Ia sama seperti peribahasa, kata - kata hikmat bagus dimasukkan dalam karangan untuk menunjukkan anda mahir berbahasa dan memberi kelebihan daripada aspek bahasa.
Pengalaman adalah nama yang diberikan oleh setiap orang kepada setiap kesalahan dan kesilapannya.
-Oscar Wilde-
Tidak melakukan kesilapan bukanlah manusia namanya, tetapi daripada kesilapan kita sepatutnya menjdadi lebih bijaksana pada masa depan.
-Voltaire-
Orang yang tidak mengasah mindanya dengan membaca terlepas banyak peluang dalam hidup.
-Thomas Edison-
Kita terhutang budi kepada ibu bapa yang membesarkan kita tetapi kita tidak dapat membalas budi guru yang menjadikan kita hidup sempurna.
-Alexander of Macedon-
p/s: Pada pendapat Ara, kita boleh membalas budi guru dengan menjadi pelajar yang baik serta rajin untuk belajar bersungguh-sungguh kerana kita mampu membuat cikgu tersenyum disaat kita lulus dengan cemerlang.
Minat dan kesungguhan yang tidak terhad adalah jalan mudah bagi seseorang itu mencapai kejayaan.
-Charles Schwab-
Sebahagian besar persengketaan di dunia bermula dengan lidah.
-Goethe-
Muflis yang sebenarnya bukanlah kehilangan harta benda tetapi kehilangan semangat.
-H.W. Arnold-
Yang tidak pernah merasa puas tidak dapat memuaskan sesiapa pun.
-Winston Churchill-
Jangan bersaksikan telinga dan mata ketika menimbang satu-satu keputusan.
-Horace-
Jangan mengatakan masalah itu perkara yang susah kerana apabila senang bukan masalah namanya.
-Marshal Foch-
Apabila bermain dengan kucing, bersedialah menerima cakaran.
-Jules Renald-
Kebenaran adalah sesuatu yang sukar untuk diterima tetapi apabila sudah biasa, adalah sesuatu kebahagiaan.
-Mahatma Gandhi-
Apabila mahukan kejayaan, janganlah hanya mengira anak-anak tangga itu tetapi panjatlah anak-anak tangga itu satu persatu.
-Aristotle-
Hanya mereka yang dapat melakukan kerja mudah dengan baik, dapat melakukan kerja sukar dengan jayanya.
-Johann Von Schiller-
Membohongi orang lain adalah satu kecurangan, membohongi diri sendiri adalah sejuta kecurangan.
-Mahatma Gandhi-
p/s: Ara pernah merasakan pembohongan ke atas diri sendiri, tetapi setelah mengatasinya. Sumpah rasa kelegaan yang tiada tolok bandingannya. Ekeke.
Rahsia kejayaan seseorang dalam hidup adalah sentiasa bersedia merebut peluang yang datang.
-Benjamin Disraeli-
Kejahatan yang dilakukan oleh manusia tetap hidup walaupun orang itu telah mati.
-W. Shakespeare-
Kecerdikan ialah satu peratus inspirasi dan 99 peratus lagi memerlukan kerja keras.
-Thomas Edison-
Mengagumi seseorang membawa makna ingin menjadi sama dengan orang yang dikagumi itu, berasa iri hati kepada seseorang membawa makna berkehendak untuk menyingkirkannya.
-Pierre Reverdy-
Wajah ialah saksi yang tidak pernah berdusta.
-Socrates-
Berfikir ialah perbuatan jiwa dengan diri sendiri.
-Plato-
Apa-apa sahaja yang dapat difikirkan dan diyakini oleh o6tak manusia, manusia akan dapat mencapainya.
-Napoleon Hill-
Sesungguhnya kamu tidak dapat mencukupi keperluan manusia dengan harta benda kamu sahaja, tetapi cukupilah mereka dengan wajahmu yang manis dan akhlakmu yang mulia.
-Riwayat Hakim-
Mata adalah Tingkap Hati dan Otak itu adalah Pintu tempat Hati keluar.
-Ali bin Abi Thalib-
Memenangi 100 peperangan adalah bagus tetapi bukan terbaik. Menumpaskan musuh tanpa pertempuran, itulah yang paling terbaik.
-Pepatah Cina-
Janganlah mengira jumlah ayam yang engkau ada sebelum ayam itu menetas.
-Pepatah Jepun-
Orang yang tidak mempunya cita-cita bagaikan burung tanpa sayap.
-Pepatah Inggeris-
Orang yang lurus dari segi percakapannya iaitu tiada kunci antara batin dan zahirnya dan tidak mempunyai rahsia diri, itulah manusia yang jujur.
-Al-Hahiz-
Keikhlasan itu dapat membersihkan daripada segala kekotoran.
-Al-Junaid al-Baghdad-
Jangan diikut perangai lampu, menerangi orang lain tetapi dirinya sendiri terbakar. Sebaliknya contohilah bulan, setiap kali bertentangan dengan matahari, bulan akan mendapat cahaya baru.
-Al-Kindi-
Tragedi yang terbesar dalam hidup seseorang ialah apabila tidak mengetahui pekerjaan yang sesuai bagi diri dan bakatnya.
-Edna Kerr-
Jangan mengeluh hanya kerana tidak mempunyai kasut sebelum melihat orang yang tidak mempunya kaki.
-Edward Young-
Orang yang belum pernah gagal sebenarnya ialah orang yang belum pernah mencuba.
-Emmett Le Compte-
Kebahagiaan itu tidak sentiasa kesenangan, tetapi biasanya kemenangan.
-Fosdick-
Kejujuran dan keikhlasan ialah kunci kepada sesuatu kebahagiaan yang kekal abadi.
-Farah Wahida-
Dan malam ini saya telah belajar sesuatu yang merubah siapa Farah Wahida sebenarnya.
& I'm happy with it.
Thanks Mr. Bond!
Ekeke ^_*
Roblox Cheat Engine Download 2021
5 years ago

1 comment:
byk sgt yg suka!
haisk.
this is one of it which i love the most.
Wajah ialah saksi yang tidak pernah berdusta.
Socrates!
lama x dgr cite dia.
oh i mean, in sej.
Post a Comment