Weeehee!! Aku & Anna dah pencen untuk seketika! Hahahaha! Semalam merupakan hari terakhir aku bekerja dengan Maxis di bawah syarikat Ashita Communications. Mula-mula bos tak kasi berhenti. Dia cakap dengan Anna, suruh kita orang kerja lagi sebulan. Lepas tu aku bersuara. Dia suruh kita orang kerja lagi seminggu. Bila aku merayu nak berhenti. Dia kata, "Esok kita bincang". Surat berhenti kerja yang aku nak kasi dia pun dia tak nak terima. Baca pun tidak. Esoknya pula, aku ternanti-nanti kehadiran dia. Bila dia masih tidak muncul,aku mengambil keputusan untuk menghantar pesanan ringkas kepadanya. Aku pun tibai ah sepikinggg! Hahaha! Dah la aku tak berapa pandai tapi sebab hati aku meronta-ronta nak berhenti kerja jadi aku gagahkan juga untuk menjahanamkan bahasa inggeris. Haha.
Ara: Hye Mr. King. I'm Farah. Are you coming today? I need to settle with u about my termination of employment. I have to further my study soon.
Yo yo ooo je nk lanjutkan pelajaran dlm masa terdekat ni. Hahaha. Result pun belum keluar lagi! Ahaha. Lepas tu hati aku berdebar-debar menanti balasan darinya. Selalunya kalau Nana menghantar msg kepadanya. Dia akan menelefon kembali. Aku nervous sampai rasa nak terkencing. Haha. Jadi aku minta kebenaran untuk ke toilet dan meninggalkan handphone aku pada Anna. Bila aku balik, Anna kata dia masih belum membalas apa-apa. Sejurus selepas aku mengambil hp aku daripada Anna. Aku menerima satu msg daripada seseorang. Ternyata msg itu adalah msg yang aku nanti-nantikan.
Mr. King: Ok, will revert to u by tomorrow. Today I'm having meeting. Anything refer to Raphael first. By the way, we can accept ur resignation. Tq.
Lalu aku terus membalas ringkas. "Oh, Thanks Mr. King."
Hati aku sudah melompat gembira! Aku menunjukkan msg itu kepada Anna. Dia terus sep2 dengan aku! Hahaha! Aku menghabiskan segala kerja dengan penuh semangat! Heee! Dan hari ini aku sudah bebas daripada paksaan dan ugutan mereka! Syukur Alhamdulillah. =)
Roblox Cheat Engine Download 2021
4 years ago

2 comments:
hahah freedom~boleh la u guys amik lesen kete eh :D
insyaAllah boleh!
Post a Comment