Sunday, April 13, 2008

Away Temporarily...

Hey Dear Blog, Today I woke up with lots of questions in my mind.
Yet I still couldn't find the answers. I guess, I have found one but it makes me feel bad.
I don't want to talk about it lah! =.= I forced myself to get up from the bed and I went down, go to the kitchen with my hungry tummy. Haha. I drank some plain water, ate 2 pieces of bread berlaukkan butter + kaya huhu and I boiled half-boiled eggs for me, Nana, Papa & My brother in-law. Papa brought home something. I asked him, "Papa, what's that?" He answered "An Electronic Type Writer" Then I said "What??? Electronic untuk kereta?" Hahahaha!
~Flashback~ Amirul said to Amanina & I "sorang sakit perut jadi pandai, sorang lagi sakit perut jadi pekak" Haha. xD Seems like when I miss someone, saya akan jadi pekak juga? Hahahaha! =p Tak kisahlah.

Giant Electronic Type Writer. (Zaman bila punya hah? Haha)

Itu Bobo yang menyibuk. =p

Oh, I'm going to miss Iman Danish. He went back to Gombak today and will be back here next week, most probably on friday. I helped Papa to wash the car. Sangat seronok main air. Huhu. Then Ara bersihkan the cats' cages. After that, I took my shower and then I watched tv. Letih ah speaking. Hahaha! *. * Sebelum Ara tgk tv, Ara tgh dgr radio. Lagu Pagi Yang Gelap berkumandang. Suddenly, Papa tanya "Ara, apa pendapat awak tentang suara penyanyi ni?" Ara jawab "Suara dia bila menyanyi mcm tengah mabuk kot? Tapi lagu ni bolehlah dilayan" Pastu Papa kata "Band ni bagus, lagu pun sedap tapi suara penyanyi dia tak macam suara penyanyi" Haha. Pastu Ara kata " Agaklah. Tapi ramai orang suka lagi ni termasuklah kawan2 sekolah Ara" Pastu Ara tanya pendapat Papa tentang lagu Ketahuan & Lagu Untukmu. Papa cakap "Ermm? Okeyyylah!" Kadang-kadang Ara pelik sebenarnya dengan Papa ni. Haha. Ye lah, tetibe boleh pulak dia layan lagu macam tu. Hahaha! Setahu Ara, lagu-lagu yang dia paling suka adalah lagu dari JACKSON BROWNE. Manusia memang berubah. Huhu. Lepas borak dgn Papa, Ara buka 8tv. Tetibe tengok ada cerita My Girl. So layan je lah. OMG. Lee Dong Wook sangatlah comel. Tapi dia lebih comel dari tepi kut? Cerita tu best la pulakkk! Ia mampu buat saya tertawa, tersenyum macam unta betina nmpk unta jantan yang gagah perkasa lagi hemsem hahaha , && hampir membuat saya menitiskan air mata...huhu.

He's damn cute!!! ^_*


Lee Dong Wook & Lee Da Hae.

Mereka sangat comel! =.=

Pasal salji yang berkenaan dgn kisah percintaan mereka ni memang menyiat hati! =.=

atau mungkin Ara terlalu mendalami maksud yang dinyatakan oleh Yoo Rin. Maybe...

