Sunday, June 21, 2009

Hoping or Hopeless???

Erm bagaimana harus ku bermula? Ok beginilah kisahnya. Ara telah menggubal pentadbiran MySpaceku! *Ceyh2! Macam mentadbir sebuah kerajaan je?* Haha! Ara telah menjadikan ia lebih privacy tetapi terdapat satu sahaja kelonggaran. Kini sesiapa boleh menghantar message kepadaku walaupun tiada dalam friend list daku. Ramai yang menyarankan kepada Ara agar berbuat begitu kerana ia kerap kali menyukarkan mereka pabila mereka ingin menghantar pesanan yg peribadi! Cewahhh! Peribadi la sangat! Ahaha! Apa kena mengena title dengan entri ini? Haih biarlah rahsia! Hihihi! =p Ohhhh Public speaking ku telah berjalan dengan lancar! Agak nervous waktu itu tetapi ia harus diakhiri dengan segera jadi saya tibai sahaja! Telah memilih topic tentang penjagaan rambut! Alhamdulillah ia selesai dalam masa yang ditetapkan. Ok, Ara berasa sangat malas untuk membaca buku teks Pengajian Malaysia kerana ia adalah Sejarah! Ya Ampun, maafkan saya tapi otak saya memang sering tersumbat kalau ia berkaitan dengan Sejarah! =.= Tidak ku pinta lahir begini tapi apakan daya. Redha menerima ketentuan Ilahi! Akan ku paksa diriku membaca buku tersebut. Semoga Ara mendapat markah yang memuaskan kerana pada hari isnin ini, akan berlangsung TEST yang pertama untuk subjek Pengajian Malaysia. Amin. Oklah2, akanku kongsikan rahsiaku dengan pembacaku! Bercakap tentang berharap, mengharap & harapan. Perlukah kita berharap kalau ia kelihatan seperti sia-sia? Perlukah kita mengharap kalau harapan kita telah pun musnah punah hancur berkecai remuk penyet? Masih wujudkan erti kata harapan dlm hidup Ara? Mak oiii dahhh, Ara dah!!! Jangan emotional sangat! Heeee! =.= Mungkin Ara perlu berfikir begini! Jangan pernah putus asa! Haaaa! That's better! Semangat Ara! Semangat!!! ^_^

No comments: