Saturday, April 26, 2008

Kembara Minda.

Pagi yang cerah... Hari ini saya pergi ke sekolah seawal 7.00 pagi. Haha. Berkobar - berkobar... Tadi ada Explorace hanya utk pelajar Islam. Saya & Nana join. Hehe. Sangat-sangat seronok. Pertandingan tersebut dikawal oleh Syafinaz, Amirul, Naqib & The Geng. Ustazah memberikan 100% kepercayaan kepada mereka utk mengendalikan pertandingan tersebut kerana Ustazah & Guru2 ada mesyuarat. Lokasi pertandingan adalah diserata sekolah. Titik permulaan di dalam surau. Sebelum kita org masuk surau, saya dan Nana makan dikantin sebab tummy kita org dah nyanyi lagu lamli salip! Ahaha. Yang tak boleh blahnya masa cikgu *miang keladi* sampai. Perbualan yang tercetus antara saya & Nana.

Nana: Ara! Cikgu kesayangan awak dah sampai!
Ara: Siapa? *Sambil tercari2 siapakah gerangannya*
Nana: Tu!!!
Ara: Mana??? Eiiii!!! Nenek You!!!!
Nana: Nenek I, Nenek ko jugak!
Pastu dua2 gelak. Haha. Sengal je kami ni kan! Then kita org pun masuk surau.

