Tuesday, December 30, 2008

Bingung!

Aku bingung! Tak tahu nak kerja sampai bulan 3 atau berhenti selepas mendapat gaji. Tadi berbual dengan Papa, dari kata-katanya aku tahu dia ingin kami berhenti kerja. Dia kata, tak dapat nak bercuti dikampung lama-lama pastu dia ckp bulan Januari mungkin nak pergi Bandung. Papa cakap, kalau nak berhenti nanti, bila bos tanya kenapa nak berhenti, ckp sebab susah nak dapat cuti and bulan Jan Papa nak bawa kami bercuti di Bandung. Biol pale otak aku! Tadi ditempat kerja, aku mengingatkan bos aku yang kami hanya bekerja sampai bulan 3, lepas tu dia tanya "sebab apa?" Aku cakapla nak sambung belajar. Then dia kata, "lepas berhenti, kalau nak kerja part-time kat situ pun boleh." Aku angguk je la. Aku pula kadang-kadang terasa seperti ingin berhenti kerja kerana adakalanya bos dan supervisor aku tu macam terlalu memaksa aku dan kembarku melakukan sales sedangkan kerja-kerja activation, report & sebagainya banyak yang perlu diselesaikan, lepas tu waktu rehat dua kali je, susah untuk keluar menunaikan solat... Hurmm.. Yang pasti, aku memerlukan kepastian sama ada jadi atau tidak bercuti di Bandung. Kalau tak jadi, mungkin aku akan terus bekerja. Aku dah lama tak pergi bercuti bersama keluarga jadi aku mengidamkannya! Haha! Aku harus membuat keputusan yang menyenangkan semua pihak terutamanya keluarga aku.

Oh pagi tadi aku lewat pergi kerja! Haha! Sumpah sedap buat peta kat bantal! Wahaha! =p
Menyesal jugak kerja awal-awal sangat. Mana taknya, habis SPM terus start kerja. Tak rasa kenikmatan setelah tamat persekolahan. What to do? Kata cari pengalaman dan duit!!! Haha! At least masa aku tak terbuang begitu sahaja an an an! Haaa! Oh ye! Esok aku kena bangun seawal yang mungkin kerana esok aku & Anna kena pergi Public Bank untuk membuka account. Lecehnyooo! Tapi kalau tak buka tak dapat gaji jadi terpaksalah merajinkan diri... Atoihhh!

Hari ni Aman cuti, aku rehat sorang-sorang. Aku habiskan waktu rehat aku dengan berkaraoke di karaoke jamban. Aku nyanyi 4 lagu tapi tetap tidak mendapat kepuasan! Aku nak tanya sikit, kenapa ek kalau aku berlagak slumber, darah dikepala aku rasa macam nak meletop dan kepala terasa berat sangat lepas tu kembar aku kata muka aku merah macam udang kena bakar! Hahaha! Lantak ah! Siapa kisah kan?! Wakaka! Hari ni aku tak nampak pulak manusia itu. Esok mesti dia cuti! Hmm! Cukuplah dengan cerita aku yang pelik2 ni. Aku tahu korang mesti tak paham! Hahaha! =p

1 comment:

Unknown said...

Hahaha you best tau tak Ara?Sebab you suka merepek and bila I baca I tergelak serta merta.Heee,agak tak faham tapi buat2 faham saja lah ya.Hhe,bandung eh?Nak ikut!I dah lama tak pegi bercuti,pasal apa?Sebab parents busy memanjang.Haishhh. ;(