21.05.2008
Hari ini gwe bangun lewat!!! Haha 6.50 baru bangun then salin buku, mandi, makan roti and cabut gi sekolah. Sampai sekolah pukul 7.35! Lewatnya! Haha! Syukurlah tak kena tahan... xD Semalam gwe nggak bisa tidur... Pusing kiri...pusing kanan... sampai pukul 2 lebih kot? Kunci jam pukul 6.00 tapi tak larat nak bangun! Haiskk! Sampai sekolah kena perli dengan Amanina! Alaaa janji datang an an an?! Haha xD Then jumpa Fatihah and wish dia happy birthday!Pastu awal pagi, kelas kita orang kena serbu dengan budak melayu kelas Science! Kelas dorang digunakan oleh pelajar cina sebab ada peperiksaan. Tapi lepas tu beberapa daripada budak melayu tu pindah ke kelas B disebelah kelas kami so tak la padat sangat kelas kami tu. Hari ni tak la sebosan semalam. Borak pasal kehidupan dan macam-macamlah. Paling tak boleh blah ialah disaat mereka memperli bila Ara menggunakan *AWAK,SAYA atau KITA*. Mereka dah biasa gune *KAU AKU* hmm tapi Ara tak biasaaa la pulok...adeyh! Asyik kena gelak je! Uhwaaa! =.= Macam-macam yang berlaku hari ini. Afiq F secara tak sengaja terlanggar botol Zaim and botol tu jatuh and tudung botol tu pecah!!! And and and Zaim nangissss! Sumpah kita orang macam pelik dan tak percayalah dengan apa yang kami lihat. Sebab Zaim selalu bertindak ganas dan diluar jangkaan. Mungkin botol itu pemberian seseorang yang istimewaaaaa... Barangkali~ xD Amanina pulak sakit perut sepanjang hari!!! Haaaaa! Ni mesti gara-gara Black pepper yang dia makan semalam... Adeyh Sian dia... Okayh hari ini saya dapat tahu maths saya gagal! Tapi dah dijangka pun!!!Sebab susah killer!!! Huhu! =.= Ramai juga yang gagal. Hmm Nasib badan... Saya akan cuba untuk menyukai maths la! Kalau tak, susah untuk saya mencapai markah yang diidamkan! Huhu. Melihat keadaan para guru, mereka tengah giat menanda paper-paper kami. Harap-harap hanya maths sahajalah yang gagal. Amin. Ohhh, hari ni kita orang berbincang dengan cikgu Mazlina pasal nasyid. Dia kata, MPK ada buat pertandingan melukis poster kut? Lepas tu kita orang diminta untuk membuat persembahan. Nasyid perempuan sahaja. Hmm.. Tapi saya bukan ahli nasyid perempuan tapi secara tak sengaja Ara dah jadi ahlinya kot? Sebab hari tu Ara join dorang buat persembahan untuk hari kecemerlangan akademik bila tak cukup orang... And dia suruh kita orang cari lagu yang best... Tapi dia nak lagu yang tidak menyedihkan dan bersifat dakwah... Lagu apa eh??? Persembahan tu pada 16 JUN 2008! Kena belajar main gendang lagi!!! Siapa nak main??? Kita tunggu dan lihat...Ohhh sejak kebelakangan ni Ara teringat kat kawan Ara yang seorang tu... dia sihat ke? Tengah buat apa ek dia skrg ni??? Rindu la pulok! =.= Hmm... Ahh Ara tengah dengar lagu BICARA MANIS MENGHIRIS KALBU...Lirik kegemaranku baru sahaja berlalu dari pendengaranku... "Keikhlasan hatiku bukanlah untuk dibalas, cukuplah sekadar jadi kenangan waktu berjauhan" =.