Pada awalnya, Naqib memberi sedikit taklimat dan kemudian diserahkan kepada Amirul utk membacakan doa selaku ketua surau. Sempat jugak dia buat lawak dia... Haha. Antara kata-katanya, "Sebelum kita memulakan pertandingan ini, ABANG rasa...eloklah kita baca doa dulu... Almaklumlah, ada kaum lain yang sedang berpesta di sini." *Satu surau gelak* Fyi, kat sekolah ada festival kaum India. Huhu. Abang? Haha. Geli la pulok! Wakaka! Saya pun terkejut semasa sampai disekolah tetiba ada pokok pisang segala kat pintu masuk! Haha. *_* Pastu dia pun bacalah beberapa doa dan kemudian menyerahkan mic kembali kepada Naqib. Pertandingan bermula pada pukul 9.00 pg. Pelajar2 dibahagikan kepada 10 kumpulan. Lelaki & perempuan diasingkan. SUDAH TENTU! Haha. Dan saya berada dlm kumpulan 9! Kami melantik Najwa menjadi ketua. Apabila diberikan KLU pertama. Kami semua bergegas keluar dari surau dan memulakan langkah kami. Argh! KLU pertama kami dapat dikantin. *Dijaga oleh Naqib & Saiful* Ia merupakan KLU yang paling susah sehingga kami bertawaf satu sekolah! Haha. Rupanya kat tmpt basikal je checkpoint tu! Cisk cake betol! Huhu. Checkpoint seterusnya adalah diSelusur Ilmiah. *Dijaga oleh Amirul Form 3* Ni dekat taman. Tak berapa susahlah. Checkpoint seterusnya adalah di Gelanggang B. *Afiq F. & Afiq S yg jaga* Argh! Afiq S sgt kejam. Ada ke patut dia denda kita org menyanyi??!!! Lagu Faizal Tahir pulak tuh! Duh! Haha. Semata2 kerana dia suka akan lagu2 Faizal Tahir. Adeyh. Mula2 kita org nyanyi lagu "Gemuruh jiwa semangat membara, Dari puncak ingin ke angkasa lalala" Pastu dia potong line "Ahhh! Stop2! Sumbang!" Siot je! Ahaha! Lepas tu dia suruh nyanyi lagu lain. Kita org nyanyi "Kau bagaikan udara, Yg membantu aku utk terus hidup di atas dunia, Tanpamu ku lemah, Pasti aku tak berdaya, Kerna kau maha karya cinta" Jap lagi dia kata "Nyanyi lagu nasyidlah! Nak hujan dah korang nyanyi..." Grrr!!! Haha! Dan kami menyanyikan lagu "Selama ini ku mencari-cari, Teman yang sejati, Buat menemani perjuangan ini, Bersyukur kini, PadaMu Illahi, Teman yang dicari, Selama ini... Telah kutemui" I like this song very much! Ekeke. ^_^Dan akhirnya, Afiq memberikan kami KLU seterusnya. Yeayyyy. Hmm, sepanjang perjalanan kami. Perut saya sangat sakit mcm kena apendiks kejadah tak tahulah. Tapi buat dek je sebab tak mahu merosakkan segalanya. Masa nak lari ke makmal komputer, dlm perjalanan tu, Ketua kumpulan kami buat adegan tergolek kerana padang licin dan berlumpur. Sian dia. Tapi kita org semua tergelak termasuk dia sendiri. Huhu. Dah ah penat, sakit perut, gelak lagi. Adoiii. Mmg tak menahan. Di makmal komputer dikawal oleh Zaim. Eh mekaseyh Zaim!!! Disebabkan anda saya jumpa lagu Penantian by Kertas Band. I like that song! Suka lirik dia! Huhu. Dan kami menjawab semua soalan dan sesudah itu kami berlari ke checkpoint terakhir dipondok depan surau yg dijaga oleh Nazrul & Safuan. Dan setelah selesai menjawab 5 soalan. Berakhirlah perjuangan kami. Kami merupakan kumpulan yang sampai paling lewat. Tapi kami berbangga dgn apa yg telah kami lakukan kerana kami menjawab setiap soalan yang ditanya. Kumpulan pertama yg sampai dahulu akan mndpt 30 mrkh bonus, kumpulan ke-2 yg smpai dahulu akan mndpt 20 mrkh bonus & yg ke-3 akan mndpt 10 mrkh bonus. Selebihnya akan mndpt 5 markah sahaja. Kami hanya mndptkan 5 markah shj kerana kami merupakan kumpulan kedua terakhir yg sampai. Huhu. Soalan2 yang ditanya pula adalah mengenai solat, zakat, rukun iman, rukun islam, tayyammum & puasa. Agak mudahlah kalau masih ingat akan istilah dan semua yg berkenaan dgnnya. Apabila kami berehat di dlm surau. Naqib memulakan ucapan2nya sekali lagi. Dia memanggil satu lelaki & satu perempuan utk menceritakan pengalaman yg telah kami lalui. Apabila dia memanggil seorang perempuan ke depan, melihat akan semua pelajar perempuan yg malu2 miowwww haha, saya pun dgn KONON tak malu lah pergi ke depan mengambil mic & berkata2. Ara ceritakanlah segala pengalaman yg kami lalui dan menyatakan ttg perasaanku mengenai tahun terakhir kami akan berada di sekolah. Hmm.. Bila dah tak tahu nk ckp apa... Ara pun serahkanlah mic pada Naqib. Lepas tu kita org pergi makan. Lepas makan baru pemenang diumumkan. Heee, kami hanya dpt tempat KETIGA. Nana punya kumpulan dpt tmpt PERTAMA. Tahniah Kembarku! Ekeke. Markah semua tak jauh pun. Ni mesti sbb kami tak berjaya mendpt markah bonus menyebabkan kita org kecundang sikit. Kumpulan Nana kumpulan kedua yang sampai, so mereka dpt 20 mrkh bonus. Walaubagaimanapun kami masih gembira kerana ia mmg satu pengalaman yg menyeronokkan. Amirul kata, mungkin nanti akan diadakan lagi. Yiiihaaaa! Saya nak join lagi selaku pelajar Puteri Islam! Keh3. Oh hadiah yang kita org dapat terdiri drpd makanan2 ringan. Mamy Poko tidur lena pagi senyuman.... Eh??? Mamy Poko? Haha. Tu diapers eh? Lol silap2! Tapi Chipster tak ada! Tak baik betul! Hahaha. xD Kita org makan pastu balikkkkkkk. Yer memang CAPEK! Haha. Sekianlah cerita saya utk hari ini. Terima kasih jika ada yg sudi membaca blog boring ni. Haha. ^_*

No comments: