Tuesday, April 14, 2009

Sedih Sangat-Sangat...

Ara & Anna kehilangan sahabat baik baru2 ni... Pergi bercuti dgn family kat Melaka. Mlm sabtu keluar pergi makan then bila balik kat kereta, tgk tingkap Mercedes Wagon Papa kena pecah! Nikon D40 kitaorang kena curi. Lebih teruk lagi bila Slip SPM Ara, Sijil Berhenti Sekolah & yg sewaktu dgnnya turut dicuri! Macam Si**! Uhwaaaaaaaaaa! Masa tu, Ara dh nangis mcm apatah... Sijil2 tu amat berharga sehingga ia tidak boleh dibeli dengan wang ringgit! =.= Bertahun-tahun aku sekolah utk mengumpulnya. Yang aku pelik, bag sekolah converse tu dah buruk gila babis! Dah 3-4 tahun tak basuh kot (Warna putih lg la nmpk kotor kan), masih ada nafsu ek org tu nak mencuri! Kalau nak curi bag tu ambil je la! Keluarkan la sijil2 tu! Apa yg dia boleh buat dgn benda tu? Damnnn! Sedih geram, semua aku tanggung sendiri. Teresak-esak aku nangis. Ara & Anna baru jadikan Nikon tu bestie kitaorg. Baru 5 bulan pakai dah lesap mcm tu je. Kalau di KL, semua mesti saling mengingat utk membawa sekali Cik Nikon bersama2 dgn kami, aku tak tahu kenapa masa tu, tak ada sorang pun ingat kat Cik Nikon. Hukkk2! Hmm.. Aku kesian dekat Papa. Dia yg membelinya, namun tidak pernah sekali pun dia menggunakannya. Kalau ada pun, masa aku ajar dia mcm mana nak guna Cik Nikon! Adoiiii... Siannya Papa... Mesti berat bebanan yg perlu dia tanggung! Tambah2 lagi, cermin belakang tu susah nak cari kat Malaysia. Kalau ada pun mahal. Dengan apa yg Papa terpaksa harungi sekarang, dia masih menjalani kehidupan dgn tenang. Andai aku sekuat Papa. Aku sering memikirkan masalahnya. Namun aku takut utk meluahkan isi hati aku. Aku takut ia akan membebankan dia lagi. Aku tahu, dia tahu apa yg terbaik utk kami semua. Hanya teman lama aku sahaja yg tahu kisah yg terpaksa Papa harungi dan aku tidak mahu berkongsi dgn sesiapa lg selain dia. Pd mlm kejadian, aku terlalu memerlukan dia, cukuplah sekadar dia mendengar keluhan hati aku saat itu tp ada sesuatu yg menghalang aku. Lalu aku cuba utk menabahkan diri sndiri. Kejadian itu menyebabkan aku hilang selera makan. Tapi bila perut dah sakit, mcm apatah cari makanan! Huhu! Dan hari ini, aku semakin boleh menerima hakikat bahawa Cik Nikon telah tiada dlm hidupku. Dan kpd perompak itu, aku harap agar satu hari nanti dia sedar akan perbuatan dia. Dan kpd Anna, jgn ckp dgn Ara ttg Cik Nikon lg, ia hanya akan membuat Ara kembali bersedih... =.=

SEMANGAT ARA!!! SEMANGAT!!!

Namun, kisah kami ini tiada apa jika ingin dibandingkan dgn kisah yg menimpa kwn Papa. Anak pertama & kedua meninggal semasa dilahirkan. Mengandung kali ketiga. Ibu dan anaknya meninggal serentak... Takziah buat Uncle Azmi. Hampir menitiskan air mata bila mendgr kisah ini. Dah la aku tgh sedih. Bertambah sedihlah jadinya. Dan kawan sekolah yang sebaya dengan aku, Hakim namanya. Tak rapat pun, kenal2 mcm tu je. Dia meninggal dunia pada hari jumaat kerana menghidap penyakit TB. Dia sangat baik pada aku. Kalau dia nmpk aku mesti dia senyum. Dia pernah bekerja part-time di McD! Hari sebelum dia meninggal dunia. Aku lepak dengan Anna kat McD Klang Parade setelah sekian lama tak bershopping di sana! Tapi pd hari tersebut, aku tak nampak Hakim. Aku pun tertanya2 "Dia dh berhenti kerja ke?" Soalan aku terjawab pd keesokan harinya. Anna yg bgtau aku. Hati aku sebak. Sayangnya Aku dan Anna tak dpt menghadiri pengebumian Hakim kerana kami sudah mahu bertolak ke Melaka. Banyak pengajaran yang aku dapat dari ketiga3 kisah ini. Semuanya menunjukkan bahawa apa2 boleh terjadi bila2. Dan nyawa juga boleh berakhir bila2... Harta boleh dicari namun nyawa tidak boleh diganti... =.= -Al-Fatihah Buat Isteri Uncle Azmi & Hakim.

Peringatan: Jangan pernah tinggalkan barang berharga di dlm kereta. Lagi2 bila ia berbentuk sebuah bag! Walaupun kecil! Aku dah trauma dgn apa yg telah terjadi. =.=

Gmbr aku bercuti kat Melaka, kat Zoo semua tak dpt ditayangkan kerana semuanya dlm Nikon tu. Sedihnyaaa. Ada satu gmbr aku yg Anna snap, aku suka sgt sbb gambr tu, aku tak jadi lanun. Gmbr paling natural pernah aku ada. Tanpa make-up, rambut aku berikat pony-tail. Rambut dpn tidak menutup sblh mata yg biasa aku lakukan. Sayangnyaaaaa.. Huuuu..

4 comments:

Unknown said...

hmm i feel sorry for u babe.al fatihah. =,=

Amatullah said...

ya rabbi! sedeyhnye babe. bengang ouh dgn dat pencuri xgune tuh. sygnye.. sijil2 tu. da la kene tunggu 3bulan kot bru ley dpt slip sepiem blk. haihh. )= be strong ara. hmm.. takziah wat wife uncle tu and hakim.

Ara Yusoff said...

Qis: =)

Mya: i will dear! tgh cuba nk jd kuat! ngee! =)

IY said...

i feel sorry for what had happened to u mydear, buduh pny perompak tu! takde keje lain ke nak buat, pe la. my dad pun selalu pesan jgn tgal beg dlm kete. takut oh. org dunia skrg sume kijaaammmm! n pasal sijil tu, org yg pulangkan balik tu mane die jumpe? mi goshh, ara! wait2! hakim mane ni?? i kenal ke??