= Ok ok Sambung cerita, pastu sebelum balik rumah... Amanina kata, "Ara jumpa kat surau atau kat KP!" Bila sampai rumah, tengok Mama tak sihat pula..Pastu Ara teringat nasi lemak Mama tertinggal kat sekolah so i went back to school untuk ambil nasi lemak tersebut. Bila mandi, Ara memikirkan sama ada nak pergi ke tak ke birthday party Fatihah... At last, Ara tak jadi pergi kerana memikirkan Mama tak sihat...I hope Fatihah faham... Hmm.. Masa Ara sakit, Mama tak pernah biarkan Ara bersendirian. Takkan Ara nak tinggalkan Mama sorang-sorang bila dia tak sihat... Bila lagi Ara nak balas jasa Mama...Then Ara msg Amanina kasi tau dia Ara tak dapat pergi... Bila petang, dia datang rumah and pulang Ara punya pen-pandu (pen-drive)! Haha! And Ara kasi Fatihah punya lepas memasukkan tugasan yang kami siapkan semalam. Pastu Papa balik, lepas siap goreng cikodok! Kita orang makan sama-sama! Sedap la pulok! Haha! Empuk dan garing! Yummm2! LOL. Oh hari ini kami bikin istilah baru! Haha. Kan ada istilah mengatakan "Sebaik-baik jin, sama baik dengan manusia paling jahat" Istilah baru yang kami cipta, "Sepoyo-poyo jin, sama poyo dengan Amirul!" Haha Maafin kami yach Amirul tapi itu kenyataan dan diakui oleh teman-teman kamu sendiri! Mana taknyaaaa! Afiq S ngah gaduh ngan Amanina pasal apatah an, pastu Afiq berdiri, Amanina pun diri, jap lagi sebab Afiq ni tinggi, Amanina pun panjatlah kerusi. Then si Amirul ni, konon-konon tengah baca buku dengan jarinya menunjuk ke arah ayat-ayat dalam buku teks PJK tu lalu berkata "Sedar-sedarlah diri tu pendek..." Haha siotkan? Sian Amanina! Hiskkk!!! Tapi Amanina pun tergelak! LOL. Afiq F sempat buat peta dalam kelas! Haha!Peta planet Pluto barangkali? Hahaha! Araaaa Araaa! Tak baiklah!!! =.= Erm, esok ada paper PJK, paper terakhir yang tidak penting. Oklah, Ara out dulu ek... Nak buat sesuatu yang wajib dilaksanakan dan kemudian nak baca buku PJK! Papaiii! =)
20.05.2008
Alhamdulillah sudah berakhir peperiksaan pertengahan tahun. Soalan esei ekonomi tidaklah sesukar yang dijangka. Ara sangat menyukai soalan mengira pendapatan boleh guna. Belanjawan peribadi juga agak mudahlah. Pada awalnya hari ini adalah hari yang agak bosan. Namun kebosanan ku berakhir disaat Amanina tiba dirumahku pada pukul 9.00 malam kerana ingin menggunakan pc untuk membuat surat permohonan perkelahan kadet bomba. Tak lama lepas tu Fatihah pula sampai. Kita orang berbual kosong. Mereka berkongsi cerita tentang pacar kesayangan mereka. Setelah mendengar cerita mereka yang telah berpengalaman tu, Ara rasa errr macam seronok bercinta... Seram pun ada. xD Tak kisahlah, lumrah kehidupan huhu. Kemudian Amanina memulakan langkahnya menuju ke PC. Ahhh bukan buat surat tapi dengar lagu!!! Haha! Jap lagi Fatihah membebel barulah dia berhajat nak memulakan kerjanya. Amanina kata "Tak pe, jari Ara kan macam bertih jagung! Sambil senyum2" Lalu Ara berkata "Hahhh??? Nak suruh kita menaip ke? *Buat muka terkejut* Haha" Pastu Amanina gelak. Fuhh sabo je lah. Dan Fatihah telah mengeluarkan istilah baru iaitu gabungan antara ASTAGHA dengan AMANINA = ASTAMAN! Hahaha. Cakap sambil