Aku rasa
insecure bila berada ditempat kerja. Bila aku keluar rehat, aku terasa seperti ada yang
mengekori... Kadang-kadang aku nampak betul-betul orang itu seperti mengekori aku... Aku dah bagi tau Papa... Dia kata nak sound orang tu atau bagi tau boss dia tapi aku cakap, kalau dia buat lagi baru Papa pergi buat apa yang Papa patut lakukan. Nana pun kata benda yang sama kerana dia merasa seperti diekori oleh orang yang sama... Nasib baik hari ni, aku tidak melihat atau merasa sesuatu yang mencurigakan apabila aku keluar rehat sorang-sorang... Syukur Alhamdulillah... Semoga Allah sentiasa melindungi aku & kembarku! Amin... Aku dah tak makan ayam dan telur kerana aku menganggap mereka adalah
racun wajahku! Tapi satu je yang aku tak dapat nak tahan kerana ia sangat tidak menahan! Haha! Jeng3! Ianya adalah
Ayam KFC! Kahkahkah! Kalau ada depan mata, mesti nafsu unta aku paksa aku makan! Wakaka! Aku berhenti di sini sahajalah kerana jam sudah menunjukkan pukul 6.00 dan aku masih belum tidur. Aku boleh tidur 2.30 je lagi! Mesti aku mengantuk esok! Haha! Kerja dah la banyak! Activation lagi! Ya ampunnn! Aku takut jadi macam kes dulu masa tengah exam, buat karangan pasal tabungan tiba-tiba aku karang pasal Doktor Yusoff mengubati orang menghisap dadah! Hahahaha! Sumpah tak boleh blah! Ok lah! Chiowwww!
3 comments:
Hehe,weyy ur dad is a doctor eh?
haha!
nope lah yang!!!
doktor dalam khayalan i je!
wakakaka!
=p
Bahahha okay.Hee (:
Post a Comment