Saturday, June 7, 2008

Shah Alam?

Today we will be going to Subang Alam, Shah Alam. Pergi Birthday Party Cucu KESAYANGAN Papa. Nama dia, Zahira Aisyah. Warghhh, saya pun sudah sekian lama tidak bertemu dengan anak-anak fruit saya yang ramai itu! Huhu. Kupaiiii guys! =)

Friday, June 6, 2008

Klang - Bangi.

Hari ini saya bangun awal kerana Mama meminta kami menemani dia ke Bangi untuk berjumpa dengan cousin dia setelah 40 tahun tidak bersua bak kata mereka. Sepatutnya smlm/hari ini ialah pertemuan ku dengan Eira, Mya, & Paksu (Fizah juga tp dia tak dpt dtg ke sini) tetapi terpaksa dibatalkan sebab Mama tak dapat hantar kami. *Papa tak akan benarkan kami kemana-mana jika tidak dihantar oleh Mama atau sesiapa yang dipercayainya*. Akhirnya, kami pula yang terpaksa menemani dia. Ekeke. Kami pergi ke sana dengan menaiki KTM dari Klang. Pelbagai peristiwa yang berlaku semasa perjalanan pergi dan pulang. Mari ikuti pengembaraan Farah Wahida. Haha. xD




Di Stesen KTM Klang, Mama membeli 3 keping tiket ke Bangi. Tak silap saya berharga RM17.70. Bila masuk train, Ara tengok kat peta perjalanan KTM tu ada UKM pastu baru BANGI, lalu terciptalah perbualan antara Ara dengan Mama.

Ara : Ma, semalam Ridz kata berhenti dekat UKM Bangi, tapi kenapa kat situ tulis UKM dulu pastu baru sampai Bangi? *ke-blur-an melanda* xD

Mama : Entah? Manalah Mama tahu... Cuba Mama tanya Hael ye?

Ara : Tanyalah...

Akhirnya Mama mendpt maklumat yang membantu persoalan kami. Terima kasih tummy tree! Ahahaha. Eh mukan2! Terima kasih Abang Hael! Bantuan anda amat kami hargai. Hehe. ^_^ Rupanya berhenti kat UKM je, semangat beli tiket sampai ke Bangi~ Wahaha. Tak kisahlah. Nama pun FIRST TIME! Apa dia murid2??? Mari ikut Cikgu Ara... "Belajarrrr daripada kesilaaaa kesilaaaapannnn..." Pandai anak makkkk!!! =) Ahaha gilakkk dr cikgu tetibe jadi mak. lol. Oh patah balik cerita kita semasa kami menunggu train itu. Ada sorang makhluk Tuhan ni, Ara tengok lambut dia panjang ala2 lambut pelempuan, u know pelempuan??? Yesss... pelempuannn~ haha (pelempang nak???!!! Ahaha) tapi badan dia tidak la pulok macam pelempuan tapi tengok balik lambut dia panjang dan be-lebonding lagi~ (ber-rebonding) Hahaha. Nak tengok muka tak nampak la pulok. Tak lama lepas tu keluar suara jantan dia~ Terkejut saya!!! Hahaha. Tak caya? Tengok gambar ni. Saya telah menjadi Mamarazzi tak bertauliah! xD Jeng jeng jenggggggg haha... Changgggggggggggggggggg....






Chackkkkk!!! Ekeke! xD




Rambut saya pun tidak begitu! Hahaha! Mari murid2, sekali lagi ikut Cikgu Ara...
"Gunaaaaaaaa jariii punnn bolehhhhhhh" Ahahaha. xD
Cukuplah dengan kisah cina ni. Haha. Setelah sejam lebih dalam train, akhirnya kami pun tiba di UKM. Kami menantikan kedatangan Wan Teh dan Wan De untuk menjemput kami. 10 minit kemudian mereka pun tiba dan membawa kami ke rumah mereka. Kat seksyen 3, ia rumah Wan Teh. Rumah Wan De pula kat Bukit Mertajam.




Sampai sana, sesi berkenalan dengan ahli keluarganya. Wan De ada anak kembar yang seiras wajahnya tetapi mereka sudah dewasa dan sudah mempunyai anak pun. Baby Anisah comel... Ngee! Ekeke! Ara pantang nampak Baby. Huhu. Mama berbual dengan mereka. Paling best masa berjumpa dengan Onyang. Ingatan dia dah kurenggg sikitlahh. Tapi dia sangat baik dan kelakar. I like her... Kulit dia sangatlah putih! Hehe. Masa kita orang borak dengan dia, sekejap dia ingat, sekejap dia lupa. Paling tak tahan bila dia kata dulu Nana selalu datang rumah dia and mengintai kat tingkap! Hahahahaha! Masa tu Mama pun kecik lagi macam mana Nana dah ada di zaman itu? Wakakaka. Lepas tu kalau puji dia, mesti dia shy2 miow~ So cute! Ekeke. Oh Masa Mama kenalkan kita orang kat Onyangkan, Mama katalah, "Inilah anak kembar Yah yang tak seiras tu... Farah dengan Nana" Wan De pun menyampuk. "Lainkan rupa dorang..." Jup lagi Onyang berkata-kata "Tak adalah lain, sama je... tapiiiiiiiiii" Mama nyampuk "Haaa ada jugak tapi tu" Haha. Pastu Onyang sambung.. "tapiiiiii satu putih satu hitam" Wakakaka. =.= Fyi, yang putih itu Nana, yang hitam itu saya! Ahaha! xD Pastu biasaa la kan, kalau orang tua yang sudah sampai satu tahap dorang menjadi seakan baby semula mesti dorang dipakaikan pampers an. Mama nampak pampers tu pastu Mama cakap. "Tu mesti pampers Onyang!" Pastu Onyang nyampuk "ha`ah! Banyak... Tak habis2!" Terkekek kita orang gelak. Jap lagi Wan De panggil Mama keluar... Mama dengan Nana pun salamla Onyang dan keluar dari bilik. Tiba time Ara salam dia... Tetiba dia tanya Ara lagi, "Wan awak siapa?". Padahal dah panjang lebar Mama jelaskan. Haha. Ara pun duduklah balik, tak jadi nak keluar. Ara cakaplah, "Wan Ara dah meninggal" *Ara jwb lain sebab Ara tak tahu dia panggil Wan Ara apa, kang lain pulok ceritanya. huhu =.= * Pastu dia kata "Wan meninggal, Atuk meninggal, adik beradik meninggal..." dan dia terus bercerita kisah silam dia... Ara pun dengarlah luahan hati dia... Tetiba changggg!!! Keluar kat tv3 video clip Mariah Carey yang bertajuk Touch My Body. Terus Onyang berhenti bercakap kejup... sambil menatap kaca televisyen dia berkata, "Tengok tu!!! Tak taw malu!" Terkekek Ara gelak. Pastu dia kasi Ara nasihat. "Hokme dah besar2 ni jaga diri, Jangan tinggal solat, Ingat Allah selalu..." lalu Ara menjawab... "InsyaAllah Nyang..." Pastu cerita Marina start, dia sambung tengok tv... Ara pun minta diri kata nak pergi luar... dia kata "Haaa pergilah..." Keluar2 je, pappp kena sergah dengan dorangg "Dah habis meeting?" Haha sabo je lahhh. Sekurang-kurangnya, daripada meeting yang mereka kata itu, Ara telah mendpt nasihat yang sgt membimbing daripada Onyang. Terima kasih Onyang... Hehe. *macamlah Onyang baca blog ni! Haha*

Ohhh ni ada beberapa gambar halaman rumah Wan Teh yang telah memikat hati saya. Huhu. Kalau Ara ada taman yg luas macam tu, Ara akan buat swimming pool! Hahaha! Kolam ikan pula boleh dibina disudut2 tertentu! Haha. Lihatlah gambar di bawah.



Cantik kan? Hehe. Pukul 6 lebih kami pun bertolak pulang. Ni part yang menarik! Haha. Masa dalam lrt, gila sesak padat mampat hangit dan melemaskan! Haha. Kita orang berdiri kat tiang yang tengah2 tu. Lepas tu adalah group India ni masuk... Drg berada berhampiran dengan kami. Sorang Aunty berbangsa India tu pegang kat besi yang tengah2 tu gak.. Tetiba Ara dgr orang gelak2, Ara pun tengoklah. Nana ckp, "eh bukan tangan awak ke Ara?" Rupanya Nana pergi buat geli2 kat tangan Aunty India tu. Dia kata dia ingat tu tangan Ara. Hahaha. Ngok ngek betul!!! Tangan Aunty tu montel u know? x kan x leyh bezakan kot? Wakakaka! gilakk betul! colour pun lain weyhhh! Haha. Siot nyer kembar!!! Haha. Jup lagi Ara gelakkan je la si Nana. Pastu Nana dah malu gilerrr. Jup lagi Mama cakap sorry kat Aunty tu and jelaskan bahawa Nana tersalah tangan... Aunty tu kata, tapaaa tapaaaa~ Yang Ara masih tergelak. Nana pun! Dia gelak + dilanda malu! Hahaha siannnn... Then bila dah tukar train kat KL Sentral. Dalam tu sekali lagi Ara menjadi Mamarazzi tak bertauliah. Sangat tidak bertauliah! Ahaha. Ada drama romantik killer! Ahaha. Kisahnya macam ni, dalam train ni agak sesak juga, pastu Ara ternampak kejadian seorang lelaki ni asyik merenung seorang girl yang agak cute! Then kejup2 dia senyum2 kambing. Ara ingat mereka saling tidak mengenali... *tu ahh nyibuk lagi! Haha! Tapi live drama itu sgt sweet! Ahaha kerana itulah saya tonton! tonton la sangat! Wakaka xD* Pastu Ara pun ceritalah kat Nana, Nana pun join jadi Mamarazzi tak bertauliah... Haha. Laki tu berdiri, perempuan tu duduk, jarak mereka tak sampai sedepa. Setelah mengkaji keadaan, rupanya dorang tengah sms each other. Then bila drg dpt msg dr pasangannya, tu ah yang tersenyum-senyum kambing tuh! Haha. Bila girl tu pandang laki tuh, nanti laki tu kenyit mata! Ahaha. Sweet gilak! Lalu terpamerlah senyuman diwajah comel gadis itu. Satu train pun nak msg~ Ahaha. Sungguh ku tidak paham kegilaan orang bercinta. Ahaha. Tapi memang sweetlah drama itu~ Ekekeke. =)

