Saturday, January 2, 2010

Today.

Tiada apa yang menarik. Hari ni kami makan barbeque ayam, ikan dan daging. Lazat! Kemudian cemburuku mendadak apabila Kak Lina & family sampai membawa cake yang mempunyai gambar Edward Cullen utk Kak Sali. It was awesome! Huhu.

Comelkan? =)

Ye ye ini belangkas, kesian Ara tengok belangkas ni kena bakar dengan tukang barbeque selaku penjaga banglo ni. Siapa yang makan minatang tu? Bukan ke dia dua alam? Dan jika benar ia dua alam, kan tak boleh di makan? Aliff cousinku mengajukan soalan itu kepada tukang barbeque, dia hanya senyum sahaja. Was that an answer? Haisk...
Pastu kami semua kembali menyelam! Hari ni lagi best, semangat nak belajar berenang dan cara bernafas dengan betul di dalam air terus tertelan air dgn banyaknya lalu termuntah. Nasib baik tak muntah dalam kolam. Kalau tak, lalalalala! Hahahah. =.=

Gambar yang Ara nak masukkan smlm tu ada masalah sikit so tidak dapat di siarkan. Esok InsyaAllah kami akan pulang. Makin seram, result sem kedua dah nak keluar. Harap2 pointer tak jatuh. Amin. Oh ermm, lepas ni kalau Ara lama tak update blog sorry ek, almaklumlah kat rumah tak ada internet dan kelas start 17 januari so pepahamlah. Huhu. Ceyh cakap macam ramai pembaca je. Hahahaha! Sekarang dah pukul 5 pagi, sangat mengantuk. Ara tidur dulu kayh. Papai everyone. Take care to whoever yang baca entri ini. =) Assalamualaikum.

No comments: