Saya ingin away untuk beberapa hari. Setelah segalanya selesai, saya akan kembali semula. Hari ini, diperhimpunan... Ara agak sedihlah sebab dapat tahu cikgu Khatijah nak berhenti mengajar disekolah kami. Sejak Ara tingkatan 1, dia sudah pun mengajar disekolah kami. Dia mengajar Ara BM sewaktu Ara berada ditingkatan 3. Tapi setelah dia beritahu dia akan menyambung pengajarannya disekolah Batu Belah kerana dinaikkan pangkat menjadi Penyelia Petang. Ara kembali gembira. Ia sesuatu yang bermakna buat dia. Sudah tentu kami gembira untuknya. Setelah meletakkan beg di dalam kelas, Ara mengambil keputusan untuk berjumpa dgnnya. Ara ajak Nana dgn Farhana A.T sekali. Masa tu nak turun pergi bilik guru, tapi nmpk dia naik tangga nak pergi library. So kite org tegur dia. Nmpk dia bawa buku yg byk, jadi kami bantu dia dahulu. Setelah menghantar buku2 tersebut ke library, Ara salam dgn dia dan hanya wajah Ara yang mampu berkata2... Lidah ara kelu, menampung kesedihan... Kemudian cikgu memberikanku kata2 semangat yg selalu dia buat kepada kami. Pastu cikgu peluk Ara & kiss pipi ku kiri kanan dan kiri... Ahhh sgt terharuuuu dan sedihh dan tak tahulah nak ckp apa lg... Ini adalah luahan rasanya yang menyentuh hati saya namun tidak sempat salin semua sebab sebab... Tsk..tsk... =.=
Selepas senyuman terakhir,
Kita tersenyum lagi,
Selepas pertemuan terakhir,
Kita bertemu lagi,
Selepas percakapan terakhir,
Kita pasti bercakap lagi,
Semoga dipertemuan ini,
Ada sesuatu yang tertinggal...
Dalam sungguh maknanya... Esok Ara nak jumpa dia lagi. Nak hug dia puas2, mungkin buat terakhir kalinya. Ara takkan lupakan jasa cikgu Khatijah terhadap Ara sampai bila-bila. Kalau bukan kerana dia, pasti BM utk PMR Ara ala kadar sahaja grednya. Sebab BM bukan senang. Ara sangat berterima kasih di atas tunjuk ajarnya selama ini. Andai saja Ara dpt membalas jasanya... =.=
No comments:
Post a Comment