Setelah penat berdiri, akhirnya saya mendapat tempat duduk, tmpt itu ialah disebelah girl yg baru sahaja melakonkan drama lomentik itu! Ahahaha! Duduk satu kerusi share dgn nana. LOL. Bila dia keluar, saya duduk di kerusinyalah. Tak lama lepas tu sampailah Klang... Papa jemput, pergi makan dan terus pulang...Wahhh, sekian terima kasih kerana sudi membaca. Hehe. =)

Thursday, June 5, 2008

Saya tidak tahulah nak bohhh title apa. xD

Mula-mula ingin saya menyatakan luahan hati saya. I MISS Baby Elly so much... Huwaaaaaa... =(


Gambar ni Ara snap pada malam sebelum Baby Elly pulang. Sudah lena dalam dakapan Mama...

Stesen Minyak yang terlalu sesak.

Inilah yang terjadi bila minyak nak naik harga! Papa tak isi malam tu, kita orang lalu sahaja. Dia kata, dia dah isi minyak pd petang hari. (sorry, gambar sangat tidak berquality dalam segala aspek). Walau bagaimanapun, Kesian kepada orang yang kurang berkemampuan... Haiskkk...

Cekodok Bawang. =)

Ini pula saya goreng petang tadi akibat kelaparan dan juga di atas permintaan Mama. Ara suruh Nana teka, siapa yang buat cikodok ini, dgn yakinnya dia bilang, "Mama!!!" Lalu saya pun tersenyum. Haha. Pastu dia tanya balik "Ara ke yang buat?" Pastu Mama yang jawabkan. Wargh rasa Cikodok buatan saya sama seperti Mama punya? Syukurinnnn! Haha. Saya mewarisi ilmu memasak Mama. Hikhik. Tapi Mama punya tema memasak cincai2 je katanya. Haha. Namun sentiasa lazat. Masakan ibu la katakan. Hehe. Mama, turunkan ilmu memasak cincai2mu kepadaku... Please..... *batting eyelashes* Ekeke. xD



Ini pula teddy bear yang saya ceritakan tempoh hari. Ditemui oleh saya kerana empunya teddy tercicirkan ia di sofa rumah saya. (Tercicirkan ia? Ayat sangat tak releven! Haha). Abang Ipar Ara nampak teddy ni, dia kata "Teddy bear siapa tu?! Campak dalam sungai, ikan semua timbul!!!" Hahahaha. Serious cannot go. Namun ia mungkin akan terjadi kerana saya rasa teddy ini sudah berbulan tidak dimandikan! Haha. Ia dijadikan bantal busuk barangkali? Tidak apalah, saya tahu ia amat berharga buat empunya teddy. Hehe. =) Sekian.

Header?

Psssttt... korang bosan tak dengan gambar kat header blog Ara ni? Haha. Ara rasa, Ara dah bosan melihatnya. Nak tukar tapi kena snap gambar baru. Ara dah tak reti tangkap gambar setelah bercuti dua bulan daripada kerja-kerja menangkap gambar. Haha. Dulu kalau Ara snap gambar kan, nanti mesti Mama kata, "Hahhh Ara tu tak ada kerja lain lah tu" Ahahaha xD. Kalau Papa pulok, dia geleng kepala lepas tu saya gelak je lahhh! Ekeke. Pernah sekali an, Ara tengah snap-snap gambar dalam bilik. Lokasi tetaplah tu. Haha. Pintu pulak lupa nak kunci. Masa tengah pose2 an, Papa masuk taw, Terkejut ah jugak Haha. Pastu Papa kata, "Ya Allah.. budak ni, tak ada kerja lain, Papa dah agak dah kalau berjam-jam dlm bilik" Haha Pastu dia suruh Ara turun makan. Saya senyum kambing jer la~ Hahaha. xD Erm... Tengoklah bila-bila free, Ara try dapatkan beberapa gambar baru untuk ditukarkan di header blog ini. Chiowzzz! =)
Pssttt!!! but but but ada orang kisah ke ? Ahahaha! xD

Tuesday, June 3, 2008

Nutrien Tambahan - Vitamin.

Hari-hari korang baca kisah harian Ara je kan, Hehe. Mesti boring... So hari ini, kita tukar topic dengan melihat jenis-jenis vitamin, fungsi, sumber, komplikasi dan jenis penyakit yang berkenaan dengannya.


Jenis-jenis vitamin.

Terdapat dua jenis vitamin iaitu vitamin larut lemak dan vitamin larut air.

Vitamin larut lemak.

Vitamin larut lemak terdiri daripada vitamin A, D, E & K. Vitamin ini tidak larut di dalam air. Setiap vitamin ini mempunyai fungsi tertentu. Vitamin larut lemak tidak boleh dihadamkan secara terus. Vitamin ini dihadamkan setelah diserap dan disimpan bersama lipid di dalam kilomikron sebelum dibawa ke sel epitelium di dalam usus. Setelah berada di dalam usus, vitamin larut lemak akan diangkut ke dalam sistem darah dan diedarkan ke seluruh sel dan tisu badan.


Fungsi vitamin larut lemak.


  • Vitamin A - Kitaran penglihatan, Pembesaran, Membaiki tisu badan.
  • Vitamin D - Metabolisme kalsium dan fostat.
  • Vitamin E - Antioksidan.
  • Vitamin K - Biosintesis protrombin.

Vitamin larut air.
Vitamin larut air ialah vitamin C (asid askorbik ) dan vitamin B kompleks seperti B1 (tiamina), B2 (riboflavin), B3 (niasin atau asid nikotinik), B6 ( piridoksina ) dan B12 ( kobalamin ), asid folik, asid pantotenik, biotin & kolina. Vitamin larut air tidak boleh disimpan di dalam badan tetapi diperlukan di dalam diet setiap hari. Vitamin larut air dihadamkan terus ke dalam darah. Vitamin larut air jika diambil secara berlebihan tidak akan menjadi toksik di dalam badan kerana vitamin yang berlebihan akan dikumuhkan.


Fungsi vitamin larut air.

  • B1 (Tiamina) - Membantu menjaga tenaga.
  • B2 (Riboflavin) - Membantu metabolisme karbohidrat, lemak dan protein.
  • B3 (Niasin) - Mengurangkan tahap kolestrol dalam darah.
  • B6 (Piridoksina) - Membantu sintesis dan penguraian asid amino.
  • B12 (Kobalamin) - Membantu pembentukan sel darah merah.
  • Vitamin C (Asid Askorbik) - Membantu pembentukan tulang, gigi dan gusi yang sihat.
  • Asid Folik - Membantu Sintesis DNA dan RNA. (Bagus diambil oleh wanita yang sedang HAMIL.)
  • Biotin - Membantu menguraikan asid lemak dan asid amino.
  • Kolina - Mengawal kadar lemak dan kolesterol dalam badan.

Sumber vitamin larut lemak dan larut air.

Larut Lemak

Vitamin A

  • Sumber haiwan : Hati, minyak ikan, susu, telur dan produk tenusu.
  • Sumber sayur-sayuran & buah-buahan : Lobak merah, minyak sawit, bayam, brokoli, taugeh, mangga, labu kuning dan betik.

Vitamin D

  • Sumber haiwan : Ikan sardin, ikan tongkol, ikan tenggiri, hati, telur, minyak ikan dan daging.

Vitamin E

  • Sumber haiwan : Minyak, ikan, marjerin, keju dan telur.
  • Sumber sayur-sayuran & buah-buahan : Minyak sayur-sayuran, minyak sawit merah, germa gandum dan brokoli.

Vitamin K

  • Sumber sayur-sayuran & buah-buahan : Bijiran, kubis, brokoli, lobak merah, bayam dan minyak kacang soya.

Larut Air

B1 (Tiamina)

  • Sumber haiwan : Daging, ikan dan telur.
  • Sumber sayur-sayuran & buah-buahan : Germa gandum, kacang soya, kacang tanah, kacang pis, oat dan ragi.

B2 (riboflavin)

  • Sumber haiwan : Produk tenusu, hati, ginjal dan telur.
  • Sumber sayur-sayuran & buah-buahan : Bijirin dan cendawan.

B3 (Niasin)

  • Sumber haiwan : Daging lembu, hati, ginjal, ayam dan ikan.
  • Sumber sayur-sayuran & buah-buahan : Bijirin, kacang dan ragi.

B6 (Piridoksina)

  • Sumber haiwan : Daging, hati dan ikan.
  • Sumber sayur-sayuran & buah-buahan : Kacang tanah, kacang soya, kekacang bijirin, kentang, tembikai dan pisang.

B12 (Kobalamin)

  • Sumber haiwan : Daging, hati, jantung, ginjal, ikan sardin, lokan? (Minatang apa ni? lol), susu dan keju.

Vitamin C (Asid Askorbik)

  • Sumber sayur-sayuran & buah-buahan : Bayam, kubis, bunga kubis, brokoli, jambu, limau, oren, betik, nenas, tomato, mangga, tembikai susu, lada merah dan hijau serta kentang.

