Friday, February 6, 2009

Cubaan memasak!

Dulu semalam aku try masak makanan kegemaran aku, Telur Itik Masak Lemak Cili Padi. Dengan pengawasan Mama la. Hahaha! Kang kalau Mama tak mengawasi aku, jadi telur masin pulak kang! Haahahaha! =p Aku ikut cara yang Mama ajar aku..

Bahan-bahan yg aku guna : 2 atau 3 gelas air (Bergantung kepada berapa banyak kelapa yang digunakan. Supaya ia tidak terlalu pekat), 6 biji telur itik, 17 biji cili padi (Papa nak pedas, tapi lepas tu tak berapa pedas pun sebab bercampur dengan daun asam gelugur), 2 serai, sedikit daun asam gelugur (Tak nak buboh pun tidak apalah, aku buboh sbb Papa nak.), 2 asam keping, garam dan gula. Eh serbuk kunyit dengan kelapa tertinggal! Hahahaha! =p 2 kelapa kotak yea! =)

Cara-caranya: Aku tak blend cili padi tu, bak kata Mama, tumbuk lagi sedap! Hehe!
Aku tumbuk cili padi sampai lumat. Mama kata, jangan bersepai! Hahaha! Tau tak bersepai tu apa? Bersepai tu macam cili padi tu tak lumat la. Aku pun tak tahu dari mana Mama cilok ayat tu. Haha. Tumbuk cili padi bersama serbuk kunyit sahaja.

Kunyit letak sesudu sahaja. Tujuannya supaya cili padi tak melompat-lompat kegirangan! Hahaha! =p

Apabila cili padi sudah lumat ditumbuk, masukkan serai. Tumbuk hujung dia sahaja. Yang bahagian gemuk sikit tu. Supaya pati serai tu keluar dari tubuhnya! Hahaha! =p



Jangan tumbuk hujung kunyit tu sampai dia bersepai pulak! Hahaha! Tumbuk ala-ala kampung je. =p Bagi dia pecah sikit je.

Kemudian, potong daun asam gelugur mengikut kemahuan anda. Kalau boleh jangan tebal sangat. Nanti nak makan tak sedap.


Macam inilah rupanya.
Apabila bahan sudah siap. Panaskan periuk. Masukkan sedikit air. Kemudian masukkan kelapa & cili padi serta serai yang sudah siap ditumbuk.

Masa ni colour dia belum kuning lagi. Haha. Masukkan sedikit serbuk kunyit lagi agar warna masakan ini menyerlah. Kacau sehingga sebati.
Setelah ia menggelegak, masukkan telut itik, satu demi satu ya. Masukkan dengan perlahan-lahan, kalau tak nanti, tak jadi telur kang. Hahaha! =p

Biarkan telur itu masak. Setelah ia masak. Taburkan daun asam gelugur diatasnya.
Kacau perlahan-lahan supaya telur-telur itu tidak hancur. Setelah itu, masukkan asam keping.

Aku pun tak tahu la kenapa asam keping ni hitam gelegam. Haha! Mama kata, dia kena jemur lama-lama sebab tu dia hitam gelegam. Tak kisahlah. Haha =p

Kemudian, masukkan garam secukup rasa. Masukkan secubit gula. AMARAN! JANGAN MASUKKAN GARAM SEBELUM TELUR ITIK MENGERAS. JIKA TIDAK TELUR AKAN HANCUR. Ini petua Mama! Huhu. =) Kemudian rasa masakan anda supaya anda boleh menambah apa yang perlu jika ia memerlukannya agar ia mengikut citarasa anda. Biarkan ia menggelegak seketika. Dan akhirnya terciptalah masakan kegemaranku. Hehe.

Tadtadabaaaaaaa!

Aku makan dua biji setengah. Haha! Mana tak gemuk! Wakakaka! =p Nafsu unta aku tak tertahan bila menatapnya! Wahahaha! =p Cubalah anda try jika anda menyukai makanan ini juga. Ngee! =) Sekian terima kasih.

1 comment:

Unknown said...

I enjoy reading ur blog!Especially this entry!Hehe,telur itik masak cili padi.WOW!For sure pedas punya nih,i tak makan pedas la pulak.Hee,plus i tak makan telur itik or teluk masin pun.Mcm ajar memasak je.Len kali u buat cheese cake boleh?i suka sgt!! :D