Ara sekeping kertas yg mcm getah and suruh Ara kunyah kat gigi yg ditampal tu. Ara buat je la. Lepas buat tu, Ara terus rasa tak selesa. Dua tiga hari lepas tu masih tak selesa, bila makan rasa sakit dan ngilu. Ara pun pergi jumpa akak tu balik & bgtau dia. Ara pun tak tau apa dia buat dgn gigi Ara masa tu , mungkin dia tukar tampalan yang baru tapi yg geramnya dia trim lagi gigi Ara... Sabo je lah! Walaubagaimanapun, Syukur Alhamdulillah, sekarang gigiku sihat walafiat. =D
  • Cuba utk membahagiakan semua yang ada disamping Ara. Ara tak nak kecewakan sesiapa lagi. Sebagai contoh, dulu Ara sibuk dengan SPM sampai Ara pinggirkan Bobo. Belum sempat menjalani SPM, dia dah pergi untuk selamanya. Ara tak nak pisang berbuah 2 kali, jadi Ara tak mahu mengulanginya lagi. *Alamak, mataku sudah berkaca. Aku sgt merindui Bobo =.=* Ara juga tak nak susahkan Mama & Papa lagi. Nak jadi anak yang baik. Amin. Hehe. Kepada kawan-kawan pula, Ara akan cuba sedaya-upaya utk sentiasa ada bila diperlukan. Sharing is caring! Hihi. Just call my name and i'll.... be there... Cewahhh! Huhu! I love you all!!!
  • Dan yang terakhir sekali jeng jeng jeng

Cari pacar!

Hahaha! Joking2! Ara nak capai azam-azam Ara dulu baru Ara pikirkan pasal teman lelaki. Untuk mencari seseorang yang menyayangi dan menerima Ara apa adanya adalah sukar, jadi lebih baik Ara stabilkan diri sendiri dulu. Rasanya ini sahajalah azam-azam baru ku. Doakan agar Ara dapat mencapainya. Amin. Terima kasih. Caiyokkkkkkk!!! Ngeee!

1 comment:

Unknown said...

Ara sayang!!You're soooo sweet okay!May you succeed in everything you do eh! :P

Sharing is caring!Aha yeah,reminds me of someone ayat tuh.Huhuhu,nanti ada lah prince charming yang menanti dirimu wahai Ara! (:

Oh thats meant lepas u and nana dah habis keja,kiranya nak bukak butik pakaian ke?ehehe,sounds great! xD