Ara teringat akan kata - kata Dong Wook dalam cerita itu "Aku tidak boleh tipu diri sendiri". Arghhh Ara merasakan yang sama juga!!! && memang indah saat dorang melarikan diri tu. Dah lah melarikan diri tanpa perancangan, arah dan tujuan. Ini babak yang Ara suka. Meyh Ara kongsi sikit. Huhu. Masa tu dalam kereta. Yoo Rin: "Awak betul-betul sukakan saya?" menunggu jawapan namun tidak dijawab lantas Yoo Rin berkata sambil tergelak manja "Awak kata awak tak boleh tipu diri sendiri?". Gong Chan: Bukan itu maksud saya. Saya tidak mahu bagi awak separuh dari hotel itu atau memberi awak jawatan pengarah. *Cover malu* Lagipun saya tak boleh selamanya menjadikan awak sepupu saya. Yoo Rin: Baguslah kalau itu bukan sebabnya! Seol Gong Chan bukannya bagus mana pun. Gong Chan: I wonder, siapa yang sering merayu suruh saya ingatkan dia bila setiap kali salji turun?! Yoo Rin: Saya rasa awak salah faham. Maksud saya ialah awak kena ingat dan beri saya duit sbg hadiah hari jadi saya bila salji turun. Dan disebabkan salji turun awal hari ini. Awak kena beri saya 50 dollars. Sama ada awak nak pergi ke Jeju Island ataupun tidak itu terpulang kepada awak. Gong Chan memberhentikan keretanya dibahu jalan. Lalu berkata "Yoo Rin, apa yang awak cakap itu benar. Tu yang menyebabkan saya datang tadi tapi kenapa saya masih cakap sesuatu seperti itu sekarang? *Yoo Rin tersenyum* Gong Chan: Tapi awak juga begitu kan? Yoo Rin: Kenapa harus saya cakap sesuatu seperti itu? Kalau saya melarikan diri dgn awak, bukankah ia sudah jelas? *Gong Chan Mengeluh gembira* seraya berkata " Ya, ia sepatutnya sudah jelas" *Dua2 senyum kambing! Haha! Gong Chan: Apa kita nak buat sekarang? Yoo Rin: Bukankah kita sedang melarikan diri? kalau kita ingin melarikan diri, kita harus melakukannya sekarang! Mari!!! Kemudian dorang sampai airport. Yoo Rin: Kalau kita hendak melarikan diri, tempatnya ialah di airport. Kalau tidak awak tak boleh melarikan diri. Gong Chan: Disebabkan Ju Yoo Rin handal dalam kes melarikan diri, saya akan menuruti segala kata-kata awak. Drg pergi kat kaunter tiket. Yoo Rin: Tukarkan duit ini kepada Dollar, Yen & Euro! Tukang jaga kaunter tu tanya "apa???" Yoo Rin: Kami belum tentukan kemana kami ingin pergi. Kami sedang melarikan diri. *Gong Chan sedang pose maut kat tepi sambil memandang Yoo Rin!* # Ah hakuh yang tak keruan! Hahaha! =p # Gong Chan menyampuk "Kerana kami mempunyai hubungan istimewa." Lepas tu dorang pergi lagi satu kaunter. Yoo Rin beli satu phone card. Gong Chan: "Sekarang awak sudah bersama saya, Awak nak call siapa lagi? Yoo Rin: Selain awak, ramai lagi lelaki yang menantikan panggilan dari saya. Gong Chan: Kalau macam tu awak telefon mereka dgn card itu dan saya akan gunakan telefon bimbit saya. Yoo Rin: Betulkah? Kalau begitu saya boleh gunakan ia juga? Excuse me, boleh awak pulangkan duit saya. Gong Chan menahan Yoo Rin dari memulangkannya lalu berkata dengan nada cemburu"Saya tak akan meminjamkannya (hp)!" Then mereka isi mereka punya tiket kemudian Yoo Rin berkata"Apa pendapat awak tentang Saporro? Ia kerap turun salji dan ianya cantik. Gong Chan: adakah setiap kali turun salji awak akan ambil duit dari saya? Yoo Rin: Awak ni sangat cekaplah! Gong Chan: Jom pergi ke sebuah tempat yang panas dan tak turun salji sepanjang tahun. Yoo Rin: Saya dah pergi ke semua tempat yang panas. Semuanya berkos rendah! Gong Chan: Really? kalau macam tu kita pergi ke sesuatu tempat yang jauh dan berkos tinggi. Yoo Rin: Paris? London? Rome? Begitu banyak tempat yang saya nak pergi jadi saya tak boleh buat keputusan sekarang. Saya akan memikirkannya dan membuat keputusan lain kali. Gong Chan: Yoo Rin... Walau kemana pun awak ingin pergi, kita akan pergi bersama-sama! *Aiskkk Sweetnya dia! Haha! Kalau Ara dah cair dah kot? Ekeke! =p* Then Yoo Rin ajak balik. Dia kata " Mari ucapkan selamat tinggal sekarang, awak akan ke Jeju Island. Gong Chan: Yeah, Saya rasa saya harus kesana, Ju Yoo Rin, kita mungkin berjauhan sementara waktu, mungkin lama? Saya tak tahu. Yoo Rin: Saya tahu. Gong Chan: Ia mungkin mengambil masa yang lama menerima kemaafan dari memberitahu kebohongan. Yoo Rin: Awak ingat saya tidak tahu? Kita sama-sama melakukannya. Saya boleh tunggu. Selepas kejadian hari ini, saya boleh menanti lebih dari setahun. Gong Chan: Benar? Adakah awak tidak keberatan jika awak tidak boleh bersama saya lagi selepas hari esok. Yoo Rin: It's ok. Disebabkan kita tidak boleh bersama-sama mulai hari esok, dan awak sudah terlepas penerbangan awak tadi, bolehkah awak bertolak lambat sikit. Gong Chan: Awak rasa cukupkah sehari ini sahaja? Awak tak akan rindukan saya? Yoo Rin: Jadi awak akan bertolak di malam hari? Gong Chan: Saya rasa lega melihat wajah awak yang tenang. Jom pulang sekarang, mereka pasti sedang menunggu kita. Yoo Rin mengangguk lalu bertanya " Bagaimana dengan trip awak ke Jeju Island?" Gong Chan: Sebenarnya, trip ke Jeju Island tak penting pun. Saya masih ada kerja yang lebih penting untuk disiapkan di Seoul. Saya hanya berpura-pura yang ianya penting kerana tidak mahu berjumpa dengan awak. Disebabkan awak menangis dan merayu ke atas saya, saya tiada pilihan. Saya akan bersama awak hari ini, esok dan beberapa hari lagi dan baru bertolak ke sana *lalu tersenyum*. Yoo Rin: Awak ni kejamlah! *Buat muka comel ala2 merajuk. Gong Chan tersenyum* Then dia pegang tangan Da Hae lalu mengucapkan kata-kata yang indah. Terlalu indah. "Kita ada hubungan yang istimewa". Yoo Rin tersipussss malu. Gong Chan: I'm sorry, I can't tell anyone about us right now. Even though things may get difficult, I will never let you go. Ju Yoo Rin... can you just promise me that too? Yoo rin mengangguk! * Sorry, penat saya buat sarikata bahasa melayu ala2 kamala punya bahasa! Ahaha! =p Ara cerita tak best! Kalau tengok baru feel!!! Hahaha!*

