Jatuh Cinta
Dear Blog, setelah sekian lama Ara hidup, Ara tidak pernah merasakan kebahagiaan seperti ini. Setelah menyedarinya, Ara semakin jatuh cinta akan nikmat Allah. Ara bersyukur kerana dengan selsema yang melanda diri ini, ia menjadi petanda bahawa Allah masih sayang akan diriku seorang insan yang bernama Farah Wahida. Ujian ini diberikan kepadaku agar aku menerimanya dengan redha, bersyukur dan mengubah diriku agar menjadi insan yang lebih baik. Tanpa rasa sakit, aku pasti tidak akan merasakan nikmat apabila aku sihat. Dan apabila aku berada dalam keadaan sihat, sudah pastinya aku akan lebih bersyukur akan nikmat yang diperolehi, insyaAllah. Syukur Alhamdulillah. =)
Pengajaran dari kisah Firaun dahulu kala (Ara lupa nama dia). Disebabkan dia tidak pernah merasakan sakit sepanjang hidupnya. Dia menjadi angkuh lalu menganggap dirinya Tuhan. Dia mati kerana seekor lalat yang masuk dari lubang telinganya lalu menjelajah dalam kepalanya sehingga Firaun menghantuk - hantukkan kepala dia ke dinding dan dan dan Ara lupa apa yang terjadi selepas itu tapi punca dia mati mmg sebab lalat tu lah. *Nanti Ara tanya Ustazah akan kisah ini untuk membuat sebarang pembetulan sekiranya ada jalan cerita yang lari dari kisahnya. Ekeke Dan boleh buat sambungan selepas dia hantuk2 pale dia tu. Sekian Terima Kasih.* ^_^
Roblox Cheat Engine Download 2021
4 years ago

No comments:
Post a Comment