
Hari ni Ara sampai di Unisel dan mendapat berita yang membuat diriku sedikit terperanjat kerana sebab-sebab tertentu tapi tahap cemburu ku menewaskan segalanya. Ara tak tahu kenapa Ara cemburu bila mudahnya seseorang itu mendapat teman hidup. Mungkin kisah orang berbeza, apatah lagi takdir tapi sampai bila harus Ara menanti saat kebahagiaan yang Ara sentiasa mimpikan? Hidup dalam tanda tanya, kenapa orang mudah berpasangan sedangkan Ara masih single sejak azali? Tak pernah merasakan kemanisan harapan yang menjadi impian... Adakah kerana Ara terlalu memilih? Sedangkan kawan Ara ramai sangat. Tak terkira pun tapi bezanya yang rapat boleh dihitung dengan jari. Jari tangan sahaja, tidak termasuk jari kaki. =.= Apa yang Ara paham tentang kemahuan Ara, Ara bukanlah memilih sangat *sikit-sikit adalah, kita mesti ada ciri-ciri lelaki idaman yg kita suka~kan kan kan?! =p* cuma Ara mencari keikhlasan. Keikhlasan yang boleh dilihat dari sinar mata. Luaran bukanlah segala-galanya. Kalau kacak mcm Brad Pitt pun tapi hati busuk, kejujuran & keikhlasan tiada... Sampai kiamat pun takkan bahagia. Kadang-kadang, Ara juga takut untuk bercinta bila melihat keadaan sekeliling yang mempunyai pelbagai masalah percintaan. Terutama orang yang paling rapat dengan Ara! Yang pernah tinggal seperut dengan Ara! *Menggantikan serumah yer! Haha =p* Macam-macam dugaan percintaan dia lalui. Melihat dia menangis setiap malam adalah menyakitkan dan... menakutkan? =.= Hurm.. Ada kawan Ara tanya, "Betul ke sekarang perempuan anggap couple tu satu trend?" Perspektif orang, kita tak boleh jangka. Bagi Ara, couple bukan trend! Kalau Ara anggap couple itu trend, Ara tak akan single sejak azali. Dah berpuluh kali agaknya couple-break, couple-break. Orang yang menganggap couple itu trend, nampak sangat tiada secebis keikhlasan pun dalam hati dia. Jadi terpulang pada kaum lelaki dalam menilai seseorang insan yang bernama gadis itu~ Tipulah pula kalau Ara kata Ara tak pernah jatuh cinta. Sejak lahir, campur tolak darab bahagi, adalah dalam... jup kira jup... ahhh sorang je! Haha! Terpulanglah nak percaya ke tak, janji Allah tahu kebenarannya. Kalau suka tu memanglah jumlahnya lebih dari satu! Dari tadika pun pernah tersuka kat seseorang kan... Tapi bila ia hanya "suka" semata-mata, kita tak akan kisah jika kita terlupa tentang seseorang itu buat selamanya but if you truly love someone, you're going to remember him/her until your last breath... Am I right? or am I right? Yes! I am right! Haha! *Ceyh ckp mcm ada pengalaman bercinta 30 tahun je! Ahaha!* Ini hanya pendapat Ara & apa yang Ara rasa. Pendapat orang juga lain-lainkan, jadi terpulanglah kepada anda sama ada anda setuju atau membantah pendapat ini. Nak tahu kenapa Ara cakap, Ara pernah jatuh cinta sekali je? Jeng3! Haha! Sebab itulah kali pertama sejak azali Ara luahkan perasaan Ara kat seseorang yang Ara cintai. (Sila kira berapa banyak azali dalam entri ini! Haha!) I've never done that before and i'm not going to do that again! Takut utk terluka buat kali kedua. Cukuplah untuk mempunyai pengalaman seperti itu sekali seumur hidup. Sangat menyiksakan hati, jiwa & raga! Fuhhh! Alhamdulillah Ara berjaya bangkit dari penyiksaan itu dan tidak membenci atau menyalahkan dia. So kalau korang suka kat Ara, mai le berterus-terang dengan I, I akan pertimbangkan! Kalau berat terlebih atau berat tak cukup, I reject! Hahahaha! Kidding! Ara akan mula menyukai seseorang itu melalui mata dia! Mata pun cukup! Haha! Kalau sekali bertentang mata, tapi Ara dh kalah dengan pandangan mata dia. Sahhhh He's The One! Haha! *Tapi ni baru stage suka! Hee* Jatuh cinta lambat lagi! Cinta akan muncul melalui cara layanan dia terhadap Ara. Personality & attitude merupakan peranan penting untuk melunturkan hati gwe tanpa menggunakan clorox! Haha! =p Simple is everything I need in "him" or "Mr. Right". Apa yang penting??? Kerjasama! Eh salah2! Just Be Yourself! Mencintai seseorang yang menjadi dirinya sendiri adalah sangat mudah dan indah berbanding mencintai seseorang yang bertopengkan setan! Eh bukan! Bertopengkan orang lain. Cuba bayangkan bila dia mula menunjukkan belang! Eh2 salah lagi! Mula menunjukkan dirinya yang sebenar, macam-macam boleh terjadi. Silap-silap perang periuk belanga nanti. Memang susah untuk bagi orang paham bile tanggapan setiap orang tidak sama. Memang susah untuk buat orang mengerti bila pengertian manusia berbeza. Ara tak pernah lelah menanti orang yang bakal membahagiakan hari-hari mendatang Ara. Harapan Ara tidak akan putus pabila Allah telah menjanjikan hikmah-Nya setelah menduga makhluk-Nya. Banyak lagi isi yang terpendam dlm hati tapi dia taknak keluar so Ara tak boleh share dengan korang buat masa ni! Maybe next time! Maafkan Ara andai ayatku keju nak DIE(Mampos)! Haha! Nak kata korang terhibur, ini bukan entri menghiburkan... Papepun, thanks for reading this. =)
.jpg)
Perjalanan Cik Pok & Cik Pek masih jauh...
Anna & Arra
*Saja gatal nak double r! Hahaha! =p*
Tolong doakan kebahagiaan kami! Eh3, kepada pembaca baru jika ada, jangan salah anggap dengan maksud saya mahupun dengan gambar ini, kami bukan lesbian tapi kami si kembar. Kembar Pok & Pek! Ahaaha! =p
p/s: Psst!!! Entri haku tak pernahnya pendek! Hahahaha! =p
Love, Ara.

2 comments:
whoaaaa.terkesima kejap.panjang gilooo type.heh i agreed with ur opinion wahai ara.tak ku sangka kita mempunyai pandangan yang sama xD
hee syukur deyh kamu stuju! eiii i miss him badly~ haha
Post a Comment