Asid Folik

  • Sumber haiwan : Hati, telur dan daging.
  • Sumber sayur-sayuran & buah-buahan : Sayuran hijau, gandum, kacang tanah, asparagus, dan brokoli.

Asid Pantotenik

  • Sumber haiwan : Hati, ginjal, susu dan daging.
  • Sumber sayur-sayuran & buah-buahan : Tomato, kentang dan cendawan.

Biotin

  • Sumber haiwan : Hati, susu, daging dan kuning telur.
  • Sumber sayur-sayuran & buah-buahan : Cendawan, kacang tanah, pisang, tomato, dan tembikai.

Kolina

  • Sumber haiwan : Susu, hati dan telur.
  • Sumber sayur-sayuran & buah-buahan : Kacang tanah.

Komplikasi dan penyakit

Kekurangan vitamin boleh mengakibatkan gangguan terhadap proses biokimia badan. Ekoran gangguan ini, sistem antibodi menjadi lemah dan seseorang itu mudah diserang pelbagai penyakit. Penyakit-penyakit yang menyerang badan kita boleh dikategorikan mengikut jenis vitamin yang kurang dalam diet seharian.

Jenis-jenis penyakit akibat kekurangan vitamin

Larut Lemak

Vitamin A

Rabun senja, katarak, xeroftalmia (kerosakan pada konjunktiva mata), kelesuan kronik dan kerosakan gusi.

Vitamin D

Rikets, osteomalasia (pengkar), pigeon chest (dada burung??? penyakit apa pulok ni?) dan kyphoscoliosis (deformasi tulang belakang).

Vitamin E

Anemia hemolitik (pemusnahan sel darah merah), kelemahan sistem reproduktif dan kelemahan sistem saraf pusat.

Vitamin K

Sindrom pendarahan abnormal bagi bayi baru lahir.

Larut Air

B1 (Tiamina)

Beri-beri (pembengkakan pada otot kaki, betis, muka, dan rerongga badan serta kegagalan jantung berfungsi).

B2 (Riboflavin)

Dermatitis (Merekah atau kudis dibibir, kulit atau kemaluan).

B3 (Niasin)

Pelagra (radang kulit), cirit-birit, dementia (kenyanyukan), dan tremor (otot terketar-ketar tanpa kawalan).

B6 (Piridoksina)

Insomnia, anemia, dan dermatitis.

B12 (Kobalamin)

Kerosakan otak dan kerencatan pembesaran.

Vitamin C

Skurvi (pendarahan gusi, mudah lebam dan luka), lemah otot dan luka lambat sembuh.

Asid Folik

Anemia dan gangguan pada salur usus perut.

Asid Pantotenik

Pembesaran terbantut, penyakit kulit, dan pening kepala.

Biotin

Kelesuan, sakit otot, kurang selera makan dan kemurungan.

Kolina

Gangguan pada koronari darah, darah tinggi dan kerosakan arteri.

- Maklumat diperoleh daripada buku teks Pendidikan Jasmani & Kesihatan Ting. 5 -

p/s: Kalau free, Ara akan post tentang sumber nutrien mineral pula. Sekian.

Monday, June 2, 2008

Muka aku BENGKAK!!!

Nasib badan... Ha`ah muka Ara bengkak kerana blackheads yang berkeliaran disekitar muka ku dipicit oleh kakakku! Fuhhh sumpah sakit. Boleh buat drama lelehan air mata! Haha. Gila sakit sampai air mata ku mengalir dengan derasnya. Huhu. Rasa macam kena toreh dengan pisau yang baru diasah you know?! Kakak gwe terkejut dan terkesima melihat air terjun yang mencurah-curah ke pipiku. Haha. Pastu dia gelakkan Ara... Sabo je lah. Sangat ramai pengunjung dirumah ku hari ini. Haha. Ada Abang Romy and his family. Kak Rina & her family. Abang Rony je tak ada... Haiskk...

Tengah hari tadi, Ara tolong Mama masak. Pastu Mama suruh panaskan lauk guna microwave oven. Mula-mula Ara panaskan, lepas tu Kak Su(Bibik Kak Rina) nak belajar macam mana nak gune microwave an, Ara ajar la dia. Ara cakap buh 1 atau 2 minit je and tunjuk dia cara-cara nak guna. Jap lagi bila Ara ke depan untuk minum air dan makan ubat, tetiba Mama menjerit kat dapur. Jeng3! Changggggggggggggggggg!!!

Sambal Tumis Ikan Bilis Fear Factor yang HANGUS! Hahahaha xD



Sambal ni Kak Su panaskan. Mama kata sambal ini telah dipanaskan selama 15 minit! Hahaha! Ara rasa dia nak bubuh 2 minit tapi jadi 20 minit kot? Ahahaha. Hasilnya macam ARANG hitam geli legam! Wakakaka. Sekali pandang gambar tu macam cicak yang mati akibat kebakaran! Ahaha. xD

Memandangkan Baby Iman & Baby Elly ada kat rumah, Ara banyak habiskan masa dengan mereka kerana susah nak jumpa dorang ni. Kangen deyh. Tapi Iman asyik berkepit dengan Mama je. Huhu. Dia tak mo orang lain sangat. Jadi saya main dengan Elly. Hehe. Di sini ada beberapa gambar dia.

Masa ni dia tengah tidur-tidur ayam. Hehe.

Semasa proses pemakaian baju. (Oppss. Tits terkeluo! Haha. Shame2! LOL)

Lepas mandi. Kesegarannya terserlah. Haha.



Kerja si comel ni mmg tito jerk! Ekeke! tape2, biar cepat beso! Hihi. =) *Dah lena baru boleh bedung! Kalau tak, hehe, dia silat gayung dalam kain tu! Haha.*

Seronok jaga Elly, dia tak banyak kerenah...bagi dia minum susu bila dia lapar. Nanti bila susu dah habis, dia tidur balik. Sangat senang. Huhu. Pakaikan dia baju lepas mandi (Tak boleh lambat-lambat nanti dia nangis! Haha), cuci apa yg patut bila dia wee2 & yak2, memang bestlah jaga Elly. Baik je... Dia buat saya rasa tak sabar untuk mempunyai anak sendiri. Ekeke. Warghhh, pasti INDAH disaat bergelar Ibu/Mama/Mak/Umi dan yang sewaktu dengannya. Haiskkk... *Ara!!! Ko jangan nak berangan lelebih. LOL. Spm belum habis! Haha! xD* Ok ah, Ara out dulu. Elly dah bangun! Ekeke. Skrg, atuk dia (Papa) tgh dukung dia. Ngee. Papai. =)



Sunday, June 1, 2008

Sweet 17!

Sweet ke masalahnya? Haha. xD Sour got lah!!! Ahaha. Yang penting, berakhirlah sudah BITTERSWEET 16! Huhu. Yang pasti lepas ni, Ara tidak akan lalui lagi usia 16 tahun! Haha. 61 insyaAllah ada kalau umur panjang. =) Wargh WARGA EMAS! Ekeke! Nak jadi warga EMAS PUTIH ahhhh! Ahaha. Special sikettttt! xD Fyi, I like silver & white gold. Emas tak suka!!! Haha. Sangat MERELIT bikin mata gwe juling, kepala gwe pusing! Wakaka. Mama sukalah! LOL. Semalam keluar pergi KP, Amanina ada juga. Kita orang pergi beli apa yang patut. Ara pergi APT untuk menggunting rambut. Trim je. Huhu. Sekarang rambut Ara panjangnya paras pinggang. Sejak kecil Ara memang suka berambut panjang. Mungkin satu hari nanti rambutku akan dipendekkan? IDK! Haha. MUNGKIN! xD Pastu balik rumah, mandi... Sekali dengar orang bagi salam. Hahhh si Fatihah sampai. Amanina dengan Fatihah tidur rumah. Lepas tu Ara masak untuk dorang. Ara masak dua lauk je. Huhu. Nana pula masak sambal tumis ikan bilis.

Ikan Goreng Taucu Ara masak khas di atas permintaan Amanina. =)

Bean sproud kot nama sayur ni? Cousin Tauge! Hahaha! xD Saya masak sayur ini kerana ia adalah antara sayur fav. saya. xD

Lepas siap makan, kita orang tunggu Mama & Papa bawa balik Cake. Selama menunggu, Ara tolong Amanina download lagu! Ya Rabbhi, Mencicit banyak gilo lagu yang dia nak! Haha. Pastu sumpah rumah gwe rasa macam akademi fantasia yang tak bertauliah. Hahaha. Cecahhh pukul 12.00, Amanina dengan Fatihah nyanyi lagu happy birthday dengan semangatnya. Haha. Thanks guys! =) Hampir tercampak gegendang telinga gwe ke selatan Thailand! Wakaka. xD Kuat gilo korang nyanyi, boleh terbangun jiran-jiran kami! Haha. Tak lama lepas tu Mama & Papa tiba. Keluarkan cake daripada kotak. Yummyyyyy. Haha. Saya mahu cheese cake sahaja tapi Mama beli Blueberry Cheese Cake. Tibai je la! Haha.

Sebelum lilin dinyalakan. (Nama Ara tercepitlah! Haisk! xD)

Setelah lilin dinyalakan. (ckp psl nyala, tringat lagu si penyanyi BERHANGIN kus2 tu! Haha. xD )

Ini cake saya! Haha! Beso kan? Wakaka! Baru makan setengah dahh burppppp alhamdulillah! Ahaha. Pastu part nak menghabiskannya, rasa mcm fear factor u know? Hahaha! xD Isi cake tu, atas sekali buluberry! Ahaha. Then keju and bawah sekali lapisan oreo. Sedap mmg sedap, baru makan lebih sikit dah nak terjeluak! Hahaha. =p Sebab campuran buluberry ngan cheese tu kot? IDK! Haha.


Lepas tu dah borak2, saya dengan Fatihah landing dlu! Hahaha. Serious ngantuk gila babun pink ass. Ahaha. Kita orang tidur berempat. =) Saya tidur tepi sekali. Haha. Kunci jam pukul 6.30 lepas tu bila jam hp berbunyi tak larat nak bangun. Huhu. Pastu sambung tidur and bangun pukul 9.00! Masuk toilet, buang apa yg patut. Bersihkan diri dan setelah itu Ara buat air untuk mereka. Kita orang makan pagi bersama-sama. Jup lagi Papa basuh kereta. Saya terus meluru ke luar rumah nak tolong dia. Senaman mencuci kereta namanya! Lagipun cahaya matahari pagi itu bagus untuk kulit. Dah siap cuci kereta, masa tengah cuci sponge tu... Ara berbual dengan Papa. Haaaa! He did promise me something. Harap dia tidak mengingkarinya. Amin. Papa, jangan buat Ara kecewa & sedih lagi yach. =.= Yang tak tahannya bila die sergah gwe masa gwe termenung memikirkan kata-katanya. Haha. Dia kata "Hahhhh!!! Berangan la tuh" Pastu Ara ckp "I'm not beranganlah, I'm just thinking!" *buat muka tak bersalah* Lepas tu Papa kata, "Thinking and berangan are just the same" *buat muka perli* Dengan tak nak kalahnya, Ara berkata "Mana ada! Lainlah" *Senyum kambing* Haha! Adoih! Papaaa..Papaaa... xD


Lepas tu kemas rumah, buat apa yang perlu dan kemudian mandi. Tak lama lepas tu ayah Amanina sampai nak jemput dia dengan Fatihah balik. Masuk pukul 2 lebih, saya terasa penat... Lalu mengambil keputusan mendaratkan badan di atas landasan sofa panjang. Haha! xD Saya menggeliat kepenatan. Tiba-tiba tangan saya tersentuh sesuatu yang berbulu di atas kepala saya. Cuak sekejap! Haha. Terus memalingkan kepala ke arah benda berbulusss itu. Rupa-rupanya teddy bear Fatihah tertinggal. Haha. Cakap pasal teddy bear. I want teddy bear yang lembut dan empuk!!! Haha. Size dia, not too big not too small. Haisk, Mesti best peluk dia bila tidur. Ekeke. Papa, buy one for me pleasee... *sure aku kena perli nanti, kalau aku mintak Papa! Haha* Umur dah 17 nak teddy lagi~ Ahaha. Yeahhh yeahhhh, I'm not a girl... not yet a woman. Cewahh! Hahaha. *Lagu Britney Spears* Ehh, I'm a girl-lah! Wakaka. Dushh2!


Malam menjelma, angin bertiup kencang, kulitku terasa sejuk, bulu-bulu roma ku mula gelisah... Aku menjenguk ke luar disaat terdengar sayup-sayup suara kedengaran seperti berbisik... Lalu aku terlihat makhluk tuhan yangggg paling sexy! Jeng3! Chang!!! Abang gwe di luar! Hahahahaha! "Araaaaaa buka pintu!!!" Lalu saya menyahut "Okayh Abang!" Kembang dia kalau dia tahu saya gelar dia makhluk tuhan paling sexy. Hahaha. Sexy ke abang??? Haha. Cerenging adalah. Hahaha. Tapi dia baik sebenarnya, abang saya pandai masak. Saya belajar memasak dari Mama & Abang Romylah! =) He's my first Abang.

Ni Ara masak dengan dia! Yummy! Haha. Tak pasal-pasal gwe redahh pantang gwe! Ahaha. WTD? Udang itu terlalu menggoda! Wakakaka. xD Bahan-bahannya ialah udang, brokoli, cendawan, bawang besar, bawang putih, minyak goreng udang, garam, sos tiram, minyak bijan, gula dan sedikit black pepper. Hasilnya, walahhhh sedap sehingga menjilat jari jemari. Hehe.


Pastu pastu dapat lagu yang saya request dari Mr. Hachelo! Haha. Thanks again. Dah tak terkira dah berapa kali gwe ulang lagu tuh. Hahaha. Tak busan pun? xD Haha. Thanks to Abang Kacak juga di atas lagu yg indah itu. =)



But wait, kenapa saya tak rasa macam saya sudah pun mencecah 17 tahun? Hahaha. Woiii Ara! Bak kata Abang Kacak, Sedo2 lah diri tu dah tua. Hahaha. Sedang menyedarkan diri lah ni. Dan sempena umur saya yang ke-17. Terciptalah azam, semangat, cita-cita & harapan baru yang ingin di capai. Semoga semuanya berjaya dikecapi. Amin. Saya juga ingin menjadi seseorang yang lebih baik dan berguna kepada alam flora dan fauna. Hahaha. Nenekkk youuuu flora and fauna? Haha. Untuk diri sendiri, semua yang mengenali saya, masyarakat dan alam sekeliling. Caiyokkk! Ngee. Dan SPM!!! Haha. Gerun sungguh mendgrnya. Ahaha. Geger 50km/jam jantung saya mengingatinya. Hahaha. Gebangnyaaaa? Wakaka. xD Nak buat hipotesis lah. Semakin larut hari malam, semakin sengal Farah Wahida. Hahaha. Boleh dpt 1/2 markah je! Haha. Hipotesis mcm terencat je? Wahaha but who cares right?! LOL. Wargh ok ahhh, ngantuk sudah. Mau sleep dulu. Papai. Once again, Terima kasih kepada semua yang mengingati hari lahir saya. =)

Friday, May 30, 2008

Older...

Waited all my life for this day to come
I feel like letting go, life goes on
Wasting no more time
So much to be done
Everything works out
So they say
Over my shoulder, it's tough getting older
Yeah, yeah...

Seems like nothing is black and white anymore
Shades of grey and I feel a weight over my shoulder
It's tough getting older
I always thought that I knew where I'd want to go
Now I'm here and I find that I'm still getting colder
It's kinda tough getting older

Here before my eyes, many roads ahead
Time for me to choose one way now
If I take a chance
What lies down the road
Feeling so confused, turned around
On and on, on and on
Yeah yeah...

Tamat & HARI "ITU" Semakin HAMPIR!

Kelas tambahan sudah tamat! Alhamdulillah boleh berehat. Tapi kenapa Ara rasa macam nak sambung kelas tambahan sampai minggu depan? Hahaha. Kelas tambahan lebih seronok daripada hari persekolahan biasa sebab rasa macam belajar kat University or Kolej! Haha! xD Hari ni, Ara beli sayur sawi dengan sayur kangkung. Sawi masak biasa dengan bawang putih je. Kangkung pula Ara buat kangkung goreng taucu. Yummmyyy! Haha. Almaklumlah, Farah Wahida kan VEGE!!! Hahaha! Papa bilang aku vege tahi kucing! Ahaha. Dia memang sangat mengenali selera makan anaknya ini. LOL. Sayang Papa! Paaaaaaa, *tarikh itu* semakin hampir. Sangat hampir... Ara pengen makan cheese cake la Papa! Huuu.. Tak ada hadiah pun tidak apalah. Kasih sayang yang Papa dan Mama berikan sudah cukup memadai. =) I Love You Guys! Ekeke. Nak cakap apa lagi ek? Tak ada apa-apa dah kot? Okayhlahhh, Chiow!

Thursday, May 29, 2008

Sakit Perut!


Kehidupan aku kayak biasa, sama seperti hari-hari yang lain. Yach, bosan banget. Apa yang bisa aku lakuin yach agar kebosanan aku bisa dikurangin? Hmm... Kamu ada idea nggak? Bantuin aku dong! Perut aku sakit banget tapi ia semakin membaik. Alhamdulillah. Mungkin kerna aku makan keropok lekor dan sos chabei yang banyak! Haha. Yach, salah aku juga deyh! LOL. xD Emangnya keropok itu enak banget. Lagian keropok itu Mama beli'in di Kuantan. Meningan aku menikmatinya sebelum stoknya habis. Haha.

Keropok & Keropok Lekor Made In Kuantan. xD (Rupanya tak seindah rasa! xD)


Sos cili itu ialah campuran sos chabei Life ama sos chabei buatan orang di Kuantan! Mungkin kerna itu deyh perut aku sakit. Aku nggak tahu mau ngomong apa siyh. Ya iya lachhh, kehidupan aku sama aja kayak kehidupan harian yang selalu aku ceritain. Meningan, Aku berhenti disini yach. Papai. =)

Do Less?

  • Do less Thinking ,
  • and pay more attention to your heart.
  • Do less Acquiring ,
  • and pay more attention to what you already have.
  • Do less Complaining ,
  • and pay more attention to giving.
  • Do less Controlling ,
  • and pay more attention to letting go.
  • Do less Criticizing ,
  • and pay more attention to complimenting.
  • Do less Arguing ,
  • and pay more attention to forgiveness.
  • Do less Running around ,
  • and pay more attention to stillness.
  • Do less Talking ,
  • and pay more attention to silence.

-Dipetik daripada buku harian SMKTKU-

P/s: Yang mana tulisan bersize lebih besar dan ber-bold corner baring tu agak berkenaan dengan saya! Haha! xD Masalahnya boleh ke Farah Wahida do less talking? Hahaha! 0.o

Words of Wisdom...