jerit pulok tu! Adoi. Sakit perut kita orang gelak. Jap lagi ada insiden mengalami kesusahan untuk melabur bursa saham! Haha. So Ara suruh Nana kasi Tiha air serat yang boleh melancarkan sistem pelaburan. Haha. Pastu Ara buatkan dorang air teh o. Fatihah sakit perut sebab tu tak boleh buat air sejuk dan dia ada gastrik... Ohh Mama dengan Papa tak ada kat rumah. So kami terasa macam kami dah tinggal dirumah sendiri! Haha xD Hmm.. Dan kerana kami agak kelaparann... Ara memberitahu mereka bahawa beberapa bahan untuk membuat spaghetti ada tetapi daging cincang, tomato puree, cendawan butang dan beberapa bahan lain tiada so tak berapa lengkaplah. Tapi sebab lapar, kita orang masak juga. Haha. Dahlah lampu dapur rosak! Haha Daku dan Fatihah memasak dalam gelap sementara Nana dan Amanina menyiapkan tugasan tersebut!!!Bahan yang kami gunakan hanyalah Sos Spaghetti Prego (Tomato, selasih & Bawang Putih), Bawang besar, Lada putih, Cili Bo, Cendawan yang pelik tapi benar?, Oregano, Garam dan sedikit Gula. Sambil masak tu, kita orang berbual dan seperti biasa dengan lawak bodoh kami. Haha. Fatihah kata "Romantic pulak masak dalam gelap ni" dan saya membalasnya "Tahu tidak apalah" Ohh dan dia sangat berharap agar Ara dapat join birthday party dia di KP lepas sekolah. Ara ckp, "InsyaAllah, tapi kalau Ara nak pergi, Ara balik mandi dulu then terus pergi" then dia kata ok. Ara memberi tawaran agar dia tompang mandi dulu kat rumah Ara sebab rumah Ara dekat dengan sekolah, pastu boleh pergi sama-sama tapi dia tak sempat nak singgah sebab ada kawan dia yang tak boleh lama di KP sebab ada hal lain. Saya memahaminya. Ara masak sos spaghetti, Fatihah masak Mee dia. Haha. Lepas sos siap, Ara basuh pinggan sementara tunggu Mee spaghetti tu siap. Pastu Ara hantar Sos tu dulu ke depan. Hahhh Makcik dua ekor tu dah tak menahan bagai harimau ingin membaham mangsanya! Hahaha. Pastu Fatihah jerit dari dapur."Woiiii!!! Tunggu kita oranglah. Penat-penat kita orang masak" Ara gelak je. Haha. Bila dah siap, Fatihah letak sedikit butter dan digaulkan pada mee spaghetti secukup rasa. Mee tu terbakar sikit! Ahaha! Masak dalam gelap la katakan! xD Pastu kita orang bawa pinggan dan mee ke depan dan bersantap! Haha. Walaupun kekurangan bahan namun mereka kata sedap sampai makan terlampau kenyang dan dan dan perut saya rasa nak meletup!!! Hahaha. Fatihah gelakkan Ara pastu dia kata "Nana baik awak jauh, kang perut Ara meletup abes satu rumah penuh spaghetti" Haha sabo je lah. Alahh mereka pun kekenyangan sampai nak termuntah balik. Kita orang makan banyak sangat sebab tak sanggup nak membuang makanan. Rezeki tak baik dibazirkan...Paling tak menahan masa Amanina tuang black pepper kat spaghetti dia. Perghhhh! Telingkuppp sesudu beso black pepper atas spaghetti dia. Tak tahulah bagaimana rasanya????!!! Hahaha! Saya tak mahu bayangkan! =.