Blog ni agak lama tak berupdate. Bila dah cuti tak dapat on pulak kerana kat rumah tiada internet. =.= Mempunyai masalah dalaman la katakan... Huhu. Tak perlulah saya cerita disini. =p
Korang sambut new year dimanakah? Hmm... Saya & keluarga bercuti di Port Dickson bersama beberapa ahli keluarga yang lain. Menetap dimana? Di Banglo yang buat saya rasa macam anak hartawan tu! Haha! (Kisah terasa seperti anak hartawan ni terdapat dlm entri yg lepas) Nasib baik kat sini ada Wi-fi. Dapat meluangkan masa berkongsi cerita. Thanks to Abang Nan & Kak Sally for inviting us. Oh yeahh, Happy Birthday Kak Sally! May God Bless You Always! Mwah2! =)
Sampai je di tempat kejadian, terus merasakan kedamaian dan ketenangan yang telah lama saya dambakan... wah ayat? Hahaha!
Pemandangan dr depan banglo tersebut. Depan ada pantai. Haisk!
Setelah menyambut tahun baru dan hari jadi Kak Sally, kaum bapa pergi memukat di laut. Eh pesisiran pantai je kot. Tak dalam sangat la sebab dorang tak guna sampan ke apa, dorang guna kaki je. Haha ye guna kaki pun boleh! Akibat kebosanan, saya mengajak Tasia untuk melihat bapa kami namun dia kata dia malas lantas saya ajak Aiman dan dia mahu menemani saya! Haaa Ara kurangkan hukuman anda kerana telah bermurah hati! Haha! And Oh My god, memang tak sia2! Kali pertama berjalan di tepi pantai tengah malam, air laut yang suam2 kuku, udara yang sepoi2 bahasa memang awesome! Gmbar di atas ini adalah alatan yang telah mereka gunakan untuk memukat! Banyak anak ketam yang tak boleh dimakan tersangkut disitu. Setelah dorang kutip ikan, ketam yang mengepit pukat tu degil jadi dorang terpaksa pijak! OMG! Sangat kejam!!! Tapi memang tak ada cara lain. So Pakcik yang ajak Papa & Abg Nan tu la yg pijak ketam tu. Dia dh biasa buat kot? Sebab tu cara dia pijak mcm tak ada perasaan?! Hmm... Dan kemudiannya, Ara & Aiman memulakan pengembaraan kami di pantai itu. Haha dan kami menjumpai sesuatu yang menarik perhatian kami... Tadtadabaaaaaaaaaaaaaaaaa....

No comments:
Post a Comment