Hari ni aku jumpa dengan kawan lama aku kat tempat kerja! Yang aku ingat, aku satu kelas dengan dia masa darjah dua! Seronok jugak bila dia masih mengingati aku! Esok aku rehat dengan dia kot! Kalau tak dengan dia, aku akan rehat dengan Amanina atau Hakim dan lain-lain... Aku kesian dekat Hakim, tadi dia cerita kat aku masalah dia yang semakin membuatkan dia ingin berhenti kerja! Ada Nyah yang satu tempat kerja dengan dia syokkk kat dia! Hadoiii! Aku flying kick nyah tu tau lah. Buat kawan aku takut sampai nak berhenti kerja. Kalau Hakim berhenti kerja, nanti aku nak rehat dengan siapa kalau Aman cuti? Uhwaaa.. Aku dah suruh Hakim bagi tau kawan kepada Si Nyah tu yang si Hakim dah ada GF... Kalau dia tak nak dengar plan pertama aku ni, tak dapek la den nak tolong laiii... Lagi satu, aku kesian dengan dorang sebab dorang kena marah bila selalu pergi solat... Ada ke patut? Hisk! Nasib aku dan Nana tak jadi kerja kat situ.. Hurm! Cukuplah dengan masalah mereka. Hari isnin lepas, aku rehat dengan Aman, lepas tu kita orang pergi karaoke jamban! Aku nyanyi 3 lagu, Aman nyanyi lagu dangdut! Secangkir madu merah! Sungguh tak menahan video clip dia! Haha! Tapi Aman nyanyi sedap! Pastu kita orang duet lagu Siti Nurhaliza! Jup lagi Hakim, Rizal & Ashraf menyempit dalam karaoke jamban tu! Kata jamban an?!!! Dah la kecik sempit pulok tu! Haha! Nasib masih boleh bernafas! Namun, aku tetap tak puas menyanyi walaupun aku sakit tekak dan suara macam nyamuk tersepit! Tapi suara aku memang macam nyamuk lepas kena spray dengan ridsect an? Wakaka! Aku harap, hari-hari akan datang merupakan hari yang akan membuat aku tersenyum! Amin... =)
No comments:
Post a Comment