  • Integrity
  • " Integrity comes when character is tested; keep true and never be ashamed of doing what is right. "
  • Attitude
  • " The greatest thing in the world is not where we stand but in which direction we are facing. "
  • Discovery
  • " Wisdom comes to the inquistive mind. "
  • Spirit
  • " The fundamentals of a person are not in substance, but in spirit. "
  • Inspire
  • " Many people have gone further than they imagined they could because somebody else thought they could. "
  • Change
  • " Change is the essence of life. Be willing to surrender what you are, for what you could become. "
  • Values
  • " Taking time and sharing is the essence of teaching. The future of those we cherish will be a reflection of what we model today. "
  • Possibilities
  • " Life's only limitations are the ones we make. "
  • GOALS
  • " The ability to succeed requires the realization of what one wants and the passionate desire to attain it. "
  • WINNERS
  • " While most are dreaming of success, winners wake-up and work hard to achieve it. "
  • - Dipetik daripada buku harian SMKTKU-

The Mental Warrior.

Failures often see inside their mind that they are going to fail even before they start. Their negative pictures make them paralyse with all the things that would happen to them if they failed. But, they haven't even started yet!

I VISUALISE MYSELF TO BE SUCCESSFUL IN WHATEVER I DO

THE MENTAL WARRIOR succeeds by imagining all positive behaviours and actions he would take before he actually does it. He control these positive pictures and fights all the negative pictures. He know when he controls the pictures in his mind, he can control his life.

- The Mental Warrior by Lawrence Wa Her Ng -

Wednesday, May 28, 2008

Hmm???

Today Kak Rina came, sending her new bibik (Kak Su), because she wants to go to Kuching tomorrow. Ahhh, Iman is getting cuter! So damn chubby! I felt like I'm hugging a teddy while hugging him! Haha. Kak Su baik. So helpful! Kak Rina minta tolong Mama ajar dia on how to kemas rumah and all. Just now, I solat together with her. Dia memang baiklah! Hehe. Dan dia sangat pembersih! Tak boleh nampak benda kotor dan bersepah. Petang tadi, Ara nak goreng ikan then gwe tercari-cari si kuali! Hahaha. Begitu juga dengan Ghee! Dia menyimpannya ditempat yang tak pernah kita orang simpan. Until gwe rasa macam mata gwe kat lutut! Haha. Saya turut join kemas rumah. Seronok pulak. Haha. Dah ah saya seldom bersenam an. Berpeluh dengan cara mengemas pun oklah! Gagaga. xD Cakap pasal bibik-bibik ni, bila saya sudah berkeluarga, saya tak mahu bibik!!! Saya ingin memerah keringat saya sendiri! Haha. I mean, I want to do all the kerja rumah by myself or with my hubbylah! Cewah berangan! Haha! Bukankah tolong-menolong itu amalan mulia lagi berpahala~ Hehe! Dan!!! Boleh merapatkan silaturrahim! Ngeee! Moreover, kalau ada bibik nanti tak privacy ahhh! Hahaha! xD Ohhh, I have nothing to say anymore, so Chiow! =)

I'm Yours.

I LIKE THIS SONG!!! ^_^
(Lagu ini SO COMEL!)

Well you done done me and you bet I felt it
I tried to be chill but you're so hot that I melted
I fell right through the cracks
And now I'm trying to get back
Before the cool done run out
I'll be giving it my bestest
Nothing's going to stop me but divine intervention
I reckon its again my turn to win some or learn some

I won't hesitate no more, no more
It cannot wait, I'm yours

Well open up your mind and see like me
Open up your plans and damn you're free
Look into your heart and you'll find love love love
Listen to the music of the moment maybe sing with me
I like peaceful melodys
It's your God-forsaken right to be loved love loved love love

So I won't hesitate no more, no more
It cannot wait I'm sure
There's no need to complicate
Our time is short
This is our fate, I'm yours

I've been spending way too long checking my tongue in the mirror
And bending over backwards just to try to see it clearer
But my breath fogged up the glass
And so I drew a new face and laughed
I guess what I'm saying is there ain't no better reason
To rid yourself of vanity and just go with the seasons
It's what we aim to do
Our name is our virtue

I won't hesitate no more, no more
It cannot wait, I'm sure
There's no need to complicate
Our time is short
This is our fate, I'm yours

Well no no, well open up your mind and see like me
Open up your plans and damn you're free
Look into your heart and you'll find love love love love
Listen to the music of the moment come and dance with me
I like one big family ([2nd time:] I like happy family)
It's your God-forsaken right to be loved love love love

I won't hesitate no more
Oh no more no more no more
It's your God-forsaken right to be loved, I'm sure
Theres no need to complicate
Our time is short
This is our fate, I'm yours

No I won't hesitate no more, no more
This cannot wait I'm sure
There's no need to complicate
Our time is short
This is our fate, I'm yours, I'm yours...

Sumber Inspirasi!!!

Gambar-gambar di bawah ini sangatlah mencetuskan sumber ilham yang lumayan! Haha. Saya mengidamkan gambar seperti ini. Matlamat pertama, nak hasilkan wedding gown sendiri. Harus warna putih, kemudian memilih lokasi yang mempunyai kehijauan yang menyegarkan dan akhir sekali sesi photoshoot! Haha! Gila berangan! Berangan itu bagus sebenarnya! xD Kadang-kadang boleh jadi kenyataan taw! Huuu! =.=






Saya tiada cerita yang menarik untuk berkongsi hari ini. LOL. Bukan cerita saya memang sentiasa tak menarik ke? Haha! xD Ok ah, Ara berhenti setakat ini! Esok sekolah! Fuh!!! Mengantuk gwe! =.= Assalamualaikum... Ooo, I wanna change my lagu first. Hehe. xD

Monday, May 26, 2008

Kuantan BEST!!!

Assalamualaikum kawan2, dah lama Ara tak berhujah kat sini kan! Haha! Hari ini aku merasa bahagia dikit! xD Alhamdulillah. Berkenaan dengan perjalanan ku ke Rompin sempena abang ku yang nak bertunang tu, kita orang bertolak dari rumah pukul 9 lebih, kemudian terus ke Wangsa Maju untuk menjemput adik Mama a.k.a Mak Ti sebab dia mahu ikut dan terus memulakan perjalanan ke Rompin. Sampai di Greenwood. Kita orang singgah makan sebab perjalanan ke Rompin agak lama. Lagi pun kita orang hanya makan roti di pagi hari.



Makanan saya! (Nasi setengah tp mcm sepinggan, telur itik masak lemak cili api *fav. saya*, daging masak kicap, rebung masak lemak*fav. Papa, dia yg abeshkan*, bendi masak asam pedas *fav. saya juga*, & ikan masin milik Mak Ti Haha)

Saya minum air suam & share soya bean dgn kembar ku. Setelah siap makan, kami bertolak ke Pekan, Pahang kerana adik Mama a.k.a Pak Andak tunggu kat sana sebab nak pergi bersama-sama. Perjalanan ke sana sangatlah jauh. Naik kebas montot saya duduk lama-lama dalam kereta. Fuh. Masa dah nak sampai Rompin, ada nampak laut. Sumpah cantik gila. Sangat kebiruan! Haha. Dalam perjalanan sebelum sampai Temerloh tu pula, Papa senyap je. Haha. rupanya tengah tahan kencing! Wakakaka. Comel woh Papa gwe! Ahaha. 5 jam lebih kot baru sampai Rompin. Dan abang ku pun selamat bertunang. Banyak cerita yang tak boleh blah berlaku tapi tak perlulah anda tahu. Haha. xD *Hanya org2 tertentu sahaja tahu ceritanya! ^_^*

Abang Rony & Kak Lina (Sorry gmbr gelap! Pertama, saya ada masalah dgn hp baru! Haha! Kedua, malas nak edit! Lol. Abang saya memang keding. Rupa dia ala-ala Nana dan Nana ala-ala rupa Papa! Heheh! xD Saya pula ala-ala Mama, Abang Romy & Kak rina! xD )


Saat Mama menyarungkan cincin dijari bakal kakak iparku! =)

Salam jangan tak salam! Haha! *Sumpah lama dia cium tgn Mama sebab nak ambil gambar. Haha*


Anim & Anum (Anak buah ex-suami Mama)


Rupa mereka seiras. Jealous gwe! Haha. Pada awalnya mereka berdua ni malu2 kucing. Dah lama2 tu, mereka berubah menjadi WARTAWAN! Hahaha! Macam-macam soalan mereka menyoal saya. Lol. Tapi mereka best! =) Ok, tamatlah kisah di Rompin. Alhamdulillah sesi pertunangan berjalan dengan lancar. Kemudian kami bertolak ke Kuantan *rumah Pak Andak* untuk bermalam di sana. Saya suka kuantan!!! Haha. Kami sampai kuantan pukul 8 lebih. Af dah nak start!!! Haha. Ara mandi, solat and terus duduk depan tv! Haha. Pastu dapat makan burger daging free! Pak Andak belanja sebab K' Rel Burger tu kedai anak dia yang sedang berlakon di KL. Ara pun tak tahu cousin gwe tu berlakon cerita apa. Nanti Ara inform kayh. Nama dia Khairil. Tapi gwe panggil dia Abang Ambi! Haha! Ambi Pure! Lol! Ada kisah disebalik namanya. Lain kali saya cerita eh. Suara dia sedap, suara adik dia pun sedap. Ara panggil adik dia Abang Naim. Ara pernah duet lagu My Heart dengan mereka berdua atas desakan keluarga kami! xD


Abang Naim, Mama & Abang Ambi a.k.a K' Rel Haha! xD

Btw, Ara tak kisah Stacy menang sebab saya mmg suka dia. Tapi Nubhan? Nombor 3 pun jadilah! Haha. xD Habis Af kita orang pergi TELUK CEMPEDAK. Pantai disitu sungguh indah! I'm loving it! Haha. Kita orang makan keropok lekor. Habis makan, kita orang pergi kat pantai tu kejup. Suasana dan udaranya sangat menenangkan. Ara berjalan di pantai itu tanpa memakai kasut. Best2. And gwe telah ngukir nama seseorang dipasir itu. Kamu pengen tahu nama shiapa? Hehe. Biarlah ia menjadi rahsia antara aku ama pantai itu. =) Hmm sangat seronoklah kalau boleh tinggal kat pantai macam tu. Huhu. Irama yang dihasilkan oleh ombak itu juga sangatlah indah. Haha. Pokoknya grand banget! Hehe. ^_^ Saya mahu pergi ke sana lagi!!! Huwargh.



