Kenangan Terindah yang terakhir buatku.
Pelbagai kenangan telah kami kongsi bersama. Antaranya ialah kami sering main kejar-kejar dalam rumah. Tsk tsk.. Lepas ni, siapa nk main kejar-kejar dgn Ara lagi? =.= Tiada apa pun yang sama dengan Bobo...Namun tiada apa pun yang boleh mengembalikan Bobo lagi... Ara harus menerima hakikat itu walaupun pedih untuk menerimanya...
Masa ni Ara jadikan Bobo MODEL kejap. Test lighting. He's Damn CUTE. I MISS HIM SO DAMN MUCH.
Bila Ara tengok gambar-gambar Bobo, air mata Ara menitis ke pipi tapi itu sahaja kenangan yang ada untuk Ara simpan selamanya. Ara teringat saat-saat akhir kehidupan dia. Nana bawa dia masuk. Dia lari ke atas. (Papa kata, dia lari naik atas sebab cari Papa, Yeah... Bobo sangat rapat dengan Papa)Mama asyik tanya "Bobo kat mana?" kita org ckp kat atas. Petang tu Mama naik atas and tgk Bobo terbaring depan pintu.Mama bawa dia turun nak kasi makan dan minum tapi Bobo nak masuk toilet. Tak lama lepas tu Bobo jatuh and mama jerit panggil Ara.Ara terus lari kat toilet and nampak Bobo dah terbaring. Mama suruh bagi air. Ara suapkan dia sikit air.Lepas tu Ara nampak dia mengerang. Ara dengan Nana terus menangis. Ara suruh Mama call Papa, nak bawa Bobo pergi Vet tapi Ara dah dapat merasakan tak sempat pun melihatkan keadaan Bobo saat itu. Ara ambil dia, peluk dia and bawa dia keluar dari toilet. Ara baringkan dia atas peha Ara. Dia semakin lemah. Hanya air mata sahaja yang menemani kami saat itu. Tidak lama kemudian Bobo menghembuskan nafasnya yang terakhir. =.=Jam menunjukkan pukul 5.55p.m. Keperitan yang Ara rasa saat itu sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata. Apa yang Ara tahu, Ara rasa lemah gila seakan-akan tubuhku tak bertulang. Air mata semakin deras mengalir.Papa masih belum pulang. Ara terus suruh Mama call Papa and beritahu psl kematian Bobo. 10 minit kemudian Papa tiba.Papa terus duduk dihadapan Bobo dan mengangkatnya lalu memeluknya erat dan mencium Bobo. Papa turut menitiskan air mata.Melihat keadaan itu, Ara menjadi lebih sebakkk... Walaupun Bobo sudah tiada tapi badan Bobo masih lembut dan longlai.Mama kata dia masih hidup tapi Bobo memang dah tiada. Mama tak bagi Papa pegang Bobo lama-lama. Takut kena badi kucing.Tapi Ara minta Papa beri Bobo pada Ara untuk ara peluk dan cium buat kali terakhir. Kemudian Papa keluar dan mula mencangkul.Dengan langkah yang berat, Ara mendukung Bobo membawa dia keluar untuk ditanam. Setelah lobang agak dalam, Papa mengambil Bobo and meletakkan Bobo didalam tanah dengan ucapan "I Love you Bobo, I Love You So Much Bobo..." dan air mata Papa terus menitis. Ara juga mengucapkan yang sama tetapi tidak mampu meluahkannya kerana Ara tidak mempunyai kekuatan untuk berkata-kata...Arghhhh memang perit untuk merelakan kepergiannya. Ara memahami perasaan Papa. Setiap hari Papa pulang dari Office, Bobo pasti menanti dan menyambut kepulangan Papa dimuka pintu apabila mendengar kereta Papa tiba diperkarangan rumah. Dan Papa akan mendukung, memeluk dan mencium Bobo lalu memberinya makan. Tapi semua tu hanya tinggal kenangan...Kenangan yang tidak boleh diukir kembali, Kenangan yang indah dan tidak akan pernah kami lupakan.
R . I . P
Ucapan terakhir untuk Bobo... (Ara harap sangat Bobo tahu isi hati Ara...) Bobo, Kakak nak Bobo tahu, Kakak akan sentiasa menyayangi Bobo. Kakak akan simpan kenangan yang telah kita ukir bersama disatu sudut jauhhhhh dalam hati kakak.Tiada apa yang dpt menggantikan tempat Bobo dihati kakak. Kakak harap Bobo tak lupakan kakak juga. Dan sekali lagi, kakak minta maaf sebab tak sempat nak luangkan saat-saat terakhir bersama Bobo.Kakak tak sempat nak berikan kasih sayang kakak untuk Bobo buat kali terakhir... Maafkan kakak... =.=
I Love You So Much & Will Always Do. I Love You Bobo...
p/s: Ara karang blog ini sehari selepas kematian Bobo. Alhamdulillah sekarang Ara dah boleh menerima hakikat bahawa Bobo telah pergi dan tak akan kembali lagi. Bobo, Kakak harap Bobo bahagia di sana. =) Kakak akan cuba untuk hidup bahagia walaupun perit rasanya terpaksa kehilangan Bobo untuk selamanya... Namun kakak tahu, setiap yang hidup pasti akan mati... I Love you... Dan kepada Baby, Adik, Mico, Isabel & Lulu... Jangan tinggalkan Kakak ok?! Kakak sayang korang jugaaaa. =.= Btw, Ara nak ucapkan Terima Kasih buat Saiful Ridzuan kerana ada di saat Ara memerlukan seorang kawan. Thank you so much. Ara sgt menghargainya. & again, Terima kasih. =) Sekian.





3 comments:
gosh.
bobo dh pergi?
awwww takziah dear!
be strong.
i know how it feels lyke to lose a cat thts extremely close to us.
just be strong! im here po u ;)
pertemuan itu syarat...perpisahan itu mutlak. its inevitable. kematian bobo sumpah gila tragis...mati sebab x de mood nak berak kan? isk sumpah sedih...paris hilton hampir jadi cam bobo time dia dalam jail..she refused to go poopy inside the cell bcoz takut polis snap her pic! (mesti buruk muka paris hilton time dia ngah berak kan? or masih maintain cun? lawa ke dia masalahnya? haha)dulu i ada banyak kucing...pastu sume dah mati. Skang ni i dah x mo bela kucing...i nak bela toyol or jin angin. haha dorang xkan mati kan? isk terlebih sudah! muahahahahahahahaha. (duduk sambil petik jari dan menyanyikan lagu feeling good by michael buble)
Fizz: Thanks sayang! Ok i will! =)
Ridz: Hahah! sakit perut gwe baca cmmnt anda! xD mekaseyh kerna menghiburkan hati gwe! =)
Post a Comment