Setelah kebas montot duduk dalam dewan kuliah selama 5 jam, akhirnya Ara dijemput oleh family ku untuk pulang. Eh bukan pulang tapi pergi teman kakak nak cabut gigi. Sementara menunggu, kami lepak di Kopitiam. Hampir satu jam, kakakku tiba dengan membawa 1 berita, berita mengatakan giginya belum dicabut~ Heh! Ingatkan berita apalah tadi an an! Hihi! =p Lepas tu Ara terasa ingin makan Sushi di Jusco Aeon Bukit Tinggi namun mereka malas untuk ke sana kerana agak jauh sedikit jadi kakakku membuat keputusan untuk makan sushi di Klang Parade kerana dia juga mengidamkannya. Sampai di sana, dengan perut yang bergendang gendut tali kecapi mula menghasilkan irama. Kami pun mula mengisi & memenuhi segala ruang yang tersembunyi. Telah memakan lebih dari 10 pinggan sushi namun tak lebih dari 15! Hehe! =p Pastu perut macam nak meletop kekenyangan! Hahaha!
Kani Mayo! *Ini fav. saya!* =)

Zuwai Kani
*Fav. juga! Nyum2!*
Yg ni nama dia Kinshi Kani Maki kot? *Kak Rina's fav.*
Kani Maki, Kani Maki! Haihh! @_@
Kalau kepedasan, maki terus wasabi tu! Hahaha!

Ebikko!
*Baru nak jd fav. saya*
Eh comellah nama Ebikko ni! Nanti ada BF nak bagi nama ni kat dia la! Tapi kalau salah sebut jadi BIBIK KO! Hahaha! =p

Kalau yang atas tadi Kinshi Kani Maki sbb tengah2 dia ada crab. Yang ni pun ada crab so nama dia maybe Kani Maki! Hee! *_* Crab is Kani right? Ebi is Ebi AF! Haha! Slh2! Ebi is Prawn! =)

Salmon!
*Kak Rina's fav.! Tadi first time makan ni, rasa dia tak boleh tahan! Eh tipu2! Rasa dia sesedap lidah merasa! Sesedap tekak menelan, sesedap perut mengenyang! Wakaka! =p

Mama yang mempamerkan wajah geli tgk kitaorg makan akhirnya mengambil keputusan utk makan Garlic Fried Rice sahaja! Hihi!
Ada lagi satu fav. Ara tapi gambar dia tak sempat nak tangkap sebab tekak Ara tak nyempat nak menelan! Gigi Ara tak menyabo nak ngunyah! Perutku tak menahan nak mengenyang! Hahaha! Tolong jgn layan budak ni! Mereng sikit pepagi buta ni! Oh nama sushi fav. ku yg dikasihi itu ialah Tuna Mayo~ Yummieee! Haha! =)

Okay, ini dah lari dari topic tapi nak cerita jugak! Ini adalah gelang kesayanganku sejak kecil! Kecil ke? Hahaha! Sejak zaman persekolahan dulu la! Dari form 3 kot daku mula memakainya! Tapi masa sekolah, sekejap2 cabut sebab dilarang utk memakainya. Habis sekolah terus pakai tanpa cabut sehingga ia tak boleh dikeluarkan lagi dari pergelangan tanganku kerana secara fakta, Ara dah gemuk! Haha! Jadi, pada suatu hari di Campus Unisel, kawan baruku yang bernama Farah Shazana telah dengan senang hatinya menggunting gelang2 ini. Dia siap berlakon nangis tp tgn laju menggunting. Serious comel! Haha! Yang Anna tukang gelak je~ Hati I tak siapa yg tau! Huu! Merudum taw! Wahaha! Tapi sekejap je! Lepas tu dah ok! Come on~ ia hanya gelang hitam! Hee! Woahhh! Dah pukul 2 pagi? Dahla semalam tidur 2 jam je lepas tu dalam kelas duk nguap 24 jam! Haha! Better cabut now! See ya next time! Daa! =)
No comments:
Post a Comment