Gambar-gambar di Kuantan.




Mama tengah gunting rambut Mak Ti. Haha xD *Mak Ti kata kat saya "Tak ada kerja betul budak ni! Haha! =p*

Lesung zaman dahulu! *Perompak masuk rumah memang wasalam! Haha! Berat gilo Penumbuk dia tu! Haha*


Test Camera Hp gwe. Masa ni ngah bosan! Haha! xD


Oh sebelum balik, kami makan burger lagi. Haha. Saya makan BURGER DAGING SPECIAL + CHEESE. Yummyyyyyy~ Walahh sedapp! Haha. Lihatlah proses ia dimasak!

Dua burger yang berbalut dengan telur tu milik saya dan kembar saya! Haha. Sedapppp2! Dan kami bertolak ke KL pukul 9.15 dan setelah hantar Mak ti ke Wangsa Maju, kami pulang ke Klang dan tiba dirumah pada pukul 2.15 pagi. Alhamdulillah selamat pergi dan selamat pulang. Maaf gambar gwe tidak dipamerkan! Hahahaha! Tunggulah kemunculan gambar-gambar baru saya setelah sekian lama tidak photoshoot yach! Ahahaha! Photoshoot la sgt. xD Ok ah, ada orang nak guna pc. So papai. Oh nanti Ara nak post blog tentang sesuatu yang memberi inspirasi kepada gwe. Heee... Sekian. =)

Friday, May 23, 2008

Letih, Capek & Tired! =.=

Ara pun tak tahu nak cakap apa sebenarnya. Cuma Ara agak keletihanlahhh. Otak tak boleh berfungsi untuk mengeluarkan isi-isi untuk ditaip! Haha. Oh, akhirnya penantian ku telah pun berakhir. Huhu. Gwe udah punya HP. Alhamdulillah. Terima Kasih Allah, terima kasih Papa & Mama. =)





Beginilah rupa HP saya. I Love It. =)

Tapiiiii gwe ada masalah dalam menyesuaikan diri dengan camera dia! Huhu. Entahlah, tak biasa lagi kut? Hmm... Janji boleh sumbat banyak-banyak lagu! Ahaha. Setakat ni dah 300 lagu dalam hp saya. Paling banyak lagu Siti Nurhaliza! Ahaha. Kalau dulu, saya terpaksa membuat PILIHAN dan hanya dapat memasukkan lagu yang paling saya suka dan terpaksa menghadapi KOS LEPAS. Haha! Suka beno saya campur adukkan subject Ekonomi eh?! Haha! xD Dan sekarang semua lagu Siti yang saya suka ada dlm hp saya! Yeayyy... fungsi hp ni mmg memuaskan hati sayalah. Semua yang saya perlukan pd Hp ada padanya. Ngeee... Oh, teringat kat abg yang jaga kedai tu. Nama dia Danial berbangsa cina. Sumpah lawak killer! Masa tu tengah tunggu dia siapkan segala yang berkenaan dengan hp gwe pastu kita orang tanya dia psl satu hp tu... "Brother! Brother! Ni Hp apa?" Sekali abang tu jawab dengan gagahnya! "SISTER! SISTER! itu phone buatan Malaysia!" Haha. Ara, Mama dengan Nana terus tergelak! Pastu Ara tanyalah dia. "Umur abang berapa?" pastu dia cakap. "Tahun ni nak masuk 20!" Then Ara kata "Kalau macam tu kita orang adiklah sebab baru nak masuk 17..." Pastu dia kata "Ohhh adikkk~~~" Pastu Mama tanya "Dulu sekolah mana?" Pastu dia kata "KU" I was like "Ehhh, tu sekolah aku?!!! Haha" Then Ara katalah "Ohhh kita orang pun sekolah situ sekarang" Pastu dia kata "Aikkk, tak pernah nampak pun muka u" Pastu Mama kata "Ye lah, Masa u form 5, dorang baru form 2... Sekolah petang" Jap lagi Nana ckp "Patutlah Abang pandai cakap melayu" Pastu dengan bangganya abang tu kata "Eh bukanlah, saya pandai cakap melayu sebab saya mempunyai bakat!" Haha! Poyo tak poyo?!!! LOL! Pastu Ara cakap "Abang, lagu tak payah masukkan, nanti saya masukkan sendiri" Pastu dia cakap "Baiklah adikkkk" Pastu masa dia jalan tu dia kata, "Apa kata, kita guna bahasa istana! Adindaaaaaaa~~~" Pastu kita orang gelaklah. Jup lagi Nana suruh Ara panggil Abang tu Kekanda! Haha! Simpang malaikat 44 saya terus bilang tidak! Haha. Jup lagi abang tu diri depan Mama and kata "Bondaaaaaaa" Hahaha! Gila kentang! Pastu Mama membalasnya "Yer Anakanda?" Pastu abang tu kata "Wahhh meremang bulu roma saya! Tak boleh! Tak boleh Haha" Pastu kita orang gelak2. Adeyh banyak lagilah abg tu buat lawak. Hmm DIRT? Hehe! Dia pun berbangsa cina! Nama dia memang pelik! Tapi dia tak banyak cakap sangat! Ara rasa dia sebaya Ara kut? Mungkin tua setahun... Entahlah. Tapi dia pun baiklah sebab tolong Ara selesaikan satu masalah mengenai hp tu! Terima kasih kepada abang abang yang terlampau peramah itu. Fulamakatakkk!!! Hahaha! Banyak gilooo saya punya pastu! Ahahaha! Sekian.

Ohhh esok Ara pergi Rompin, Pahang. Abang Rony gwe bertunang... Dengan ditemanin hp gwe, insyaAllah gwe enggak akan sunyi dlm kereta! Haha! Boleh dengar lagu. Hihi. And malam tu kita orang tidur di rumah Pak Andak merangkap adik Mama yang menetap di kuantan. =) Harap-harap perjalanan ini akan mengetepikan kelelahan gwe! ^_^ Hari ahad kita orang pulanglah sebab hari isnin Papa kerja and saya ada kelas tambahan di sekolah. Uhwaaaaa! What to do? Terpaksa gwe merajinkan diri demi mencapai cita-cita~ Cewahhh! Hehe.

Ok ahhh, Ara tak tahu nak cakap apa dahhh... Chiowww people!

Kisah Tempoh Hari...

