Thursday, April 15, 2010

Lelaki???

Fuhhh lelaki ohh lelaki! Haha! Pernah tak Ara senaraikan ciri-ciri lelaki idamanku di sini??? Rasanya never kan??? Hokayh since saya ke-boring-an lepak-ing alone di cafe Unisel ni, I want to share with you guys ciri-ciri lelaki idaman yg boleh menggugat Iman saya! Wahh?? Hahahaha!

Hormat Orang Tua.
Lelaki itu mestilah menghormati orang tua terutama ibu bapa saya. Tapi janganla hormat orang tua je, orang muda pun kena hormat juga an an an! Hahaha!

Bertanggung Jawab.
Dia haruslah seorang yang bertanggung jawab terhadap dirinya dahulu. Apabila life dia teratur, pasti dia boleh membimbing saya! Ngeehee! =p

Pencinta Haiwan.
Saya sangat suka kucing, ikan, burung, rabbit, ular, iguana, tortoise, dan banyak lagi. Tapi saya tak suka dan geli dengan cicak dan katak dan tikus jalanan! Jadi lelaki itu haruslah berani pada minatang2 yang saya geli ni! Huhu. Kang kalau dua2 takut, I tak tahulah apa yg akan terjadi! Hahaha! =p

Romantic.
Saya suka orang yang romantik sbb nanti saya boleh blush 24 jam! Haha! Tapi tak boleh over-romantic macam bila kita snap gambar pastu ter-over-exposed! Haaa! Hahaha! Kang rimas pula! Dan dan saya rasa saya orang yg romantik?! Wahhh? Hahahahaha =p

Suka shopping.
Oleh kerana saya suka shopping, saya suka lelaki yang suka shopping so senang nak membeli-belah. Yang ada jiwa 110% bila shopping. Yang sanggup shopping berjam-jam! Haha. Yang ikut saya bila saya masuk Forever 21, Roxy, MNG, ect dan boleh beri pendapat bila saya pilih pakaian! Bukan orang yang tunggu luar kedai pastu sibuk suruh kita cepat! Haha!

Boleh bermain alat muzik & suka mendgr semua jenis lagu kecuali lagu rock yg melampau & Suka menyanyi.
Yang ni, kalau tak pandai pun tak apa tapi sangatlah bonus kalau pandai main alat muzik. Ara tengah belajar main guitar sendiri so kalau ada teman lelaki yang pandai main guitar ke keyboard ke boleh ajar saya. Ngee. =) Ara sangat suka dengar lagu. Justin Bieber pun I layan You allsss! Hahahaha! =p Baby baby baby ohhhh like baby baby baby nooo! Hahahaha! Saya suka menyanyi walau suara mampu berlayar ke laut Cina Selatan! Hahaha! Boleh berkaraoke bersama saya! Huhu.

Caring & Penyayang.
Semua orang pun mahukan pasangannya mempunyai ciri-ciri beginikan jadi tidak perlulah saya jelaskan lagi. Indahnya bila disayangi sepenuh hati! An an an? =p

Protective.
"I don't have the strength to stay away from you anymore. I feel so protective of you" - Edward Cullen. Kalau dapat lelaki yang protective mcm Edward Cullen sumpah bahagia! Haha.

Jujur.
Kejujuran bukan sahaja penting dlm perhubungan. Kejujuran penting dalam segala aspek kehidupan. *Opsss, ter-skema pula* Haha

Setia.
It's hard for me to fall for somebody but when I terjatuh tangga, I sangat setia. =p So lelaki itu haruslah seorang yang setia juga sebab I tak suka relationship yang ala-ala cinta monyet gayut2 kat pokok sini sana pastu tukar-tukar pasangan. No no no no!

Good Looking.
I mean sedap mata memandang. Tak perlu lah hemsem macam Brad Pitt ke apakan. Yang comel macam Justin Bieber pun tidak apalah! Hahaha! =p Rupa yang indah hanyalah bonus. Yang penting kesucian dan keindahan hati. =)

Mempunyai pendirian yang tetap dan adil dan berfikiran terbuka.
Pendirian yang tetap tu mestilah pendirian yang baik an an an! Adil dlm perhubungan. Kalau nak gaduh pun, gaduh2 manja je dengan I. Haha. Dia sangatlah harus berfikiran terbuka sebab my family & I adalah family yg open-minded. So senang nak click!!! =)

Funny.
I like lelaki yang boleh buat I gelak selalu. Bahagia hidup! Huhu.

And last but not least, menerima & mencintai saya for who I am.
Ini aspek yang paling penting sekali. Huhu. I ni dah la unpredictable. Pemalu tapi kadang-kadang gila-gila jugak. Haha. =p

My lappy punya battery is running low so I berhenti disini. Maybe ada lagi list yang terlupa. But ni pun dah panjang! Hahaha! =p Chiow readers! =)

2 comments:

S H E R R A said...

awok2 nk tanye duluh! awok lomentik kehh??? nape x bgtauuhh! haha! klau u lomentik i pun lomentik jugak! hahahaha! =p "Bukan orang yang tunggu luar kedai pastu sibuk suruh kita cepat!" saya setuju! "I tak suka relationship yang ala-ala cinta monyet gayut2 kat pokok sini sana pastu tukar-tukar pasangan" hahaha sgt setuju! "Yang comel macam Justin Bieber pun tidak apalah!" hahaha! ini lg la daku setuju!! haha!

Ara Yusoff said...

hahahahaha kejup2 i nak tambah lagi listtt ni!! tak cukupppp wokkk! haha