=Dan saya pula melanggar jug air Mama yang berada di atas meja sampai air tu telangkup atas lantai tapi penutupnya masih tertutup cuma jug tu tertonggeng. Memang pelik tapi itulah kenyataannya! Hahaha. Air tumpah sikit je. Lepas tu Fatihah suruh Amanina dengan Nana pula basuh pinggan. Saya dan Tiha Sambung tugasan mereka. Amanina kata, "Ko nak aku basuh pinggan, makan spaghetti tu sampai habis kalau tak aku tak nak basuh" What the duck????!!! Hahaha. DUCK ehh bukan *UCK! Jangan menCARROT! Tak baik! Haha. xD Fuhhh perut orang dah kenyang gila babeng nak suh orang sumbat lagi. Dia ingat perut saya ada tabung simpanan semasa apa?! Haha. Kan aku dah masuk subject ekonomi dah. Wakaka. xD Pastu saya dan Fatihah sambung kerja kadet bomba tu dan Amanina dan Nana ke dapur dan mula membuat kerja mereka.Ada ke patut, Fatihah gelakkan Ara bila ada typing error???!!! Haha. Padah type laju dan keyboard ni punya tulisan pun dah makin menghilang dari pandangan mata. Haha. Dah pukul 12.00, tugasan hampir siap. Tiba-tiba pacar kesayangan Fatihah call, mungkin untuk mengucapkan selamat hari jadi... Bila siap menaip...dorang pun balik sebab ayah Amanina dah sampai untuk menjemput mereka pulang. Haaaaahhhh! Ara lupa nak wish Fatihah! Atoih. Tak pe! Tak pe! Esok sampai sekolah saya akan cari dia dulu.Woppppssssiiiieeeyyyy! Dah pukul 1.06am!!! Esok sekolah so chiowww! Nantoknyaaaaa nite2! ZZZzzz...
19.5.2008
Hari ini hari isnin bertarikh 19.5.08. Hihi. Cuti-cuti Malaysia~ lol. Erm, malam tu, Ara kunci jam pukul 6.30. Bila jam berbunyi, Ara macam tak larat nak bangun. Dasyat betul hasutan syaitan. Isk3. Pastu Ara sambung tidur. Tersedar pukul 9.00. Perut Ara pulak dah tiga hari sakit. Ara pun tak tahulah kenapa. Shirit tak la pulak? Masalah wanita jauh sekali.Pertama sebab tak pernah sakit perut bila datang bullllll hahaha. Kedua sebab bulllll baru sahaja berlalu so macam tak mungkin la ia penyebabnya. Then, Ara bangun dari katil. Bual-bual kosong dengan Nana yang berada di katil sebelah. Kita orang merepek dan buat lawak bodoh.Haha. Sebagai penghibur hati barangkali?! xD Pastu Ara turun, tengok Mama tengah masak. Dia suruh Ara tolong ambilkan bekas makanan kucing tapi dia kata kalau tak nak buat banyak kerja, bawa je makanan tu keluar.Ara keluar and mula mencuci sangkar kucing and bagi dorang makan. Bila siap, Ara pun masuk and Mama kata "Mama dah siap masak, tengok jam pukul berapa? Wah setengah jam je Mama masak." Pastu Ara kata, "Ara pun dah siap kemas luar" Pastu Mama senyum bersama ucapan thank you. Saya senyum je lah. Huhu. Sebab perutku sudah menyanyikan lagu dangdut.Ara pun ajaklah mereka makan bersama. Setelah siap makan, Papa keluar and cuci kereta. Disebabkan Ara dah lama tak bersenam so Ara kata kat Mama "Ma, jap eh, nak tolong Papa cuci keretalah." Ara ambil sabun and buh dalam baldi. Ambil sponge and berus dan beri pada Papa. Pastu kita orang pun cucilah kereta.Pastu Ara tanya Papa. "Pa, kalau lagi beberapa hari Pa nak dpt gaji an, apa yang Papa rasa? Ada rasa tak sabar tak?"Pastu Papa cakap "Nope. Nak tahu kenapa?" Ara jawab "Naklah" Pastu Papa kata "Sebab bila dapat, banyak benda yang kena bayar"Pastu