21.05.2008
Hari ini gwe bangun lewat!!! Haha 6.50 baru bangun then salin buku, mandi, makan roti and cabut gi sekolah. Sampai sekolah pukul 7.35! Lewatnya! Haha! Syukurlah tak kena tahan... xD Semalam gwe nggak bisa tidur... Pusing kiri...pusing kanan... sampai pukul 2 lebih kot? Kunci jam pukul 6.00 tapi tak larat nak bangun! Haiskk! Sampai sekolah kena perli dengan Amanina! Alaaa janji datang an an an?! Haha xD Then jumpa Fatihah and wish dia happy birthday!Pastu awal pagi, kelas kita orang kena serbu dengan budak melayu kelas Science! Kelas dorang digunakan oleh pelajar cina sebab ada peperiksaan. Tapi lepas tu beberapa daripada budak melayu tu pindah ke kelas B disebelah kelas kami so tak la padat sangat kelas kami tu. Hari ni tak la sebosan semalam. Borak pasal kehidupan dan macam-macamlah. Paling tak boleh blah ialah disaat mereka memperli bila Ara menggunakan *AWAK,SAYA atau KITA*. Mereka dah biasa gune *KAU AKU* hmm tapi Ara tak biasaaa la pulok...adeyh! Asyik kena gelak je! Uhwaaa! =.= Macam-macam yang berlaku hari ini. Afiq F secara tak sengaja terlanggar botol Zaim and botol tu jatuh and tudung botol tu pecah!!! And and and Zaim nangissss! Sumpah kita orang macam pelik dan tak percayalah dengan apa yang kami lihat. Sebab Zaim selalu bertindak ganas dan diluar jangkaan. Mungkin botol itu pemberian seseorang yang istimewaaaaa... Barangkali~ xD Amanina pulak sakit perut sepanjang hari!!! Haaaaa! Ni mesti gara-gara Black pepper yang dia makan semalam... Adeyh Sian dia... Okayh hari ini saya dapat tahu maths saya gagal! Tapi dah dijangka pun!!!Sebab susah killer!!! Huhu! =.= Ramai juga yang gagal. Hmm Nasib badan... Saya akan cuba untuk menyukai maths la! Kalau tak, susah untuk saya mencapai markah yang diidamkan! Huhu. Melihat keadaan para guru, mereka tengah giat menanda paper-paper kami. Harap-harap hanya maths sahajalah yang gagal. Amin. Ohhh, hari ni kita orang berbincang dengan cikgu Mazlina pasal nasyid. Dia kata, MPK ada buat pertandingan melukis poster kut? Lepas tu kita orang diminta untuk membuat persembahan. Nasyid perempuan sahaja. Hmm.. Tapi saya bukan ahli nasyid perempuan tapi secara tak sengaja Ara dah jadi ahlinya kot? Sebab hari tu Ara join dorang buat persembahan untuk hari kecemerlangan akademik bila tak cukup orang... And dia suruh kita orang cari lagu yang best... Tapi dia nak lagu yang tidak menyedihkan dan bersifat dakwah... Lagu apa eh??? Persembahan tu pada 16 JUN 2008! Kena belajar main gendang lagi!!! Siapa nak main??? Kita tunggu dan lihat...Ohhh sejak kebelakangan ni Ara teringat kat kawan Ara yang seorang tu... dia sihat ke? Tengah buat apa ek dia skrg ni??? Rindu la pulok! =.= Hmm... Ahh Ara tengah dengar lagu BICARA MANIS MENGHIRIS KALBU...Lirik kegemaranku baru sahaja berlalu dari pendengaranku... "Keikhlasan hatiku bukanlah untuk dibalas, cukuplah sekadar jadi kenangan waktu berjauhan" =.= Ok ok Sambung cerita, pastu sebelum balik rumah... Amanina kata, "Ara jumpa kat surau atau kat KP!" Bila sampai rumah, tengok Mama tak sihat pula..Pastu Ara teringat nasi lemak Mama tertinggal kat sekolah so i went back to school untuk ambil nasi lemak tersebut. Bila mandi, Ara memikirkan sama ada nak pergi ke tak ke birthday party Fatihah... At last, Ara tak jadi pergi kerana memikirkan Mama tak sihat...I hope Fatihah faham... Hmm.. Masa Ara sakit, Mama tak pernah biarkan Ara bersendirian. Takkan Ara nak tinggalkan Mama sorang-sorang bila dia tak sihat... Bila lagi Ara nak balas jasa Mama...Then Ara msg Amanina kasi tau dia Ara tak dapat pergi... Bila petang, dia datang rumah and pulang Ara punya pen-pandu (pen-drive)! Haha! And Ara kasi Fatihah punya lepas memasukkan tugasan yang kami siapkan semalam. Pastu Papa balik, lepas siap goreng cikodok! Kita orang makan sama-sama! Sedap la pulok! Haha! Empuk dan garing! Yummm2! LOL. Oh hari ini kami bikin istilah baru! Haha. Kan ada istilah mengatakan "Sebaik-baik jin, sama baik dengan manusia paling jahat" Istilah baru yang kami cipta, "Sepoyo-poyo jin, sama poyo dengan Amirul!" Haha Maafin kami yach Amirul tapi itu kenyataan dan diakui oleh teman-teman kamu sendiri! Mana taknyaaaa! Afiq S ngah gaduh ngan Amanina pasal apatah an, pastu Afiq berdiri, Amanina pun diri, jap lagi sebab Afiq ni tinggi, Amanina pun panjatlah kerusi. Then si Amirul ni, konon-konon tengah baca buku dengan jarinya menunjuk ke arah ayat-ayat dalam buku teks PJK tu lalu berkata "Sedar-sedarlah diri tu pendek..." Haha siotkan? Sian Amanina! Hiskkk!!! Tapi Amanina pun tergelak! LOL. Afiq F sempat buat peta dalam kelas! Haha!Peta planet Pluto barangkali? Hahaha! Araaaa Araaa! Tak baiklah!!! =.= Erm, esok ada paper PJK, paper terakhir yang tidak penting. Oklah, Ara out dulu ek... Nak buat sesuatu yang wajib dilaksanakan dan kemudian nak baca buku PJK! Papaiii! =)
20.05.2008
Alhamdulillah sudah berakhir peperiksaan pertengahan tahun. Soalan esei ekonomi tidaklah sesukar yang dijangka. Ara sangat menyukai soalan mengira pendapatan boleh guna. Belanjawan peribadi juga agak mudahlah. Pada awalnya hari ini adalah hari yang agak bosan. Namun kebosanan ku berakhir disaat Amanina tiba dirumahku pada pukul 9.00 malam kerana ingin menggunakan pc untuk membuat surat permohonan perkelahan kadet bomba. Tak lama lepas tu Fatihah pula sampai. Kita orang berbual kosong. Mereka berkongsi cerita tentang pacar kesayangan mereka. Setelah mendengar cerita mereka yang telah berpengalaman tu, Ara rasa errr macam seronok bercinta... Seram pun ada. xD Tak kisahlah, lumrah kehidupan huhu. Kemudian Amanina memulakan langkahnya menuju ke PC. Ahhh bukan buat surat tapi dengar lagu!!! Haha! Jap lagi Fatihah membebel barulah dia berhajat nak memulakan kerjanya. Amanina kata "Tak pe, jari Ara kan macam bertih jagung! Sambil senyum2" Lalu Ara berkata "Hahhh??? Nak suruh kita menaip ke? *Buat muka terkejut* Haha" Pastu Amanina gelak. Fuhh sabo je lah. Dan Fatihah telah mengeluarkan istilah baru iaitu gabungan antara ASTAGHA dengan AMANINA = ASTAMAN! Hahaha. Cakap sambil jerit pulok tu! Adoi. Sakit perut kita orang gelak. Jap lagi ada insiden mengalami kesusahan untuk melabur bursa saham! Haha. So Ara suruh Nana kasi Tiha air serat yang boleh melancarkan sistem pelaburan. Haha. Pastu Ara buatkan dorang air teh o. Fatihah sakit perut sebab tu tak boleh buat air sejuk dan dia ada gastrik... Ohh Mama dengan Papa tak ada kat rumah. So kami terasa macam kami dah tinggal dirumah sendiri! Haha xD Hmm.. Dan kerana kami agak kelaparann... Ara memberitahu mereka bahawa beberapa bahan untuk membuat spaghetti ada tetapi daging cincang, tomato puree, cendawan butang dan beberapa bahan lain tiada so tak berapa lengkaplah. Tapi sebab lapar, kita orang masak juga. Haha. Dahlah lampu dapur rosak! Haha Daku dan Fatihah memasak dalam gelap sementara Nana dan Amanina menyiapkan tugasan tersebut!!!Bahan yang kami gunakan hanyalah Sos Spaghetti Prego (Tomato, selasih & Bawang Putih), Bawang besar, Lada putih, Cili Bo, Cendawan yang pelik tapi benar?, Oregano, Garam dan sedikit Gula. Sambil masak tu, kita orang berbual dan seperti biasa dengan lawak bodoh kami. Haha. Fatihah kata "Romantic pulak masak dalam gelap ni" dan saya membalasnya "Tahu tidak apalah" Ohh dan dia sangat berharap agar Ara dapat join birthday party dia di KP lepas sekolah. Ara ckp, "InsyaAllah, tapi kalau Ara nak pergi, Ara balik mandi dulu then terus pergi" then dia kata ok. Ara memberi tawaran agar dia tompang mandi dulu kat rumah Ara sebab rumah Ara dekat dengan sekolah, pastu boleh pergi sama-sama tapi dia tak sempat nak singgah sebab ada kawan dia yang tak boleh lama di KP sebab ada hal lain. Saya memahaminya. Ara masak sos spaghetti, Fatihah masak Mee dia. Haha. Lepas sos siap, Ara basuh pinggan sementara tunggu Mee spaghetti tu siap. Pastu Ara hantar Sos tu dulu ke depan. Hahhh Makcik dua ekor tu dah tak menahan bagai harimau ingin membaham mangsanya! Hahaha. Pastu Fatihah jerit dari dapur."Woiiii!!! Tunggu kita oranglah. Penat-penat kita orang masak" Ara gelak je. Haha. Bila dah siap, Fatihah letak sedikit butter dan digaulkan pada mee spaghetti secukup rasa. Mee tu terbakar sikit! Ahaha! Masak dalam gelap la katakan! xD Pastu kita orang bawa pinggan dan mee ke depan dan bersantap! Haha. Walaupun kekurangan bahan namun mereka kata sedap sampai makan terlampau kenyang dan dan dan perut saya rasa nak meletup!!! Hahaha. Fatihah gelakkan Ara pastu dia kata "Nana baik awak jauh, kang perut Ara meletup abes satu rumah penuh spaghetti" Haha sabo je lah. Alahh mereka pun kekenyangan sampai nak termuntah balik. Kita orang makan banyak sangat sebab tak sanggup nak membuang makanan. Rezeki tak baik dibazirkan...Paling tak menahan masa Amanina tuang black pepper kat spaghetti dia. Perghhhh! Telingkuppp sesudu beso black pepper atas spaghetti dia. Tak tahulah bagaimana rasanya????!!! Hahaha! Saya tak mahu bayangkan! =.=Dan saya pula melanggar jug air Mama yang berada di atas meja sampai air tu telangkup atas lantai tapi penutupnya masih tertutup cuma jug tu tertonggeng. Memang pelik tapi itulah kenyataannya! Hahaha. Air tumpah sikit je. Lepas tu Fatihah suruh Amanina dengan Nana pula basuh pinggan. Saya dan Tiha Sambung tugasan mereka. Amanina kata, "Ko nak aku basuh pinggan, makan spaghetti tu sampai habis kalau tak aku tak nak basuh" What the duck????!!! Hahaha. DUCK ehh bukan *UCK! Jangan menCARROT! Tak baik! Haha. xD Fuhhh perut orang dah kenyang gila babeng nak suh orang sumbat lagi. Dia ingat perut saya ada tabung simpanan semasa apa?! Haha. Kan aku dah masuk subject ekonomi dah. Wakaka. xD Pastu saya dan Fatihah sambung kerja kadet bomba tu dan Amanina dan Nana ke dapur dan mula membuat kerja mereka.Ada ke patut, Fatihah gelakkan Ara bila ada typing error???!!! Haha. Padah type laju dan keyboard ni punya tulisan pun dah makin menghilang dari pandangan mata. Haha. Dah pukul 12.00, tugasan hampir siap. Tiba-tiba pacar kesayangan Fatihah call, mungkin untuk mengucapkan selamat hari jadi... Bila siap menaip...dorang pun balik sebab ayah Amanina dah sampai untuk menjemput mereka pulang. Haaaaahhhh! Ara lupa nak wish Fatihah! Atoih. Tak pe! Tak pe! Esok sampai sekolah saya akan cari dia dulu.Woppppssssiiiieeeyyyy! Dah pukul 1.06am!!! Esok sekolah so chiowww! Nantoknyaaaaa nite2! ZZZzzz...


