Sunday, December 28, 2008

Hidup?

Sekarang aku rasakan apa yang Papa rasa... Betapa susahnya nak cari duit... Kepenatan yang harus ditanggung... Ara sayang Papa sangat-sangat... I Love You!!! =.=

Pengalaman bekerja?
Ya ampun, setiap hari pasti ada sahaja peristiwa yang membuatkan aku berkata-kata kepada diriku "Inilah Kehidupan"...

Minggu lepas aku dengan Nana dah tak ada cuti. Tuhan sahaja yang tahu betapa penatnya kami. Semalam Papa balik kampung dengan Mama... Kita orang dijemput oleh ayah Amanina dan membawa kami pulang dengan menghantar kami bertiga ke rumah aku. Pada petang tersebut, waktu lunch.. Aku rehat dengan Amanina.. Kita orang pergi karaoke jamban!!! Haha! Gaji belum keluar.. karaoke jamban pun jamban la! Wahaha! Kita orang duet lagu Bicara Manis Menghiris Kalbu dengan Tapi Bukan Aku! Sumpah suara aku macam katak mati anak! Wahaha! Dah la lagu Siti tu tinggi lepas tu aku pulak selsema dan sakit tekak tapi nak nyanyi jugak.. Haha.. Nasib baik suara Aman bertenaga dan mampu mencapai nada-nada tinggi tersebut!! Jadi aku hanya mendiamkan diri apabila sampai ditempat-tempat yang denjeruh (Dangerous)!!! Hahaha! Pagi tadi, Kak Rina yang hantar kami pergi kerja.. Thanks Akak! Papa pula sampai rumah pukul 8 malam... Dorang bertolak dari kampung lepas kenduri selesai... Lauk-lauk yang dibawa pulang sodapp amekk!! Haha! Ada buah Durian Belanda lagi! Nyummm2!
Pengalaman bekerja hari ni pula, pagi-pagi lagi perut aku dah buat hal.. Aku singgah di Giant nak beli air yoghurt. Masa nak bayar tiba-tiba aku rasa tak tahan nak terberak! Hahaha! Siap je pembayaran, aku terus bergegas ke toilet ditemani Nana! NIKMAT!!! Itu sahaja yang mampu aku katakan setelah membuang segalanya! Hahahaha! Minggu depan ni pula, Aku dan Nana tiada cuti lagi... Waktu kerja dari 10.30 - 9.30 seperti biasa! Uhwaaa! New Year aku kena kerja! Nasib gaji double pada hari tersebut!

Oh, bila aku lalu disebelah kedai yang menjual pakaian seragam sekolah, aku semakin merindui zaman persekolahan aku dan ingin kembali bersekolah tapi....

Cukuplah cerita pasal kerja aku ni. Ia senang tapi membosankan! Aku pun tak paham! Hahaha! Aku nak cerita pasal benda lain pula...

1 comment:

Unknown said...

Ohhh my,kesian u sakit perut ya.Haish,ini lah kehidupan.Hmm,I missed school already :(