Maksudku untuk title itu, i'm having flu / RUNNING NOSE! Selepas dua hari demam,
akhirnya Alhamdulillah daku telah sembuh setelah disumbat ubat oleh Mama tersayang. Thanks Mama. Tapi sekarang masih batuk.
Ara sangat stress skrg ni, kerja bertimbun-timbun-timbun dah! Uhwaaaa! Stress sampai rasa nak berhenti belajar. =.=
Kelas drawing semakin mencabar, sekarang kena mewarna dgn chinese ink puler! Uhuk.. Dah la guna ink cina lepas tu kena lukis telinga dan hidung! Haaa! Memang stresss! Atas ni assignment utk kelas En. Zaim...
Sejak beberapa hari ni, cafe yang tak pernah sesak tiba-tiba menyesakkan nafas saya! Haha! Jahanam bahasa! Sekarang ada penggambaran dekat Unisel. So pepahamlah. Ada Fasha Sandha (Mcm mana nk eja nama dia?) , Zamarul Hisham, Almy Nadia (Betul ke ejaan?) and salah seorang pelakon Tari Tirana. Memang padat dan sendat cafe sekarang! Haha!
Kami sedang dalam proses membuat assignment photography. Camera zaman purba tu dah dapat. Fuhhh semoga semuanya berjalan dengan lancar. Amin...
Hmm, Valentine's Day???? Tak sambut dan tak akan pernah sambut walau dah ada Bf sekali pun! Akan ada ke??? Haha! No no no, jendela hati tertutup dan berehat buat seketika waktu. =)
Belajar! Belajar! =.=
Apa lagi ek??? Hmm, Stress Ara masih belum habis ni, sambung belajar atau berhenti??? Tanya Mama & Papa, dorang diam je. Papa cuba menyuarakan sesuatu namun ia seperti tak memberi impak kpd saya. Ara risau pasal masa depan semua, peluang pekerjaan yang terhad, tapi Papa ada sebut pasal designer yg special dr yg lain. Masalahnya, kalau nk jd creative pun susah, macam mana nak jadi special???? Uhwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..... Pastu2 Papa cakap, cuba pikirkan pasal budak2 yg dpt pointer rendah, apa pulak yg dorang pikir... Awak baru mcm ni dah nak give up! Dan Ara terus terdiam dannn berfikir, naik bilik terus menangis puas2, tak tahu kenapa tapi rasa letih sangat. Nangis untuk pelbagai perkara! Huhu! Lepas nangis baru lega sikit. =)
Ohh lecturer dah masuk kelas! Chiow dulu! -xoxo-
P/s: Kenapa tulisan kat atas tu ada garisan? Ya Ampun, finin2! =.=

2 comments:
seppp! same goes here babe. im having a runny nose tu ..sobs ;(
heyyy, i harap u dh sembuh skrg! =) aminnn
Post a Comment