kita orang gelak. Huhu. Erm betul juga apa yang Papa cakap. Kesian dia. Tapi itulah fitrah manusia yang memerlukan duit untuk hidup.Tambahan pula segala benda harganya makin mahal. Bagaimana pula dengan orang-orang yang tidak berkemampuan? Haisk. Kesian mereka.Andai saja Ara boleh membantu. Pastu Ara tanya Papa lagi *Ara memang banyak tanya. Haha xD* "Paaa, Nanti sabtu ni kita nak pergi Rompin, nak cuci kereta tak?" Papa jawab "Tengoklah kereta ni kotor ke tak!" Pastu Ara kata "Jumaat sempat tak cuci?" Papa cakap "Tak sempat!" Pastu Ara kata "Beh tu nanti kereta kotor?" Pastu Papa kata "Janji HATI kereta ni baik" Then kita orang senyum! Huhu. Hmm.. Tak lama lepas tu Mama keluar dari rumah. Kereta sudah pun bersih. Jap lagi Mama kata, "Ara sapu sikit depan pintu tu" Ara pun ambillah penyapu and sapulah. Lepas tu Ara dengar Hp Mama berbunyi, Ara kata "Ma, ada msg!" Mama pun masuk ke dalam rumah. Masa Ara tengah sapu tu tiba-tiba penyapu tu patah dan terkulai. Haha. Ara pun macam alamak mati aku. Hahaha. Pastu Ara mengadu kat Papa, "Paaaaa, penyapu ni patah..." Pastu Papa gelak. Urghh sabo je lah. *Dalam hati Ara, macam mana nak beritahu Mama ni?!* Tak lama lepas tu Mama keluar. Jantung Ara berdegup dengan kencangnya. Haha. Lalu Ara memberanikan diri menyuarakan suara hati. "Mamaaaaaaa, penyapu tu patah..."sambil menunjukkan keadaan penyapu tu pada Mama" Mama melihat ke arahnya lalu tergelak. Pastu dia kata "Penyapu sekarang ni memang tak tahan lama" Fuhhh legaaaa. Haha. Pastu Ara masuk sebab nak basuh baju and mandi. Siap mandi, Ara pun menyikat rambutku yang semakin panjang. Ia telah mencecah pinggang. Tak lama lagi nak gunting sikit. Pastu telingaku gatal. Haha. Ambil cotton bud 2 dan mula melaksanakan tugas-tugas mencuci telinga. Nikmat woh korek telinga.Haha. Sebab geli. Wakaka. xD Tengok jam baru pukul 12.30. Lambat lagi nak masuk Zohor, So Ara mengambil keputusan untuk menaip segala yang berlaku hari ini. Hahhh ni lah ni ngah menaip ni. Ahaha. Sekarang dah pukul 1.02 petang. Jap lagi Ara out. Nak solat dan baca buku Ekonomi. Esok paper Ekonomi merangkap paper terakhir. Yeayyy! Alhamdulillah. Actually jumaat ada lagi satu paper. PJK. Paper tu tak hambik pun tidak apalah tapi kalau pergi sekolah terpaksa jugalah mengambilnya so masih kena baca buku. Kalau tak kang habis semua saya tibai je jawapan dia. Haha. Btw, saya hanya akan melakukan kerja-kerja penibaian sekiranya saya benar-benar tak dapat menjawabnya. Haha. Termasuk ESEI!!! Dengan itu, akan keluarlah falsafah Farah Wahida bila otak saya tidak dapat memancarkan jawapan yang tepat dan benar. Hahaha xDAra tengah dengar lagu Delta Goodrem ni, bertajuk Lost Without You. Haishh liriknya menjentik hati nurani saya. Huhu. =.= Apa yang disampaikan dalam lagu tu sama seperti apa yang saya rasa saat ini. Huuuu. Tidak apalah. Ketabahan perlu dipupuk dalam hati Farah Wahida. Wahhhh sudah pukul 1.18. Ara pun dah tak tahu nak cakap apa lagi dah. So chiow! Daaaaa! =)

No comments:
Post a Comment