Haisk. Ada lagi ke lelaki se-romantic watak yg dibawa oleh Lee Dong Wook??? Watak Raja dlm sinetron Putri Yang Terbuang dan watak Gong Chan dalam My Girl membuatkan Ara tertanya-tanya masih wujudkah lelaki seperti mereka? Kan best kalau semua lelaki dalam dunia ni macam mereka. Haha. Pasti kisah-kisah cinta lebih romantis! Ahaha! Tapi perempuan juga memainkan peranan. Huhu. Kalau si bf baik, romantic dan sbgnya tp si gf macam siii haha! Tak bahagia jugak an an an. lol. But for me, kalau Ara ada bf mcm Raja atau Gong Chan, SUMPAH TAK CARI LAIN!!! AKANKU SETIA SAMPAI SAAT TUBUHKU DISELIMUTI KAIN PUTIH. =.=

Sambung cerita, kami makan malam di Bandar Baru Klang. First time pergi makan dekat situ. Tak tahu makanan apa yang sedap so Ara tanya la waiter tu. "Kat sini makanan apa yang sedap? Sekali dengan laju dan begitu yakinnya dia jawab, Semua pun sedap! Ada Nasi lemak, Roti canai, Roti Nan, Tandori Chicken, Mee Goreng, Meggy Goreng, Nasi Goreng, Tom Yam, Tosai, Paprik bla3! Haha! sgt laju ala2 bullet train dia ckp! Papa ckp "Mesti mengah tu" Hahaha. Then Ara order Mee Hun Tom Yam dan nak sayur sahaja didalamnya. Pastu si waiter tu ckp "Ayam tamau? telur tamau? semua tamau? Sayur saja? only sayur? ONLY VEGETARIAN" Sumpah gila tak menahan terus Ara tergelak hahaha adoi!!! Then masa dia hantar makanan, Ara kata la thank you. Ada ke dia ckp thank you balik kat Ara? Wakaka. Jup lagi masa dia hantar makanan yang di order oleh Nana, dia letak pinggan atas meja sambil cakap thank you. Haha. Ara dengan Nana gelak je la. Lantak dia lah janji dia bahagia! Haha. Pastu balik rumah, bersihkan diri. Kemudian bukak radio hot.fm. Sambil baring2, fikiran melayang2 tah kemana. Huhu Tetiba lagu Melawan Kesepian berkumandang... Terus lamunanku terhenti. Huhu and and and ahhh to be continued. Haha. Mood untuk bercerita telah hilang. Dan maafkan saya juga kerana blog panjang menjela tapi sangat membosankan! Huhu. Oklah, I will stop typing now but before that just to inform you guys that I'll be away temporarily (Kaedah Bertapa) but I wouldn't know for how long... Well, no point of me to online without my best buddy. =.= Until then, Bye - bye.

1 comment:

farha said...

maKKKKKk datOk ara..panjangnYAAAAAAAAAA..!!
TAPI..besttt killerrrrrrrrrrrrrr!!
ehhehe...masyuK ekh cte itu..my fav gak "my girl" weeeeeeewit~