Hye guys! Hehe! Ara muncul-muncul je terus cerita pasal pencen! Hahaha! Gumbira hatiku tidak terkira! Gahaha! =p Maafkan Ara sebab lama tak update blog. Masa kerja hari tu, balik rumah dah penat. Tak larat nak on dah. Kawan-kawan yang membaca blog Ara sihat tak? Ara harap korang sihat sejahtera. Amin...
Oh, hari ni aku belajar masak dengan Mama. Menunya ialah Telur Itik Masak Lemak Cili Padi. Senang je masak dia. Akhirnya aku reti masak makanan kegemaranku. =) Tadi aku masak tujuh biji. Tengah hari tadi, Aku makan dua biji, Papa makan dua biji. Anna & Mama tak makan. Dorang tak suka. Aku kepelikan la! Telur masin dorang makan pulak? Apa ke bezanya? Haha. Aku makan dengan kicap. Aku banjirkan nasi aku paras lutut dengan kuahnya. Sumpah sedap gila walaupun aku punya deria rasa tak berapa mujarab kerana aku tak berapa sihat. Aku dah demam beberapa hari. Sampai hari ini, aku masih selsema dan batuk sedikit. *Hingus aku dah melele, aku nak gi hembus jup!*
Ok I'm back! Dan malam tadi, telur tinggal tiga. Jadi aku tambah lagi satu supaya aku dan Papa dapat makan dua biji sorang! Haha! Sumpah aku kuat makan! Dah gemuk macam apa dah. Haha! Start pada esok aku kena mula bersenam demi menjaga bentuk badan aku supaya tak obese!
Esok aku nak pergi Nilai, lepas tu Papa nak balik kampung. Adik dia punya isteri, kira makcik aku la. Dah nak bersalin tapi tak bersalin salin lagi. Dia punya "tu" baru terbuka 5cm! Tak silap aku, bila "tut" dah terbuka 10cm baru baby boleh keluar dengan selamat. Pakcik aku rahsiakan nama baby tu. Dia kata, dah lahir baru dia umumkan pada kami. Apalah agaknya nama dia?! Pasti unik! Pakcik kata, nama tu tak akan terlintas di fikiran kita orang. Fuhhh, buat aku lagi tak sabar untuk mengetahuinya. Aku seram betul bila dengar ibu-ibu yang berpengalaman menceritakan kisah melahirkan anak. Walaupun begitu, aku tetap ingin menjadi ibu pada suatu hari nanti jika umurku panjang & diberi rezeki.. InsyaAllah.. =)
Roblox Cheat Engine Download 2021
5 years ago

1 comment:
hehe,tkut gk bila i dgr org cite sal bersalin ni.oh i pun tk mkn telur itik n tlur masin.ekeke
Post a Comment