19.5.2008
Hari ini hari isnin bertarikh 19.5.08. Hihi. Cuti-cuti Malaysia~ lol. Erm, malam tu, Ara kunci jam pukul 6.30. Bila jam berbunyi, Ara macam tak larat nak bangun. Dasyat betul hasutan syaitan. Isk3. Pastu Ara sambung tidur. Tersedar pukul 9.00. Perut Ara pulak dah tiga hari sakit. Ara pun tak tahulah kenapa. Shirit tak la pulak? Masalah wanita jauh sekali.Pertama sebab tak pernah sakit perut bila datang bullllll hahaha. Kedua sebab bulllll baru sahaja berlalu so macam tak mungkin la ia penyebabnya. Then, Ara bangun dari katil. Bual-bual kosong dengan Nana yang berada di katil sebelah. Kita orang merepek dan buat lawak bodoh.Haha. Sebagai penghibur hati barangkali?! xD Pastu Ara turun, tengok Mama tengah masak. Dia suruh Ara tolong ambilkan bekas makanan kucing tapi dia kata kalau tak nak buat banyak kerja, bawa je makanan tu keluar.Ara keluar and mula mencuci sangkar kucing and bagi dorang makan. Bila siap, Ara pun masuk and Mama kata "Mama dah siap masak, tengok jam pukul berapa? Wah setengah jam je Mama masak." Pastu Ara kata, "Ara pun dah siap kemas luar" Pastu Mama senyum bersama ucapan thank you. Saya senyum je lah. Huhu. Sebab perutku sudah menyanyikan lagu dangdut.Ara pun ajaklah mereka makan bersama. Setelah siap makan, Papa keluar and cuci kereta. Disebabkan Ara dah lama tak bersenam so Ara kata kat Mama "Ma, jap eh, nak tolong Papa cuci keretalah." Ara ambil sabun and buh dalam baldi. Ambil sponge and berus dan beri pada Papa. Pastu kita orang pun cucilah kereta.Pastu Ara tanya Papa. "Pa, kalau lagi beberapa hari Pa nak dpt gaji an, apa yang Papa rasa? Ada rasa tak sabar tak?"Pastu Papa cakap "Nope. Nak tahu kenapa?" Ara jawab "Naklah" Pastu Papa kata "Sebab bila dapat, banyak benda yang kena bayar"Pastu kita orang gelak. Huhu. Erm betul juga apa yang Papa cakap. Kesian dia. Tapi itulah fitrah manusia yang memerlukan duit untuk hidup.Tambahan pula segala benda harganya makin mahal. Bagaimana pula dengan orang-orang yang tidak berkemampuan? Haisk. Kesian mereka.Andai saja Ara boleh membantu. Pastu Ara tanya Papa lagi *Ara memang banyak tanya. Haha xD* "Paaa, Nanti sabtu ni kita nak pergi Rompin, nak cuci kereta tak?" Papa jawab "Tengoklah kereta ni kotor ke tak!" Pastu Ara kata "Jumaat sempat tak cuci?" Papa cakap "Tak sempat!" Pastu Ara kata "Beh tu nanti kereta kotor?" Pastu Papa kata "Janji HATI kereta ni baik" Then kita orang senyum! Huhu. Hmm.. Tak lama lepas tu Mama keluar dari rumah. Kereta sudah pun bersih. Jap lagi Mama kata, "Ara sapu sikit depan pintu tu" Ara pun ambillah penyapu and sapulah. Lepas tu Ara dengar Hp Mama berbunyi, Ara kata "Ma, ada msg!" Mama pun masuk ke dalam rumah. Masa Ara tengah sapu tu tiba-tiba penyapu tu patah dan terkulai. Haha. Ara pun macam alamak mati aku. Hahaha. Pastu Ara mengadu kat Papa, "Paaaaa, penyapu ni patah..." Pastu Papa gelak. Urghh sabo je lah. *Dalam hati Ara, macam mana nak beritahu Mama ni?!* Tak lama lepas tu Mama keluar. Jantung Ara berdegup dengan kencangnya. Haha. Lalu Ara memberanikan diri menyuarakan suara hati. "Mamaaaaaaa, penyapu tu patah..."sambil menunjukkan keadaan penyapu tu pada Mama" Mama melihat ke arahnya lalu tergelak. Pastu dia kata "Penyapu sekarang ni memang tak tahan lama" Fuhhh legaaaa. Haha. Pastu Ara masuk sebab nak basuh baju and mandi. Siap mandi, Ara pun menyikat rambutku yang semakin panjang. Ia telah mencecah pinggang. Tak lama lagi nak gunting sikit. Pastu telingaku gatal. Haha. Ambil cotton bud 2 dan mula melaksanakan tugas-tugas mencuci telinga. Nikmat woh korek telinga.Haha. Sebab geli. Wakaka. xD Tengok jam baru pukul 12.30. Lambat lagi nak masuk Zohor, So Ara mengambil keputusan untuk menaip segala yang berlaku hari ini. Hahhh ni lah ni ngah menaip ni. Ahaha. Sekarang dah pukul 1.02 petang. Jap lagi Ara out. Nak solat dan baca buku Ekonomi. Esok paper Ekonomi merangkap paper terakhir. Yeayyy! Alhamdulillah. Actually jumaat ada lagi satu paper. PJK. Paper tu tak hambik pun tidak apalah tapi kalau pergi sekolah terpaksa jugalah mengambilnya so masih kena baca buku. Kalau tak kang habis semua saya tibai je jawapan dia. Haha. Btw, saya hanya akan melakukan kerja-kerja penibaian sekiranya saya benar-benar tak dapat menjawabnya. Haha. Termasuk ESEI!!! Dengan itu, akan keluarlah falsafah Farah Wahida bila otak saya tidak dapat memancarkan jawapan yang tepat dan benar. Hahaha xDAra tengah dengar lagu Delta Goodrem ni, bertajuk Lost Without You. Haishh liriknya menjentik hati nurani saya. Huhu. =.= Apa yang disampaikan dalam lagu tu sama seperti apa yang saya rasa saat ini. Huuuu. Tidak apalah. Ketabahan perlu dipupuk dalam hati Farah Wahida. Wahhhh sudah pukul 1.18. Ara pun dah tak tahu nak cakap apa lagi dah. So chiow! Daaaaa! =)

Saturday, May 17, 2008

Happy Birthday Mama...

Erm, hari ni ialah birthday Mama gwe! Hahhh Semalam lagi Ara dengan Nana dah wish dia. Haha. Belum masuk waktu pun lagi sebab semalam kita org keluar makan dengan Papa & Mama pastu dalam masa yang sama Ara cari hadiah untuk dia. Arghhh sorry erkk. Gambar tak dapat disiarkan kerana Nana kata gambar tu hilang dari camera album hp dia. I'm Sorry. Inilah padahnya tak ada hp! Haha. Agak susah la. Pastu minta tlg Nana snapkan tp apakan daya, hilang katanya. Lagi pun Mama dah buka hadiah tu. Syukurlah dia suka! Haha. Sebenarnya Ara nak beli sesuatu yang lain tapi ngah POKAI!!! Haha. Buat sementara waktu Ara beli apa yang mampu dibeli dahululah. Nanti ada duit lebih Ara belikan dia hadiah itu. Oh sekarang Ara dekat CC. Tadi lepas makan bersama Mama, Papa & Nana. Mama dgn Papa yang hantar Ara ke CC. Dorang lagi berdua-duaan. Hahah. Saya tidak mahu ganggu saat indah mereka bersama! LOL. xD Tapi bangunan cc ini tak jauh dari mereka! Ahaha. xD Ermm, kehidupan Ara? Semuanya ok kut? Entahlah. Sejak beberapa hari ni, Ara kerap memikirkan sesuatu yang Ara masih tak jumpa jawapannya. Huhu. Agak rumitlah. Ya Allah... berilah petunjuk kepada hamba-MU ini... Amin. Err peperiksaan pertengahan tahun pula dah nak berakhir tapi tak lama lagi Trial Spm pula bakal menjelma. Arghhhh buntu otak gwe. Kertas terakhir ialah pada hari selasa iaitu paper Ekonomi. 0.O Ekonomi boleh buat kepala saya BOTAK!!! Hahaha! Susah wohhh! Tapi semua pun susah! Haha. Dalam dunia ni kalau nak berjaya, tak ada apa pun yang senang... Dan yang paling penting, setiap masalah yang Ara hadapi membuat Ara memahami erti kehidupan dan yach, ia byk membantu dalam mematangkan gwe! xD Kenapa Ara rasa seperti hendak melabur saham??? Hahaha. Memerut la pulokkk! Adeyh... Erm, sekarang dah pukul 6. Mama kasi limit sampai pukul 6 lebih jerk. Nanti bila Ara boleh on lagi, Ara sambung lagi okay?! Tata. Kamu semua take care kayh. =) Have fun and Assalamualaikum. ^_^