Dimulakan dengan Bismillah, Disudahi dengan Alhamdulillah... Opsss ternyanyi pulak. OMG! Dah pukul 4.30pg... Ok2 aku dah mengantuk jadi aku nak selesaikan cerita aku ni secepat mungkin! Minggu lepas juga, sebelum aku demam la, Aku pergi Sunway Pyramid dengan Anna, Amanina & Teha. Kita orang pergi naik bus. Pagi-pagi lagi Papa dah hantar kita org kat Klang Sentral. Kita org breakfast dulu. Makan Char Kuew Tiow sampai kita org terlepas bus. Hahaha. Then ada Abang tu kata, kat Terminal B ada bus pergi Sunway. Bila sampai kat Terminal B, Teha dah melompat bila dia nampak bus sebab masa tu dah nak masuk pukul 11 dan kami masih di Klang. Kononnya hari sebelum tu, kita org rancang... pukul 9 dah bertolak dah... Hahaha! Cakap je lebih. LOL. Pastu Pakcik tu panggil kita org bila dia dah bukak pintu bus. Kebetulan ada pula 4 tempat duduk yang saling mengadap. Aku pun terus ambil tempat tu. Ni gmbr masa aku dalam bus. Duduk tepi tingkap yang tiada langsir. Dah nak masuk tengah hari, cuaca mmg sedap! Haha! Kalau hari-hari aku berada di tempat mcm tu, mesti hitam macam bontot kuali! Hahaha! =p

Captured by Anna! =)
Aku memang dah GENDUT! Hahaha! =p Gendut pun tak macam aku! Wakaka! =.=
Bila sampai sana, aku ajak Aman teman aku pergi bank dulu. Nak cucuk duit! Purse aku kering! Ahaha! Ckp psl cucuk ni yang tak menahan ni. Masa dalam bus tu, aku dah bgtau dah yang aku nak cucuk duit. Sekali Teha kata. "Eeeeiii, jangan la guna cucuk! Skema sangat la. Kita guna JOLOK! Haaa! Baru best! Kan maksud dia sama je" Hahaha! Osah gilo kawan aku tu! =p Pastu kita org masuk Sunway dan kita orang bergambar kat dua ekor patung tu dulu sebab Teha cabar kita org. Apa dia ingat aku ni Shy2 miow ke nak bergmbr kat tmpt mcm tu! Hahaha! =p

Terasa diriku benar2 seperti LANUN! Haha! (Dengan mata tertutup sblh) =p Aku terpaksa memendekkan diri aku kerana patung itu sangatlah ketot! Huhu... Fyi, gmbr ini telah dicrop atas permintaan kembar aku yg pelik! Grrr!
Kemudian kami merayap dan merayap. Dorang dah membeli-belah dahulu. Aku pula masih tidak membeli apa2 pd awalnya kerana tiada apa yg menarik perhatianku. Masa tu aku nak cari baju dengan purse. Purse aku dah nazak sangat... Tapi satu pun tak berkenan... Pastu Teha nak main Ice Skating... Aku pun setuju je lah sebab tak pernah main gak... Teringin gila masa tu... Masa kita org pergi tu hari isnin.. Jadi bayarannya hanyalah RM13 + Sarung Tgn RM8. Dengan hati yang berdebar-debar, kita orang pun masuklah dalam tempat skate tu. Ya ampun, sebelum tu kita org gelakkkan orang. Bila kita org kat dalam tu, aku yakin org pula gelakkan kita org. Nana dah macam labah2. Melekat je kat dinding sebab takut jatuh. Aku, Aman & Teha pada awalnya melekat gak kat dinding. Lama2 kita org memberanikan diri bergerak ke tengah... Ada la dalam 5-6 kali aku jatuh. Kat situ ada la Abg India ni ronda2 dlm tu. Masa aku tengah belajar nak menstabilkan diri tu, aku tergolek atas ice tu. Pastu Abg tu datang nak tlg aku.. Aku kata la, "Isk Abg, sejuklah bontot saya!!!" Pastu Abg tu kata, "Adik ni peliklah, org selalu jatuh cakap sakit, ni adik ckp sejuk pulak" Aku sengih je la! Ye arhhh, dah bontot aku terdudok atas ice tu ha! Memang la sejuk! Bukannya aku pakai lampin ke apa sbg pelindung montot aku! Haha! =p Teha pulak, lagi la banyak kali dia jatuh. Aku dengan Aman pernah tergolek atas ice tu sbb dia, dia jatuh siap tarik kita org sekali. Habis tiga2 tergolek! Sgt memalukan! Ni gmbr Teha Jatuh... Sempat pose lagi! Haha! =)

Maaflah gmbr tak jelas, aku nak berdiri pun payah! Haha! =p
Fatihah & Amanina. =)
Aman & Ara
Ni muka2 konon tak penat setelah beberapa kali tergolek! Hahahaha! =p
Masa ni kaki aku memang dah sakit tahap unta mendaki bukit! =p Dalam kasut tu keras nak mammmm***!!!
Bila perot masing2 dah lapar. Kita orang pun blah dari situ & cari tempat menjamu selera. Kita orang makan kat SR! Secret Recipe la! =p

Aku makan Lasagna (Beef) & Fresh Milk.
Memang Bad Combination! Haha! Lasagna & Susu! Hahaha! Aku pun tak tahu kenapa tapi aku memang suka susu! LOL! =p && aku suka Lasagna kat situ! Sodappp! So aku order la kedua2nya! Hahaha! Cuba tgk gmbr blkg aku tu, pun gmbr Lasagna! Pandai aku pilih tempat duduk! Strategik! Wakakaka! =p Ingat nak beli Marble Cheese Cake. Fav. cake aku kat SR tapi perot aku dah nak malatop kekenyangan! Haha!
Ni muka dah kenyang! Haha! =p
Setelah selesai memboncetkan pewot, kita org pun blah dari situ and sambung shopping! Akhirnya aku membeli 3 helai baju. Yang lain toksah cakaplah... Memang kena rasuk roh menghabiskan duit! Haha! Tak lama lepas tu Papa & Mama sampai and kita orang balik dengan dorang. Jimat tambang dan tenaga. Lagipun hari dah malam! Haha! =) Aku rasa, aku demam sebab jatuh banyak kali kat tempat ice skating tu kot! Hahaha! Tapi aku dah reti sikit2! Lain kali aku nak pergi lagi! Siapa pandai main ice skating?! Ajar Ara jopppp!!! =) Ohhh sebelum balik aku nampak gmbr ni! Tertarik dengannya lalu aku pun menangkap gmbrnya!
Lomentik Org Utan tu!
Mesti dia kata kat girl tu " U jump, I jump!" Hahahaha! =p
Wushh! dah pukul 5.23 pagi! Ara nak titooonnn dululahhh! Chiowww! Sehingga ketemu lagi di lain hari! Daaaa! =)
2 comments:
haha you comel babe.whoaa ada orang utan lagi tuu :P
haha ara olang utan tue comell giilaa!! hehehh ooo g pyramid tak ajak! uwaaa!! haha i pegi skate jugak aritu, for the first time! jatuh tayah cakap lah, itu wajib! haha basah jeans! malu jee hehehh :P
Post a Comment